Harakah Daily
MP PEMBANGKANG MASIH BELUM DAPAT PERUNTUKAN WALAU SUDAH BERUNDING

- Title
- MP PEMBANGKANG MASIH BELUM DAPAT PERUNTUKAN WALAU SUDAH BERUNDING
- Date posted
- 8 hours ago
- Description
- Ahli Parlimen Arau, YB Dato' Seri Dr. Shahidan Kassim membangkitkan isu peruntukan yang masih belum diluluskan oleh Perdana Menteri untuk diberi kepada ahli parlimen pembangkang.
Beliau bertanya, berapa kalikah permintaan untuk membuat rundingan yang perlu dibuat oleh Ketua Whip parti pembangkang dalam usaha memohon peruntukan untuk rakyat.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia

- Title
- KONGSI SUMBER RENTAS NEGERI TINGKATKAN EKONOMI NEGARA
- Date posted
- 14 hours ago
- Description
- Jika Malaysia boleh mengamalkan perkongsian sumber rentas negeri, ia bakal meningkatkan ekonomi negara sekali gus seperti dalam peribahasa Melayu ‘bagaikan aur dengan tebing’.
YB Syahir Sulaiman (PN-Bachok) berkata, hal tersebut kerana setiap negeri mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing dari segi sumber dan sebagainya.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia

- Title
- PENAMBAHAN BINAAN BANGUNAN KECIL UNDANG RISIKO
- Date posted
- 15 hours ago
- Description
- Penambahan binaan terhadap bangunan kecil yang sudah siap dibina mengundang risiko kepada penduduk setempat.
YB Afnan Hamimi Taib Azamuddin (PN-Alor Setar) berkata, justeru, beliau meminta penjelasan kerajaan mengenai mekanisme pemantauan bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia

- Title
- CADANG SATUKAN AGENSI BENCANA ALAM BAWAH SATU KEMENTERIAN
- Date posted
- 15 hours ago
- Description
- Ahli Parlimen Rantau Panjang, YB Dato' Siti Zailah Yusoff menyampaikan soalan berkaitan usaha kerajaan untuk meningkatkan daya tahan dan keupayaan negara dalam menangani musibah bencana alam.
Beliau mencadangkan supaya kerajaan meletakkan semua agensi bantuan bencana alam di bawah satu kementerian yang sama.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia

- Title
- DR SAM TAK PERNAH MEMINTA JAWATAN
- Date posted
- 17 hours ago
- Description
- Strategi pentadbiran Terengganu penggal kedua, komen Dr Sam bila terpilih menjadi calon PRK Kemaman, strategi jika menjadi MB sekali gus MP Kemaman, tawaran PAS untuk rakyat Kemaman.
Ikuti ulasan YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dalam wawancara eksklusif bersama wartawan Harakah.
#HarakahDaily #DrSam4Kemaman

- Title
- HAK PERSAMAAN DI SISI UNDANG-UNDANG: KERAJAAN TIDAK BERSUNGGUH
- Date posted
- 19 hours ago
- Description
- Ahli Parlimen Pasir Mas, YB Ustaz Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan isu hak persamaan di sisi undang-undang kepada ahli pembangkang yang merupakan rakyat Malaysia yang sah.
Beliau memberi contoh apabila satu surat oleh Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dialamatkan kepada Barisan Nasional Kemaman yang membenarkan penggunaan dewan sekolah untuk tujuan kempen PRK.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia

- Title
- PAS BOLEH JADI 'MAINSTREAM PARTY'
- Date posted
- 19 hours ago
- Description

- Title
- SUHAKAM PERLU SELARI DENGAN KEDUDUKAN DAN PERUNDANGAN ISLAM
- Date posted
- 1 day ago
- Description
- Ahli Parlimen Bagan Serai, YB Datuk Idris Ahmad menegaskan bahawa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) perlu selari dengan kedudukan dan perundangan Islam.
Sebagaimana yang tertakluk dalam Perkara 3 Perlembagaan, Islam sebagai agama persektutuan perlu dihayati oleh SUHAKAM serta tidak berkiblatkan hak asasi barat.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia

- Title
- CADANGAN TRIBUNAL PENYIASATAN SUHAKAM DILANTIK KETUA HAKIM NEGARA
- Date posted
- 1 day ago
- Description
- Ahli Parlimen Jerlun, YB Dr. Abd Ghani Ahmad membangkitkan isu pelantikan Tribunal Penyiasatan SUHAKAM di mana ia ditentukan oleh Perdana Menteri.
Kuasa yang dimiliki ini dikhuatiri boleh menyebabkan syor-syor Tribunal Penyiasatan ditolak kerana semestinya Perdana Menteri mempunyai kepentingan politiknya yang tersendiri.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia

- Title
- BILANGAN ANGGOTA SUHAKAM PERLU DIHADKAN
- Date posted
- 2 days ago
- Description
- Ahli Parlimen Kuantan, YB Wan Razali Wan Nor membahaskan RUU Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia.
Beliau menyentuh isu pindaan yang berkaitan bilangan anggota suruhanjaya di mana perlu diwujudkan bilangan maksima anggota yang ditetapkan.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia

- Title
- APPGM (REFUGEE POLICY) CAKNA ISU P4L3STIN
- Date posted
- 2 days ago
- Description
- Sempena Hari Solidariti Antarabangsa bersama P4l3stin pada hari ini, 29 November 2023, YB Ahmad Tarmizi Sulaiman, Ahli Parlimen Sik merangkap Naib Presiden All-Party Parliamentary Group Malaysia (APPGM) - Refugee Policy, menzahirkan kecaknaan dalam isu ini dengan mengumumkan polisi pelarian yang akan digerakkan kepada masyarakat dan pihak kerajaan.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia

- Title
- MP DIBEKAL SOALAN PMQT KEMUDIAN ISYTIHAR LOMPAT, MEMALUKAN
- Date posted
- 2 days ago
- Description
- Ahli Parlimen Arau, YB Dato' Seri Dr. Shahidan Kassim mempertikaikan ketidakadilan yang berlaku di dalam Dewan Parlimen apabila terbukti mana-mana ahli parlimen yang ingin beralih sokongan kepada Perdana Menteri, akan diberi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT).
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia

- Title
- DR SAM MULA SERTAI USRAH SEJAK TINGKATAN 1
- Date posted
- 2 days ago
- Description
- Pesanan buat anak muda Kemaman, penglibatan dalam PAS dan perancangan seterusnya untuk SG4.
Ikuti ulasan YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dalam wawancara eksklusif bersama wartawan Harakah.
#HarakahDaily #DrSam4Kemaman

- Title
- ADAKAH PENGHAPUSAN DUTI EKSAIS KENDERAAN BERMOTOR MASIH BERDAYA MAJU?
- Date posted
- 2 days ago
- Description
- Ahli Parlimen Bachok, YB Syahir Sulaiman membangkitkan isu berhubung penghapusan duti eksais kenderaan bermotor yang pernah dijanjikan oleh pihak kerajaan dalam manifesto sebelum ini.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia

- Title
- LAPOR POLIS ISU LANTIKAN FARHASH DAN IMF
- Date posted
- 2 days ago
- Description
- AJK Penerangan BERSATU Malaysia, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard telah membuat laporan polis di IPD Chukai, Kemaman berkenaan lantikan Farhash Wafa Salvador sebagai Timbalan Pengarah Perhubungan Perisikan Luar Malaysia (MEIO) sedangkan jawatan ini hanya diberikan kepada penjawat awam, bukan lantikan politik.
Beliau juga membuat laporan berkaitan kedaulatan negara yang bakal terancam apabila kerajaan telah membenarkan intervensi oleh IMF berlaku di agensi-agensi bawah Kementerian Kewangan (MOF).
#HarakahDaily

- Title
- SUARA KESATUAN SEKERJA PERLU DISATUKAN
- Date posted
- 2 days ago
- Description
- YB Senator Haji Hussin Ismail menyentuh isu kesatuan sekerja, di mana kini terdapat dua jenis kesatuan sekerja yang memperjuangkan hak pekerja dan kesatuan sekerja yang ditubuhkan oleh majikan.
Beliau berkata percambahan kesatuan sekerja yang berlaku ini akan menambahkan kecelaruan dalam satu organisasi yang sama.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia

- Title
- PENERIMAAN HASIL PETROLEUM KELANTAN DAN TERENGGANU MENURUN
- Date posted
- 2 days ago
- Description
- Ahli Parlimen Bachok, YB Syahir Sulaiman menyampaikan soalan kepada pihak kerajaan berkenaan penerimaan hasil petroleum yang sepatutnya diberikan oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu yang semakin menurun.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia

- Title
- GUNA PAKAI DTN 2022-2040 DALAM EKONOMI DIGITAL
- Date posted
- 2 days ago
- Description
- Kerajaan diminta untuk menerangkan sejauh manakah Dasar Tenaga Negara (DTN) 2022- 2040 diguna pakai dalam pembangunan ekonomi digital dalam negara ini.
YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) berkata, Singapura banyak bergantung kepada negara-negara luar dalam sumber tenaga elektrik, air dan sebagainya.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia

- Title
- ISU KONSERT DI KELANTAN
- Date posted
- 2 days ago
- Description
- Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan, YB Hilmi Abdullah memberi penjelasan berhubung konsert sempena Pesta Loy Krathong yang telah diadakan di Wat Pathumviharn, Bachok pada Jumaat lalu, dalam Sidang DUN pada hari ini.
#HarakahDaily #SidangDUNKelantan

- Title
- KESELAMATAN PENGGUNA DI STESYEN PENGECAS EV PERLU PERSEDIAAN KERAJAAN
- Date posted
- 3 days ago
- Description
- Mengikut International Energy Agency, penggunaan kenderaan elektrik (EV) akan menjangkau 60% daripada pengguna kereta di pasaran pada 2030. Berdasarkan analisis ini, pengguna EV juga bakal terdiri daripada masyarakat yang tinggal di rumah pangsa.
Oleh itu, Ahli Parlimen Tumpat, YB Dato' Mumtaz Md Nawi bertanya apakah persediaan pihak kerajaan dalam menjamin keselamatan pengguna apabila mengecas kereta mereka di stesyen pengecas, di mana proses ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya 30 minit.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia

- Title
- ADAKAH KERAJAAN BERSEDIA LAKSANA PENYELARASAN GAJI PEKERJA SEKTOR AWAM?
- Date posted
- 3 days ago
- Description
- Ahli Parlimen Kuala Terengganu, YB Datuk Amzad Hashim mengulas tentang Dasar Gaji Progresif yang dirancang oleh kerajaan.
Beliau bertanya adakah kerajaan bersedia untuk melaksanakan penyelarasan gaji pekerja sektor awam yang kini masih mempunyai gaji serendah RM1,200.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia

- Title
- PERUNTUKAN CDF BUKAN UNTUK KAWASAN PENYOKONG KERAJAAN SAHAJA
- Date posted
- 3 days ago
- Description
- Ahli Parlimen Kota Bharu, YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan mempersoalkan pendirian pihak kerajaan yang tidak mahu memberi peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang.
Kata beliau, tindakan ini tidak selari dengan konsep Kerajaan Madani hari ini yang terdiri daripada sifat ihsan dan adil.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia

- Title
- SELESAIKAN ISU PERUNTUKAN, SEMUA AKAN SELESAI
- Date posted
- 3 days ago
- Description
- Ahli Parlimen Arau, YB Dato' Seri Dr. Shahidan Kassim melontarkan pendapat beliau mewakili ahli parlimen pembangkang kepada Perdana Menteri supaya memberi peruntukan kepada semua ahli parlimen tanpe mengira blok sokongan.
Syarat yang ketat tidak sepatutnya dikenakan kepada pembangkang kerana ADUN pembangkang di negeri yang diperintah PAS-Perikatan Nasional turut menerima peruntukan yang sama rata dengan ADUN kerajaan negeri.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia

- Title
- BANTUAN SEGERA KEPADA MANGSA BANJIR TERUTAMA PETANI DAN PENTERNAK
- Date posted
- 3 days ago
- Description
- Cakna dengan situasi di Pantai Timur, Ahli Parlimen Rantau Panjang, YB Dato' Hajah Siti Zailah Yusoff menyampaikan soalan tambahan kepada Perdana Menteri.
Beliau menyentuh isu bantuan untuk mangsa banjir terutama petani dan penternak yang sudah pasti mengalami kerugian sepanjang tempoh bencana alam ini berlaku.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia

- Title
- ISU BULI MEMERLUKAN AKTA LEBIH TEGAS
- Date posted
- 3 days ago
- Description
- Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, YB Datuk Dr. Ahmad Marzuk Shaary menyentuh isu buli yang membimbangkan.
Beliau bertanya adakah pihak kerajaan mempunyai iltizam untuk menggubal akta anti buli bagi melindungi mangsa buli sebagai peraturan yang tegas seterusnya menangani masalah itu.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia

- Title
- BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN PERLU AMBIL KIRA EKONOMI SEMASA
- Date posted
- 4 days ago
- Description
- Ahli Parlimen Hulu Selangor, YB Mohd Hasnizan Harun meminta Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjelaskan apakah kaedah pemilihan yang dilakukan dalam menentukan pelajar yang menerima bantuan awal persekolahan.
Beliau memohon agar pihak kementerian melihat semula syarat dan kriteria kelayakan bagi penerima supaya mereka yang benar-benar layak sahaja yang terima bantuan ini.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia

- Title
- PERKASAKAN ALIRAN STEM DI SEKOLAH AGAMA RAKYAT
- Date posted
- 4 days ago
- Description
- Ahli Parlimen Kuala Kedah, YB Dr. Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi bertanya apakah inisiatif pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menarik minat pelajar memilih aliran STEM apabila memasuki sekolah menengah.
Ekoran kekurangan bilangan pelajar STEM, beliau juga mencadangkan supaya KPM bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Negeri bagi memperkasakan aliran STEM di Sekolah-sekolah Agama Rakyat.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia

- Title
- ORANG POLITIK DILARANG MASUK SEKOLAH, JANGAN BERAT SEBELAH
- Date posted
- 4 days ago
- Description
- Ahli Parlimen Bagan Serai, YB Datuk Idris Ahmad mempersoalkan tentang ketidakadilan pihak kerajaan dalam menentukan bahawa ahli poltitik pembangkang tidak dibenarkan untuk masuk ke sekolah bagi menghadiri sebarang program.
Dalam hal ini, beliau mencadangkan supaya hal yang sama ditentukan terhadap ahli-ahli politik pihak kerajaan.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia

- Title
- CADANG NAIKKAN BIASISWA PELAJAR B40
- Date posted
- 4 days ago
- Description
- YB Dr. Abd Ghani bin Ahmad [PN - Jerlun] meminta Perdana Menteri menyatakan apakah bentuk biasiswa, danasiswa dan dermasiswa yang masih disediakan oleh kerajaan berdasarkan Perkara 153(2) Perlembagaan Persekutuan terutamanya kepada pelajar-pelajar miskin yang layak.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia

- Title
- WUJUDKAN POLISI BAHARU PEMBELIAN RUMAH
- Date posted
- 4 days ago
- Description
- YB Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) menyarankan agar kerajaan memperkenalkan polisi baharu, di mana bayaran bulanan pembelian rumah dibuat setelah rumah tersebut didiami pembeli.
Beliau berkata, hal tersebut kerana pembeli perlu mula membayar ansuran bulanan sedangkan rumah masih belum siap untuk diduduki.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia

- Title
- SEJAUH MANA ECOSS MAMPU TANGANI ISU MINYAK PAKET?
- Date posted
- 4 days ago
- Description
- YB Bakri Jamaluddin (PN-Tangga Batu) telah menimbulkan persoalan sejauh manakah keberkesanan Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) yang sedang dilaksanakan kerajaan dalam menangani isu kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi?
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia

- Title
- TEKNOLOGI AI PERLUKAN PERANAN JAWATANKUASA MKI
- Date posted
- 4 days ago
- Description
- Perkembangan teknologi baharu yang dikenali kecerdasan buatan (AI) memerlukan keputusan kerajaan melalui peranan Jawatankuasa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).
YB Tuan Guru Zulkifli Ismail (PN-Jasin) berkata, ada segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab di media sosial menggunakan teknologi tersebut untuk membuat konten yang mengelirukan umat Islam serta bercanggah dengan agama Islam.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia

- Title
- POLIGAMI BUKAN AJARAN PAS
- Date posted
- 4 days ago
- Description
- Ahli Parlimen Pasir Mas, YB Ustaz Ahmad Fadhli Shaari menyebut tentang satu hantaran di platform X yang menyatakan PAS menolak konsert namun menerima poligami.
Beliau menegaskan, hantaran seperti ini seolah-olah memberi konklusi bahawa poligami adalah ajaran PAS sedangkan ia merupakan perkara yang diizinkan dalam agama Islam.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia

- Title
- HIMPUNAN SYARIAH: 3 INDIVIDU HADIR KE IPD PUTRAJAYA
- Date posted
- 6 days ago
- Description
- Susulan 'Himpunan Aman Selamatkan Syariah', pihak polis dari IPD, Putrajaya telah memanggil tiga individu daripada sekretariat Selamatkan Syariah.
Pengerusi UMMAH, Mohd Zai Mustafa yang hadir memberi keterangan berkata, beliau berada di sana selama satu jam lebih bagi sesi soal jawab yang dilakukan PDRM.
#HarakahDaily #HimpunanSelamatkanSyariah

- Title
- WAJARKAH PERTANDINGAN RATU CANTIK DIBENARKAN?
- Date posted
- 6 days ago
- Description
- Malaysia bakal menjadi tuan rumah pertandingan ratu cantik, Miss World Noble Queen pada 12 Disember 2023 yang bertempat di Hotel Berjaya Time Square.
Ahli Parlimen Parit, YB Ustaz Muhammad Ismi mempersoalkan tindakan kerajaan yang tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap penganjuran program ini apabila lebih mementingkan syarikat swasta berbanding majoriti rakyat Malaysia yang beragama Islam.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia

- Title
- PLKN PATUT LAHIRKAN RAKYAT YANG BANGGA DENGAN MALAYSIA
- Date posted
- 7 days ago
- Description
- Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) amat penting dalam memupuk semangat cinta terhadap negara ini dalam kalangan golongan muda.
Sehubungan itu, YB Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) berharap pelaksanaan PLKN dapat menjadikan golongan muda untuk berbangga dan mencintai negara ini seperti mana bangsa Eropah berbangga dengan negara mereka.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia

- Title
- KEMUDAHAN DI KLINIK KESIHATAN TIDAK MENCUKUPI
- Date posted
- 8 days ago
- Description
- YB Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) berkata, di kawasannya didapati klinik kesihatan sudah dinaik taraf termasuk pembinaan bangunan baharu.
Namun kemudahan seperti bilik x-ray serta bilik makmal tidak disediakan menyebabkan penduduk terpaksa pergi ke hospital yang terletak jauh dari tempat tinggal dan masa menunggu perkhidmatan menjadi lebih lama.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia

- Title
- KHIDMAT MALAYSIA LANCAR TABUNG MUSAADAH BANJIR
- Date posted
- 8 days ago
- Description
- Khidmat Malaysia yang mempunyai cawangan di seluruh Malaysia telah melancarkan Tabung Musaadah Bantuan Kemanusiaan Bencana Banjir dalam Sidang Media Parlimen pada hari ini, 23 November 2023.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia

- Title
- INSIDEN GURU BESAR TINGGAL DI STOR SEKOLAH
- Date posted
- 8 days ago
- Description
- “Saya menyebut satu insiden yang berlaku di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Ansuan, Telupid, Sabah, apabila ada guru besar yang terpaksa tidur dalam stor prasekolah.
Untuk memastikan insiden ini tidak berulang, apakah inisiatif pihak kementerian bagi menjaga kebajikan guru yang dihantar bertugas di kawasan luar bandar dan pedalaman?” YB Dr. Marzuk Shaary, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia

- Title
- Teknik kempen Dr. Sam dilihat berbeza apabila tidak ke premis makanan/restoran. Kenapa ya?
- Date posted
- 8 days ago
- Description
- ADUN Sg Ramal, YB Shafie Ngah mengulas isu penzinaan remaja Muslim dengan menyenaraikan sebab-sebab yang mengakibatkan gejala ini berlaku.
#HarakahDaily #SidangDUNSelangor

- Title
- 7 SEBAB PENINGKATAN JUMLAH PENZINAAN REMAJA MUSLIM
- Date posted
- 8 days ago
- Description
- ADUN Sg Ramal, YB Shafie Ngah mengulas isu penzinaan remaja Muslim dengan menyenaraikan sebab-sebab yang mengakibatkan gejala ini berlaku.
#HarakahDaily #SidangDUNSelangor

- Title
- YB Dr. Azman Ibrahim, wakil rakyat PAS di Jabi, Terengganu, cakna keadaan banjir di tempat beliau.
- Date posted
- 8 days ago
- Description
- Ucapan penuh YB Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dalam Ceramah Perdana PRK P.040 Kemaman di Pekan Kijal Kemaman pada 22 November 2023.
#HarakahDaily #DrSam4Kemaman

- Title
- Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang | Ceramah Perdana PRK P.040 Kemaman | 22 November 2023
- Date posted
- 8 days ago
- Description
- Ucapan penuh YB Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dalam Ceramah Perdana PRK P.040 Kemaman di Pekan Kijal Kemaman pada 22 November 2023.
#HarakahDaily #DrSam4Kemaman

- Title
- KONSERT: KERAJAAN BERTANGGUNGJAWAB TENTUKAN APA YANG BAIK UNTUK RAKYAT
- Date posted
- 8 days ago
- Description
- Ahli Parlimen Parit Buntar mencadangkan supaya garis panduan penganjuran konsert dijadikan akta supaya pematuhan lebih terjamin. Namun cadangan itu ditolak Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital.
Ahli Parlimen Kubang Kerian, YB Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man lalu bangun mencelah untuk menekankan tentang tanggungjawab kerajaan dalam menentukan apa yang baik serta tidak baik untuk rakyat seterusnya memastikan rakyat mempunyai nilai moral yang tinggi.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia

- Title
- USAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH MENANGKAN DR SAMSURI
- Date posted
- 8 days ago
- Description
- Dr Riduan mengajak semua pengundi P.040 Kemaman untuk berusaha bersungguh-sungguh memenangkan Dr. Samsuri dalam pilihan raya kecil kali ini.
Beliau memberi keyakinan bahawa rakyat Kemaman akan mendapat seorang ahli parlimen yang mempunyai kompetensi, karisma, bakat serta keberkesanan Dr. Sam dalam mentadbir negeri Terengganu sebagai Menteri Besar selama lima tahun telah terbukti.
#HarakahDaily #DrSam4Kemaman

- Title
- KUMPULAN LUAR NEGARA PROMOSI BUDAYA BERTENTANGAN PERLU DIHARAMKAN
- Date posted
- 8 days ago
- Description
- Ahli Parlimen Pasir Mas, YB Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata kementerian wajar menetapkan satu garis panduan bahawa mana-mana kumpulan luar negara yang terang-terangan menyokong dan mempromosi Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) perlu disekat terus dari masuk ke Malaysia.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia

- Title
- CADANGAN '1 MINGGU 1 PARLIMEN', PROMOSI PELANCONGAN
- Date posted
- 8 days ago
- Description
- Ahli Parlimen Tumpat, YB Dato' Mumtaz mencadangkan supaya Kementerian Komunikasi dan Digital bersama-sama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk menyiarkan promosi pelancongan '1 Minggu 1 Parlimen'.
Kata beliau, pelan ini bakal berjaya menaikkan imej pelancongan bagi semua 222 parlimen dalam tempoh empat tahun setengah.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia

- Title
- SATUKAN AGENSI BENCANA DI BAWAH SATU KEMENTERIAN
- Date posted
- 8 days ago
- Description
- Ahli Parlimen Rantau Panjang, YB Dato' Siti Zailah Yusoff mencadangkan supaya semua agensi yang terlibat dengan pengurusan bencana alam dikumpulkan di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia

- Title
- PINDA GARIS PANDUAN KONSERT ARTIS LUAR KE DALAM AKTA HIBURAN
- Date posted
- 8 days ago
- Description
- Ahli Parlimen Parit Buntar, YB Ustaz Misbahul Munir menyebut bahawa Kementerian Penerengan terdahulu pernah menggariskan panduan persembahan artis luar negara.
Dalam masa yang sama, JAKIM juga mengeluarkan garis panduan penganjuran konsert.
Namun begitu, panduan-panduan ini tidak dipatuhi. Oleh itu, beliau mencadangkan supaya kerajaan meminda Akta 493 supaya dimasukkan kedua-dua garis panduan ini ke dalam akta tersebut.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia

- Title
- RUNDINGAN FTA SERANTAU BAGI PELUANG PELABURAN BAHARU
- Date posted
- 8 days ago
- Description
- Ahli Parlimen Kubang Pasu, YB Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman mengambil maklum berkenaan penguatkuasaan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) serta Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang boleh membawa kesan ekonomi kepada negara.
Beliau bertanya adakah kerajaan berhasrat meneruskan pendekatan runding dengan FTA serantau bagi mendapatkan akses pasaran dan peluang pelaburan baharu?
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia