Media Selangor
Dr Dzulkefly beri bayangan nasib doktor kontrak
- Title
- Dr Dzulkefly beri bayangan nasib doktor kontrak
- Runtime
- 2:23
- Date posted
- 28 minutes ago
- Description
- "Apa yang saya cita-citakan..." - Dr Dzulkefly beri bayangan nasib doktor kontrak
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memberi bayangan perkembangan baharu berhubung status perjawatan pegawai perubatan kontrak, yang dijangka diumum dalam masa terdekat.
Beliau berkata cadangan untuk menamatkan sistem perkhidmatan kontrak bagi pegawai perubatan kini dalam proses pertimbangan, selaras hasratnya sejak kembali menerajui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Kami mengharapkan apa yang saya cita-citakan sejak awal saya kembali mengemudi KKM buat kali kedua ini adalah untuk menamatkan servis kontrak ini dan ini telah pun dipertimbangkan. Mungkin kita kena sedikit sabar menanti pengumuman yang bakal dibuat,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, dalam Dewan Rakyat hari ini.
#MediaSelangor #DewanRakyat #PegawaiPerubatan
SUBSCRIBE kami di
https://www.y...
- Title
- MPAJ kompaun premis gagal urus tong sampah, tidak patuhi syarat lesen
- Runtime
- 1:04
- Date posted
- 57 minutes ago
- Description
- Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengeluarkan kompaun terhadap sebuah premis perniagaan di Jalan Mewah 3, Ampang Mewah selepas didapati gagal mematuhi syarat lesen berkaitan penyediaan dan penyelenggaraan tong sampah.
Menurut MPAJ, kompaun dikenakan atas kesalahan gagal mempunyai tong sampah yang bertutup dan tidak diselenggara dengan baik.
#AmpangJaya
#MPAJ
#MediaSelangor
#MediaSelangor #SelangorTV #SelangorKini
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Saringan Kesihatan percuma DUN Batu Tiga 11 Oktober ini
- Runtime
- 1:09
- Date posted
- 2 hours ago
- Description
- Orang ramai di Batu Tiga dan kawasan sekitar berpeluang mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara percuma menerusi program Selangor Saring pada 11 Oktober ini.
Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga, Danial Al-Rashid Haron berkata program itu diadakan di Masjid Riadus-Solihin, Seksyen 17, dari jam 9 pagi hingga 3 petang.
#KlikSemasa #MediaSelangor #ADNBatuTiga #SelangorSaring
#MediaSelangor #SelangorTV #SelangorKini
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- LPPKN: Jangan tunggu semuanya sempurna untuk berkahwin
- Runtime
- 2:24
- Date posted
- 3 hours ago
- Description
- Pasangan muda disaran membuat persediaan lebih awal dan tidak menunggu semua aspek kehidupan berada pada tahap sempurna sebelum mendirikan rumah tangga kerana keputusan itu boleh menyebabkan perkahwinan serta perancangan keluarga tertangguh.
Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Selangor, Rosmonaliza Abdul Ghani berkata selain kerjaya, pasangan perlu memberi perhatian kepada kewangan, bilangan anak, kesihatan reproduktif serta persediaan mental dan emosi bagi memastikan rumah tangga dapat diurus dengan baik.
#MediaSelangor #SelangorTV #SelangorKini
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- RM1.035 juta bantu 3,452 pelajar SJKT bayar tambang bas
- Runtime
- 1:19
- Date posted
- 4 hours ago
- Description
- Lebih RM1.035 juta diperuntuk Kerajaan Negeri bagi bantuan Subsidi Tambang Bas Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) untuk diagih kepada pelajar daripada keluarga B40 pada tahun ini.
EXCO Pembasmian Kemiskinan, Papparaidu Veraman berkata usaha ini memanfaat 3,452 pelajar dengan setiap mereka menerima bantuan RM300 setahun.
#MediaSelangor #KlikSemasa #PapparaiduVeraman
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- (LANGSUNG) Parlimen 8 Oktober 2026 | Sesi Pagi
- Runtime
- 0:00
- Date posted
- 4 hours ago
- Description
- Sidang Parlimen Dewan Rakyat Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Majlis Parlimen Kelima Belas 2026 | 8 Oktober 2026 | Sesi Pagi
#MediaSelangor #SelangorTV #SelangorKini #Parlimen15 #DewanRakyat #Malaysia
SUBSCRIBE kami di
/ @media_selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : / mediaselangor
TWITTER : / media_selangor
INSTAGRAM : / mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Rangkuman Semasa | CCTV bukan kawalan tunggal keselamatan sekolah
- Runtime
- 8:18
- Date posted
- 16 hours ago
- Description
- Berikut merupakan rangkuman Klik Semasa 7 Oktober 2026:
1. Sultan Selangor berkenan terima zakat perniagaan RM41.72 juta
2. Penyalahgunaan dadah semakin kompleks, pendekatan perlu diperkukuh
3. Selangor perkemas pengurusan pelarian Rohingya, perkukuh kerjasama agensi
4. CCTV bukan kawalan tunggal, sekolah perlu peta kawasan berisiko
#MediaSelangor #KlikSemasa #SultanSelangor #CCTVSekolah #Rohingya
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Pelaburan sukan bina masa depan masyarakat, perkukuh Selangor FC
- Runtime
- 3:01
- Date posted
- 16 hours ago
- Description
- Pelaburan dalam sukan dilihat sebagai pelaburan jangka panjang untuk masa depan masyarakat, bukan sekadar sokongan kepada prestasi sesebuah pasukan.
Prinsip itu menjadi asas kepada komitmen berterusan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dan Infrasel terhadap Selangor FC, termasuk sumbangan hampir RM3.5 juta dalam tempoh tiga tahun.
Ketua Pegawai Eksekutif KSSB, Nizran Noordin berkata kerjasama strategik bersama Selangor FC mencerminkan komitmen kedua-dua syarikat dalam menyokong pembangunan bola sepak negeri secara berterusan.
#kliksemasa #mediaselangor
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- CCTV bukan kawalan tunggal, sekolah perlu peta kawasan berisiko
- Runtime
- 2:53
- Date posted
- 17 hours ago
- Description
- Kamera litar tertutup (CCTV) tidak boleh dijadikan satu-satunya mekanisme kawalan keselamatan di sekolah, sebaliknya pihak pengurusan perlu mengenal pasti dan memetakan kawasan berisiko bagi memastikan pengawasan lebih menyeluruh.
Pakar Kriminologi, Nadiah Syariani Md Shariff berkata pendekatan keselamatan di sekolah perlu merangkumi gabungan pengawasan fizikal, rondaan berkala dan penggunaan teknologi, khususnya di lokasi yang dikenal pasti mempunyai risiko lebih tinggi.
#MediaSelangor #KlikSemasa #CCTV
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- 491,649 Permohonan tahun satu 2027 diterima setakat 30 September
- Runtime
- 4:37
- Date posted
- 17 hours ago
- Description
- Sebanyak 491,649 permohonan pendaftaran Tahun Satu bagi Kalendar Akademik 2027 diterima setakat 30 September lalu, melibatkan kanak-kanak kohort usia enam dan tujuh tahun.
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil kira keperluan prasarana dan sumber manusia bagi memastikan kesiapsiagaan susulan pelaksanaan kemasukan kohort enam tahun secara pilihan pada tahun 2027.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Aminuddin Harun pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
#MediaSelangor #TahunSatu #Pendidikan #KPM
- Title
- (LANGSUNG) Parlimen 7 Oktober 2026 | Sesi Petang
- Runtime
- 4:13:34
- Date posted
- 18 hours ago
- Description
- Sidang Parlimen Dewan Rakyat Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Majlis Parlimen Kelima Belas 2026 | 7 Oktober 2026 | Sesi Petang
#MediaSelangor #SelangorTV #SelangorKini #Parlimen15 #DewanRakyat #Malaysia
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Yayasan MBI sumbang 5,000 kotak pelitup muka bantu penduduk terjejas jerebu
- Runtime
- 1:30
- Date posted
- 19 hours ago
- Description
- Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau Yayasan MBI menyumbangkan 5,000 kotak pelitup muka bagi membantu penduduk yang terjejas akibat jerebu di Selangor.
Ketua Yayasan MBI, Ahmad Azri Zainal Nor berkata sumbangan 3,000 kotak pelitup muka untuk dewasa dan 2,000 kotak untuk kanak-kanak itu diserahkan kepada Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN) bagi menentukan kawasan dan golongan yang memerlukan bantuan, termasuk murid sekolah serta penduduk terjejas.
#MBI #Jerebu #KlikSemasa #MediaSelangor
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- E-buku vs buku fizikal: Anak muda kongsi pilihan dan sebab
- Runtime
- 2:50
- Date posted
- 20 hours ago
- Description
- Akses lebih mudah serta harga lebih rendah berbanding buku fizikal menjadi antara faktor buku elektronik (e-buku) semakin mendapat tempat dalam kalangan generasi muda.
Malaysia merekodkan kadar penembusan internet sebanyak 97.7 peratus dengan 34.9 juta penduduk menggunakan internet pada 2025, namun kadar penggunaan e-buku tidak melepasi 10 peratus, jumlah yang turut menjadi kebiasaan di banyak negara di dunia.
#MediaSelangor #KlikSemasa #Ebuku #BukuFizikal
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Keris Jubli Perak simbol 25 tahun pemerintahan Sultan Selangor
- Runtime
- 1:22
- Date posted
- 21 hours ago
- Description
- DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima persembahan Keris Jubli Perak yang dihasilkan khas bagi memperingati 25 tahun pemerintahan Baginda di atas takhta.
Selangor Royal Office menerusi Facebook memaklumkan penghasilan keris istiadat itu berteraskan kecintaan dan penghargaan Baginda terhadap seni, warisan serta kepelbagaian tradisi keris Melayu.
#MediaSelangor #KlikSemasa #SultanSharafuddinIdrisShahAlhaj #kerisMelayu
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- SST kekal, elemen terbaik GST diserap
- Runtime
- 5:14
- Date posted
- 21 hours ago
- Description
- Kerajaan kekal melaksanakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dengan menyerap elemen terbaik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi mengelak kesan cukai bertindih serta berganda dalam sistem percukaian negara.
Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong dalam Dewan Rakyat hari ini menjelaskan SST lebih mudah difahami selain mempunyai sejarah pelaksanaan lebih 50 tahun.
Beliau yang menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata pelaksanaan e-Invois sedia ada turut membantu meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran percukaian negara.
#MediaSelangor #SST #GST #Cukai
- Title
- Selangor perkemas pengurusan pelarian Rohingya, perkukuh kerjasama agensi
- Runtime
- 1:49
- Date posted
- 22 hours ago
- Description
- Selangor mahu mendapatkan data khusus mengenai jumlah, taburan dan keadaan pelarian serta pemohon suaka di negeri itu bagi memperkemas pengurusan dan pemantauan di lapangan.
Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar, Saifuddin Shafi Muhammad berkata usaha tersebut termasuk pemantauan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) serta perbincangan dengan Jabatan Imigresen Malaysia dan UNHCR.
Tegas beliau, langkah tersebut penting susulan jumlah pelarian dan pemohon suaka berdaftar di Malaysia yang mencecah kira-kira 215,600 orang setakat akhir Februari 2026, termasuk lebih 126,000 etnik Rohingya.
#MediaSelangor #KlikSemasa #UNHCR #Rohingya
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelango...
- Title
- Penyelarasan PBT, agensi diperkukuh tangani isu Lembah Jaya
- Runtime
- 0:46
- Date posted
- 22 hours ago
- Description
- Penyelarasan lebih baik antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi kerajaan diperlukan bagi membantu menyelesaikan pelbagai isu di Lembah Jaya.
Ahli Dewan Negeri (ADN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad berkata pertemuan terbaharunya bersama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memberi tumpuan kepada isu setempat termasuk kenderaan terbiar dan banjir yang turut membabitkan bidang kuasa agensi kerajaan lain.
#MediaSelangor #KlikSemasa #MPAJ #Altimet
- Title
- Sultan Selangor berkenan terima zakat perniagaan RM41.72 juta
- Runtime
- 1:15
- Date posted
- 23 hours ago
- Description
- DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM41.72 juta daripada lima syarikat korporat yang berlangsung di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, hari ini (7 Oktober 2026).
Bayaran kepada Lembaga Zakat Selangor bagi tempoh haul 2025 itu didahului Lembaga Tabung Haji berjumlah RM27.01 juta yang diwakili pengerusinya Tan Sri Abdul Rashid Hussain.
#MediaSelangor #KlikSemasa #Zakatperniagaan #SultanSelangor
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Laluan pejalan kaki selamat belum mencukupi, MBPJ tambah baik berperingkat
- Runtime
- 2:23
- Date posted
- 24 hours ago
- Description
- Rangkaian laluan pejalan kaki selamat di Petaling Jaya masih belum mencukupi untuk menghubungkan stesen pengangkutan awam dengan kawasan perumahan dan pusat komersial, namun penambahbaikan terus dilaksanakan secara berperingkat.
Ahli Majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Loh Y Lun berkata isu paling kritikal ialah ketiadaan infrastruktur ketersambungan awal dan akhir yang komprehensif meskipun Petaling Jaya mempunyai 22 stesen transit awam meliputi LRT, MRT dan KTM.
#KlikSemasa
#MediaSelangor
#MBPJ
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- (LANGSUNG) Parlimen 7 Oktober 2026 | Sesi Pagi
- Runtime
- 3:01:11
- Date posted
- 24 hours ago
- Description
- Sidang Parlimen Dewan Rakyat Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Majlis Parlimen Kelima Belas 2026 | 7 Oktober 2026 | Sesi Pagi
#MediaSelangor #SelangorTV #SelangorKini #Parlimen15 #DewanRakyat #Malaysia
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Penyalahgunaan dadah semakin kompleks, pendekatan perlu diperkukuh
- Runtime
- 2:27
- Date posted
- 1 day ago
- Description
- Penyalahgunaan dadah kini semakin kompleks dan turut melibatkan kaedah baharu termasuk penggunaan vape.
Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Selangor, Mohd Najwan Halimi berkata perkembangan itu amat membimbangkan dan memerlukan pendekatan lebih menyeluruh merangkumi aspek pencegahan, pemantauan serta operasi penguatkuasaan oleh pihak berkuasa.
#PEMADAM #KDN #dadah #vape #MediaSelangor
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Saiz keluarga kecil jadi pilihan pasangan muda
- Runtime
- 2:19
- Date posted
- 1 day ago
- Description
- Pasangan muda hari ini lebih cenderung memilih saiz keluarga kecil dengan seorang atau dua anak kerana dianggap lebih praktikal, mudah diurus serta membolehkan ibu bapa memberi masa dan perhatian yang mencukupi kepada anak.
Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Selangor, Rosmonaliza Abdul Ghani berkata pilihan itu tidak bermaksud generasi muda kurang menghargai institusi keluarga, sebaliknya mereka lebih mengutamakan kemampuan mengurus rumah tangga serta membina keluarga yang harmoni dan berkualiti.
#MediaSelangor #SelangorTV #SelangorKini
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- PBT perlu nilai kemudahan awam berdasarkan keperluan pelbagai kumpulan masyarakat
- Runtime
- 1:36
- Date posted
- 1 day ago
- Description
- Kemudahan awam, ruang komuniti dan tandas awam antara bidang yang sesuai dinilai menerusi Manual Belanjawan Responsif Gender (BRG) bagi memastikan perancangan serta peruntukan pihak berkuasa tempatan (PBT) memenuhi keperluan penduduk.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), Dr Ani Ahmad berkata pendekatan BRG membolehkan PBT menilai perancangan dan peruntukan berdasarkan keperluan serta pengalaman pengguna daripada pelbagai kumpulan masyarakat.
#MediaSelangor #KlikSemasa #MPSepang #PBT #BRG
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Bicara Semasa | Anak ramai bukan lagi pilihan?
- Runtime
- 37:07
- Date posted
- 2 days ago
- Description
- Dahulu, keluarga besar dianggap perkara biasa, namun hari ini semakin ramai pasangan memilih untuk berkahwin lewat, menangguhkan kehamilan atau mempunyai bilangan anak yang lebih kecil. Adakah perubahan ini sekadar soal pilihan, atau dipengaruhi kos sara hidup, kerjaya, kesihatan dan cabaran membina keluarga?
Bicara Semasa kali ini bersama Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Selangor, Rosmonaliza Abdul Ghani yang membincangkan perubahan corak pembentukan keluarga, cabaran pasangan muda serta persoalan mengenai masa depan kadar kelahiran di negara ini.
#mediaselangor #bicarasemasa #kadarkelahiran #keluargaMalaysia #pasanganmuda #kossarahidup #kahwinlewat
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELE...
- Title
- Rangkuman Semasa | Hampir 8,000 guru JAIS diperkasa sebagai jaringan dakwah Selangor
- Runtime
- 8:10
- Date posted
- 2 days ago
- Description
- Berikut merupakan rangkuman Klik Semasa 6 Oktober 2026:
1. Hampir 8,000 guru JAIS diperkasa sebagai jaringan dakwah Selangor
2. Pembungkusan berkualiti bantu usahawan PLATS tembusi pasaran antarabangsa
3. SIRIM bantu usahawan PLATS tambah baik pembungkusan produk
4. MBDK kekal kadar sewa Bazar Deepavali, petak serendah RM190
#MediaSelangor #AmirudinShari #SIRIM #PLATS #MBDK
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- KKM benarkan kajian klinikal kanabis bagi tujuan perubatan, tapi...
- Runtime
- 2:42
- Date posted
- 2 days ago
- Description
- “Kita tidak akan mengambil sikap mudah-mudah untuk mendekriminalisasi kanabis,” kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kuala Pilah, Dato' Adnan Abu Hassan berhubung pendirian KKM terhadap penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan sebagai rawatan tambahan kesihatan mental di Dewan Rakyat, hari ini.
#MediaSelangor #RawatanMental #Kanabis #KKM
- Title
- SIRIM bantu usahawan PLATS tambah baik pembungkusan produk
- Runtime
- 3:06
- Date posted
- 2 days ago
- Description
- Program Pemerkasaan Usahawan dan Transformasi Pembungkusan Inovatif Platform Selangor (PLATS) dengan kerjasama SIRIM Academy Sdn Bhd memberi peluang kepada usahawan menambah baik reka bentuk serta kualiti pembungkusan produk.
Rata-rata usahawan menyifatkan penambahbaikan itu sebagai nilai tambah yang bukan sahaja meningkatkan daya tarikan produk, malah membuka peluang untuk menembusi pasaran lebih luas.
#MediaSelangor #KlikSemasa #PLATS #SIRIM
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Guru Pendidikan Islam perlu perluas peranan, bentuk generasi berilmu, beradab
- Runtime
- 2:38
- Date posted
- 2 days ago
- Description
- Guru Pendidikan Islam perlu memperluas peranan bukan sekadar menyampaikan ilmu agama, sebaliknya turut menjadi pusat dakwah bagi membentuk generasi muda yang mampu menghadapi pelbagai cabaran semasa.
Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pengajaran berkaitan akidah dan muamalah perlu disertai pembentukan adab serta cara berfikir supaya generasi muda mampu berdepan pelbagai fahaman dan pandangan yang semakin mudah tersebar.
#MediaSelangor #KlikSemasa #AmirudinShari
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- "Saya pun guru, jadi kalau panggil saya guru, saya bangga" - PM
- Runtime
- 1:11
- Date posted
- 2 days ago
- Description
- Ketika menjawab soalan MP Sri Gading, Aminolhuda Hassan berkenaan penglibatan ibu bapa dalam PIBG, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat menyelitkan gurauan.
Beliau berkata dirinya juga seorang guru dan berbangga jika dipanggil ‘guru’.
#MediaSelangor #PMX #PIBG
- Title
- (LANGSUNG) Parlimen 6 Oktober 2026 | Sesi Petang
- Runtime
- 3:44:52
- Date posted
- 2 days ago
- Description
- Sidang Parlimen Dewan Rakyat Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Majlis Parlimen Kelima Belas 2026 | 6 Oktober 2026 | Sesi Petang
#MediaSelangor #SelangorTV #SelangorKini #Parlimen15 #DewanRakyat #Malaysia
SUBSCRIBE kami di
/ @media_selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : / mediaselangor
TWITTER : / media_selangor
INSTAGRAM : / mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Hampir 8,000 guru JAIS diperkasa sebagai jaringan dakwah Selangor
- Runtime
- 1:59
- Date posted
- 2 days ago
- Description
- Hampir 8,000 guru pendidikan Islam di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berpotensi menjadi jaringan dakwah lebih luas di negeri ini menerusi pendekatan yang lebih kontemporari dan dekat dengan masyarakat.
Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata peranan guru berkenaan tidak terhad kepada bilik darjah, malah sebahagiannya turut mengajar di masjid serta terbabit dalam aktiviti dakwah komuniti.
#MediaSelangor #KlikSemasa #AmirudinShari #JAIS
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Intervensi awal penting, mudah marah antara tanda masalah emosi remaja
- Runtime
- 3:43
- Date posted
- 2 days ago
- Description
- Perubahan emosi dan tingkah laku dalam kalangan remaja perlu dikesan lebih awal bagi membolehkan intervensi dilakukan sebelum keadaan menjadi lebih serius, kata pakar psikologi kanak-kanak.
Pensyarah Kanan Kaunseling Taylor's University, Dr Ahmad Mustaqim Yusoff berkata perubahan seperti mudah marah, suka menyendiri, hilang minat terhadap aktiviti dan kemerosotan prestasi akademik perlu diberi perhatian kerana boleh menjadi petunjuk awal masalah emosi dalam kalangan remaja.
#kliksemasa #mediaselangor #DrAhmadMustaqimYusoff #taylorsuniversity
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Pembungkusan berkualiti bantu usahawan PLATS tembusi pasaran antarabangsa
- Runtime
- 1:40
- Date posted
- 2 days ago
- Description
- Penambahbaikan pembungkusan produk mampu memberi nilai tambah kepada usahawan Platform Selangor (PLATS) sekali gus meningkatkan keyakinan pelanggan dan membuka peluang menembusi pasaran antarabangsa.
EXCO Keusahawanan, Mohd Najwan Halimi berkata kerjasama strategik antara PLATS dan SIRIM Academy Sdn Bhd memberi peluang kepada usahawan meningkatkan kualiti pembungkusan produk mengikut keperluan pasaran.
Sementara itu, Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Ahmad Azri Zainal Nor berkata kerjasama antara PLATS dan SIRIM dapat meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap produk usahawan menerusi penambahbaikan aspek pembungkusan.
#MediaSelangor #KlikSemasa #PLATS #MBISelangor #MohdNajwanHalimi
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https...
- Title
- MBDK kekal kadar sewa Bazar Deepavali, petak serendah RM190
- Runtime
- 1:32
- Date posted
- 2 days ago
- Description
- Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mengekalkan kadar sewa petak Bazar Deepavali di Lorong Tingkat, Jalan Tengku Kelana dengan kadar serendah RM190 mengikut kategori perniagaan.
Pengarah Jabatan Pelesenan MBDK, Mohd Izzat Mokhtar berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kos pengurusan yang perlu ditanggung pihak berkuasa tempatan berkenaan.
#KlikSemasa #MediaSelangor #MBDK #Deepavali2026
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Belanjawan 2027: Selangor perkasa pembangunan luar bandar, pacu ekonomi penduduk
- Runtime
- 1:29
- Date posted
- 2 days ago
- Description
- Kerajaan Negeri menyasarkan pembangunan kawasan luar bandar yang lebih tersusun termasuk penyelarasan keperluan infrastruktur bagi memastikan kemajuannya seiring dengan pembangunan negeri pada tahun hadapan.
EXCO Kemajuan Desa, Dato’ Rizam Ismail berkata, usaha berkenaan turut menekankan kerjasama jawatankuasa komuniti bagi memastikan setiap perancangan pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
#MediaSelangor #KlikSemasa #DatoRizamIsmail #BelanjawanSelangor2027
#MediaSelangor #SelangorTV #SelangorKini
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Kerajaan perkukuh keselamatan sekolah
- Runtime
- 2:34
- Date posted
- 2 days ago
- Description
- Kerajaan terus mengambil pelbagai langkah bagi memperkukuh keselamatan dan kesejahteraan murid di sekolah, termasuk pemantauan asrama, audit keselamatan, peningkatan kapasiti penyeliaan murid serta penyediaan khidmat kaunseling kesihatan mental.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha itu turut melibatkan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah, selain kerjasama Kementerian Pendidikan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ibu bapa menerusi pasukan petugas khas reformasi keselamatan institusi.
“Itu semua telah dilakukan. Apakah mencukupi? Saya fikir belum,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota) pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
#MediaSelangor #ParlimenMalaysia #PMX #KPM
#MediaSelangor #SelangorTV #SelangorKini
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
- Title
- (LANGSUNG) Parlimen 6 Oktober 2026 | Sesi Pagi
- Runtime
- 3:02:27
- Date posted
- 2 days ago
- Description
- Sidang Parlimen Dewan Rakyat Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Majlis Parlimen Kelima Belas 2026 | 6 Oktober 2026 | Sesi Pagi
#MediaSelangor #SelangorTV #SelangorKini #Parlimen15 #DewanRakyat #Malaysia
SUBSCRIBE kami di
/ @media_selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : / mediaselangor
TWITTER : / media_selangor
INSTAGRAM : / mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- 10,000 warga Myanmar pulang secara sukarela
- Runtime
- 2:30
- Date posted
- 2 days ago
- Description
- Seramai 10,000 warga Myanmar telah dipulangkan ke negara asal sejak Januari tahun ini, dengan proses berkenaan dilaksanakan hasil rundingan dan ikhtiar secara langsung antara Kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa Myanmar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, sebahagian daripada mereka dibawa pulang menggunakan pesawat atas inisiatif kerajaan Myanmar sendiri, manakala 1,400 lagi dihantar pulang menerusi kapal tentera laut Myanmar baru-baru ini.
“Keseluruhannya sejak bulan Januari, 10,000 yang telah dibawa balik, yang lain itu atas ikhtiar kerajaan Myanmar sendiri melalui pesawat, dan yang terakhir dengan kapal Tentera Laut Myanmar,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat, pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
#MediaSelangor #Rohingya #Myanmar #KDN
#MediaSelangor #SelangorTV #SelangorKini
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCK...
- Title
- 110 peserta DUN Kajang sertai bengkel kemahiran AI
- Runtime
- 1:40
- Date posted
- 2 days ago
- Description
- Seramai 110 peserta termasuk peniaga kecil, suri rumah dan warga emas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang mempelajari kemahiran kecerdasan buatan (AI) menerusi bengkel amali dalam Bahasa Malaysia.
Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kajang memaklumkan program pada 3 dan 4 Oktober itu menggunakan pendekatan mudah, praktikal dan mesra komuniti bagi membantu peserta memanfaatkan AI dalam kehidupan seharian.
#mediaselangor #kliksemasa #pusatkhidmatdunkajang #davidcheong #artificialintellegent
#MediaSelangor #SelangorTV #SelangorKini
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Lestari Agro | Tiga Pokok Sesuai Untuk Ruang Kurang Cahaya
- Runtime
- 3:47
- Date posted
- 2 days ago
- Description
- Kurang cahaya matahari bukan halangan untuk menghijaukan kediaman sekiranya pemilihan tanaman dibuat mengikut keadaan ruang.
Pemilik Mine Home Garden, Niramon Chum, 50, berkongsi tiga pilihan tanaman serta tip penjagaan mudah untuk mereka yang mahu memiliki sudut hijau di kediaman.
#MineHomeGarden #NiramonChum #TanamanIndoor #TanamanHiasan #KediamanHijau #TipPenjagaanTanaman #GayaHidupHijau #MediaSelangor
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- SABDA perkasa koperasi, jamin pasaran petani luar bandar
- Runtime
- 1:23
- Date posted
- 2 days ago
- Description
- Pemerkasaan koperasi menerusi Pembangunan Kawasan Sabak Bernam (SABDA) berupaya memperluas pemasaran produk setempat selain memastikan sistem pertanian dan pelancongan berjalan sebaik mungkin.
Pengerusi SABDA, Dato’ Rizam Ismail berkata langkah itu membolehkan rantaian keterjaminan makanan terus diperkukuh selain mengurangkan kebergantungan kepada orang tengah yang didominasi peniaga pasar borong.
#MediaSelangor #SelangorTV #SelangorKini
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Hukuman rotan di sekolah terhadap murid bagi kesalahan tertentu tidak pernah dimansuhkan.
- Runtime
- 1:00
- Date posted
- 2 days ago
- Description
- Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata peraturan sedia ada membenarkan hukuman tersebut dan tertakluk kepada tatacara tertentu.
#FadhlinaSidek #KementerianPendidikan #HukumanSekolah #DisiplinPelajar #PeraturanSekolah #KeselamatanPelajar #PendidikanMalaysia #MediaSelangor #KlikSemasa
- Title
- Tampung pembangunan pesat, Meru perlu lebih banyak ruang rekreasi
- Runtime
- 1:27
- Date posted
- 2 days ago
- Description
- Lebih banyak tempat rekreasi perlu diwujudkan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Meru sebagai ruang interaksi komuniti khususnya di lokaliti yang semakin padat.
Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru Mariam Abdul Rashid menjelaskan kemudahan itu penting bagi keselesaan penduduk yang semakin terhimpit dengan pembangunan pesat saban hari.
#DUNMeru #MariamAbdulRashid #TempatRekreasi #KomunitiMeru #RuangHijau #SelangorMesraPenduduk #KeselesaanPenduduk #RekreasiUntukSemua #SKOP
- Title
- Dewan Serendah Makmur RM478,621 siap untuk kegunaan penduduk
- Runtime
- 2:17
- Date posted
- 2 days ago
- Description
- Dewan Serendah Makmur bernilai RM478,621.22 kini siap dan diserahkan untuk kegunaan penduduk setempat, sekali gus memperkukuh kemudahan awam bagi komuniti Serendah.
Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) memaklumkan projek berkenaan disiapkan dalam tempoh lapan bulan iaitu bermula pada 11 November 2025 dan siap pada 17 Julai lalu.
#mediaselangor #kliksemasa #majlisperbandaranhuluselangor #serendah
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- RANGKUMAN SEMASA | 900,000 pelajar bakal manfaat NutriSel
- Runtime
- 7:43
- Date posted
- 3 days ago
- Description
- Berikut merupakan rangkuman KLIK Semasa 5 Oktober 2026:
1. Keselamatan pelajar perlu dipertingkat secara menyeluruh di sekolah
2. MB: Mega NutriSel pertengahan Oktober, manfaat hampir 900,000 pelajar
3. Festival Makanan Mega Selangor: Platform promosi produk tempatan, tarik pelancong
4. MPAJ keluar tiga kompaun operasi cegah denggi di Taman Lembah Maju
#KeselamatanPelajar #NutriSel #SarapanPercuma #FestivalMakananMegaSelangor #ProdukTempatan #MPAJ #CegahDenggi #MediaSelangor
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- KPDN pantau ‘squishy’, tanda harga, empat kompaun dikeluarkan
- Runtime
- 1:14
- Date posted
- 3 days ago
- Description
- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor memantau penjualan alat mainan jenis span lembut atau ‘squishy’ dalam operasi pemeriksaan di sekitar Bandar Botanik dan Pulau Indah, Pelabuhan Klang, semalam.
Dalam operasi sama, KPDN turut memeriksa aduan berkaitan ketiadaan tanda harga serta pematuhan perundangan dan sebanyak empat kompaun dikenakan serta-merta.
#KPDNSelangor #KPDN #Squishy #KeselamatanPengguna #BandarBotanik #PulauIndah #PelabuhanKlang #Penguatkuasaan #MediaSelangor #KlikSemasa
- Title
- (LANGSUNG) Parlimen 5 Oktober 2026 | Sesi Petang
- Runtime
- 4:16:01
- Date posted
- 3 days ago
- Description
- Sidang Parlimen Dewan Rakyat Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Majlis Parlimen Kelima Belas 2026 | 5 Oktober 2026 | Sesi Petang
#MediaSelangor #SelangorTV #SelangorKini #Parlimen15 #DewanRakyat #Malaysia
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- NutriSel galak kehadiran pelajar SMK Telok Panglima Garang
- Runtime
- 1:32
- Date posted
- 3 days ago
- Description
- Bantuan Sarapan Percuma Sekolah menerusi Program Nutrisi Selangor (Nutrisel) yang dilaksanakan sejak Ogos lalu menerima reaksi positif pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Panglima Garang.
Pengetua SMK Telok Panglima Garang, Hanizam Kassim berkata selain penyediaan makanan yang seimbang, pelaksanaan NutriSel turut memberi kesan positif terhadap kehadiran pelajar.
#NutriSel #ProgramNutrisiSelangor #SarapanPercuma #SMKTelokPanglimaGarang #PemakananPelajar #KehadiranPelajar #PendidikanSelangor #MediaSelangor #KlikSemasa
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- MPAJ keluar tiga kompaun operasi cegah denggi di Taman Lembah Maju
- Runtime
- 1:20
- Date posted
- 3 days ago
- Description
- Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengeluarkan tiga kompaun menerusi Operasi Cegah Denggi di lokaliti hotspot Apartment 600, Taman Lembah Maju, Ampang, 3 Oktober lalu.
MPAJ memaklumkan operasi bersama Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat (PKDHL) dilaksanakan susulan 20 kes denggi direkodkan di lokaliti berkenaan dalam tempoh wabak semasa selama 34 hari.
#mediaselangor #kliksemasa #majlisperbandaranampangjaya #denggi
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- MB: Mega NutriSel pertengahan Oktober, manfaat hampir 900,000 pelajar
- Runtime
- 2:03
- Date posted
- 3 days ago
- Description
- Hampir 900,000 pelajar di seluruh Selangor dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Mega NutriSel yang akan berlangsung pada pertengahan Oktober ini.
Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program itu akan diperluaskan ke sekolah di seluruh negeri sebagai sebahagian usaha Kerajaan Negeri memperkukuh sokongan nutrisi kepada pelajar.
#kliksemasa #mediaselangor #NutriSel