Media Selangor
MBPJ kumpul 1.85 tan bahan kitar semula di Kota Damansara
- Title
- MBPJ kumpul 1.85 tan bahan kitar semula di Kota Damansara
- Runtime
- 1:21
- Date posted
- 3 days ago
- Description
- Sebanyak 1.85 tan bahan kitar semula berjaya dikumpulkan menerusi Karnival PJ Bandar Mampan dan Bahagia 'Recycle and Redeem' Fasa 3 di Pasar Tani Seksyen 3, Kota Damansara.
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memaklumkan program yang dirasmikan Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Mohd Yazid Sairi itu disertai 402 peserta dan turut merekodkan penebusan kupon bernilai RM18,000.
#mediaselangor #kliksemasa #majlisbandarayapetalingjaya #kitarsemula
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- RUU tadbir urus AI dibentang tahun depan
- Runtime
- 4:16
- Date posted
- 3 days ago
- Description
- Kerajaan sedang merangka Rang Undang-Undang (RUU) Tadbir Urus Kecerdasan Buatan (AI) yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada awal 2027.
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata RUU berkenaan menggunakan pendekatan berasaskan risiko atau (risk-based approach), dengan tahap kawalan dinilai berdasarkan potensi kemudaratan sistem AI itu sendiri.
#MediaSelangor #ParlimenMalaysia #RUUAI #artificalintelligence
- Title
- Keuntungan RM4.64B bukti transformasi pelaburan Tabung Haji - Zulkifli
- Runtime
- 2:21
- Date posted
- 3 days ago
- Description
- Tabung Haji mencatat keuntungan RM4.64 bilion, iaitu yang tertinggi dalam sejarah institusi itu, sekali gus membuktikan kejayaan transformasi pelaburan yang dilaksanakan melibatkan pelaburan baharu dan sedia ada.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, pencapaian itu turut disokong pengukuhan aspek tadbir urus dan tatakelola Tabung Haji.
“Sejak daripada tahun lalu, kita mencatatkan keuntungan yang tertinggi dalam sejarah Tabung Haji, RM4.64 bilion. Ini menunjukkan bahawa pelaburan-pelaburan yang telah pun dilaksanakan, yang baharu dan yang sedia ada, telah membuktikan ianya telah berjaya,” katanya.
Menurut beliau, setiap keputusan pelaburan melalui proses penelitian berlapis sebelum diluluskan, manakala pelaksanaan Hajj Financial Assistance (HAFIS) secara bersasar turut membantu mengekalkan kos haji selama empat tahun berturut-turut.
#MediaSelangor #TabungHaji #koshaji
- Title
- Klang iktiraf sekolah cemerlang akademik
- Runtime
- 1:29
- Date posted
- 3 days ago
- Description
- Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mengiktiraf institusi pendidikan cemerlang akademik dalam Majlis Apresiasi Pengiktirafan Prestasi, Inspirasi dan Kecemerlangan Akademik Daerah Klang Tahun 2025 (PRISMA’25).
Majlis itu menyaksikan Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) meraih 11 anugerah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Samad pula meraih enam anugerah, manakala SMK Tinggi Klang membawa pulang lima anugerah.
#mediaselangor #broll #MBDK #KISAS
- Title
- Keselamatan pelajar perlu dipertingkat secara menyeluruh di sekolah
- Runtime
- 1:59
- Date posted
- 3 days ago
- Description
- Isu keselamatan di sekolah perlu dilihat semua pihak bagi memastikan tahap dan kualiti keselamatan pelajar terus dipertingkatkan.
Mengulas gesaan di media sosial mengenai hukuman terhadap pesalah bawah umur dikaji semula susulan kes jenayah membabitkan pelajar baru-baru ini, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata isu berkenaan perlu dilihat secara menyeluruh dan dibincangkan di pelbagai peringkat.
#KeselamatanSekolah #KeselamatanPelajar #AmirudinShari #MediaSelangor
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- (LANGSUNG) Parlimen 5 Oktober 2026 | Sesi Pagi
- Runtime
- 3:05:43
- Date posted
- 3 days ago
- Description
- Sidang Parlimen Dewan Rakyat Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Majlis Parlimen Kelima Belas 2026 | 5 Oktober 2026 | Sesi Pagi
#MediaSelangor #SelangorTV #SelangorKini #Parlimen15 #DewanRakyat #Malaysia
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Festival Makanan Mega Selangor: Platform promosi produk tempatan, tarik pelancong
- Runtime
- 2:28
- Date posted
- 3 days ago
- Description
- Festival Makanan Mega Selangor 2026 (SFMM26) menjadi platform pengusaha tempatan memperkenalkan produk makanan dan tarikan pelancongan Selangor kepada pengunjung.
Berlangsung selama tiga hari bermula 2 hingga 4 Oktober 2026 di kawasan parkir Mitsui Outlet Park, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, festival itu turut mengetengahkan kepelbagaian makanan, budaya dan aktiviti untuk pengunjung.
#KlikSemasa #MediaSelangor #SFMM26
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Malaysia capai status negara tua pada 2048
- Runtime
- 2:17
- Date posted
- 3 days ago
- Description
- Malaysia telah mencapai status negara menua pada 2021 apabila penduduk berumur 65 tahun dan ke atas mencapai 7 peratus daripada jumlah penduduk.
Menurut Menteri Ekonomi, Datuk Seri Akmal Nasir, peralihan daripada negara menua kepada negara tua itu dijangka berlaku dalam tempoh sekitar 27 tahun, lebih pantas berbanding Perancis (115 tahun), Australia (73 tahun) dan Amerika Syarikat (69 tahun).
#MediaSelangor #ParlimenMalaysia #NegaraMenua
- Title
- KISAS raih 11 anugerah kecemerlangan akademik daerah Klang
- Runtime
- 2:06
- Date posted
- 3 days ago
- Description
- Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) meraih 11 anugerah menerusi Majlis Apresiasi Pengiktirafan Prestasi, Inspirasi dan Kecemerlangan Akademik Daerah Klang Tahun 2025 (PRISMA’25).
Antara pencapaian diraih ialah Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) tertinggi Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), 100 peratus lulus STPM, aliran Sains Sosial terbaik, pelajar PNGK 4.0 serta Gred Purata Sekolah terbaik bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
#KISAS #PRISMA25 #CemerlangAkademik #STPM #SPM #MediaSelangor
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Rawatan baharu Alzheimer: Apa bezanya?
- Runtime
- 2:09
- Date posted
- 3 days ago
- Description
- Apa beza rawatan sedia ada dengan terapi baharu Alzheimer? Ubat sedia ada membantu melambatkan kemerosotan penyakit dengan mengurangkan kemusnahan bahan kimia dalam otak.
Pakar Psikiatri MSU Medical Centre, Profesor Dr Muhammad Najib Mohamad Alwi berkata, Lecanemab menjadi antara terapi baharu yang diluluskan di Malaysia pada Januari 2026. Diberikan melalui suntikan, terapi ini menyasarkan pengumpulan protein tidak normal dalam otak untuk membantu menyingkirkannya.
#mediaselangor #bicarasemasa #alzheimer #penyakit
- Title
- Terima ribuan pesakit sehari, Klinik Kesihatan Meru perlu dinaik taraf
- Runtime
- 1:08
- Date posted
- 3 days ago
- Description
- Klinik Kesihatan Meru perlu dinaik taraf bagi menampung keperluan penduduk yang semakin meningkat, selain memastikan mereka menerima perkhidmatan lebih selesa dan efisien.
Wakil rakyat Meru Mariam Abdul Rashid berkata kemudahan kesihatan itu kini menerima lebih 1,000 pesakit sehari, menunjukkan keperluan menambah baik perkhidmatan kepada masyarakat setempat.
#KKMeru #MariamAbdulRashid #NaikTarafKlinik #KesihatanAwam #Meru #SelangorSihat #SKOP
- Title
- SKOP | Belanjawan Selangor 2027: Meru makin padat, kemudahan asas perlu seiring
- Runtime
- 26:38
- Date posted
- 3 days ago
- Description
- Pembangunan pesat dan pertambahan penduduk di Meru menuntut perhatian lebih menyeluruh terhadap kemudahan asas rakyat, khususnya jalan, saliran, tebatan banjir, kemudahan kesihatan, ruang rekreasi dan akses digital.
Saksikan temu bual bersama Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru, Mariam Abdul Rashid dalam SKOP Belanjawan Selangor 2027 bagi memahami keutamaan kawasan itu serta harapan beliau agar pembangunan di Meru terus seimbang dengan kesejahteraan dan kualiti hidup penduduk setempat.
#mediaselangor #SKOP #BelanjawanSelangor2027 #ADNMeru #kesihatan #tebatanbanjir
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- PeTA 2.0 tumpu pertanian moden, perkukuh keterjaminan makanan - EXCO
- Runtime
- 1:18
- Date posted
- 3 days ago
- Description
- Pelan Transformasi Agro Selangor (PeTA) 2.0 bagi tempoh 2026 hingga 2030 memberi tumpuan kepada pemodenan sektor agro, peningkatan produktiviti dan pengukuhan rantaian bekalan bagi memperkukuh keterjaminan makanan negeri.
EXCO Pertanian, Dato’ Ir Izham Hashim berkata, tumpuan turut diberikan kepada sektor padi, khususnya usaha meningkatkan produktiviti supaya pengeluaran kekal berdaya tahan dan mampu memenuhi keperluan makanan rakyat.
#MediaSelangor #SelangorTV #SelangorKini
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Kronologi Kes Irene Sofiya: Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini?
- Runtime
- 1:16
- Date posted
- 4 days ago
- Description
- Pada petang 3 Oktober, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, hadir ke sekolah di Yong Peng, Batu Pahat bagi mengikuti kelas tambahan seperti biasa. Namun apabila petang semakin lewat dan Irene masih belum pulang, neneknya mula berasa tidak sedap hati.
Ikuti Tumpu Sekejap untuk fakta dan perkembangan terkini kes menyayat hati ini.
#MediaSelangor #TumpuSekejap #IreneSofiya #YongPeng
#MediaSelangor #SelangorTV #SelangorKini
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- RANGKUAN SEMASA | Aktiviti intelektual beri ruang belia bina keyakinan diri
- Runtime
- 8:48
- Date posted
- 4 days ago
- Description
- Berikut merupakan rangkuman KLIK Semasa 4 Oktober 2026:
1. RMS: Debat ruang belia cabar idea, bina keyakinan diri
2. Selangor perkasa aktiviti intelektual, beri ruang belia berdebat
3. Festival Makanan Mega Selangor sasar lebih 10,000 pengunjung di Sepang
4. Kelab Polo dan Ekuestrian Diraja Selangor mahu perluas akses sukan berkuda
#MediaSelangor #SelangorTV #SelangorKini
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- MB: Pendidikan jadi keutamaan negeri, bantu tingkat taraf hidup rakyat
- Runtime
- 1:34
- Date posted
- 4 days ago
- Description
- Pendidikan menjadi antara pendekatan utama Selangor dalam usaha membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup rakyat, terutama keluarga berpendapatan rendah.
Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata, akses kepada pendidikan berkualiti membolehkan pelajar membina keupayaan, memperoleh pekerjaan lebih baik dan memutuskan kitaran kemiskinan antara generasi.
#MediaSelangor #SelangorTV #SelangorKini
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika curi kabel TNB di Kapar
- Runtime
- 1:10
- Date posted
- 4 days ago
- Description
- Seorang lelaki tempatan berusia 40-an maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jalan Akob, Kapar, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kapar Asisten Komisioner, Ramsay Embol berkata mangsa ditemukan masih melekat pada kabel terbabit, manakala polis turut menemui peralatan memotong kabel, mangga dan motosikal miliknya di lokasi kejadian.
#MediaSelangor #SelangorTV #SelangorKini
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Sepang pacu usaha Selangor capai sembilan juta pelancong
- Runtime
- 1:20
- Date posted
- 4 days ago
- Description
- Sepang menjadi antara daerah penting dalam usaha Selangor mencapai sasaran sembilan juta pelancong tahun ini berikutan kedudukannya sebagai pintu masuk utama ke negeri ini.
EXCO Pelancongan, Dato' Ng Suee Lim berkata selain Sepang, beberapa daerah lain turut menjadi tumpuan berdasarkan kepelbagaian produk dan tarikan pelancongan yang ditawarkan.
#sepang #destinasi #pelancongan #kepelbagaian #tarikan #selangor #sasaran #capai #9juta #tvselangor #mediaselangor
#MediaSelangor #SelangorTV #SelangorKini
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Festival Makanan Mega Selangor sasar lebih 10,000 pengunjung di Sepang
- Runtime
- 2:02
- Date posted
- 4 days ago
- Description
- Festival Makanan Mega Selangor 2026 (SMFF26) menyasarkan lebih 10,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjurannya di kawasan parkir Mitsui Outlet Park Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
EXCO Pelancongan Dato' Ng Suee Lim berkata pemilihan lokasi berkenaan dibuat bersempena perlumbaan Formula Satu (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), sekali gus memanfaatkan kehadiran peminat sukan permotoran untuk singgah dan meneroka tarikan di Selangor.
#smff26 #festivalmakanan #sepang #mitsui #teroka #pelancong #f1 #sukan #permotoran #tvselangor #mediaselangor
#MediaSelangor #SelangorTV #SelangorKini
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Kes tikam Bandar Utama: Keluarga mangsa fail saman sivil
- Runtime
- 1:18
- Date posted
- 4 days ago
- Description
- Ibu dan kakak kepada Yap Shing Xuen memfailkan saman sivil terhadap beberapa pihak berhubung kematian pelajar Tingkatan Empat itu pada 14 Oktober tahun lalu.
Ibu mangsa memaklumkan tindakan undang-undang itu difailkan pada 1 Oktober menerusi Tetuan Surendra Ananth.
Saman itu menamakan beberapa agensi kerajaan, ibu bapa kepada remaja lelaki yang dikaitkan dengan kematian Shing Xuen serta remaja terbabit sebagai defendan.
#MediaSelangor #SelangorTV #SelangorKini
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Kejohanan Debat RMS: Pelajar raih dua anugerah selepas dua tahun tersingkir
- Runtime
- 2:29
- Date posted
- 4 days ago
- Description
- Selepas tersingkir pada pusingan 16 terbaik dua tahun berturut-turut, Muhammad Amier Daniel Mohd Nazri, 16, akhirnya mara ke peringkat akhir Kejohanan Debat Raja Muda Selangor (RMSDC) dan meraih dua anugerah.
Pelajar SM Sains Kuala Selangor itu dinobatkan sebagai Pendebat Keseluruhan Terbaik, selain membantu pasukannya muncul juara keseluruhan.
#MediaSelangor #SelangorTV #SelangorKini
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Remaja lelaki direman enam hari, bantu siasatan kematian pelajar
- Runtime
- 1:03
- Date posted
- 4 days ago
- Description
- Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun direman selama enam hari bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mustaqim Sukarno di Mahkamah Majistret Batu Pahat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
#MediaSelangor #SelangorTV #SelangorKini
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Kemudahan RSPEC buka peluang orang ramai ceburi sukan ekuestrian
- Runtime
- 1:50
- Date posted
- 4 days ago
- Description
- Bekas jaguh ekuestrian negara, Dato’ Qabil Ambak Mahammad Fathil berkata, pembukaan Kelab Polo dan Ekuestrian Diraja Selangor (RSPEC) kepada umum memberi peluang kepada lebih ramai masyarakat menceburi sukan itu.
Katanya, kemudahan berkenaan mampu membantu mengubah tanggapan bahawa sukan ekuestrian hanya terbuka kepada golongan tertentu, sebaliknya boleh diceburi sesiapa sahaja yang mempunyai minat terhadap kuda.
#MediaSelangor #SelangorTV #SelangorKini
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Selangor perkasa aktiviti intelektual, beri ruang belia berdebat
- Runtime
- 2:26
- Date posted
- 4 days ago
- Description
- Kerajaan Negeri memperluas agenda pembangunan belia melangkaui sukan dan rekreasi dengan memberi tumpuan lebih besar kepada aktiviti intelektual seperti debat.
EXCO Belia, Mohd Najwan Halimi berkata pendekatan itu bagi memastikan semua kelompok anak muda di Selangor mendapat ruang menyertai program yang bersesuaian dengan minat masing-masing.
#MediaSelangor #SelangorTV #SelangorKini
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Kelab Polo dan Ekuestrian Diraja Selangor mahu perluas akses sukan berkuda
- Runtime
- 2:15
- Date posted
- 4 days ago
- Description
- Kelab Polo dan Ekuestrian Diraja Selangor (RSPEC) mahu membuka lebih banyak peluang kepada masyarakat untuk mengenali, mencuba dan menyertai sukan polo serta ekuestrian, khususnya dalam kalangan generasi muda.
Presidennya, Dato’ Syed Budriz Putra Jamalullail berkata, RSPEC bukan kelab keahlian eksklusif semata-mata, sebaliknya sebuah kelab awam yang mahu menjadi jambatan antara masyarakat dengan dunia polo dan ekuestrian.
#MediaSelangor #SelangorTV #SelangorKini
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- RMS: Debat ruang belia cabar idea, bina keyakinan diri
- Runtime
- 2:09
- Date posted
- 4 days ago
- Description
- Aktiviti debat menyediakan ruang berharga kepada golongan muda untuk mencabar idea, memahami pandangan berbeza dan membina keyakinan dalam menyuarakan pendapat.
Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah bertitah, platform berkenaan membolehkan belia berfikir secara mendalam, berani mempersoalkan sesuatu perkara serta belajar mendengar pandangan orang lain dengan teliti.
#MediaSelangor #SelangorTV #SelangorKini
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Tanda awal penyakit Alzheimer, jangan ambil mudah!
- Runtime
- 2:01
- Date posted
- 4 days ago
- Description
- Alzheimer berkembang melalui tiga peringkat, iaitu awal, pertengahan dan akhir. Pada peringkat awal, masalah kognitif utama yang sering berlaku ialah kesukaran mengingati maklumat yang baru diterima.
Pakar Psikiatri MSU Medical Centre, Profesor Dr Muhammad Najib Mohamad Alwi menjelaskan gejala lain termasuk keliru tentang tarikh dan tempat serta terlupa aktiviti harian yang telah dilakukan. Namun, keadaan perlu diberi perhatian apabila masalah berlaku secara berterusan sehingga mula mengganggu kehidupan harian.
#mediaselangor #bicarasemasa #alzheimer #penyakit
#MediaSelangor #SelangorTV #SelangorKini
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Manfaat TAWAS RM1,500 jadi bekal pendidikan anak Selangor
- Runtime
- 1:05
- Date posted
- 4 days ago
- Description
- Simpanan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) yang kini matang memberi manfaat kepada anak Selangor apabila wang RM1,500 diterima menjadi bekal untuk meneruskan pengajian dan menampung keperluan sepanjang berada di kolej.
TAWAS diperkenalkan pada 2008 dengan tabungan bagi manfaat penerima dibuat sejak program itu bermula. Mulai 2021, tabungan berkenaan dilaburkan menerusi Selangor Advance dengan pulangan sekitar tujuh hingga lapan peratus.
#tawas #penerima #luah #syukur #kerajaan #selangor #banturakyat #inisiatif #anakselangor #tvselangor #mediaselangor
- Title
- (Langsung) Raja Muda Selangor Debating Championship
- Runtime
- 2:08:36
- Date posted
- 4 days ago
- Description
- Saksikan siaran langsung Raja Muda Selangor Debating Championship Grand Final & Award Ceremony bertempat di Lagoon 1, Sunway Resort Hotel, Sunway, Subang Jaya.
🗓 Tarikh: 03 Oktober 2026
⏰ Masa: 1.30 petang - 5.30 petang
📍 Eksklusif secara langsung di mediaselangor.com
& platform media sosial Media Selangor.
#RajaMudaSelangor #DebatingChampionship #RoyalSelangor #SAY #MIDP # #MediaSelangor
SUBSCRIBE kami di
YOUTUBE : https://www.youtube.com/@Media_Selangor
WEB MEDIA SELANGOR : https://mediaselangor.com/livetv
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- RANGKUMAN SEMASA | Elaun Guru KAFA cadang dinaikkan
- Runtime
- 9:46
- Date posted
- 5 days ago
- Description
- Berikut merupakan rangkuman KLIK Semasa 3 Oktober 2026:
1. Sultan Selangor pesan pemimpin politik jangan bergaduh, rebut kuasa
2. Calon HARAPAN PRN Melaka diumum dalam tempoh dua minggu
3. 21,000 penerima TAWAS layak tuntut manfaat RM1,500 tahun ini
4. Selangor cadang naikkan elaun Guru KAFA kepada RM1,700 - EXCO
5. EXCO: Program Rumah Prihatin bantu rakyat bina kehidupan lebih selesa
#MediaSelangor #KlikSemasa #BeritaSelangor #Selangor #SultanSelangor #TAWAS #RumaPrihatin #GuruKAFA #PRNMelaka #AmirudinShari
- Title
- 21,000 penerima TAWAS layak tuntut manfaat RM1,500 tahun ini
- Runtime
- 1:49
- Date posted
- 5 days ago
- Description
- Kerajaan Negeri memperuntukkan lebih RM31 juta bagi pembayaran manfaat RM1,500 kepada 21,000 penerima kumpulan pertama Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) tahun ini.
Dato Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata setakat ini, 13,000 penerima sudah mendaftar untuk menuntut manfaat berkenaan dengan usaha menghubungi baki penerima akan dipergiat dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
#tawas #2026 #anakselangor #manfaat #2008 #penerima #1500 #kerajaanselangor #tvselangor #mediaselangor
- Title
- Belanjawan Selangor 2027 tangani isu utama rakyat, banjir, sampah antara tumpuan
- Runtime
- 1:00
- Date posted
- 5 days ago
- Description
- Belanjawan Selangor 2027 akan memberi tumpuan kepada usaha menangani isu yang memberi kesan langsung kepada rakyat khususnya pengurusan sampah, banjir dan aspek daya huni.
Dato’ Menteri Besar,Dato’ Seri Amirudin Shari berkata, Kerajaan Negeri turut meneliti keperluan golongan memerlukan terutama membabitkan persekolahan anak-anak, makanan dan peluang pekerjaan.
#belanjawan2027 #selangor #tumpu #isu #rakyat #banjir #pengurusansampah #kerajaanegeri #tvselangor #mediaselangor
- Title
- Calon HARAPAN PRN Melaka diumum dalam tempoh dua minggu
- Runtime
- 1:41
- Date posted
- 5 days ago
- Description
- Pakatan Harapan (HARAPAN) dijangka mengumumkan senarai calon bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dalam tempoh satu hingga dua minggu lagi.
Pengarah Pilihan Raya HARAPAN, Dato' Seri Amirudin Shari berkata persiapan menghadapi pilihan raya itu digerakkan sejak kira-kira dua bulan lalu menerusi siri pertemuan dan penyelarasan gerak kerja jentera.
#prnmelaka #harapan #amirudin #umum #calon #jentera #bersedia #tvselangor #mediaselangor
- Title
- JIM Selangor tahan 73 individu dalam empat operasi penguatkuasaan
- Runtime
- 1:09
- Date posted
- 5 days ago
- Description
- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor menahan 73 daripada 116 individu yang diperiksa dalam empat operasi penguatkuasaan di beberapa lokasi sekitar negeri ini pada 1 Oktober 2026.
JIM Selangor dalam kenyataan berkata operasi itu membabitkan Ops Selera, Ops Kutip, Ops Belanja dan Ops Gegar dengan kekuatan 26 pegawai.
#MediaSelangor #KlikSemasa #BeritaSelangor #Selangor #JIMSelangor #OpsGegar #PenguatkuasaanImigresen #PendatangTanpaDokumen #OpsSelera #OpsKutip #OpsBelanja
- Title
- PM batal program, tumpu persiapan Belanjawan 2027
- Runtime
- 1:52
- Date posted
- 5 days ago
- Description
- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membatalkan hampir kesemua programnya dalam tempoh dua hingga tiga hari inibagi membolehkan beliau memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha menyiapkan Belanjawan 2027.
Katanya, keperluan pelbagai lapisan rakyat dan sektor terus diperincikan pada peringkat akhir penyediaan Belanjawan 2027 sebelum dimuktamadkan.
#MediaSelangor #KlikSemasa #BeritaSelangor #Selangor #Belanjawan2027 #AnwarIbrahim #PMMalaysia #PerkembanganTerbaru #KerajaanPersekutuan #Negara
- Title
- Selangor cadang naikkan elaun Guru KAFA kepada RM1,700 - EXCO
- Runtime
- 2:38
- Date posted
- 5 days ago
- Description
- Kerajaan Negeri bercadang menaikkan elaun Guru KAFA daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan sebagai antara usaha meningkatkan kebajikan dan prestasi guru terbabit.
EXCO Agama Islam, Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata kertas kerja cadangan itu telah disediakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan akan dikemukakan kepada Dato' Menteri Besar untuk pertimbangan.
#MediaSelangor #KlikSemasa #BeritaSelangor #Selangor #GuruKAFA #ElaunGuru #DrFahmiNgah #JAIS #KebajikanGuru #PendidikanIslam #SelangorBelaGuru
- Title
- EXCO: Program Rumah Prihatin bantu rakyat bina kehidupan lebih selesa
- Runtime
- 2:38
- Date posted
- 5 days ago
- Description
- Seramai 43 penerima di enam daerah menerima manfaat Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin Selangor membabitkan peruntukan keseluruhan lebih RM2.25 juta.
EXCO Pembasmian Kemiskinan, Papparaidu Veraman berkata program itu menyediakan dua bentuk bantuan utama iaitu Bina Baharu Rumah bernilai RM85,000 bagi setiap unit dan Baik Pulih Rumah sehingga RM35,000, bergantung kepada tahap kerosakan.
#MediaSelangor #KlikSemasa #BeritaSelangor #Selangor #RumahPrihatin #BantuanRumah #PaparauVeraman #KampungPrihatin #PembasmianKemiskinan #SelangorSejahtera
- Title
- MTOS sasar tempatkan dua pekerja OKU setiap syarikat, elak rasa terasing
- Runtime
- 1:32
- Date posted
- 5 days ago
- Description
- Majlis Tindakan Orang Kurang Upaya Selangor (MTOS) menyasarkan sekurang-kurangnya dua pekerja orang kurang upaya (OKU) ditempatkan di setiap syarikat bagi mewujudkan sistem sokongan dan mengelakkan mereka berasa terasing di tempat kerja.
Pengerusinya Danial Al-Rashid Haron berkata pendekatan tersebut penting bagi memastikan pekerja OKU mempunyai rakan yang boleh saling membantu ketika berdepan cabaran sepanjang menjalankan tugas.
#MediaSelangor #KlikSemasa #BeritaSelangor #Selangor #OKU #MTOS #PekerjaOKU #PekerjaanUntukSemua #SelangorBelaOKU
- Title
- Sultan Selangor pesan pemimpin politik jangan bergaduh, rebut kuasa
- Runtime
- 1:17
- Date posted
- 5 days ago
- Description
- Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj mengingatkan pemimpin politik supaya tidak bergaduh, bertelagah atau berebut kuasa sehingga mencetuskan perpecahan.
Menerusi hantaran Facebook Selangor Royal Office, Baginda sebaliknya menitahkan agar pemimpin memberi tumpuan kepada pembangunan negeri, kesejahteraan rakyat serta kebajikan golongan yang memerlukan pembelaan.
#MediaSelangor #KlikSemasa #BeritaSelangor #Selangor #SultanSelangor #SultanSharafuddin #SelangorRoyalOffice #PembangunanSelangor
- Title
- Rumah baharu beri sinar kehidupan warga emas di Kampung Baru Telok Gong
- Runtime
- 3:00
- Date posted
- 5 days ago
- Description
- Selepas bertahun-tahun tinggal di rumah uzur yang sering dimasuki air ketika hujan, Raujah Marsit kini menjalani kehidupan lebih selesa setelah menerima kediaman baharu menerusi Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin Selangor.
Ibu kepada tiga anak itu menerima rumah baharu berukuran 22 kaki lebar dan 30 kaki panjang yang dilengkapi tiga bilik tidur, dua bilik air serta kemudahan asas termasuk bekalan air dan elektrik.
#KerajaanPrihatinSelangor #BantuanRumah #RaujahMarsit #RumahBaharu #KebajikanRakyat #KesejahteraanKeluarga #SelangorPenyayang #MediaSelangor #KlikSemasa
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Dementia vs Alzheimer, sama ke dengan pelupa?
- Runtime
- 2:52
- Date posted
- 5 days ago
- Description
- Sering terlupa tidak semestinya bermakna seseorang menghidap Alzheimer. Kenali perbezaan antara pelupa biasa, demensia dan Alzheimer serta bagaimana penyakit ini menjejaskan fungsi otak.
Pakar Psikiatri MSU Medical Centre, Profesor Dr Muhammad Najib Mohamad Alwi berkata, penyakit Alzheimer merupakan antara punca demensia yang berlaku apabila sel-sel otak semakin rosak akibat pengumpulan protein tidak normal. Keadaan ini boleh menjejaskan ingatan, pemikiran, bahasa dan keupayaan menjalani kehidupan harian.
#mediaselangor #bicarasemasa #alzheimer #penyakit
#MediaSelangor #SelangorTV #SelangorKini
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Belanjawan Selangor 2027: Apa orang Meru mahu?
- Runtime
- 0:30
- Date posted
- 5 days ago
- Description
- Meru kini terus berkembang sebagai kawasan tumpuan penduduk dengan pembangunan yang semakin rancak, namun dalam masa sama keperluan asas rakyat seperti infrastruktur, saliran, kemudahan kesihatan, ruang rekreasi dan akses digital perlu terus bergerak seiring.
Ikuti kupasan Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru, Mariam Abdul Rashid mengenai isu banjir, jalan, saliran, Klinik Kesihatan Meru, ruang rekreasi dan akses digital yang wajar diberi perhatian menjelang Belanjawan Selangor 2027.
Tarikh: 4 Oktober 2026, Ahad
Masa: 9.00 malam
Eksklusif di mediaselangor.com
#MediaSelangor #SelangorTV #SelangorKini
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Bicara Semasa | Alzheimer: Kenali tanda awal, fahami rawatan baharu
- Runtime
- 38:41
- Date posted
- 6 days ago
- Description
- Masalah pelupa tidak semestinya Alzheimer, tetapi apabila ia berlaku berulang, semakin teruk dan mula mengganggu kehidupan harian, ia mungkin petanda kepada masalah kognitif yang lebih serius.
Selain pengesanan awal bagi membolehkan penilaian, perkembangan rawatan baharu juga memberi pilihan tambahan dalam pengurusan Alzheimer, terutama apabila penyakit itu dapat dikenal pasti pada peringkat awal.
Saksikan Bicara Semasa pada 2 Oktober 2026 (Jumaat), jam 11 pagi bersama Pakar Psikiatri Prof Dr Muhammad Najib Mohamad Alwi yang mengupas bagaimana orang awam hendak memahami tanda awal Alzheimer, perbezaannya dengan pelupa biasa serta perkembangan terkini rawatan penyakit ini.
#BicaraSemasa #Alzheimer #KesihatanMental #KesihatanKognitif #PengesananAwal #ProfDrMuhammadNajib #RawatanAlzheimer #mediaselangor
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/M...
- Title
- Rangkuman Semasa | Subsidi tambang RM30 diperluas ke KTM Komuter
- Runtime
- 5:48
- Date posted
- 6 days ago
- Description
- Berikut merupakan rangkuman Klik Semasa 2 Oktober 2026:
1. Subsidi tambang RM30 kini diperluas kepada KTM Komuter
2. Program BRIDGE-OKU bantu graduan dapat peluang kerja dalam bidang profesional
3. Tourism Selangor anjur pelbagai aktiviti meriahkan F1 di Sepang
4. Ops Didik: Tujuh pelajar antara lapan penunggang motosikal disaman
#MediaSelangor #KlikSemasa
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Ops Didik: Tujuh pelajar antara lapan penunggang motosikal disaman
- Runtime
- 1:06
- Date posted
- 6 days ago
- Description
- Tujuh pelajar antara lapan penunggang motosikal yang dikenakan saman kerana tidak memakai topi keledar dalam Ops Didik di Jalan Hamzah Alang, Klang, semalam.
Operasi yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Klang Utara itu membabitkan pemeriksaan terhadap 21 motosikal.
#MediaSelangor #KlikSemasa #OPSDidik
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- LTdL: Enam jalan utama Sepang ditutup Ahad, laluan alternatif disediakan - Polis
- Runtime
- 1:46
- Date posted
- 6 days ago
- Description
- Enam jalan utama di Sepang akan ditutup secara berperingkat Ahad ini bagi memberi laluan kepada perlumbaan peringkat akhir Le Tour de Langkawi (LTdL) Malaysia 2026.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman berkata penutupan bermula 1.30 tengah hari hingga 2.30 petang, membabitkan laluan dari sempadan Sepang-Nilai hingga sempadan Sepang-Putrajaya.
#LTdL2026 #LeTourDeLangkawi #Sepang #PenutupanJalan #NorhizamBahaman #PolisSepang #InfoTrafik #MediaSelangor #KlikSemasa
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- SKMM teliti video AI manipulasi Dr Mahathir ketika berduka
- Runtime
- 1:23
- Date posted
- 6 days ago
- Description
- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memandang serius penyebaran kandungan media sosial yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk memanipulasi rakaman Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berduka atas pemergian isterinya, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
SKMM berkata penggunaan teknologi untuk memanipulasi rakaman sebenar sehingga mengelirukan orang ramai, memesongkan konteks sesuatu peristiwa atau menjejaskan maruah individu dan keluarga adalah perkara yang tidak wajar dipandang ringan.
#SKMM #KecerdasanBuatan #AI #ManipulasiAI #KeselamatanDigital #MediaSosial #TunDrMahathir #MediaSelangor #KlikSemasa
- Title
- F1 kembali ke Sepang, persimpangan Kota Warisan dibuka semula
- Runtime
- 1:45
- Date posted
- 6 days ago
- Description
- Persimpangan lampu isyarat di Jalan Kota Warisan dan Jalan Labohan Dagang dibuka semula sempena Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix bagi memudahkan perjalanan ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Pembukaan semula persimpangan itu membolehkan pengguna jalan raya membelok terus ke kanan tanpa perlu memandu kira-kira satu kilometer untuk membuat pusingan U seperti sebelum ini.
#Formula1 #BahrainGrandPrix #LitarAntarabangsaSepang #SIC #KotaWarisan #LabohanDagang #LaluanTrafik #MediaSelangor #KlikSemasa
- Title
- Tourism Selangor anjur pelbagai aktiviti meriahkan F1 di Sepang
- Runtime
- 1:44
- Date posted
- 6 days ago
- Description
- Tourism Selangor menganjurkan pelbagai aktiviti menarik sempena Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Gulf Air Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bagi mengetengahkan produk makanan, kebudayaan dan pelancongan negeri.
Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Chua Yee Ling berkata pihaknya bekerjasama dengan Mitsui Outlet Park KLIA Sepang (MOP KLIA) dan IOI City Mall bagi memanfaatkan kehadiran pengunjung ke acara sukan antarabangsa itu.
#TourismSelangor #Formula1 #BahrainGrandPrix #LitarAntarabangsaSepang #PelanconganSelangor #ChuaYeeLing #VisitSelangor #MediaSelangor #KlikSemasa
- Title
- Langgar syarat niaga: MPS keluarkan 29 kompaun, tarik balik enam lesen
- Runtime
- 1:29
- Date posted
- 6 days ago
- Description
- Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengeluarkan 29 kompaun dan menarik balik enam lesen penjaja dalam Operasi Pematuhan Penjaja di sekitar Gombak, kelmarin.
Operasi membabitkan Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguat Kuasa MPS itu dijalankan di Pasar Malam Taman Samudera serta Gerai MPS di Jalan SBC 12, Taman Sri Batu Caves bagi memastikan peniaga mematuhi syarat lesen dan peraturan perniagaan.
#MediaSelangor #KlikSemasa #MPS
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor

