Media Selangor
Dasar Ekonomi Penjagaan perlu diterjemahkan kepada tindakan - ADN
- Title
- Dasar Ekonomi Penjagaan perlu diterjemahkan kepada tindakan - ADN
- Runtime
- 2:11
- Date posted
- 25 days ago
- Description
- Dasar Ekonomi Penjagaan perlu diterjemahkan kepada tindakan yang lebih menyeluruh menerusi Belanjawan Selangor 2027 supaya manfaatnya benar-benar dapat dirasai rakyat, khususnya warga emas dan orang kurang upaya (OKU).
Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Lanjan, Pua Pei Ling berkata dasar yang diperkenalkan Kerajaan Negeri itu merupakan satu inisiatif yang baik, namun pelaksanaannya tidak boleh sekadar tertumpu kepada polisi semata-mata.
#EkonomiPenjagaan #BelanjawanSelangor2027 #PuaPeiLing #WargaEmas #OKU #KebajikanRakyat #SelangorPenyayang #mediaselangor
- Title
- MPKS sita ekskavator, lori Roro dalam operasi sampah haram
- Runtime
- 1:26
- Date posted
- 25 days ago
- Description
- Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menyita sebuah ekskavator dan lori Roro dalam operasi membanteras pembuangan sampah haram di dua lokasi pada 12 September lalu.
Operasi menerusi Jabatan Penguatkuasaan serta Jabatan Kesihatan dan Persekitaran MPKS itu dijalankan di Rentak Perdana, Bandar Puncak Alam dan Kampung Sri Aman, Ijok.
#MajlisPerbandaranKualaSelangor
#MPKS
#SampahHaram
#MediaSelangor
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Pemain piano kongsi detik tular bersama Perdana Menteri
- Runtime
- 2:46
- Date posted
- 26 days ago
- Description
- Saya sangat gembira, wajah saya ditunjukkan di seluruh dunia. Demikian kata M Rehman yang bermain piano ketika mengiringi nyanyian lagu klasik Kishore Kumar, Khwab Ho Tum Ya Koi Haqeeqat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hantaran asal pada platform X milik Anwar telah mencatat lebih 1.4 juta tontonan dan angka itu terus meningkat. Video berdurasi satu minit 32 saat berkenaan telah tular di India dengan pelbagai perkongsian, komen positif serta pujian di pelbagai platform media sosial.
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- RANGKUMAN SEMASA | Piala Jubli Perak: 48 sekolah berentap buru RM12,000
- Runtime
- 6:50
- Date posted
- 26 days ago
- Description
- Berikut merupakan rangkuman KLIK Semasa 14 September 2026:
1. Kerajaan Negeri salur RM38,000 jayakan misi pendaki muda ke Everest Base Camp
2. Piala Jubli Perak: 48 sekolah buru kejuaraan bola sepak, tawar hadiah tunai
3. Piala Jubli Perak: Negeri salur RM500,000, sokong pembangunan akar umbi
4. MBDK ambil tindakan pemilik pelihara haiwan tanpa lesen
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Sempena Maulidur Rasul, PERKIM Wanita Hulu Kelang rai anak yatim, asnaf, OKU
- Runtime
- 3:00
- Date posted
- 26 days ago
- Description
- Seramai 600 anak yatim, asnaf, orang kurang upaya (OKU), mualaf dan pelajar tahfiz diraikan menerusi Majlis Sambutan Maulidur Rasul anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Wanita Hulu Kelang.
Penyelaras DUN Hulu Kelang merangkap Penasihat PERKIM Wanita Hulu Kelang Juwairiya Zulkifli berkata program itu antara inisiatif tahunan berimpak tinggi yang dianjurkan bagi menyantuni golongan kurang bernasib baik.
#kliksemasa
#mediaselangor
#PERKIM
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Misi Everest Base Camp medan persiapan Syahrulnizam tawan Everest 2028
- Runtime
- 3:16
- Date posted
- 26 days ago
- Description
- Misi ke Everest Base Camp (EBC), Nepal menjadi antara persiapan penting buat pendaki muda Mohd Syahrulnizam Mohd Noor dalam usahanya menawan puncak Gunung Everest pada 2028.
Ketua Ekspedisi Cabaran EBC 2026, Tan Sri Johan Jaaffar berkata Syahrulnizam, 22, mempunyai potensi besar untuk mencapai sasaran itu berdasarkan pengalaman serta pencapaiannya dalam bidang pendakian sejak kecil.
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Kerajaan Negeri salur RM38,000 jayakan misi pendaki muda ke Everest Base Camp
- Runtime
- 1:43
- Date posted
- 26 days ago
- Description
- Kerajaan Negeri menyalurkan sumbangan khas berjumlah RM38,000 bagi membantu pendaki muda Muhammad Syahrulnizam Mohd Noor bersama pasukannya menjayakan misi ke Everest Base Camp (EBC), Nepal.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata bantuan itu sebagai tanda sokongan dan motivasi kepada Syahrulnizam serta pasukannya dalam menyahut cabaran pendakian berkenaan.
#AmirudinShari
#EverestBaseCamp
#MediaSelangor
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Piala Jubli Perak: 48 sekolah buru kejuaraan bola sepak, tawar hadiah tunai
- Runtime
- 2:11
- Date posted
- 26 days ago
- Description
- Sebanyak 48 pasukan sekolah bakal berentap merebut kejuaraan Kejohanan Bola Sepak Piala Jubli Perak sempena Sambutan Jubli Perak, 25 tahun pemerintahan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.
Pengerusi Jawatankuasa Induk Kejohanan Dato’ Emran Kadir berkata kejohanan itu diadakan atas titah Tuanku Sultan Selangor dan dianjurkan seperti Piala Dato' Mokhtar Dahari yang diadakan setiap tahun.
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Piala Jubli Perak: Negeri salur RM500,000, sokong pembangunan akar umbi
- Runtime
- 1:53
- Date posted
- 26 days ago
- Description
- Kerajaan Negeri menyalurkan RM500,000 bagi menjayakan Kejohanan Piala Jubli Perak Duli sempena 25 tahun pemerintahan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata peruntukan itu turut menjadi galakan kepada pembangunan bola sepak akar umbi serta platform mengenal pasti bakat baharu yang berpotensi diketengahkan.
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- MBDK ambil tindakan pemilik pelihara haiwan tanpa lesen
- Runtime
- 1:11
- Date posted
- 26 days ago
- Description
- Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mengambil tindakan terhadap pemilik yang memelihara haiwan tanpa lesen sah di kawasan kediaman di Jalan Cengkih Off Jalan Kim Chuan, Pandamaran, Pelabuhan Klang.
Tindakan itu dibuat susulan operasi bersepadu melibatkan Jabatan Kesihatan dan Jabatan Penguatkuasaan MBDK bagi meneliti isu penyimpanan haiwan di kawasan berkenaan.
#MajlisBandarayaDirajaKlang
#Klang
#Pandamaran
#MediaSelangor
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Tarikh kuat kuasa pindaan kewarganegaraan anak lahir luar negara akan diumum
- Runtime
- 2:42
- Date posted
- 26 days ago
- Description
- Kementerian Dalam Negeri bakal mengumumkan tarikh kuat kuasa pindaan peruntukan kewarganegaraan bagi anak yang dilahirkan di luar negara oleh wanita warga Malaysia, selepas semua persiapan berkaitan pelaksanaannya selesai.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ini termasuk penyediaan dokumen berkaitan, peraturan kewarganegaraan serta sistem permohonan dalam talian yang turut membabitkan pejabat perwakilan Malaysia di seluruh dunia.
#Kewarganegaraan #KDN #SaifuddinNasution #AnakLahirLuarNegara #WanitaMalaysia #PindaanKewarganegaraan #HakKewarganegaraan #mediaselangor #klik
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- 65 saman dikeluarkan, enam motosikal disita di Klang Selatan
- Runtime
- 1:14
- Date posted
- 26 days ago
- Description
- Sebanyak 65 saman dikeluarkan manakala enam motosikal disita dalam operasi penguatkuasaan trafik oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Klang Selatan, semalam.
Operasi membabitkan Operasi Mabuk, Operasi Motosikal dan Operasi Samseng Jalanan itu dijalankan bermula jam 12.30 tengah malam hingga 5.30 pagi.
#PolisKlangSelatan #MediaSelangor
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- SABDA perkasa potensi pertanian, ekonomi komuniti Sabak Bernam
- Runtime
- 1:28
- Date posted
- 26 days ago
- Description
- Potensi ekonomi mampan Sabak Bernam terus diperkasa menerusi usaha mengembangkan hasil pertanian kepada produk bernilai tambah selain memperkukuh penyatuan komuniti menerusi Jelajah Kembara SABDA Siri Ke-8 @ Pesta D’Bendang 2026.
Pegawai Daerah Sabak Bernam, Ali Sadikin Sadin berkata, inisiatif Kemajuan Kawasan Pembangunan Sabak Bernam (SABDA) yang diterajui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memberi tumpuan kepada integrasi pembangunan ekonomi, keterjaminan makanan dan pemerkasaan komuniti.
#SabakBernam #PestadiBendang #MediaSelangor
- Title
- Tiga pemilik kenderaan dikompaun, CCTV kesan buang sampah di Klang
- Runtime
- 1:03
- Date posted
- 26 days ago
- Description
- Tiga pemilik kenderaan dikompaun selepas dikesan membuang sampah di tempat awam sekitar Klang menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) memaklumkan kesalahan berkenaan dikesan di Taman Sentosa, Bukit Kuda dan Bandar Bukit Tinggi hasil pemantauan CCTV.
#MBDK
#CCTV
#BuangSampah
#MediaSelangor
- Title
- Kilang barangan lusuh di Kapar terbakar
- Runtime
- 1:03
- Date posted
- 26 days ago
- Description
- Kebakaran kilang di hadapan Kuarters Pangsapuri TNB Kapar, Klang berjaya dikawal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor pada jam 8.04 malam semalam (13 September 2026).
Pusat Gerakan Operasi JBPM Selangor memaklumkan kebakaran melibatkan longgokan barangan lusuh dan bahan kitar semula seluas kira-kira 40x60 kaki persegi.
#mediaselangor #kliksemasa #kapar
- Title
- Kitab Al-Hikam bina keteguhan jiwa, jawab persoalan zaman
- Runtime
- 2:17
- Date posted
- 26 days ago
- Description
- Kitab Al-Hikam diangkat dalam Festival Turath Islami Malaysia (FTIM) 2026 kerana kandungannya relevan dalam membina keteguhan jiwa dan keimanan umat meskipun dianggap sebagai karya yang berat untuk difahami.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata karya Ibn Atha'illah al-Iskandari itu menyentuh persoalan hati, hubungan manusia dengan Allah SWT serta keseimbangan antara tawakal dan ikhtiar dalam kehidupan.
#FestivalTurathIslamiMalaysia #Putrajaya #Alhikam #MediaSelangor
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Festival Turath Islami Malaysia sasar lebih 100,000 pengunjung
- Runtime
- 2:14
- Date posted
- 26 days ago
- Description
- Festival Turath Islami Malaysia (FTIM) menyasarkan kehadiran lebih 100,000 pengunjung tahun ini susulan sambutan memberangsangkan terhadap program keilmuan Islam itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata lebih 5,000 jemaah hadir pada hari pertama penganjuran, sekali gus mencerminkan penerimaan positif masyarakat terhadap festival berkenaan.
#FestivalTurathIslamiMalaysia #Putrajaya #mediaselangor
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Belanjawan Selangor 2027: ADN mahu pembinaan SRA Damansara Damai dipercepat
- Runtime
- 3:11
- Date posted
- 26 days ago
- Description
- Keperluan membina Sekolah Rendah Agama (SRA) di Damansara Damai wajar diberi perhatian dalam Belanjawan Selangor 2027 susulan ketiadaan sekolah berkenaan di kawasan itu.
Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Lanjan, Pua Pei Ling berkata beliau secara konsisten membangkitkan isu pembinaan SRA di Damansara Damai dalam setiap sesi perbahasan Dewan Negeri Selangor (DNS) sejak 2023 kerana ia merupakan antara keperluan paling mendesak penduduk.
#SekolahRendahAgama #SRA #DamansaraDamai #BukitLanjan #PuaPeiLing #BelanjawanSelangor2027 #PendidikanIslam #mediaselangor
- Title
- SKOP | ADN Bukit Lanjan gesa bina SRA, selesai isu kesesakan lalu lintas
- Runtime
- 37:21
- Date posted
- 26 days ago
- Description
- Apa yang sebenarnya rakyat perlukan daripada sebuah belanjawan? Sudah tentu bukan sekadar angka dan peruntukan, tetapi penyelesaian kepada isu yang memberi kesan langsung terhadap kehidupan seharian.
Sempena pembentangan Belanjawan Selangor 2027, SKOP membawakan pandangan Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Lanjan, Pua Pei Ling mengenai keutamaan yang wajar diberi perhatian bagi memenuhi keperluan penduduk di kawasannya.
Antara yang dibangkitkan ialah cadangan mempercepat pembinaan Sekolah Rendah Agama (SRA) di Damansara Damai, memperkukuh pelaksanaan Dasar Ekonomi Penjagaan, menangani kesesakan lalu lintas serta menambah baik infrastruktur awam.
#SKOP #BelanjawanSelangor2027 #PuaPeiLing #BukitLanjan #DamansaraDamai #EkonomiPenjagaan #InfrastrukturAwam #KesejahteraanRakyat #mediaselangor
- Title
- CCTV kesan perbuatan buang sampah di rizab jalan, MPKL keluarkan lima notis
- Runtime
- 1:06
- Date posted
- 26 days ago
- Description
- Lima notis kesalahan dikeluarkan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) selepas kegiatan pembuangan sampah secara haram dikesan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di rizab Jalan Haji Amin, Kampung Labohan Dagang.
Tindakan itu diambil Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan Persekitaran MPKL menerusi pemantauan CCTV serta penguatkuasaan di lokasi terbabit.
#MediaSelangor
#KlikSemasa
#MPKL
- Title
- Penduduk Kampung Baru Sungai Jarom hasilkan tanglung bahan kitar semula
- Runtime
- 1:04
- Date posted
- 27 days ago
- Description
- Kreativiti penduduk Kampung Baru Sungai Jarom terserlah menerusi penghasilan tanglung menggunakan bahan kitar semula sempena sambutan Hari Kuih Bulan.
Ahli Dewan Negeri (ADN) Banting V Papparaidu berkata, program itu bukan sahaja memeriahkan sambutan perayaan, malah menggalakkan masyarakat mengetengahkan kreativiti dalam menghasilkan tanglung daripada bahan kitar semula.
#MediaSelangor
#KlikSemasa
#PapparaiduVeraman
- Title
- RANGKUMAN SEMASA | MBPJ, MPHS & MDSB raih pengiktirafan SPB-PBT 2026
- Runtime
- 7:47
- Date posted
- 27 days ago
- Description
- Berikut merupakan rangkuman KLIK Semasa 13 September 2026:
1. Tiga PBT Selangor raih pengiktirafan SPB-PBT 2026 dalam penarafan kebangsaan
2. MPKL perkukuh tiga kemudahan awam utama di Kuala Langat serentak
3. 50 motosikal disita, 116 saman operasi samseng jalanan Selangor
4. Catur Melayu dihidupkan semula, perkukuh warisan dan identiti bangsa
#KlikSemasa #BeritaSelangor #MediaSelangor #SPBPBT2026 #PBTSelangor #PengiktirafanKebangsaan #MPKL #KualaLangat #KemudahanAwam #OperasiSamseng #CaturMelayu #WarisanNusantara #IdentitiBangsa #HidupkanWarisan #PencapaianPBT #KualitiPBT #TadbirUrusanTerbaik #Selangor #RangkumanBerita #PembangunanNegeri #KebajikanAwam #BudayaMelayu #PenguatkuasaanBerkesan
- Title
- Lampu isyarat simpang Ulu Yam siap Oktober, tingkat keselamatan pengguna
- Runtime
- 2:38
- Date posted
- 27 days ago
- Description
- Simpang Ulu Yam di FT001 KM436.6 bakal dilengkapi lampu isyarat bagi meningkatkan keselamatan pengguna, khususnya kenderaan yang keluar masuk di persimpangan berkenaan.
Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Kubu Bharu Pang Sock Tao berkata projek yang diluluskan Kementerian Kerja Raya (KKR) dengan peruntukan RM400,000 itu dijangka siap pada 16 Oktober.
#PangSockTao
#KualaKubuBharu
#MediaSelangor
- Title
- Projek RM130 juta tingkat akses Bandar Country Homes ke Rawang
- Runtime
- 1:49
- Date posted
- 27 days ago
- Description
- Laluan utama di Bandar Country Homes (BCH) bakal dinaik taraf menerusi projek Jalan B27 bernilai kira-kira RM130 juta bagi melancarkan pergerakan penduduk ke pekan Rawang.
Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang, Chua Wei Kiat berkata projek yang dijangka bermula sekitar 2026 atau 2027 itu melibatkan laluan B27 di hadapan AEON Bandar Country Homes.
#ChuaWeiKiat
#BandarCountryHomes
#ADNRawang
#MediaSelangor
- Title
- FDS sebagai Penghubung Perkhidmatan Kesihatan kepada Masyarakat Luar Bandar
- Runtime
- 2:21
- Date posted
- 27 days ago
- Description
- Bagi masyarakat pedalaman Sarawak, mendapatkan rawatan bukanlah mudah. FDS menjadi penghubung penting dengan membawa perkhidmatan kesihatan kepada mereka yang jauh dari fasiliti perubatan.
Namun, pada 8 September lalu, satu misi bertukar tragedi apabila helikopter FDS terhempas di Long Lellang, Ulu Baram, mengorbankan lima nyawa termasuk seorang juruterbang dan empat petugas perubatan.
Mereka pergi membawa bakti, pulang meninggalkan jasa. 🕊️
#MediaSelangor #TumpuSekejap #FDS
- Title
- Program Trash to Cash MPAJ kumpul 1.57 tan bahan kitar semula
- Runtime
- 1:04
- Date posted
- 27 days ago
- Description
- Sebanyak 1577.6 kilogram bahan kitar semula berjaya dikumpulkan menerusi Program ‘Trash to Cash’ anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di SMK Taman Keramat dan Dewan JKKP Kampung Pandan Dalam, semalam (12 September 2026).
Program menerusi Jabatan Perkhidmatan Bandar dan Kesihatan MPAJ itu dilaksanakan bertujuan untuk memperkasakan amalan kitar semula serta mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan.
#TrashToCash #MPAJ #MajlisPerbandaranAmpangJaya #KitarSemula #SMKTamanKeramat #DewanJKKPKampungPandanDalam #JabatanPerkhidmatanBandarDanKesihatan #KurangkanSisa #TapakPelupusan #AmalanKitarSemula #AlamSekitarSihat #MPAJBerjaya #MediaSelangor #KlikSemasa #Selangor #BersamaMempertahankanAlam
- Title
- Ehsan Unity Hunt 2026
- Runtime
- 1:05
- Date posted
- 27 days ago
- Description
- Ehsan Unity Hunt 2026 'Kita Malaysia' anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menggabungkan konsep Treasure Hunt dan Amazing Race yang memerlukan peserta menyelesaikan 13 aktiviti di lima lokasi berbeza sekitar Selangor pada 12 September.
Antara lokasi terlibat termasuklah Wisma PKPS, Decathlon Shah Alam, Ehsan Mart Seksyen 9, Pasar Borong Selangor dan Selangor Fruit Valley.
Konsep berkenaan memberi peluang kepada peserta meneroka lokasi terpilih sambil menyelesaikan tugasan yang dirangka secara berkumpulan, sekali gus menjadikan pengenalan jenama Ehsan lebih dekat dengan pengalaman peserta.
#EhsanUnityHunt2026 #KitaMalaysia #PKPS #PerbadananKemajuanPertanianSelangor #TreasureHunt #AmazingRace #AktivitiKeluarga #MediaSelangor #Selangor #BeritaSelangor
- Title
- MPKL perkukuh tiga kemudahan awam utama di Kuala Langat serentak
- Runtime
- 1:22
- Date posted
- 27 days ago
- Description
- Tiga kemudahan awam utama di Kuala Langat membabitkan pengurusan haiwan terbiar, perkhidmatan kremasi dan pengangkutan awam bakal diperkukuh bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada penduduk.
Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) memaklumkan tumpuan diberikan kepada Pusat Pengurusan Haiwan Terbiar MPKL, Krematorium Jalan Serdang Belah serta Terminal Bas Jalan Sentosa, Banting.
#MPKL #KualaLangat #KemudahanAwam #PusatPengurusanHaiwanTerbiar #KrematoriumJalanSerdangBelah #TerminalBasJalanSentosa #Banting #KlikSemasa #MediaSelangor #Selangor #BeritaSelangor
- Title
- 50 motosikal disita, 116 saman operasi samseng jalanan Selangor
- Runtime
- 1:47
- Date posted
- 27 days ago
- Description
- Sebanyak 50 motosikal disita dan 116 saman dikeluarkan dalam operasi bersepadu membanteras aktiviti samseng jalanan di Plaza Tol Bukit Raja, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), awal pagi tadi (13 September 2026).
Polis Selangor menerusi Facebook memaklumkan Operasi Tutup Samseng Jalanan itu membabitkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
#OpSamsengJalanan
#BukitRaja
#Klang
#MediaSelangor
- Title
- MPS keluarkan 24 kompaun menerusi operasi bancian penjaja sekitar Gombak
- Runtime
- 1:06
- Date posted
- 27 days ago
- Description
- Sebanyak 24 kompaun dan satu inventori direkodkan menerusi Operasi Bersepadu Bancian Penjaja yang dijalankan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di sekitar Gombak, pada 10 September lalu.
Operasi berkenaan dijalankan MPS melalui Jabatan Penguatkuasa dengan kerjasama Jabatan Pelesenan bagi menjalankan pemeriksaan dan bancian terhadap aktiviti penjajaan di Kawasan berkenaan.
#MediaSelangor
#KlikSemasa
#MPS
- Title
- Tiga PBT Selangor raih pengiktirafan SPB-PBT 2026 dalam penarafan kebangsaan
- Runtime
- 1:18
- Date posted
- 27 days ago
- Description
- Tiga pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor menerima pengiktirafan Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) 2026 yang diumumkan semalam (12 September 2026).
Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) meraih tempat pertama bagi kategori Majlis Bandaraya, manakala Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menduduki tempat kedua kategori Majlis Perbandaran.
Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) pula meraih tempat ketiga bagi kategori Majlis Daerah.
#MediaSelangor #KlikSemasa #PBTSelangor #SistemPenarafanBintangPihakBerkuasaTempatan2026
- Title
- Kilang sekerap plastik disyaki punca pencemaran air Telok Gong Klang
- Runtime
- 1:30
- Date posted
- 27 days ago
- Description
- Sebanyak 19 kompaun dikeluarkan dalam operasi bersepadu pemantauan pencemaran air dan bau di Jalan Udang Galah, Telok Gong, Pelabuhan Klang.
Operasi melibatkan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) melalui Jabatan Pelesenan, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Penguatkuasa bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor susulan aduan pencemaran air dan bau di parit awam kawasan berkenaan.
#MediaSelangor
#KlikSemasa
#MBDK
- Title
- Ilmu turath perlu difahami sebelum disesuaikan dengan zaman
- Runtime
- 2:16
- Date posted
- 27 days ago
- Description
- Khazanah ilmu turath tidak seharusnya terlalu cepat dianggap perlu diperbaharui atau disesuaikan dengan zaman moden tanpa terlebih dahulu memahami kandungan dan keluasan warisan tersebut.
Pengarah Yayasan Turath Islami, Al-Mustaqeem M Radhi berkata banyak persoalan semasa sebenarnya hadir dalam bentuk berbeza, namun mempunyai inti permasalahan yang sama seperti yang pernah dibincangkan ulama terdahulu.
#IlmuTurath #YayasanTurathIslami #AlMustaqeemMRadhi #KhazanahIslam #UlamaTerdahulu #TradisiKeilmuanIslam #BicaraSemasa #mediaselangor
- Title
- Catur Melayu dihidupkan semula, perkukuh warisan dan identiti bangsa
- Runtime
- 3:27
- Date posted
- 27 days ago
- Description
- Permainan warisan catur Melayu perlu dihidupkan semula bagi memastikan warisan itu terus dikenali generasi akan datang, selain memperkukuh identiti bangsa dan kemahiran berfikir.
Ahli Jawatankuasa Catur Melayu, Rifky Kesuma Suherman berkata, usaha memperkenalkan semula permainan berkenaan penting supaya catur Melayu tidak sekadar menjadi nostalgia zaman lampau.
#CaturMelayu #WarisanNusantara #HidupkanWarisan #RifkyKesumaSuherman #IdentitiBangsa #KemahiranBerfikir #PermainanTradisional #GenerasiMasaDepan #BudayaMelayu #NostalgiaZamanLampau #MediaSelangor #KlikSemasa #Selangor #PelestarianBudaya #SasteraDanSeni #WarisanHidup #PendidikanWarisan
- Title
- RANGKUMAN SEMASA | Kualiti udara di Semenanjung lebih baik
- Runtime
- 7:07
- Date posted
- 28 days ago
- Description
- Berikut merupakan rangkuman KLIK Semasa 12 September 2026:
1. MB: Perbanyak zikir, selawat untuk tenangkan jiwa hadapi cabaran
2. Program keagamaan semai kecintaan kepada Rasulullah, negara dan keluarga
3. JobCare Sepang tawar 3,925 peluang kerja pelbagai sektor
4. Kualiti udara di Semenanjung lebih baik, Sarawak masih jerebu
#KlikSemasa #BeritaSelangor #MediaSelangor #AmirudinShari #MBSelangor #ZikirDanSelawat #TenangkanJiwa #CintaRasul #DarulEhsanBerselawat #JobCareSelangor #JobCareSepang
#PeluangKerja #KarnivalKerjaya #PekerjaanSepang #KualitiUdara
- Title
- Sultan Selangor zahir syabas, bangga UPM juara SUKIPT 2026
- Runtime
- 1:18
- Date posted
- 28 days ago
- Description
- Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada Kontinjen Universiti Putra Malaysia (UPM) atas kejayaan sebagai Johan Keseluruhan Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) edisi ketujuh, 2026.
Selaku Canselor UPM, baginda amat berbangga dengan pencapaian itu dan berharap ia akan terus membakar semangat para pelajar untuk mencapai kecemerlangan, bukan sahaja dalam bidang akademik, malah dalam arena sukan.
#SultanSelangor #UPM #UniversitiPutraMalaysia #SUKIPT2026 #SukanInstitusiPendidikanTinggi #KontinjenUPM #JohanKeseluruhan #CanselorUPM #SemangatPelajarUPM #PenyertaanSukan #KejohananSukanTinggi #MediaSelangor #KlikSemasa #BeritaSelangor #SukanUniversiti #PrestasiTerbaik #Selangor
- Title
- Mana tu? | Jom bercuti di Shah Alam
- Runtime
- 1:02
- Date posted
- 28 days ago
- Description
- Last day untuk trip kalini, memang sedar yang dekat Selangor ni ada banyak je tempat menarik yang ada. Tak perlu pergi jauh, Selangor kan ada?
#SelangorKanAda #Selangor #JalanJalanSelangor #TempatMenarikSelangor #LastDayTrip #CutiCutiMalaysia #HiddenGemSelangor #ExploreSelangor #VisitMalaysia #TravelMalaysia #CutiMalaysia #PercutianMalaysia #fyp #JomBercuti
- Title
- JobCare Sepang tawar 3,925 peluang kerja pelbagai sektor
- Runtime
- 1:11
- Date posted
- 28 days ago
- Description
- Sebanyak 3,925 jawatan kosong ditawarkan menerusi Karnival Kerjaya JobCare Selangor Lindung Kerjaya Daerah Sepang yang menghimpunkan 28 majikan daripada pelbagai sektor.
EXCO Sumber Manusia V Papparaidu berkata sebanyak 2,786 kekosongan atau 71 peratus menawarkan gaji melebihi RM2,500, manakala 3,450 peluang pekerjaan atau 87.9 peratus melibatkan penempatan di Selangor.
#JelajahJocare
#VPapparaidu
#MediaSelangor
- Title
- MB: Pelaburan RM90 juta Mondelēz tingkat kapasiti pengeluaran di Selangor
- Runtime
- 1:21
- Date posted
- 28 days ago
- Description
- Pelaburan RM90 juta oleh Mondelēz Malaysia menerusi pembukaan Crumb Tower baharu di kilang pembuatannya di sini dijangka memperkukuh kapasiti pengeluaran bagi memenuhi pasaran Malaysia dan Asia Tenggara.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pelaburan itu menjadi satu lagi pencapaian penting buat Selangor selain mencerminkan keyakinan berterusan syarikat berkenaan terhadap negeri ini sebagai destinasi pelaburan strategik.
#AmirudinShari
#CrumbTower
#Cadbury
#MediaSelangor
- Title
- Program keagamaan semai kecintaan kepada Rasulullah, negara dan keluarga
- Runtime
- 2:58
- Date posted
- 28 days ago
- Description
- Pelbagai program keagamaan yang dianjurkan Kerajaan Negeri termasuk Darul Ehsan Berselawat menjadi wadah menyemai kecintaan kepada Rasulullah SAW, selain membentuk masyarakat yang menyayangi keluarga, negara dan kehidupan.
Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kecintaan terhadap Rasulullah SAW perlu dipupuk dalam jiwa umat Islam kerana nilai itu menjadi asas kepada kecintaan terhadap perkara lain dalam kehidupan.
#DarulEhsanBerselawat #AmirudinShari #CintaRasul #MaulidurRasul2026 #ProgramKeagamaan #Selangor #MediaSelangor #KlikSemasa #AsasKehidupan #KeluargaNegara #UmatIslam #SelawatNabi #NilaiIslam
- Title
- Kejohanan UMS26, SYNC26 buka ruang atlet serlah potensi
- Runtime
- 1:29
- Date posted
- 28 days ago
- Description
- Lebih 100 atlet muda dihimpunkan menerusi Ultimate Muaythai Showdown 2026 (UMS26) dan Selangor Netball Challenge 2026 (SYNC26) - Merdeka Edition di Strand Mall Kota Damansara, hari ini (12 September 2026).
Pengarah Program, Nazree Nasir berkata kedua-dua kejohanan itu menyediakan platform alternatif kepada atlet muda untuk mengetengahkan bakat dan mendapatkan pengalaman pertandingan dalam sukan masing-masing.
#UMS26 #SYNC26 #MerdekaEdition #UltimateMuaythaiShowdown #SelangorNetballChallenge #AtletMuda #StrandMall #KotaDamansara #PlatformBakat #SukanMuda #NazreeNasir #MediaSelangor #KlikSemasa #SukanAlternatif #PrestasiMuda
- Title
- MB: Perbanyak zikir, selawat untuk tenangkan jiwa hadapi cabaran
- Runtime
- 1:32
- Date posted
- 28 days ago
- Description
- Dato’ Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari menyeru umat Islam supaya memperbanyakkan zikir dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebagai ikhtiar menenangkan jiwa ketika berdepan pelbagai cabaran.
Beliau berkata amalan itu tidak seharusnya dilakukan ketika majlis tertentu sahaja, sebaliknya wajar dijadikan rutin termasuk di rumah dan institusi.
#AmirudinShari #MBSelangor #ZikirDanSelawat #AkhlakRasul #KetenanganJiwa #RutinSehariHari #RumahDanInstitusi #UmatIslam #Selangor #MediaSelangor #KlikSemasa #CintaRasul #MaulidurRasul #AmalanIslam #SelawatNabi
- Title
- Kualiti udara di Semenanjung lebih baik, Sarawak masih jerebu
- Runtime
- 1:38
- Date posted
- 28 days ago
- Description
- Hujan yang melanda beberapa lokasi di Lembah Klang dan negeri lain semalam membantu memperbaiki kualiti udara hari ini, khususnya di Semenanjung Malaysia.
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), seluruh Semenanjung menunjukkan trend pemulihan dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap baik dan sederhana.
Setakat jam 12 tengah hari, sebanyak 42 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan IPU sederhana, manakala 12 kawasan lagi berada pada tahap baik.
#KualitiUdara #IPU #APIMS #JabatanAlamSekitar #JAS #SemenanjungMalaysia #HujanMembaikiUdara #UdaraSihat #CuacaMalaysia #MediaSelangor #KlikSemasa #LembahKlang #PemulihanUdara #IndeksPencemaran
- Title
- GM Klang bantu usahawan OKU bangkit selepas hilang kerja, diuji kesihatan
- Runtime
- 2:49
- Date posted
- 28 days ago
- Description
- Kehilangan pekerjaan selepas 25 tahun dalam sektor minyak dan gas tidak mematahkan semangat Ahmad Anda’ Ismail untuk bangkit menerusi bidang keusahawanan, meskipun berdepan cabaran sebagai OKU fizikal.
Menerusi platform GM Klang bersama Koperasi Usahawan MyOKU Selangor Berhad (MyOKU) bukan sahaja membantunya menjana pendapatan, malah membuka ruang untuk berhubung dengan usahawan OKU lain dan meluaskan jaringan perniagaan.
#AhmadAndaIsmail #KisahInspirasi #UsahawanOKU #GMKlang #MyOKU #BangkitSemula #MinyakDanGas #Keusahawanan #OKUFizikal #JaringanPerniagaan #JanaPendapatan #Selangor #MediaSelangor #KlikSemasa #OKUBerjaya #KisahSebenar
- Title
- GM Klang, MyOKU perkasa usahawan OKU menerusi Terang Kentara
- Runtime
- 2:32
- Date posted
- 28 days ago
- Description
- Seramai 12 usahawan orang kurang upaya (OKU) mendapat manfaat menerusi Pusat Pemborong GM Klang yang menyediakan platform perniagaan inklusif bagi membantu mereka menjana pendapatan serta meluaskan pasaran produk.
Usaha itu diteruskan menerusi kerjasama kali ketiga antara GM Klang dan Koperasi Usahawan MyOKU Selangor Berhad (MyOKU) melalui penganjuran Bazar Usahawan OKU sempena Program Terang Kentara bermula 11 hingga 13 September 2026.
#GMKlang #UsahawanOKU #MyOKU #PusatPemborongGMKlang #BazarUsahawanOKU #TerangKentara #PerniagaanInklusif #OKUBerjaya #Selangor #MediaSelangor #KlikSemasa #JanaPendapatan #EkonomiInklusif #KoperasiMyOKU
- Title
- Pasangan doktor pilih hidup minimalis, bahagia tanpa hutang
- Runtime
- 4:52
- Date posted
- 28 days ago
- Description
- Ada ketika manusia membeli bukan kerana memerlukan, tetapi mahu merasai kepuasan. Barangan berjenama, kediaman besar dan kehidupan mewah menjadi simbol kejayaan serta pengiktirafan selepas penat mengejar cita-cita.
Di sebalik kerjaya sebagai doktor yang dilihat berjaya, kehidupan sedemikian pernah menjadi lumrah bagi seorang wanita sebelum menyedari kemewahan tidak memberikan ketenangan yang dicari.
Bagi Dr Amirah Alieya Mohamad, beg tangan berjenama pernah dibeli hampir setiap bulan sebagai ganjaran atas pencapaiannya. Beliau juga mengimpikan kediaman besar dan menjadikan pemilikan barangan sebagai antara ukuran kejayaan.
Ikuti laporan selanjutnya oleh wartawan Nurul Ufairah Tarmidzi.
#mediaselangor #spektrum #doktor #hutang #minimalis
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://tw...
- Title
- Pengajian turath kekal relevan, bantu bezakan maklumat dan ilmu
- Runtime
- 3:56
- Date posted
- 28 days ago
- Description
- Ilmu turath kekal relevan untuk didalami pada zaman moden, terutama ketika masyarakat berdepan lambakan maklumat yang boleh diperoleh dengan mudah di hujung jari.
Pengarah Yayasan Turath Islami, Al-Mustaqeem M Radhi berkata kemudahan mendapatkan pelbagai kandungan khususnya menerusi media sosial turut menyumbang kepada krisis autoriti atau kewibawaan dalam mendapatkan ilmu.
Menurutnya, keadaan itu menyebabkan masyarakat perlu lebih berhati-hati dalam membezakan antara maklumat dan ilmu.
#IlmuTurath #YayasanTurathIslami #AlMustaqeemMRadhi #KewibawaanIlmu #MediaSosial #TradisiKeilmuanIslam #BicaraSemasa #mediaselangor
- Title
- Festival Turath Islami Malaysia buka ruang masyarakat berguru terus dengan ulama
- Runtime
- 4:29
- Date posted
- 28 days ago
- Description
- Festival Turath Islami Malaysia (FTIM) membuka ruang kepada masyarakat awam untuk berguru secara langsung dengan ulama, sekali gus membawa tradisi pengajian ilmu turath keluar daripada kelompok agamawan kepada khalayak lebih luas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dr Zulkifli Hasan berkata festival itu memberi peluang kepada orang ramai bertemu dan menuntut ilmu secara bersemuka dengan ulama, termasuk memahami hubungan guru dan murid serta kesinambungan sanad dalam tradisi keilmuan Islam.
#mediaselangor #kliksemasa #festivalturathislami
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Kaedah semburan EM mampu kawal bau dan lalat dari aktiviti penternakan
- Runtime
- 7:15
- Date posted
- 28 days ago
- Description
- Masalah bau busuk dari ammonia najis ternakan punca pembiakan lalat sering menjadi cabaran utama penternak, terutama apabila kandang ternakan berada berhampiran kawasan perumahan. Menerusi penggunaan teknologi bio EM (Effective Microorganisms) dan proses fermentasi, sisa ternakan boleh diuraikan menjadi kompos serta membantu mengurangkan bau dan kehadiran lalat.
Borak Lokal kali ini bersama Pak Faisal yang berkongsi keberkesanan produk EM yang dihasilkan dengan jenama MyBiostar.
#Boraklokal #MediaSelangor #effectivemicroorganism #ternak #tani #organik
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Belanjawan Selangor 2027: Apa penduduk Bukit Lanjan perlukan?
- Runtime
- 0:28
- Date posted
- 28 days ago
- Description
- Apa yang sebenarnya rakyat perlukan daripada sebuah belanjawan? Bukan sekadar angka dan peruntukan, tetapi penyelesaian kepada isu yang memberi kesan langsung kepada kehidupan seharian.
Sempena pembentangan Belanjawan Selangor 2027, SKOP membawakan pandangan Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Lanjan, Pua Pei Ling mengenai keutamaan yang wajar diberi perhatian termasuk pembinaan Sekolah Rendah Agama (SRA) di Damansara Damai, penyelesaian isu kesesakan lalu lintas serta usaha memperkukuh infrastruktur awam.
📅 Tarikh: 13 September 2026 (Ahad)
🕘 Masa: 9.00 malam
Eksklusif di mediaselangor.com

