Media Selangor
Belanjawan Selangor 2027: Apa penduduk Bukit Lanjan perlukan?
- Title
- Belanjawan Selangor 2027: Apa penduduk Bukit Lanjan perlukan?
- Runtime
- 0:28
- Date posted
- 28 days ago
- Description
- Apa yang sebenarnya rakyat perlukan daripada sebuah belanjawan? Bukan sekadar angka dan peruntukan, tetapi penyelesaian kepada isu yang memberi kesan langsung kepada kehidupan seharian.
Sempena pembentangan Belanjawan Selangor 2027, SKOP membawakan pandangan Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Lanjan, Pua Pei Ling mengenai keutamaan yang wajar diberi perhatian termasuk pembinaan Sekolah Rendah Agama (SRA) di Damansara Damai, penyelesaian isu kesesakan lalu lintas serta usaha memperkukuh infrastruktur awam.
📅 Tarikh: 13 September 2026 (Ahad)
🕘 Masa: 9.00 malam
Eksklusif di mediaselangor.com
- Title
- BICARA SEMASA | Ilmu turath masih relevan?
- Runtime
- 51:49
- Date posted
- 29 days ago
- Description
- Festival Turath Islami Selangor kini memasuki tahun keempat penganjuran dengan kelainan besar apabila diperluas ke peringkat nasional sebagai Festival Turath Islami Malaysia (FTIM) 2026. Bermula 13 September ini, festival ini kembali menghimpunkan ulama tempatan dan antarabangsa menerusi pelbagai sesi pengajian serta pengisian yang mengetengahkan tradisi keilmuan Islam.
Bicara Semasa kali ini bersama Pengarah Yayasan Turath Islami, Al-Mustaqeem Mahmud Radhi bagi mengupas perkembangan festival berkenaan, memahami makna sebenar ilmu turath serta meneliti sejauh mana khazanah ilmu ini masih relevan dalam kehidupan masyarakat moden hari ini.
#BicaraSemasa #FTIM2026 #FestivalTurathIslamiMalaysia #YayasanTurathIslami #IlmuTurath #PengajianIslam #KhazanahIslam #MediaSelangor
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twi...
- Title
- Urus Harta Pusaka Dengan Mudah Bersama MAIS
- Runtime
- 2:28
- Date posted
- 29 days ago
- Description
- MAIS sediakan khidmat pengurusan harta pusaka. Harta dirapi, keluarga harmoni. #SEMAT #HartaPusaka #Wasiat #MAIS #Selangor
Classic Horror 1 - Dark World by Kevin MacLeod is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 license. https://creativecommons.org/licenses/by/4.0/
- Title
- Pendeposit miliki simpanan RM15,000 layak masuk giliran haji secara automatik
- Runtime
- 2:01
- Date posted
- 29 days ago
- Description
- Pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) yang mempunyai baki simpanan minimum RM15,000 layak secara automatik berada dalam giliran menunaikan haji menerusi Pelan Persediaan Haji – Seruan Istito’ah yang dilancarkan hari ini.
Pendeposit sedia ada diberi tempoh sehingga 31 Disember 2028 untuk mencapai baki berkenaan, sebelum giliran haji disusun semula mulai 1 Januari 2029 berdasarkan tarikh pendaftaran dan pencapaian baki RM15,000.
#mediaselangor #kliksemasa #lembagatabunghaji
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- RANGKUMAN SEMASA | Permohonan pengampunan Najib ditangguh
- Runtime
- 8:19
- Date posted
- 29 days ago
- Description
- Berikut merupakan rangkuman KLIK Semasa 11 September 2026:
1. Selangor tutup tirai SUKMA 2026, Kelantan tuan rumah 2028
2. Karnival kerjaya menjelajah ke Sepang Sabtu ini
3. Sambutan Jubli Perak Sultan Selangor mulai 28 September, cuti peristiwa 25 Oktober
4. Permohonan pengampunan Najib ditangguh
#KLIKSemasa #SUKMA2026 #Kelantan2028 #JobCareSelangor #JubliPerakSultanSelangor #NajibRazak #LembagaPengampunan #BeritaSelangor #mediaselangor
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Jangan tunggu kahwin baru rawat PCOS/PMOS
- Runtime
- 1:39
- Date posted
- 29 days ago
- Description
- Masalah Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) atau Sindrom Ovari Metabolik Poliendokrin (PMOS) bukan hanya berkaitan dengan kesuburan atau kehamilan malah boleh memberi kesan kepada kehidupan harian wanita termasuk tahap tenaga, emosi dan pengurusan berat badan.
Menurut Pengarah Perubatan Femma Clinic, Dr Alia Zaferi, pemeriksaan serta rawatan awal penting tanpa perlu menunggu sehingga berkahwin atau merancang zuriat.
#MediaSelangor #BicaraSemasa #PCOS #PMOS #FemmaClinic
- Title
- Festival Turath Selangor ke pentas nasional, Malaysia sasar peneraju ilmu Islam
- Runtime
- 3:58
- Date posted
- 29 days ago
- Description
- Festival Turath Islami yang bermula di Selangor kini melangkah ke pentas nasional, bukan sahaja mengangkat khazanah ilmu Islam, malah menjadi wadah membantu masyarakat mendepani kegelisahan dan kekeliruan dalam kehidupan moden.
Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata, festival yang diperkenalkan pada 2023 itu kini dinaik taraf ke peringkat kebangsaan dengan menghimpunkan lebih ramai tokoh ulama tempatan dan antarabangsa.
#FestivalTurathIslami #FTIM2026 #AmirudinShari #IlmuTurath #KhazanahIslam #UlamaNusantara #PengajianIslam #Selangor #mediaselangor #klik
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Permohonan pengampunan Najib ditangguh
- Runtime
- 1:28
- Date posted
- 29 days ago
- Description
- Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menangguhkan permohonan pengampunan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ke mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak, umum Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) JPM dalam satu kenyataan memberitahu perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-63 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang diadakan hari ini.
#YangdiPertuanAgong #SultanIbrahim #NajibRazak #LembagaPengampunan #JabatanPerdanaMenteri #BHEUU #PengampunanDiraja #mediaselangor #klik
- Title
- Sambutan Jubli Perak Sultan Selangor mulai 28 September, cuti peristiwa 25 Oktober
- Runtime
- 3:07
- Date posted
- 29 days ago
- Description
- Sambutan Jubli Perak sempena 25 tahun pemerintahan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj dijadual berlangsung mulai 28 September hingga 1 November 2026 dengan 20 program dan majlis rasmi disusun untuk rakyat.
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato' Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata sambutan itu merangkumi pelbagai bidang termasuk kemasyarakatan, keagamaan, kelestarian alam sekitar, pembangunan infrastruktur dan sukan.
Kerajaan Negeri turut menetapkan 25 Oktober (Ahad) sebagai hari kelepasan am bagi seluruh Selangor manakala 26 Oktober (Isnin) sebagai hari kelepasan am gantian.
#mediaselangor #kliksemasa #sultanselangor #sambutanjubliperak
- Title
- Para SUKMA medan lahirkan pelapis ke pentas antarabangsa - MB
- Runtime
- 2:39
- Date posted
- 29 days ago
- Description
- Para Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 disasarkan menjadi medan mencungkil bakat baharu yang mampu membawa cabaran negara hingga ke pentas Paralimpik dan kejuaraan dunia.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata hasrat itu antara matlamat utama Selangor sebagai tuan rumah, termasuk menetapkan had umur atlet bawah 40 tahun bagi memberi ruang kepada lebih ramai pelapis membina pengalaman serta mengembangkan potensi.
#ParaSUKMA2026 #Paralimpik #MediaSelangor
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Lori bawa sisa binaan ditahan dalam operasi banteras sampah haram di Sepang
- Runtime
- 1:21
- Date posted
- 29 days ago
- Description
- Sebuah lori membawa muatan sisa binaan dipercayai untuk dibuang secara haram ditahan pihak penguat kuasa ketika operasi bersepadu di beberapa lokasi sekitar Sepang, pada Rabu.
Tindakan itu antara hasil pemeriksaan menerusi sesi lawatan ‘Terjah dan Tindak’ yang diketuai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merangkap Ahli Parlimen Sepang, Datuk Aiman Athirah Sabu bersama KDEB Waste Management (KDEBWM) dan agensi berkaitan.
#mediaselangor #kliksemasa #KDEBWM
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- MPAJ keluar 65 kompaun, sita 14 motosikal di IKS AU3
- Runtime
- 1:19
- Date posted
- 29 days ago
- Description
- Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengeluarkan 65 kompaun selain menunda 16 kenderaan dan menyita 14 motosikal menerusi operasi penguatkuasaan bersepadu di kawasan IKS AU3, Keramat, semalam.
Operasi itu dilaksanakan Jabatan Penguatkuasaan MPAJ bersama Jabatan Perkhidmatan Bandar dan Kesihatan serta Jabatan Belia, Masyarakat dan Landskap.
#MediaSelangor
#KlikSemasa
#MPAJ
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- KPDN perkenal Pasar PATUH, pengguna boleh semak sendiri ketepatan timbangan
- Runtime
- 1:35
- Date posted
- 29 days ago
- Description
- Pengguna di tujuh pasar awam terpilih di Selangor kini boleh menyemak sendiri ketepatan timbangan barangan menerusi Program Pasar PATUH 2026 yang dilancarkan di Pasar Suntex Cheras, semalam.
Selain Pasar Suntex Cheras, program anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor itu turut dilaksanakan di Pasar Moden Seksyen 16, Pasar PJKITA Taman Megah, Pasar Awam Dengkil, Pasar Moden MPS Taman Sri Gombak, Pasar Awam Sabak Bernam dan Pasar Awam Kuala Kubu Bharu.
#KPDN #PATUH2026 #MediaSelangor
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- 300 kilogram ikan baung dilepaskan, RM21,000 menanti kaki pancing
- Runtime
- 1:46
- Date posted
- 29 days ago
- Description
- Hampir 300 kilogram ikan baung dilepaskan ke Tasik Bandaran Kelana Jaya sempena PJ Joran 2026, yang bakal berlangsung pada 20 September ini.
Memasuki tahun kelapan, acara memancing ini menawarkan hadiah keseluruhan RM21,000, dengan RM7,000 menanti juara.
Kaki pancing, dah bersedia?
#MediaSelangor #PJJoran2026 #MBPJ #KakiPancing
- Title
- Setiap PBT perlu wujudkan sukan angkat, sedia infrastruktur berkaitan
- Runtime
- 2:12
- Date posted
- 29 days ago
- Description
- Usaha memperkasa bakat atlet di Selangor bukan hanya menjadi tanggungjawab Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS), sebaliknya memerlukan kerjasama semua pihak bagi membentuk ekosistem sukan yang lebih kukuh.
EXCO Sukan Mohd Najwan Halimi berkata setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu memainkan peranan dengan mengenal pasti sukan yang berpotensi untuk diketengahkan di kawasan masing-masing, termasuk menyediakan kemudahan dan infrastruktur berkaitan.
#NajwanHalimi
#SatuSukanSatuPBT
#MediaSelangor
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Selangor tutup tirai SUKMA 2026, Kelantan tuan rumah 2028
- Runtime
- 2:27
- Date posted
- 29 days ago
- Description
- Selangor melabuhkan tirai penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA 2026 dengan kejayaan berganda selepas muncul juara keseluruhan kedua-dua temasya berkenaan.
Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata, obor SUKMA seterusnya bakal beralih kepada Kelantan Darul Naim yang akan menjadi tuan rumah SUKMA ke-23 pada 2028.
#SUKMA2026 #SUKMA2028 #ParaSUKMA2026 #MediaSelangor
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- (Langsung) Majlis penutupan Para SUKMA Selangor 2026
- Runtime
- 2:04:50
- Date posted
- 29 days ago
- Description
- Saksikan Majlis Penutupan Para SUKMA Selangor 2026 yang berlangsung pada 10 September 2026 bertempat di Selangor International Trade Centre (SITC).
Ikuti detik-detik penuh bermakna yang menutup tirai temasya sukan para ini, meraikan semangat juang, pencapaian dan kejayaan para atlet yang telah mengharumkan nama negeri masing-masing.
📍 Lokasi: Selangor International Trade Centre (SITC)
📅 Tarikh: 10 September 2026
Saksikan secara langsung di Media Selangor.
#ParaSUKMA2026 #Selangor2026 #PenutupanParaSUKMA #MediaSelangor #SukanPara #Selangor
- Title
- JPN belum kesan cip MyKad berjaya diklon
- Runtime
- 2:37
- Date posted
- 29 days ago
- Description
- Pemalsuan fizikal MyKad mungkin semakin sukar dikenal pasti dengan mata kasar, namun ciri biometrik yang digunakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjadi antara benteng utama dalam mengesan penyalahgunaan identiti.
Penolong Pengarah Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan, JPN Putrajaya, Zalipah Ramli berkata, berdasarkan operasi dijalankan pihaknya setakat ini, belum ada penemuan cip MyKad yang berjaya diklon atau dipalsukan.
#JPN #MyKad #MediaSelangor #bicarasemasa
- Title
- Karnival kerjaya menjelajah ke Sepang Sabtu ini
- Runtime
- 1:28
- Date posted
- 29 days ago
- Description
- Pencari kerja dan individu yang mahu meneroka peluang kerjaya baharu dipelawa menghadiri Karnival Kerjaya JobCare Selangor Daerah Sepang di KIP Mall Kota Warisan pada Sabtu ini (12 September 2026).
EXCO Sumber Manusia Papparaidu Veraman berkata program itu menghimpunkan pelbagai majikan dan peluang pekerjaan di satu lokasi bagi memudahkan pencari kerja mendapatkan maklumat serta berhubung secara langsung dengan syarikat yang menawarkan kekosongan.
#JobCareSelangor #KarnivalKerjaya #PeluangPekerjaan #PapparaiduVeraman #Sepang #KotaWarisan #KerjayaSelangor #mediaselangor #klik
- Title
- (Langsung) Libat Urus Belanjawan 2027 Negeri Selangor
- Runtime
- 2:43:28
- Date posted
- 30 days ago
- Description
- Saksikan siaran langsung Libat Urus Belanjawan 2027 Negeri Selangor bersama YAB Dato' Seri Amiruddin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor di Le Meridien Putrajaya
🗓 Tarikh: 10 September 2026
⏰ Masa: 3.00 petang
📍 Eksklusif secara langsung di mediaselangor.com
& platform media sosial Media Selangor.
Memimpin Pertumbuhan
Memacu Kemakmuran
Menerajui Asean
#BelanjawanSelangor2027 #LibatUrus #SelangorMaju #KitaSelangor #MalaysiaMADANI #MediaSelangor
SUBSCRIBE kami di
YOUTUBE : https://www.youtube.com/@Media_Selangor
WEB MEDIA SELANGOR : https://mediaselangor.com/livetv
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Selangor perlu perkukuh industri berimpak tinggi, pacu limpahan teknologi
- Runtime
- 3:04
- Date posted
- 30 days ago
- Description
- Selangor perlu memperkukuh pembangunan industri bernilai tambah tinggi dan membina ekosistem teknologi yang memberi limpahan kepada pelbagai sektor bagi mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju ekonomi negara.
Pengarah Eksekutif Institut Asia-Eropah Universiti Malaya, Dato’ Prof Ulung Dr R. Rasiah berkata, fokus negeri tidak seharusnya terhad kepada pembungkusan cip atau reka bentuk litar bersepadu (IC design), sebaliknya perlu merangka pendekatan lebih menyeluruh dengan memberi tumpuan kepada industri pemacu yang mampu membawa Malaysia ke tahap lebih tinggi dalam rantaian nilai.
Beliau turut menekankan kepentingan memastikan pertumbuhan ekonomi disertai agihan pendapatan yang lebih seimbang, supaya pembangunan Selangor bukan sahaja meningkatkan daya saing ekonomi tetapi turut mengurangkan kesenjangan masyarakat.
#MediaSelangor #semikonduktor #litarkamilan #ASEAN
- Title
- Selangor cipta sejarah, juara berganda SUKMA dan Para SUKMA 2026
- Runtime
- 2:11
- Date posted
- 30 days ago
- Description
- Selangor mencipta sejarah apabila muncul juara keseluruhan Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2026 dengan kutipan 200 pingat hari ini, sekali gus melengkapkan kejuaraan berganda selepas menjuarai SUKMA 2026, bulan lalu.
Kontinjen Para SUKMA tuan rumah mengumpulkan 93 pingat emas, 55 perak dan 52 gangsa untuk muncul juara keseluruhan.
#ParaSUKMA2026 #SelangorJuara #JuaraKeseluruhan #TeamSelangor #93Emas #200Pingat #KejuaraanBerganda #SukanSelangor #mediaselangor #klik
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- HARAPAN kekal fokus laksana amanah rakyat, hormati kuasa pengampunan diraja
- Runtime
- 1:54
- Date posted
- 30 days ago
- Description
- Pakatan Harapan (HARAPAN) perlu kekal fokus melaksanakan amanah yang diberikan rakyat dan tidak mengambil sikap ‘defeatist’ selagi tempoh pentadbiran masih berbaki kira-kira setahun.
Pengerusi Majlis Pimpinan HARAPAN Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari berkata isu berkaitan pandangan pemimpin parti mengenai kedudukan dalam Kerajaan Persekutuan sekiranya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendapat pengampunan diraja telah dibincangkan secara mendalam.
Dalam perkembangan berkaitan, Amirudin berkata HARAPAN tidak pernah mempertikaikan kuasa pengampunan Diraja dan menghormati autoriti Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu dalam perkara berkenaan.
#AmirudinShari #PengampunanDiraja #MediaSelangor
- Title
- Sektor swasta perlu bersama tangani perubahan iklim
- Runtime
- 1:55
- Date posted
- 30 days ago
- Description
- Isu perubahan iklim antara perkara yang diketengahkan dalam sesi libat urus Belanjawan Selangor 2027, dengan Exco Alam Sekitar, Jamaliah Jamaluddin, meminta pandangan mengenai peranan yang boleh dimainkan kerajaan negeri dalam menangani cabaran berkenaan.
Pengarah Kanan Ekonomi dan Kewangan PMO, Nurhisham Hussein menyarankan penglibatan lebih aktif sektor swasta, termasuk mewajibkan elemen mitigasi banjir dalam perancangan pembangunan serta memperkukuh kerjasama dengan syarikat berkepentingan di kawasan terjejas.
Sementara itu, Dato’ Prof Ulung Dr Rajah a/l Rasiah menekankan kepentingan sasaran pembangunan lestari yang jelas dan sistem pemantauan lebih serius supaya kemajuan dapat diukur, selain menggesa kerajaan pusat memandu usaha mencapai agenda kelestarian.
#MediaSelangor #ClimateChange #SSDG #ekonomiSelangor
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.f...
- Title
- Bentuk kerjasama politik, HARAPAN nilai semua kemungkinan hadapi PRN Melaka
- Runtime
- 2:05
- Date posted
- 30 days ago
- Description
- Pakatan Harapan (HARAPAN) sedang menilai pelbagai kemungkinan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, termasuk bentuk kerjasama politik, susulan perkembangan semasa yang masih belum dimuktamadkan.
Pengarah Pilihan Raya HARAPAN Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka masih belum berlaku, justeru masih terdapat ruang untuk meneliti perkembangan politik semasa sebelum sebarang keputusan dibuat.
#PakatanHarapan #PRNMelaka #AmirudinShari #PolitikMelaka #PolitikMalaysia #PilihanRayaNegeri #KerjasamaPolitik #mediaselangor #klik
- Title
- RANGKUMAN SEMASA | Para SUKMA: Selangor raih 92 emas, cipta sejarah
- Runtime
- 8:23
- Date posted
- 30 days ago
- Description
- Berikut merupakan rangkuman Klik Semasa 10 September 2026:
1. Perubahan iklim, pendidikan, tenaga mahir antara fokus Belanjawan Selangor 2027
2. JAIS tambah kapasiti kelas, sedia penempatan murid enam tahun ke Tahun Satu
3. Para SUKMA: 92 emas, Selangor di landasan cipta pencapaian terbaik
4. Dari penjara ke PhD, kisah Dr Malik Yatam beri inspirasi
#KLIKSemasa #BelanjawanSelangor2027 #PendidikanSelangor #ParaSUKMA2026 #SelangorJuara #KisahInspirasi #PembangunanSelangor #mediaselangor
- Title
- Selangor disaran teroka "low-altitude economy" Penasihat Ekonomi PMO
- Runtime
- 1:51
- Date posted
- 30 days ago
- Description
- Kerajaan Selangor disaran meneroka potensi ekonomi ketinggian rendah (Low-Altitude Economy) sebagai antara bidang baharu yang mampu diterajui negeri bagi memperkukuh pertumbuhan ekonomi dan membuka peluang industri masa hadapan.
Pengarah Kanan Ekonomi dan Kewangan, Pejabat Perdana Menteri (PMO), Nurhisham Hussein berkata sektor berkenaan merangkumi teknologi dron, robotik, pembuatan serta penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO).
#MediaSelangor #BelanjawanSelangor2027
- Title
- Perubahan iklim, pendidikan, tenaga mahir antara fokus Belanjawan Selangor 2027
- Runtime
- 2:24
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Perubahan iklim, kelestarian alam sekitar, pendidikan, tenaga mahir dan peralihan teknologi antara perkara diberi perhatian dalam penyediaan Belanjawan Selangor 2027.
Dato’ Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari berkata perkara itu dikenal pasti menerusi Sesi Libat Urus Belanjawan 2027 yang menghimpunkan pemegang taruh utama serta tokoh dalam bidang ekonomi dan pembangunan.
#BelanjawanSelangor2027 #AmirudinShari #PerubahanIklim #KelestarianAlam #Pendidikan #TenagaMahir #Teknologi #PembangunanSelangor #mediaselangor
- Title
- PCOS bukan sekadar masalah ovari
- Runtime
- 1:59
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) atau Sindrom Ovari Metabolik Poliendokrin (PMOS) bukan hanya berkaitan kewujudan sista dalam ovari, malah melibatkan gangguan hormon dan metabolik yang berlaku dalam tubuh wanita.
Pengarah Perubatan Femma Clinic, Dr Alia Zaferi berkata pemahaman mengenai punca sebenar penting bagi memastikan diagnosis dan rawatan dilakukan secara menyeluruh, bukan sekadar bergantung kepada pemeriksaan menggunakan imbasan ultrabunyi.
#MediaSelangor #BicaraSemasa #PCOS #PMOS #FemmaClinic
- Title
- Dari penjara ke PhD, kisah Dr Malik Yatam beri inspirasi
- Runtime
- 2:39
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Pengalaman menamatkan pengajian doktor falsafah (PhD) ketika menjalani hukuman penjara menjadi pencetus kepada Dr Malik Yatam untuk menghasilkan naskhah ‘PhD dari Penjara’ yang sarat dengan mesej perubahan dan harapan.
Beliau berkata kisah yang dikongsikan menerusi buku berkenaan diharap dapat memberi inspirasi kepada masyarakat, khususnya individu yang sedang berdepan cabaran dalam kehidupan supaya tidak berputus asa untuk memperbaiki diri.
#DrMalikYatam #PhDdariPenjara #MediaSelangor
- Title
- Para SUKMA: Tiga kali bergandingan, Rosheedey-Ahmad Nazri akhiri dengan emas
- Runtime
- 2:30
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Gandingan tiga kali antara Rosheedey Faizal Roslan, 40, dan Ahmad Nazri Hamzah, 36, sekali lagi membuahkan hasil apabila pasangan atlet para tenpin boling itu menyumbang pingat emas buat Selangor pada Para Sukan Malaysia (SUKMA) 2026.
Rosheedey berkata kejayaan tersebut cukup bermakna buat mereka memandangkan temasya kali ini menjadi penampilan terakhir susulan faktor had usia penyertaan.
#ParaSUKMA2026 #ParaTenpinBoling #RosheedeyFaizal #AhmadNazriHamzah #PingatEmas #TeamSelangor #AtletPara #SelangorJuara #mediaselangor
- Title
- AI bantu PKS tingkat produktiviti, bukan ganti tenaga manusia
- Runtime
- 2:33
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu memberi tumpuan kepada peningkatan produktiviti serta hasil perniagaan, bukannya menggantikan tenaga manusia.
Pengarah Inovasi AI Singapura Lawrence Liew berkata teknologi itu lebih sesuai digunakan untuk mengautomasikan tugasan dan proses yang mengambil masa panjang, sekali gus membolehkan pekerja memberi tumpuan kepada tugas yang memerlukan pertimbangan serta kepakaran manusia.
#AI #PKS #MediaSelangor #kliksemasa
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Sultan Selangor berkenan melancarkan naskhah ‘PhD dari Penjara’
- Runtime
- 1:12
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Majlis Pelancaran Naskhah ‘PhD dari Penjara’ karya Dr Malik Yatam disempurnakan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di Perpustakaan Raja Tun Uda (PPAS), Shah Alam hari ini.
Pada majlis itu, Dr Malik turut mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai “Banduan Pertama Malaysia Meraih Ijazah PhD dari Penjara”, manakala OUM mendapat anugerah “Universiti Pertama Melahirkan Graduan Ijazah Phd dari Penjara.”
#mediaselangor #broll #PPAS #PHDdaripenjara
- Title
- 38 usahawan Sabak Bernam terima bantuan Blueprint, i-SEED berjumlah RM248,100
- Runtime
- 1:47
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Seramai 38 penerima di Sabak Bernam menerima bantuan berjumlah RM248,100 menerusi Program Bantuan Peralatan Blueprint Pembasmian Kemiskinan dan Program Bantuan Peralatan Usahawan India Selangor (i-SEED) tahun ini.
EXCO Pembasmian Kemiskinan, Papparaidu Veraman berkata bantuan itu merupakan sebahagian usaha berterusan Kerajaan Negeri memperkasa rakyat, khususnya golongan yang memerlukan sokongan untuk meningkatkan taraf ekonomi dan pendapatan keluarga.
#MediaSelangor #KlikSemasa #VPappraidu
- Title
- Para SUKMA: Kemalangan ubah haluan, penampilan sulung Muhammad Yunus raih Perak
- Runtime
- 3:27
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Bermula sekadar melayari media sosial selepas kemalangan motosikal, Muhammad Yunus Mohammad Muhayadin Abdullah, 20, kini mampu tersenyum bangga apabila meraih pingat perak dalam penampilan sulungnya di Para Sukan Malaysia (SUKMA) 2026.
Bekas atlet hoki itu meraih pencapaian berkenaan menerusi acara beregu para tenpin boling bersama Nadia Syafika Abdul Rahman, 31, yang turut dianggapnya sebagai idola selepas kembali aktif dalam sukan susulan kemalangan pada 2022.
#ParaSUKMA2026 #ParaTenpinBoling #MuhammadYunus #NadiaSyafika #PingatPerak #TeamSelangor #AtletPara #SemangatJuang #mediaselangor #klik
- Title
- Para SUKMA: Tiga kali bergandingan, Rosheedey-Ahmad Nazri akhiri dengan emas
- Runtime
- 5:04
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Gandingan tiga kali antara Rosheedey Faizal Roslan, 40, dan Ahmad Nazri Hamzah, 36, sekali lagi membuahkan hasil apabila pasangan atlet para tenpin boling itu menyumbang pingat emas buat Selangor pada Para Sukan Malaysia (SUKMA) 2026.
Rosheedey berkata kejayaan tersebut cukup bermakna buat mereka memandangkan temasya kali ini menjadi penampilan terakhir susulan faktor had usia penyertaan.
#ParaSUKMA2026 #TenpinBoling #RosheedeyFaizal #AhmadNazriHamzah #PingatEmas #TeamSelangor #AtletPara #SelangorJuara #mediaselangor #klik
- Title
- MBPJ ambil tindakan, 38 notis dikeluarkan di Kota Damansara
- Runtime
- 1:27
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengeluarkan 38 notis, melakukan lapan sitaan dan menutup tujuh premis di Jalan Kenyalang, Seksyen 11, Kota Damansara susulan pelbagai pelanggaran peraturan.
Ahli Majlis MBPJ Zon 3 Muhammad Shazwan Suhaimi berkata sembilan kompaun turut dikeluarkan dalam operasi selepas kira-kira 90 peratus aktiviti perniagaan di kawasan itu didapati didominasi warga asing.
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Selangor Hackathon 2026 hasil penyelesaian AI isu negeri
- Runtime
- 2:42
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Peserta Selangor Hackathon 2026 berjaya menghasilkan pelbagai penyelesaian berasaskan kecerdasan buatan (AI) bagi menangani isu sebenar yang berlaku di negeri ini.
Antara penyelesaian dibangunkan termasuk papan pemuka berpusat bagi isu pokok tumbang dan jalan berlubang, sistem City Closure serta peta tiga dimensi bagi mengesan kawasan tumpuan tapak pelupusan sampah haram.
#mediaselangor #kliksemasa #SelangorHackathon2026 #AI
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Belia perlukan akses lebih baik kepada peluang AI, ekonomi hijau
- Runtime
- 1:50
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Belia Malaysia memerlukan hala tuju yang lebih jelas mengenai masa depan ekonomi digital dan hijau negara, khususnya berkaitan peluang kerjaya yang muncul susulan perkembangan teknologi baharu, kata Persatuan Alumni Perdana Fellows (PFAA).
Presidennya, Fanitsyara Kam Phon berkata lebih 95 peratus belia kini menggunakan kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital, justeru penting bagi Kerajaan memastikan mereka dilengkapi kemahiran yang tepat serta mempunyai peluang pekerjaan yang bersesuaian.
#mediaselangor #kliksemasa #beliaMalaysia #AI
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Kerajaan Selangor manfaat bakat muda AI bantu selesai isu PBT
- Runtime
- 2:19
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Kerajaan Negeri memanfaatkan bakat muda dalam bidang kecerdasan buatan (AI) bagi membantu menghasilkan penyelesaian terhadap isu dan aduan yang dihadapi pihak berkuasa tempatan (PBT).
EXCO Pembudayaan Inovasi Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata program Selangor AI Heckhaton dan Selangor AI Forum 2026 menjadi platform mendapatkan tenaga mahir yang mampu membantu Kerajaan Negeri dalam penyelesaian masalah serta analitik berasaskan AI.
#mediaselangor #kliksemasa #AI #PBT
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- JAIS tambah kapasiti kelas, sedia penempatan murid enam tahun ke Tahun Satu
- Runtime
- 0:57
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang menyelesaikan pertambahan kapasiti kelas bagi memastikan penempatan murid berusia enam tahun ke Tahun Satu Sekolah Rendah Agama (SRA) dapat dilaksanakan dengan lancar.
EXCO Agama Islam Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata pihaknya dimaklumkan tiada masalah besar berkaitan kapasiti kelas tambahan yang sedang diselesaikan JAIS, khususnya bagi memastikan keperluan murid dipenuhi dengan baik.
#mediaselangor #kliksemasa #JAIS #SRA
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Maulidur Rasul: Enam jalan di Klang ditutup sementara Sabtu ini
- Runtime
- 0:56
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Sebanyak enam jalan di daerah Klang akan ditutup secara berperingkat sempena Majlis Perarakan dan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Klang, Sabtu ini (12 September 2026).
Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) berkata penutupan jalan dijadualkan bermula jam 7 pagi hingga 9 pagi bagi memastikan kelancaran perarakan tersebut.
#MediaSelangor #KlikSemasa #MBDK
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Lahir di Malaysia, automatik jadi warganegara?
- Runtime
- 1:52
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Setiap kanak-kanak yang dilahirkan di Malaysia perlu didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), termasuk anak bukan warganegara.
Penolong Pengarah Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan JPN Putrajaya, Zalipah Ramli menjelaskan kelahiran di Malaysia tidak semestinya memberikan kewarganegaraan secara automatik kerana status itu bergantung antaranya kepada taraf kewarganegaraan ibu bapa serta status perkahwinan mereka ketika kelahiran.
#JPN #Kewarganegaraan #MyKad #MediaSelangor
- Title
- Nutrisel ringankan beban keluarga, pelajar puji manfaat nikmati sarapan berkhasiat
- Runtime
- 2:13
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Bantuan Sarapan Percuma Sekolah menerusi Program Nutrisi Selangor (Nutrisel) yang dilaksanakan sejak Ogos lalu menerima reaksi positif warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gombak Setia, Gombak.
Pengetuanya, Siti Selma Ibrahim berkata inisiatif berkenaan bertepatan dalam membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan mendapatkan makanan seimbang dan berkhasiat sebelum meneruskan pembelajaran.
#MediaSelangor #KlikSemasa #Nutrisel #SMKGombakSetia
- Title
- Para SUKMA: 60 emas bukan penamat, Selangor terus buru kemenangan
- Runtime
- 1:19
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Kontinjen Selangor perlu mengekalkan momentum dengan terus memburu pingat emas dalam temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 selepas mencapai sasaran 60 emas pagi tadi (9 September 2026).
Pengerusi Majlis Tindakan OKU Selangor (MTOS) Danial Al-Rashid Haron berkata atlet para negeri perlu terus membuktikan keupayaan dan tidak berpuas hati dengan pencapaian semasa.
#MediaSelangor #KlikSemasa #ParaSUKMA2026 #DanialAlRashid
- Title
- Selangor sasar semua 12 PBT capai penarafan Bandar Pintar Tahap 1
- Runtime
- 1:27
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Selangor menyasarkan kesemua 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) mencapai sekurang-kurangnya penarafan Bandar Pintar Tahap 1 menjelang akhir tahun ini.
EXCO Pembudayaan Inovasi, Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata ketika ini hanya dua PBT belum memperoleh penarafan berkenaan, manakala 10 yang lain sudah mencapai Tahap 1 dan Tahap 2.
#MediaSelangor #KlikSemasa #DrMohammadFahmiNgah #PBTSelangor
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- RANGKUMAN SEMASA | Para SUKMA 2026: Selangor capai sasaran 60 emas
- Runtime
- 7:17
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Berikut merupakan rangkuman Klik Semasa 9 September 2026:
1. Kerajaan Negeri hasrat teruskan Program Nutrisi Selangor tahun depan
2. LRT3 Shah Alam: Laluan pejalan kaki, mikromobiliti diberi perhatian
3. Kilang beroperasi seperti biasa, Kerajaan Negeri terus pantau jerebu
4. Para SUKMA: Selangor capai sasaran 60 emas
5. Para SUKMA 2026: Selangor lepasi sasaran 60 emas, intai gelaran juara
#MediaSelangor #Nutrisel #LRT3 #Jerebu #ParaSUKMA2026
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- AI bantu rapat jurang analisis data, tingkat kecekapan perkhidmatan kerajaan
- Runtime
- 1:46
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Kecerdasan buatan (AI) berpotensi merapatkan jurang analisis data kerajaan sekali gus meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
EXCO Pembudayaan Inovasi, Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata teknologi itu mampu membantu menangani kekangan dalam penganalisisan data, termasuk kebergantungan kepada tenaga pakar yang sukar diperoleh dan memerlukan kos tinggi.
#MediaSelangor #KlikSemasa #DrMohammadFahmiNgah #AI
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Skuad memanah Selangor buru tambahan emas Para SUKMA 2026 esok
- Runtime
- 1:52
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Skuad memanah Selangor belum mahu berpuas hati meskipun sudah mencapai sasaran dua pingat emas apabila beberapa atletnya mara ke pusingan akhir Para Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 esok.
Jurulatih, Muhammad Hazwan Abdul Hamid optimis anak buahnya mampu menambah koleksi emas pada hari terakhir saingan selepas mempamerkan prestasi meyakinkan dalam beberapa kategori.
#MediaSelangor #KlikSemasa #ParaSUKMA2026
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Para SUKMA 2026: Selangor lepasi sasaran 60 emas, intai gelaran juara
- Runtime
- 1:41
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Kejayaan Kontinjen Selangor mencapai sasaran 60 pingat emas pagi tadi (9 September 2026) dalam temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 mencipta sejarah baharu buat pasukan negeri.
Ketua kontinjen, Lim Yi Wei berkata pencapaian itu membuka peluang kepada Selangor untuk memburu gelaran juara keseluruhan buat kali pertama dengan temasya masih berbaki.
#MediaSelangor #ParaSUKMA2026 #LimYiWei
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor

