Media Selangor
Sidang Bola | Jerebu kacau Liga Malaysia, Kuching City dan JDT di Asia
- Title
- Sidang Bola | Jerebu kacau Liga Malaysia, Kuching City dan JDT di Asia
- Runtime
- 31:01
- Date posted
- 23 days ago
- Description
- Untuk episod kali ini kita borak mengenai jerebu yang melanda Liga Malaysia juga nasib JDT dan Kuching City di ACL.
#SidangBola #LigaMalaysia #LigaSuper
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- MyKad Generasi Baharu: Tidak perlu tukar MyKad lama jika masih elok - JPN
- Runtime
- 1:37
- Date posted
- 23 days ago
- Description
- Pemegang MyKad sedia ada tidak perlu menukar kad pengenalan mereka kepada MyKad Generasi Baharu sekiranya kad lama masih dalam keadaan baik.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) orang awam juga tidak perlu hadir ke JPN semata-mata untuk menukar MyKad sedia ada.
#mediaselangor #JPN #MyKadGenerasiBaharu #kliksemasa
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Pindah padang awam ke sebelah SJKT Bangi, mudahkan akses pelajar - EXCO
- Runtime
- 1:25
- Date posted
- 23 days ago
- Description
- Lokasi padang awam yang diluluskan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dicadang dipindahkan ke hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bangi bagi memudahkan akses pelajar kepada kemudahan sukan dan rekreasi.
EXCO Sumber Manusia, Papparaidu Veraman berkata cadangan itu dikemukakan susulan permintaan ibu bapa pelajar supaya sekolah berkenaan mempunyai kemudahan padang yang lebih mudah diakses.
#PapparaiduVeraman #EXCOSumberManusia #MediaSelangor #kliksemasa
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- 30 peratus masjid di Selangor adaptasi AI, transformasi digital
- Runtime
- 1:41
- Date posted
- 23 days ago
- Description
- Sekitar 30 peratus pengurusan masjid di Selangor telah menggunakan teknologi digital serta mengadaptasi penggunaan kecerdasan buatan (AI).
Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dr Mohd Sabirin Mohd Sarbini berkata, pihaknya sedang berusaha untuk menambah peratusan itu, terutamanya melibatkan sistem pengurusan kewangan masjid agarnya ia lebih teratur, telus serta memudahkan proses pengauditan.
#mediaselangor #mais #masjid #ai
#MediaSelangor #SelangorTV #SelangorKini
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Empat kilang musnah 90 peratus dalam kebakaran di Puchong
- Runtime
- 1:09
- Date posted
- 23 days ago
- Description
- Empat kilang musnah hampir 90 peratus dalam kebakaran besar di Jalan TPP 5/15, Taman Perindustrian Puchong, awal pagi tadi.
Kebakaran yang berlaku kira-kira 6.30 pagi itu bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa.
#MediaSelangor #SelangorTV #SelangorKini
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Walkathon Bandar Utama ditangguh ke 24 Oktober akibat jerebu
- Runtime
- 1:15
- Date posted
- 23 days ago
- Description
- Program 5KM Walkathon Kita Malaysia! dan Karnival Rasa Sayang DUN Bandar Utama yang dijadual berlangsung Sabtu (19 Oktober 2026) ditangguhkan susulan keadaan jerebu serta bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat.
Ahli Dewan Negeri (ADN) Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin berkata, keputusan berkenaan dibuat selepas mengambil kira aspek keselamatan dan kesihatan peserta, komuniti setempat, petugas serta sukarelawan.
#kliksemasa #mediaselangor
#MediaSelangor #SelangorTV #SelangorKini
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Festival Turath tahun depan dirancang lebih awal, tingkat kualiti penganjuran
- Runtime
- 0:41
- Date posted
- 23 days ago
- Description
- Penganjuran Festival Turath Islami 2027 akan dirancang lebih awal bagi meningkatkan kualiti program selain membuka ruang penglibatan lebih banyak pihak.
Dato' Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata perancangan itu turut mengambil kira pemilihan lokasi yang lebih sesuai susulan sambutan positif terhadap Festival Turath Islami Malaysia (FTIM) tahun ini.
#turathislami
#selangorpersekutuan
#tahundepan
#venue
#sambutanpositif
#mb
#selangor
#tvselangor
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Rukun Negara: Jangan biar kesopanan hilang di media sosial
- Runtime
- 2:20
- Date posted
- 23 days ago
- Description
- Perbezaan pandangan di media sosial tidak seharusnya menghakis nilai Kesopanan dan Kesusilaan yang menjadi antara prinsip penting Rukun Negara.
Penolong Naib Canselor (Pemerkasaan Adiwangsa), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Profesor Dr. Amer Shakir Zainol berkata nilai itu perlu terus diperkasa, terutama ketika ruang komen semakin mudah menjadi medan pertelingkahan, bagi memastikan masyarakat kekal harmoni dan saling menghormati.
#RukunNegara
#KesopanandanKesusilaan
#MediaSelangor
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Jerebu: Kerajaan Negeri teliti langkah lindungi murid, bincang Jumaat ini
- Runtime
- 0:45
- Date posted
- 23 days ago
- Description
- Kerajaan Negeri akan meneliti langkah susulan bagi menangani keadaan jerebu di Selangor termasuk usaha mengurangkan pendedahan murid terhadap pencemaran udara.
Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari berkata perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Jumaat ini (18 September 2026) selepas mengambil kira laporan daripada agensi terlibat.
#jerebu
#selangor
#mb
#mmkn
#langkahsusulan
#tvselangor
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Belanjawan Selangor 2027: Borhan harap peruntukan Skim Ceria ditambah
- Runtime
- 1:31
- Date posted
- 23 days ago
- Description
- Penyelengaraan infrastruktur dan fasiliti di kawasan pangsapuri kos rendah akan menjadi keutamaan tahun depan bagi memastikan penduduk mendapat persekitaran lebih sejahtera.
Berikutan itu, EXCO Perumahan, Datuk Borhan Aman Shah berharap Belanjawan Selangor 2027 yang akan dibentang tidak lama lagi, memberi tumpuan kepada Skim Ceria supaya usaha berkenaan dapat dilaksana secepat mungkin.
#MediaSelangor #KlikSemasa #BeritaSelangor #Selangor #SkimCeria #BelanjawanSelangor2027 #BorhanAmanShah #PangsapuriKosRendah #InfrastrukturPerumahan #EXCOPerumahan #KesejahteraanPenduduk #SelangorMaju #FasilitiAwam
- Title
- MIHAS Awards 2026 tampil 15 anugerah, fokus inovasi dan kelestarian
- Runtime
- 1:32
- Date posted
- 24 days ago
- Description
- Sebanyak 15 anugerah bakal dipertandingkan menerusi MIHAS Awards 2026 bagi mengiktiraf kecemerlangan, inovasi dan amalan kelestarian pemain industri halal di peringkat global.
Pengerusi Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata anugerah berkenaan terus memainkan peranan dalam meningkatkan standard industri selain mengiktiraf syarikat berdaya fikir ke hadapan yang membentuk masa depan perdagangan halal.
#MediaSelangor #KlikSemasa #BeritaSelangor #Selangor #MIHASAwards2026 #MATRADE #ReezalMerican #AnugerahHalal #IndustriHalalGlobal #InovasiKelestarian #PerdaganganHalal #EkonomiHalal #PenerajuHalal
- Title
- Maklumat pengadu MPS didakwa bocor, tuntut penjelasan
- Runtime
- 10:33
- Date posted
- 24 days ago
- Description
- Berikut merupakan rangkuman KLIK Semasa 16 September 2026:
1. Sultan Selangor seru rakyat perkukuh perpaduan, hargai keamanan
2. MB: Menuju usia 100 tahun, Malaysia perlu serius tangani perubahan iklim
3. Festival Budaya Selangor tampil pasar terapung wakili sembilan daerah
4. Maklumat pengadu MPS didakwa bocor, penduduk mahu pihak berkuasa itu bertanggungjawab
#MediaSelangor #KlikSemasa #BeritaSelangor #Selangor #RangkumanKlikSemasa #HariMalaysia #PerpaduanRakyat #PerubahanIklim #AmirudinShari #FestivalBudayaSelangor #PasarTerapung #MPS #KebocoranMaklumat
- Title
- GHaS 2026 perkukuh Malaysia sebagai peneraju industri halal global
- Runtime
- 2:13
- Date posted
- 24 days ago
- Description
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) memperkukuh usaha meletakkan Malaysia sebagai peneraju industri halal global menerusi Global Halal Summit (GHaS) 2026.
Ketua Pengarah JAKIM Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata kerjasama strategik itu bukan sahaja memperluas peluang eksport produk halal Malaysia, malah mengukuhkan keyakinan rakan industri antarabangsa terhadap ekosistem halal negara.
#MediaSelangor #KlikSemasa #BeritaSelangor #Selangor #JAKIM #MATRADE #GHaS2026 #MalaysiaHalal #EksportHalal #EkosistemHalal #DrSirajuddinSuhaimee #IndustriHalal #PenerajuGlobal
- Title
- MIHAS 2026: MATRADE lancar WiEX perkasa usahawan wanita tembusi pasaran halal global
- Runtime
- 1:50
- Date posted
- 24 days ago
- Description
- Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bakal melancarkan platform Women in Export (WiEX) sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke-22 bagi memperkukuh penyertaan usahawan wanita dalam perdagangan antarabangsa, khususnya sektor halal global.
Pengerusinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata penglibatan lebih ramai usahawan wanita penting bagi memanfaatkan sepenuhnya potensi ekonomi halal.
#MediaSelangor #KlikSemasa #BeritaSelangor #Selangor #MATRADE #WiEX #MIHAS22 #UsahawanWanita #EkonomiHalal #PerdaganganAntarabangsa #ReezalMerican #PemberdayaanWanita #HalalGlobal
- Title
- Maklumat pengadu MPS didakwa bocor, penduduk mahu pihak berkuasa itu bertanggungjawab
- Runtime
- 3:49
- Date posted
- 24 days ago
- Description
- Seorang penduduk mendakwa maklumat dirinya sebagai pengadu kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bocor sehingga pemilik sebuah kedai yang diadukannya datang ke rumah bagi mempersoalkan tindakannya.
Raku Nadarajah berkata, pemilik kedai terbabit mendakwa memperoleh maklumat mengenainya daripada pihak MPS ketika membuat bayaran saman di kaunter.
Media Selangor sedang mendapatkan maklum balas daripada MPS berhubung dakwaan kebocoran maklumat pengadu.
#MediaSelangor #KlikSemasa #BeritaSelangor #Selangor #MPS #MajlisPerbandaranSelayang #KebocoranMaklumat #Pengadu #RakuNadarajah #SamanPBT #PerlindunganPengadu #Selayang #IsuSemasa
```Tiada kesinambungan diperlukan — jawapan sebelum ini sudah selesai sepenuhnya. Berikut hanya blok hashtag, seperti diminta:
```text
#MediaSelangor #KlikSemasa #BeritaSelang
- Title
- MPKj sita lori buang sisa binaan haram, sekat laluan tapak sampah
- Runtime
- 1:30
- Date posted
- 24 days ago
- Description
- Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menyita sebuah lori yang dikesan membuang sisa binaan secara haram, selain mengorek laluan masuk di beberapa lokasi bagi menghalang kemasukan kenderaan ke tapak pembuangan sampah haram.
MPKj memaklumkan tindakan itu dilaksanakan menerusi Operasi Bersepadu Tapak Pelupusan Sampah Haram melibatkan pelbagai agensi termasuk Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat (PDT) serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
#MediaSelangor #KlikSemasa #BeritaSelangor #Selangor #MPKj #SampahHaram #LoriDisita #OperasiBersepadu #LUAS #PDT #SPRM #HuluLangat #KempenKebersihan
- Title
- Pameran seni kontemporari tampil kepelbagaian indentiti Malaysia
- Runtime
- 2:01
- Date posted
- 24 days ago
- Description
- Pameran 'Fragments of Identity' menghimpunkan lebih 60 pelukis dari seluruh negara dengan membawa tema memori, budaya dan identiti.
Program yang berlangsung sehingga 30 September itu di The LINC KL,, turut meraikan Hari Malaysia menerusi Pertandingan Melukis Potret Pak Mail Itam dan Pertandingan Mewarna Batik yang terbuka kepada umum.
- Title
- MBPJ rancang lima taman rakyat di Damansara Damai, tambah ruang hijau komuniti
- Runtime
- 1:45
- Date posted
- 24 days ago
- Description
- Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) merancang mewujudkan lima kawasan hijau di Damansara Damai menerusi Pelan Induk Landskap Taman Rakyat atau People's Park bagi menambah ruang rekreasi dan kemudahan komuniti.
Lima lokasi berkenaan ialah Taman Damai Setia, Taman Damai Utama, Taman Damai Belantara, Taman Damai Puncak dan Taman Damai Warisan, lapor The Star.
#MediaSelangor #KlikSemasa #BeritaSelangor #Selangor #MBPJ #DamansaraDamai #TamanRakyat #PeoplesPark #PelIndukLandskap #KawasanHijau #PetalingJaya #RekreasiKomuniti #PiLAN
- Title
- Festival Budaya Selangor tampil pasar terapung wakili sembilan daerah
- Runtime
- 1:46
- Date posted
- 24 days ago
- Description
- Pasar terapung atau floating market yang menjadi tarikan utama Festival Budaya Selangor di Dataran Batu Laut, Kuala Langat tampil mengetengahkan identiti semua daerah di negeri ini termasuk makanan tradisi.
EXCO Kebudayaan, Datuk Borhan Aman Shah berkata, pasar itu akan melibatkan sembilan bot sebagai simbol mewakili semua daerah dan kenderaan terbabit dihias dengan konsep seni dan budaya di kawasan masing-masing.
#MediaSelangor #KlikSemasa #BeritaSelangor #Selangor #FestivalBudayaSelangor #PasarTerapung #DataranBatuLaut #KualaLangat #BorhanAmanShah #MakananTradisi #SeniDanBudaya #EXCOKebudayaan #WarisanSelangor
- Title
- Operasi trafik di LATAR: 57 saman dikeluarkan, lapan individu ditahan kes dadah
- Runtime
- 1:09
- Date posted
- 24 days ago
- Description
- Sebanyak 57 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di RSA Kundang Barat, Lebuhraya LATAR.
Operasi yang dijalankan menerusi kerjasama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman serta Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Gombak tersebut juga menahan lapan individu disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
#MediaSelangor #KlikSemasa #BeritaSelangor #Selangor #Gombak #LebuhrayaLATAR #RSAKundangBarat #OperasiBersepadu #PenguatkuasaanTrafik #IPDGombak #JSPTBukitAman #AADKGombak #KeselamatanJalanRaya
- Title
- Tangani isu kesesakan, jalan rosak persediaan MPKj berstatus bandar raya
- Runtime
- 3:51
- Date posted
- 24 days ago
- Description
- Kesesakan lalu lintas, kerosakan jalan dan anjing liar antara isu yang perlu ditangani Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) ekoran pertukaran status kepada bandar raya.
Menurut ahli majlis Zon 19, Sangeetha A/P Chandra Mohan, MPKj berada pada tahap 80 peratus bersedia beralih status, tetapi baki 20 peratus memerlukan penambahbaikan dan penyelesaian isu yang dihadapi penduduk.
#MediaSelangor #BeritaSelangor #Selangor #MPKj #MajlisPerbandaranKajang #StatusBandarRaya #KesesakanLalulintas #KerosakanJalan #AnjingLiar #SangeethaChandraMohan #PembangunanInfrastruktur #PBT #KlikSemasa
- Title
- MB: Menuju usia 100 tahun, Malaysia perlu serius tangani perubahan iklim
- Runtime
- 1:14
- Date posted
- 24 days ago
- Description
- Perubahan iklim yang semakin tidak menentu dan memberi kesan besar kepada dunia perlu diberi perhatian menyeluruh ketika Malaysia menuju usia 100 tahun pada 2057.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata isu itu perlu ditangani dalam tempoh 31 tahun akan datang bagi mengurangkan kesan bencana alam seperti banjir di Nepal dan letusan gunung berapi di Indonesia yang turut memberi impak kepada ekonomi dan pelaburan.
#MediaSelangor #BeritaSelangor #Selangor #AmirudinShari #MBSelangor #PerubahanIklim #Malaysia2057 #BencanaAlam #BanjirNepal #LetusanGunungBerapi #EkonomiMalaysia #Pelaburan #IsuGlobal
- Title
- Selangor kekal destinasi pilihan, rekod 36.4 juta pelancong pada 2025
- Runtime
- 1:41
- Date posted
- 24 days ago
- Description
- Malaysia merekodkan 290.1 juta pelawat domestik pada 2025, meningkat 11.5 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Daripada jumlah itu, Selangor merekodkan bilangan pelawat domestik tertinggi iaitu seramai 36.4 juta pelancong pada tahun lalu.
#MediaSelangor #BeritaSelangor #Selangor #DOSM #PelanconganDomestik #PelawatDomestik #StatistikPelancongan #SelangorPelancongan
- Title
- Menuju usia 100 tahun, Malaysia perlu serius tangani perubahan iklim
- Runtime
- 3:56
- Date posted
- 24 days ago
- Description
- Perubahan iklim yang semakin tidak menentu dan memberi kesan besar kepada dunia perlu diberi perhatian menyeluruh ketika Malaysia menuju usia 100 tahun pada 2057.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata isu itu perlu ditangani dalam tempoh 31 tahun akan datang bagi mengurangkan kesan bencana alam seperti banjir di Nepal dan letusan gunung berapi di Indonesia yang turut memberi impak kepada ekonomi dan pelaburan.
#PerubahanIklim #AmirudinShari #AmirudinShari #MBSelangor #Malaysia2057 #Negaraku100Tahun #BencanaAlam #LetusanGunungBerapi #Indonesia #KesanEkonomi #PelaburanTerjejas #PerhatianMenyeluruh #MediaSelangor #KlikSemasa #Selangor #BeritaSelangor
- Title
- Fahami sejarah, hayati Rukun Negara
- Runtime
- 1:45
- Date posted
- 24 days ago
- Description
- Penghayatan Rukun Negara perlu diperkukuh bagi memastikan masyarakat tidak terus dibelenggu prejudis, persepsi negatif serta kecenderungan membesarkan perbezaan.
Penolong Naib Canselor (Pemerkasaan Adiwangsa), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Profesor Dr. Amer Shakir Zainol berkata pemahaman terhadap sejarah dan kepentingan Rukun Negara penting supaya setiap rakyat menyedari peranan masing-masing dalam membina negara yang harmoni dan bersatu padu.
#RukunNegara
#MediaSelangor
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Isu sampah haram, MBSA anjur gotong-royong libat warga asing
- Runtime
- 2:55
- Date posted
- 24 days ago
- Description
- Isu kebersihan dan keselamatan membabitkan kehadiran warga asing di Dataran Otomobil Seksyen 15 Shah Alam semakin terkawal hasil inisiatif Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bersama Jawatankuasa Penduduk (JMB) melalui program gotong-royong bersama komuniti peniaga di kawasan komersial tersebut.
Ahli Majlis Zon 5 MBSA, Suryamuizzudin Kamarudin berkata, pendekatan usaha ini dilihat telah memberi kesan positif dari segi peningkatan tahap kebersihan dan meningkatkan kesedaran kebersihan sekali gus membudayakan amalan kebersihan dikalangan warga asing.
#Turunpadang #MediaSelangor #Sampah #Wargaasing #MBSA #KitaSelangor
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Penglibatan belia dalam aktiviti sukarelawan
- Runtime
- 5:11
- Date posted
- 25 days ago
- Description
- Penglibatan belia dalam aktiviti sukarelawan bukan sahaja membantu menangani isu masyarakat, malah membentuk karakter dan modal insan berkualiti.
Dato' Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata, penglibatan dalam aktiviti berkenaan memberi peluang kepada golongan itu untuk berdepan dengan pelbagai isu termasuk banjir, persoalan semasa dan permasalahan setempat selain membina pengalaman di luar bilik kuliah.
“Sukarelawan bukan sahaja membantu kita untuk menyelesaikan isu banjir, persoalan semasa dan persoalan setempat, tapi sebenarnya ia membantu membina karakter anda di dalam universiti dan juga pembentukan anak-anak muda,” katanya ketika sesi soal jawab Program Bicara Perdana sempena Hari Malaysia 2026 di Dewan Al Jazari, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.
#MediaSelangor #BicaraPerdana #HariMalaysia #SUKMA2026
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
...
- Title
- JPJ tahan Toyota Vellfire tawar khidmat ‘ulat’ di KLIA
- Runtime
- 1:16
- Date posted
- 25 days ago
- Description
- Sebuah Toyota Vellfire dan pemandu ditahan selepas dipercayai menawarkan perkhidmatan kereta sewa tidak berlesen kepada penumpang di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam (14 September 2026).
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor memaklumkan, tangkapan dibuat Stesen Penguatkuasa KLIA hasil intipan dan pemantauan yang dijalankan.
#mediaselangor #kliksemasa #ulatklia #JPJNegeriSelangor
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Loji WTE Batu Arang: Selangor pertimbang pindah lokasi
- Runtime
- 3:30
- Date posted
- 25 days ago
- Description
- Kerajaan Negeri sedang mempertimbang untuk memindahkan pembangunan loji Sisa Kepada Tenaga (WTE) di Batu Arang ke lokasi lebih bersesuaian, dengan mengambil kira aspek aspek keselamatan dan kesesuaian tapak.
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata, pertimbangan turut mengambil kira beberapa perkara yang masih dalam proses, termasuk cabaran berkaitan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) serta penilaian impak sosial yang perlu diselesaikan.
Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab Bicara Perdana Dato' Menteri Besar Selangor sempena Hari Malaysia 2026 hari ini.
#MediaSelangor #WasteToEnergy #BatuArang #Rawang
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- RANGKUMAN SEMASA | PSRA mungkin ditangguh jika jerebu semakin teruk - MB
- Runtime
- 9:04
- Date posted
- 25 days ago
- Description
- Berikut merupakan rangkuman Klik Semasa 15 September 2026:
1. MB: PSRA mungkin ditangguh jika jerebu semakin teruk
2. Jerebu: Selangor agih pelitup muka kepada pelajar
3. MB: Adaptasi AI di sekolah perlu diberi perhatian hadapi cabaran pendidikan
4. EXCO: Naik taraf laluan pejalan kaki sekitar LRT Bandar Baru Klang bermula Oktober
5. MBDK keluar sembilan kompaun, banteras kegiatan buang sisa di tempat awam
#PSRA #Jerebu #AmirudinShari #MBDK #LRT3
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Jerebu: Selangor agih pelitup muka kepada pelajar
- Runtime
- 1:39
- Date posted
- 25 days ago
- Description
- Pelitup muka akan diagihkan secara percuma kepada pelajar sekolah susulan situasi jerebu yang dijangka berlarutan sehingga Oktober depan, bergantung kepada fasa peralihan monsun.
Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pihaknya kini sedang mengurus pembelian pelitup muka terbabit bagi memastikan keselamatan anak-anak ketika belajar.
#MediaSelangor #KlikSemasa #AmirudinShari #jerebu #pelitupmuka
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- MB: PSRA mungkin ditangguh jika jerebu semakin teruk
- Runtime
- 1:51
- Date posted
- 25 days ago
- Description
- Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) di bawah kendalian Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang dijadualkan minggu depan mungkin ditangguhkan sekiranya keadaan jerebu bertambah buruk.
Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata, Kerajaan Negeri akan memantau bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semasa selain mendapatkan laporan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) sebelum sebarang keputusan dibuat.
#MediaSelangor #KlikSemasa #PSRAtangguh #JAIS #AmirudinShari
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Defisit RM21 juta, MBSJ tidak naikkan cukai pintu pada 2027
- Runtime
- 1:40
- Date posted
- 25 days ago
- Description
- Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) tidak akan menaikkan kadar cukai pintu pada 2027 walaupun mengunjurkan defisit bajet sebanyak RM21 juta.
Pengarah Perbendaharaannya, Mohd Fadzil Mahat berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) itu sebaliknya akan meningkatkan kutipan hasil menerusi penguatkuasaan lebih tegas, termasuk mendapatkan semula tunggakan cukai pintu berjumlah RM65 juta.
#KlikSemasa #MediaSelangor #MBSJ #cukaipintu
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Pusat Data: Ada Peluang, Ada Cabaran - MB
- Runtime
- 3:00
- Date posted
- 25 days ago
- Description
- Perkembangan industri pusat data di Selangor dilihat membawa peluang dan cabaran yang perlu diberi perhatian bagi memastikan pertumbuhan sektor berkenaan dimanfaat sebaiknya.
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata, kewujudan pusat data berpotensi menyumbang kepada perkembangan ekonomi digital dan pelaburan negeri, namun aspek berkaitan keperluan infrastruktur serta sumber perlu diambil kira dalam perancangannya.
Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab sempena Bicara Perdana Dato' Menteri Besar Selangor sempena Hari Malaysia 2026 hari ini.
#MediaSelangor #PusatData #EkonomiDigital #Digitalisasi #pelaburan
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Empat pemancing hilang ditemui terapung, tiga lagi masih dicari
- Runtime
- 1:15
- Date posted
- 25 days ago
- Description
- Empat daripada tujuh pemancing termasuk seorang tekong yang dilaporkan hilang semalam berjaya ditemui dalam keadaan terapung di perairan Sekinchan pada jam 9.50 pagi.
Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata keempat-empat mangsa ditemui bot nelayan tempatan ketika operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) memasuki hari kedua.
#mediaselangor #kliksemasa #maritimmalaysia
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Bagaimana agaknya rupa Malaysia apabila genap 100 tahun?
- Runtime
- 3:52
- Date posted
- 25 days ago
- Description
- Bagaimana agaknya rupa Malaysia apabila genap 100 tahun?
Persoalan itu bukan sekadar tentang pencapaian yang mahu kita capai, tetapi juga cabaran yang perlu kita hadapi bersama untuk memastikan masa depan negara kekal berdaya tahan.
Menerusi Bicara Perdana Dato’ Menteri Besar Selangor Sempena Hari Malaysia 2026, Dato’ Seri Amirudin Shari mengupas gagasan “Malaysia 100 Tahun”, termasuk lima cabaran dan lima gagasan yang perlu difahami dalam menentukan hala tuju Malaysia dan Selangor pada masa hadapan.
“Ini harus menjadi satu usaha kolektif, bukan hanya kerajaan. Tetapi ia harus menjadi kesedaran kolektif semua rakyat bahawa kita harus tangani hal ini bersama-sama,” tegas beliau, mengingatkan bahawa masa depan negara bukan hanya tanggungjawab kerajaan, tetapi tanggungjawab seluruh rakyat.
#MediaSelangor #peralihaniklim #climatecrises #amirudinshari
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16eq...
- Title
- (Langsung) Bicara Perdana : Hari Malaysia Tahun 2026
- Runtime
- 2:17:40
- Date posted
- 25 days ago
- Description
- Saksikan siaran langsung Bicara Perdana Dato' Menteri Besar Selangor sempena Hari Malaysia Tahun 2026 #MalaysiaKita bertempat di Dewan Al Jazari, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
- Title
- MBDK gesa penduduk lapor kes vandalisme, kecurian infrastruktur elektrik
- Runtime
- 1:18
- Date posted
- 25 days ago
- Description
- Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) meminta penduduk segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan atau kejadian vandalisme kepada pihak berkuasa.
Pengarah Komunikasi Korporat MBDK, Norfiza Mahfiz berkata pihaknya menerima aduan berulang membabitkan kerosakan sengaja termasuk kecurian infrastruktur elektrik di beberapa lokasi yang dikenal pasti.
#MediaSelangor #KlikSemasa #MBDK
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- EXCO: Naik taraf laluan pejalan kaki sekitar LRT Bandar Baru Klang bermula Oktober
- Runtime
- 2:07
- Date posted
- 25 days ago
- Description
- Kerja penambahbaikan laluan pejalan kaki sekitar Stesen Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Bandar Baru Klang dijangka bermula Oktober ini.
EXCO Mobiliti, Ng Sze Han berkata langkah itu susulan beberapa isu keselamatan dan aksesibiliti yang dikenal pasti menerusi sesi 'walking audit' di kawasan berkenaan.
Menurutnya, Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) memaklumkan kerja pembaikan segera serta penambahbaikan tambahan disasarkan siap pada November.
#MediaSelangor #KlikSemasa #MBDK #LRT3 #NgSzeHan
- Title
- Selangor sasar beralih kepada status negeri pintar menjelang 2030
- Runtime
- 2:25
- Date posted
- 25 days ago
- Description
- Selangor sudah mencapai sekitar 70 hingga 80 peratus sasaran pelaksanaan bandar pintar pada 2025 dan kini bersedia beralih kepada agenda negeri pintar menjelang 2030.
Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pencapaian itu menunjukkan Selangor berada di landasan tepat untuk memperluas penggunaan teknologi dan pendigitalan daripada peringkat bandar kepada skala lebih menyeluruh.
#kliksemasa
#MediaSelangor
#BandarPintar
#AmirudinShari
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- MBDK keluar sembilan kompaun, banteras kegiatan buang sisa di tempat awam
- Runtime
- 0:51
- Date posted
- 25 days ago
- Description
- Sebanyak sembilan kompaun dikeluarkan serta-merta dalam Operasi Kutu Sampah bagi membanteras kegiatan membuang sampah di tempat awam sekitar Jalan Pos Baru, Klang baru-baru ini.
Operasi Jabatan Perkhidmatan Persekitaran Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) itu mendapati antara sisa dibuang termasuk puntung rokok, kertas, plastik dan sisa makanan.
#MediaSelangor
#KlikSemasa
#MBDK
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Jerebu: Enam kawasan Selangor antara 37 lokasi seluruh negara catat IPU tidak sihat
- Runtime
- 2:09
- Date posted
- 25 days ago
- Description
- Enam kawasan di Selangor antara 37 lokasi di seluruh negara yang mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 10 pagi ini.
Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Johan Setia merekodkan bacaan tertinggi di Selangor dengan IPU 182, diikuti Shah Alam (168), Klang dan Petaling Jaya (161), manakala Banting serta Kuala Selangor masing-masing mencatat 157.
#MediaSelangor #KlikSemasa #jerebu #Sarawak #APIMS
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Pernah Hilang Segalanya, Nanas Jadi Jalan Untuk Bangkit
- Runtime
- 7:44
- Date posted
- 25 days ago
- Description
- Hilang sumber pendapatan, rumah dan kereta tergadai menyebabkan Mohd Noorhardy Mohd Noorzain kemurungan dan hilang arah. Semuanya bermula selepas perniagaan kafe yang dibukanya gagal. Siapa sangka, nanas menjadi jalan keluar sehingga beliau berjaya membina Saudagar Nanas Agrofarm.
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- BICARA SEMASA | Hidupkan Rukun Negara
- Runtime
- 32:31
- Date posted
- 25 days ago
- Description
- Lebih lima dekad selepas diperkenalkan, Rukun Negara terus menjadi asas penting dalam membentuk perpaduan dan identiti rakyat Malaysia.
Namun dalam era media sosial dan perbezaan pandangan, sejauh mana lima prinsip Rukun Negara benar-benar dihayati dalam kehidupan seharian?
Saksikan Bicara Semasa bersama Penolong Naib Canselor (Pemerkasaan Adiwangsa) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Profesor Dr. Amer Shakir Zainol yang mengupas penghayatan Rukun Negara, kepentingan sejarah serta peranan rakyat dalam memperkukuh perpaduan.
#MediaSelangor #BicaraSemasa #RukunNegara #harimalaysia
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK :https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- MB: Adaptasi AI di sekolah perlu diberi perhatian hadapi cabaran pendidikan
- Runtime
- 2:53
- Date posted
- 25 days ago
- Description
- Adaptasi kecerdasan buatan (AI) di peringkat sekolah antara perkara yang perlu diberi perhatian dalam menghadapi cabaran pendidikan pada masa depan.
Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pendedahan terhadap teknologi itu penting supaya pelajar bersedia berdepan perubahan selain mampu memanfaatkan AI untuk kebaikan masa depan.
#mediaselangor #kliksemasa #amirudinshari
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Dasar Ekonomi Penjagaan perlu diterjemahkan kepada tindakan - ADN
- Runtime
- 2:11
- Date posted
- 25 days ago
- Description
- Dasar Ekonomi Penjagaan perlu diterjemahkan kepada tindakan yang lebih menyeluruh menerusi Belanjawan Selangor 2027 supaya manfaatnya benar-benar dapat dirasai rakyat, khususnya warga emas dan orang kurang upaya (OKU).
Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Lanjan, Pua Pei Ling berkata dasar yang diperkenalkan Kerajaan Negeri itu merupakan satu inisiatif yang baik, namun pelaksanaannya tidak boleh sekadar tertumpu kepada polisi semata-mata.
#EkonomiPenjagaan #BelanjawanSelangor2027 #PuaPeiLing #WargaEmas #OKU #KebajikanRakyat #SelangorPenyayang #mediaselangor
- Title
- MPKS sita ekskavator, lori Roro dalam operasi sampah haram
- Runtime
- 1:26
- Date posted
- 25 days ago
- Description
- Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menyita sebuah ekskavator dan lori Roro dalam operasi membanteras pembuangan sampah haram di dua lokasi pada 12 September lalu.
Operasi menerusi Jabatan Penguatkuasaan serta Jabatan Kesihatan dan Persekitaran MPKS itu dijalankan di Rentak Perdana, Bandar Puncak Alam dan Kampung Sri Aman, Ijok.
#MajlisPerbandaranKualaSelangor
#MPKS
#SampahHaram
#MediaSelangor
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Pemain piano kongsi detik tular bersama Perdana Menteri
- Runtime
- 2:46
- Date posted
- 26 days ago
- Description
- Saya sangat gembira, wajah saya ditunjukkan di seluruh dunia. Demikian kata M Rehman yang bermain piano ketika mengiringi nyanyian lagu klasik Kishore Kumar, Khwab Ho Tum Ya Koi Haqeeqat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hantaran asal pada platform X milik Anwar telah mencatat lebih 1.4 juta tontonan dan angka itu terus meningkat. Video berdurasi satu minit 32 saat berkenaan telah tular di India dengan pelbagai perkongsian, komen positif serta pujian di pelbagai platform media sosial.
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- RANGKUMAN SEMASA | Piala Jubli Perak: 48 sekolah berentap buru RM12,000
- Runtime
- 6:50
- Date posted
- 26 days ago
- Description
- Berikut merupakan rangkuman KLIK Semasa 14 September 2026:
1. Kerajaan Negeri salur RM38,000 jayakan misi pendaki muda ke Everest Base Camp
2. Piala Jubli Perak: 48 sekolah buru kejuaraan bola sepak, tawar hadiah tunai
3. Piala Jubli Perak: Negeri salur RM500,000, sokong pembangunan akar umbi
4. MBDK ambil tindakan pemilik pelihara haiwan tanpa lesen
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Sempena Maulidur Rasul, PERKIM Wanita Hulu Kelang rai anak yatim, asnaf, OKU
- Runtime
- 3:00
- Date posted
- 26 days ago
- Description
- Seramai 600 anak yatim, asnaf, orang kurang upaya (OKU), mualaf dan pelajar tahfiz diraikan menerusi Majlis Sambutan Maulidur Rasul anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Wanita Hulu Kelang.
Penyelaras DUN Hulu Kelang merangkap Penasihat PERKIM Wanita Hulu Kelang Juwairiya Zulkifli berkata program itu antara inisiatif tahunan berimpak tinggi yang dianjurkan bagi menyantuni golongan kurang bernasib baik.
#kliksemasa
#mediaselangor
#PERKIM