Media Selangor
Suspek campak kanak-kanak dalam sungai direman tujuh hari
- Title
- Suspek campak kanak-kanak dalam sungai direman tujuh hari
- Runtime
- 1:56
- Date posted
- 17 days ago
- Description
- Seorang lelaki direman selama tujuh hari kerana disyaki mencampak kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ke dalam sungai di Kampung Padang, Tanjung Sedili semalam.
Perintah reman bermula 22 hingga 28 September itu dikeluarkan Hakim Hafizah Abdul Rajak di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
#KotaTinggi #TanjungSedili #KesBunuh #Reman #Polis #MahkamahSesyen #SiasatanJenayah #mediaselangor #klik
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Disiplin urus masa bantu tiga pelajar juarai pidato
- Runtime
- 1:58
- Date posted
- 17 days ago
- Description
- Kesibukan menghadapi peperiksaan tidak menghalang tiga pelajar membahagikan masa antara akademik dan latihan sehingga muncul juara Pidato Celik Madani bagi kategori masing-masing.
Ketiga-tiga juara turut berkongsi pendekatan berbeza dalam membuat persediaan, termasuk menghafal teks pada waktu malam, menjalani latihan intensif selepas waktu sekolah serta mengikuti latihan secara dalam talian pada hujung minggu.
#KlikSemasa #MediaSelangor #PidatoCelikMadani2026 #DBP #YADIM
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Jerebu: Enam kawasan di Selangor rekod IPU tahap sederhana
- Runtime
- 1:25
- Date posted
- 17 days ago
- Description
- Sebanyak 14 kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 10.56 pagi tadi, dengan Sibu, Sarawak mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 178.
Menurut data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), kawasan lain di Sarawak yang merekodkan bacaan tidak sihat ialah Sri Aman dan Mukah (169), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian (159), Sarikei dan Kuching (157).
#IndeksPencemarUdara #IPU #APIMS #MediaSelangor
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Tanam Sendiri, Makan Lebih Yakin Walaupun Hanya Ruang Kecil
- Runtime
- 6:15
- Date posted
- 17 days ago
- Description
- Ruang balkoni yang kecil bukan penghalang untuk menghasilkan tanaman makanan sihat dan segar untuk kegunaan harian.
Bagi seorang guru, Marlyana Mohamed, menanam sendiri membolehkan dia mengetahui apa yang diberikan kepada setiap pokok sebelum hasilnya dimanfaatkan.
Selain menjimatkan belanja, tanaman seperti bayam Brazil, salad, ulam raja dan limau kasturi turut membuktikan ruang kecil di rumah mampu menghasilkan makanan yang lebih diyakini.
#LestariAgro #tanaman #makanansihat #MediaSelangor
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- BICARA SEMASA | Pencemaran udara: Ancaman senyap kepada kesihatan
- Runtime
- 47:43
- Date posted
- 17 days ago
- Description
- Jerebu sering dianggap sekadar masalah jarak penglihatan, sedangkan pencemaran udara yang mengandungi partikel halus PM2.5 boleh memberi kesan segera dan jangka panjang kepada kesihatan, termasuk menjejaskan sistem pernafasan.
Bicara Semasa bersama Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Dr Ummi Kalthom Shamsudin membincangkan kesan jerebu terhadap kesihatan, golongan paling berisiko, tahap pencemaran udara serta langkah perlindungan yang perlu diambil bagi mengurangkan pendedahan kepada ancaman ini.
#mediaselangor #bicarasemasa #pencemaranudara #kesihatan #ancaman #jerebu
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Belanjawan Selangor 2027: Fokus pembangunan sosial, pangsapuri lama perlu dinaik taraf
- Runtime
- 2:03
- Date posted
- 17 days ago
- Description
- Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga, Danial Al-Rashid Haron berharap pembangunan sosial di kawasannya dapat diberi keutamaan dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2027 akan datang.
Beliau berkata keutamaan itu wajar diberi perhatian memandangkan Batu Tiga telah mencapai tahap pembangunan maksimum sehingga tiada lagi mempunyai tanah untuk projek baharu.
PIC 1 - Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga, Danial Al-Rashid Haron ketika ditemu bual dalam program SKOP Belanjawan Selangor 2027 terbitan Media Selangor, baru-baru ini.
#MediaSelangor #Skop #BeritaSelangor #Selangor #BatuTiga #DanialAlRashid #ADNBatuTiga #BelanjawanSelangor2027 #SKOPBelanjawan2027 #PembangunanSosial #TanahTerhad #SelangorMaju #KomunitiLokal
- Title
- Pidato Celik Madani perkasa Bahasa Melayu, cungkil bakat kepimpinan murid
- Runtime
- 1:31
- Date posted
- 17 days ago
- Description
- Pidato Celik Madani anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menjadi platform untuk memperkukuh penguasaan Bahasa Melayu, selain mencungkil bakat komunikasi dan kepimpinan dalam kalangan murid.
Program dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) turut memberi ruang kepada generasi muda mengasah kemahiran menyampaikan idea berdasarkan fakta, ilmu dan hujah yang bernas.
Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Dato’ Dr Anwar Ridhwan berkata penguasaan Bahasa Melayu penting kerana bahasa itu bukan sahaja menjadi bahasa kebangsaan, malah wahana untuk mencari ilmu serta medium penyatuan dan perpaduan rakyat.
#MediaSelangor #KlikSemasa #PidatoCelikMadani #YADIM
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM ...
- Title
- CPR bukan sekadar 'Mouth To Mouth'
- Runtime
- 2:00
- Date posted
- 17 days ago
- Description
- Resusitasi kardiopulmonari (CPR) bukan sekadar bantuan pernafasan ‘mouth-to-mouth’, sebaliknya turut melibatkan tekanan dada bagi membantu memulihkan fungsi jantung dan pernafasan mangsa.
Ketua Jabatan Pengurusan Kesihatan Profesional, Fakulti Kesihatan dan Sains Kehidupan MSU, Hamdan Ibrahim berkata, pendekatan ‘hands-only CPR’ memberi tumpuan kepada tekanan dada, manakala tekniknya berbeza mengikut usia dan saiz mangsa sama ada dewasa, kanak-kanak atau bayi. Justeru, pengetahuan dan latihan asas penting supaya bantuan dapat diberikan dengan teknik yang betul.
#BicaraSemasa #kemalangan #CPR #ResusitasiKardiopulmonari #MediaSelangor
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Sekitar program Pidato Celik MADANI negeri Selangor 2026
- Runtime
- 1:18
- Date posted
- 18 days ago
- Description
- Bersemangat! Suara lantang dan penuh keyakinan anak muda bergema di pentas Pidato Celik MADANI peringkat Selangor 2026 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, hari ini.
Program anjuran bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Selangor dan DBP menghimpunkan kira-kira 60 pelajar sekolah rendah dan menengah dari seluruh negeri, dengan masing-masing tampil berani menyampaikan pidato serta membawa idea, pandangan dan mesej.
Bukan sekadar berpidato, program bertemakan “Sebarkan Salam, Kita Kawan” menjadi medan terbaik untuk generasi muda menyemai ilmu, persahabatan dan keharmonian dalam membina masyarakat MADANI.
#MediaSelangor #PidatoCelikMADANI #Selangor2026 #DBP #YADIM
- Title
- Kolam takungan RM15 juta atasi banjir berulang Jalan Kolam Air Lama
- Runtime
- 4:07
- Date posted
- 18 days ago
- Description
- Kolam takungan bernilai kira-kira RM15 juta yang dirancang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bakal menjadi penyelesaian jangka panjang bagi menangani kejadian banjir kilat berulang di sekitar Jalan Kolam Air Lama, Ampang Jaya.
Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Antarabangsa, Mohd Kamri Kamaruddin berkata projek berkenaan bertujuan memperlahankan aliran air dari kawasan berbukit sebelum disalurkan ke sistem perparitan di kawasan lebih rendah.
#MediaSelangor #KlikSemasa #banjirkilat #JalanKolamAirLama #AmpangJaya
#MediaSelangor #SelangorTV #SelangorKini
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Rangkuman Semasa | Baucar Kita Selangor: Had pendapatan isi rumah RM8,000 kini layak
- Runtime
- 6:42
- Date posted
- 18 days ago
- Description
- Berikut merupakan rangkuman Klik Semasa 21 September 2026:
1. Sambutan Jubli Perak Sultan Selangor utamakan kebersamaan, impak kepada rakyat
2. Moratorium rumah Selangor: Tiada permohonan sejak Jun
3. Festival Makanan Tradisional Selangor bakal perkenal Tat Bengkulu
4. Baucar Kita Selangor diperluas, had pendapatan isi rumah RM8,000 kini layak
#MediaSelangor #JubliPerak #MoratoriumrumahSelangor #TatBengkulu #BaucarKitaSelangor
#MediaSelangor #SelangorTV #SelangorKini
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Baucar Kita Selangor diperluas, had pendapatan isi rumah RM8,000 kini layak
- Runtime
- 1:41
- Date posted
- 18 days ago
- Description
- Had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah bagi Baucar Kita Selangor dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM8,000 dan ke bawah, sekali gus membolehkan lebih ramai keluarga menikmati manfaat inisiatif berkenaan.
EXCO Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari berkata penerima yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima baucar bernilai RM600 bagi pembelian keperluan makanan, perubatan dan pendidikan.
#MediaSelangor #KlikSemasa #AnfaalSaari #BaucarKitaSelangor
#MediaSelangor #SelangorTV #SelangorKini
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- IPU dipantau sebelum Larian Kita demi keselamatan peserta
- Runtime
- 1:00
- Date posted
- 18 days ago
- Description
- Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) akan dipantau sehari sebelum Larian Kita sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bagi memastikan keselamatan peserta.
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata Kerajaan Negeri akan menilai keadaan kualiti udara sebelum membuat keputusan sama ada acara berkenaan diteruskan atau ditangguhkan.
#MediaSelangor #KlikSemasa #LarianKita #JubliPerak #DYMMSultanSelangor
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Sambutan Jubli Perak Sultan Selangor utamakan kebersamaan, impak kepada rakyat
- Runtime
- 3:34
- Date posted
- 18 days ago
- Description
- Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dilaksanakan secara sederhana dengan mengutamakan kebersamaan serta impak kepada rakyat.
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata pendekatan itu selaras dengan hasrat Baginda supaya sambutan berkenaan membabitkan pelbagai lapisan masyarakat di seluruh daerah.
#MediaSelangor #KlikSemasa #JubliPerak #DYMMSultanSelangor
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Moratorium rumah Selangor: Tiada permohonan sejak Jun
- Runtime
- 0:38
- Date posted
- 18 days ago
- Description
- Tiada peminjam atau penyewa di bawah skim Kerajaan Negeri memohon bantuan moratorium yang dilaksanakan menerusi Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa Dua setakat hari ini (21 September 2026).
EXCO Perumahan, Datuk Borhan Aman Shah berkata keadaan itu menunjukkan ekonomi ketika ini berada pada landasan baik memandangkan tiada pihak terkesan sehingga menjejaskan kewangan masing-masing.
#MediaSelangor #KlikSemasa #DatukBorhanAmanShah #PerumahanSelangor
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- MBSJ ambil tindakan terhadap premis tanpa lesen, binaan tanpa kebenaran
- Runtime
- 1:07
- Date posted
- 18 days ago
- Description
- Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pelbagai kesalahan menerusi Operasi Bersepadu Tindakan Penguatkuasaan di sekitar Bandar Puchong Utama pada 17 September lalu.
Menurut MBSJ, operasi bersepadu tersebut memberi tumpuan kepada aspek pematuhan termasuk pelesenan, kebersihan premis makanan, halangan di kaki lima dan kawasan awam, binaan tanpa kebenaran serta kewujudan kenderaan buruk atau terbiar.
#MediaSelangor #KlikSemasa #MBSJ
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Festival Makanan Tradisional Selangor bakal perkenal Tat Bengkulu
- Runtime
- 1:00
- Date posted
- 18 days ago
- Description
- Tat Bengkulu yang dicadangkan untuk diwarta sebagai makanan tradisi negeri akan diperkenalkan pada Festival Makanan Tradisional Selangor yang dianjur November 2026.
EXCO Kebudayaan, Datuk Borhan Aman Shah berkata festival berlangsung di Hulu Selangor itu dijangka disempurnakan oleh DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.
#MediaSelangor #KlikSemasa #TatBengkulu #DatukBorhanAmanShah
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Apakah masa depan pengurusan harta umat Islam?
- Runtime
- 0:53
- Date posted
- 18 days ago
- Description
- Perkasa pengetahuan mengenai pengurusan harta umat Islam dengan menyertai Konvensyen Baitulmal Nusantara 2026 pada 10 hingga 12 November 2026 bermula jam 8 pagi di Hotel Concorde, Shah Alam.
#MAIS #KBN2026 #HartaIslam #Konvensyen #BaitulmalNusantara
- Title
- Operasi samseng jalanan: 11 motosikal disita, 49 saman dikeluarkan
- Runtime
- 1:12
- Date posted
- 18 days ago
- Description
- Sebanyak 11 motosikal disita manakala 49 saman dikeluarkan dalam operasi membanteras kegiatan samseng jalanan di Persiaran Pulau Lumut, Laguna Park, Pulau Indah, semalam (20 September 2026).
Operasi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Klang Selatan yang berlangsung dari jam 6 petang hingga 9 malam itu membabitkan 18 pegawai dan anggota polis.
#MediaSelangor
#KlikSemasa
#SamsengJalanan
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Jangan alih mangsa kemalangan sesuka hati
- Runtime
- 2:21
- Date posted
- 18 days ago
- Description
- Orang awam dinasihatkan supaya tidak mengalihkan mangsa kemalangan sesuka hati kerana kecederaan dalaman yang mungkin tidak dapat dilihat dan pergerakan boleh memburukkan keadaan.
Ketua Jabatan Pengurusan Kesihatan Profesional, Fakulti Kesihatan dan Sains Kehidupan MSU, Hamdan Ibrahim berkata, sebaliknya orang awam hendaklah menghubungi talian dengan memberikan maklumat kepada operator selain bantu mengawal kawasan sementara menunggu pasukan kecemasan tiba.
#BicaraSemasa #kemalangan #MSU #MediaSelangor
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Belanjawan Selangor 2027: ADN mahu agihan peruntukan ikut kepadatan penduduk
- Runtime
- 2:29
- Date posted
- 18 days ago
- Description
- Agihan peruntukan kepada setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu mengambil kira jumlah serta kepadatan penduduk dan bukannya diberi secara sama rata.
Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga, Danial Al-Rashid berkata cadangan itu wajar dipertimbangkan menerusi Belanjawan Selangor 2027 memandangkan setiap kawasan mempunyai keperluan berbeza, khususnya DUN yang mempunyai populasi tinggi.
#belanjawanselangor2027 #batutiga #shahalam
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- Tumpu Sekejap | Tilcayo, kucing spesies baharu!
- Runtime
- 1:51
- Date posted
- 19 days ago
- Description
- Hampir 10 tahun selepas seekor anak kucing ditemui di Bolivia, saintis akhirnya mengesahkan ia bukan sekadar tiger cat biasa. 🐈
Dinamakan "Leopardus Tilcayo", kucing kecil ini mempunyai garis keturunan evolusi tersendiri yang dipercayai telah berpisah daripada kumpulan kucing harimau lain sekitar 1.4 juta tahun lalu. Lebih menarik, kajian yang diterbitkan dalam jurnal Current Biology turut mengenal pasti 5 spesies berbeza dalam kumpulan "Tiger cat" yang sebelum ini dianggap satu kumpulan.
Jadi, berapa banyak lagi spesies yang mungkin masih menunggu untuk kita kenali? 👀
#MediaSelangor #TumpuSekejap #LeopardusTilcayo #TigerCat #Sains #Haiwan
- Title
- SKOP | Belanjawan Selangor 2027: Penduduk ramai, peruntukan perlu ditambah
- Runtime
- 20:23
- Date posted
- 19 days ago
- Description
- Adakah agihan peruntukan kepada setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) wajar diberi secara sama rata? Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga, Danial Al-Rashid berpendapat jumlah peruntukan perlu disesuaikan mengikut kepadatan dan keperluan penduduk, khususnya bagi kawasan yang mempunyai populasi tinggi seperti Batu Tiga.
Dalam episod SKOP kali ini, beliau turut berkongsi cabaran mengurus kawasan padat penduduk, keutamaan Belanjawan Selangor 2027, usaha menaik taraf infrastruktur sedia ada serta kepentingan memperkukuh ekonomi negeri bagi meningkatkan manfaat kepada rakyat.
Berikut adalah isi utama perbincangan:
1. Pembangunan Ekonomi & Industri: YB Danial menekankan pentingnya sektor industri di Batu Tiga untuk menjana limpahan ekonomi dan peluang pekerjaan bagi penduduk setempat (02:43-05:00).
2. Cabaran Populasi Tinggi: Dengan jumlah penduduk yang mencecah 300,000 orang, beliau menghadapi cabaran besar dalam memenuhi permintaan bantuan sosi...
- Title
- RANGKUMAN SEMASA | Bendera Selangor kembali berkibar
- Runtime
- 5:21
- Date posted
- 19 days ago
- Description
- Berikut merupakan rangkuman KLIK Semasa 20 September 2026:
1. Bendera Selangor kembali berkibar di tiang tertinggi di Asia Tenggara
2. Tiang bendera Selangor bukan sekadar kain berkibar
3. Ekonomi penjagaan buka peluang pekerjaan, cetus inovasi
4. Yayasan MBI sumbang lapan komputer riba kepada pelajar DUN Kota Anggerik
#mediaselangor #rangkumansemasa #benderaselangor #ekonomipenjagaan #YayasanMBI
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- KPDN Selangor keluar enam kompaun terhadap premis perniagaan
- Runtime
- 1:08
- Date posted
- 19 days ago
- Description
- Enam kompaun dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor susulan pemeriksaan terhadap beberapa premis perniagaan, semalam.
KPDN Selangor memaklumkan tindakan itu diambil susulan beberapa aduan orang awam yang diterima menerusi rangkaian sistem aduan kementerian.
#KlikSemasa #MediaSelangor #KPDNSelangor
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Tiang bendera Selangor bukan sekadar kain berkibar
- Runtime
- 1:19
- Date posted
- 19 days ago
- Description
- Pembinaan tiang bendera di Dataran Selangor bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya mengukuhkan kedudukan Selangor sebagai negeri pelopor dan berdaulat.
Arkitek Penguasa Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor, Ar. Wan Mohammad Norshah berkata, reka bentuk tiang bendera tersebut dihasilkan sepenuhnya oleh bahagian arkitek dan teknikal JKR Selangor tanpa melantik perunding luar.
#TiangBenderaSelangor #Selangor #MediaSelangor
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Bendera Selangor kembali berkibar di tiang tertinggi di Asia Tenggara
- Runtime
- 1:46
- Date posted
- 19 days ago
- Description
- Bendera Selangor kembali berkibar di tiang bendera tertinggi Asia Tenggara setinggi 120 meter di Dataran Selangor selepas upacara menurunkan Jalur Gemilang.
Kibaran bendera itu melambangkan kedaulatan, identiti serta kedudukan Selangor sebagai antara peneraju pembangunan di Malaysia.
#TiangBenderaSelangor #Selangor #MediaSelangor
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Yayasan MBI sumbang lapan komputer riba kepada pelajar DUN Kota Anggerik
- Runtime
- 0:56
- Date posted
- 19 days ago
- Description
- Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau Yayasan MBI menyumbangkan lapan unit komputer riba kepada pelajar berkeperluan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik bagi menyokong keperluan pengajian mereka.
Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik, Mohd Najwan Halimi berkata komputer riba merupakan antara keperluan penting bagi pelajar, namun tidak semua keluarga mampu menyediakannya.
#YayasanMBI #KotaAnggerik #NajwanHalimi #BantuanPelajar #KomputerRiba #PendidikanSelangor #SelangorPenyayang #mediaselangor #klik
- Title
- MBDK kesan sembilan premis tanpa lesen di Jalan Pos Baru
- Runtime
- 0:59
- Date posted
- 19 days ago
- Description
- Sembilan daripada 14 premis yang diperiksa Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) di Jalan Pos Baru, Klang didapati beroperasi tanpa lesen sah.
MBDK memaklumkan hanya lima premis mempunyai lesen ketika pemeriksaan dijalankan menerusi operasi penguatkuasaan bersama Jabatan Pelesenan terhadap peniaga warga asing dan premis tanpa lesen.
Berikut adalah ringkasan butiran operasi tersebut:
Status Pelesenan Premis: Daripada 14 premis yang diperiksa, sembilan premis didapati beroperasi tanpa lesen sah, manakala hanya lima premis yang mempunyai lesen yang lengkap (0:00 - 0:14).
Tujuan Operasi: Tindakan ini merupakan sebahagian daripada operasi bersepadu bersama Jabatan Pelesenan bagi memantau peniaga warga asing dan premis yang tidak berlesen (0:17 - 0:23).
Tindakan Penguatkuasaan: Sebanyak 12 inventori telah disita atas pelbagai kesalahan (0:25 - 0:30). Selain itu, pihak MBDK turut menemui aktiviti penjualan ayam hidup dan hiburan karaoke ya...
- Title
- PRN Melaka: MCMC ingatkan pengguna media sosial elak sentuh isu 3R
- Runtime
- 1:24
- Date posted
- 19 days ago
- Description
- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memantau kandungan media sosial sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri Melaka akan datang bagi memastikan pengguna tidak menyentuh isu berkaitan agama, kaum dan institusi diraja.
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata pemantauan itu adalah sebahagian daripada fungsi MCMC sebagai pengawal selia sektor komunikasi dan multimedia, selain bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain sekiranya terdapat keperluan.
#PRNMelaka #MCMC #TeoNieChing #MediaSosial #KeselamatanDigital #3R #PilihanRayaNegeri #mediaselangor #klik
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Haddif Hamidi cipta nama di Kyrgyzstan
- Runtime
- 3:41
- Date posted
- 19 days ago
- Description
- Pada usia 19 tahun, Haddif Hamidi membawa nama Malaysia ke pentas dunia menerusi sukan memanah berkuda di World Nomad Games, Kyrgyzstan.
Berdepan pelbagai cabaran, beliau berjaya menamatkan saingan di tempat kesembilan daripada 74 atlet.
Bermula dengan minat terhadap sukan sunnah dan latihan serba sederhana, Haddif kini berharap sukan memanah berkuda lebih dikenali serta mendapat sokongan bagi melahirkan lebih ramai atlet berbakat.
Ikuti laporan khas bersama wartawan pelatih, Sarah Zulkifli eksklusif di Media Selangor.
#MediaSelangor #Spektrum #memanah #berkuda
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK :https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Ekonomi penjagaan buka peluang pekerjaan, cetus inovasi
- Runtime
- 1:26
- Date posted
- 19 days ago
- Description
- Ekonomi penjagaan berpotensi membuka peluang pekerjaan, membangunkan perniagaan dan mencetuskan inovasi selain menyediakan perkhidmatan kepada golongan memerlukan.
EXCO Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari berkata potensi sektor itu dapat difahami dengan lebih dekat menerusi pendedahan secara langsung terhadap operasi serta realiti penjagaan warga emas
#MediaSelangor #KlikSemasa #AnfaalSaari
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Polis keluar 98 saman, sita enam motosikal di Klang Selatan
- Runtime
- 1:07
- Date posted
- 19 days ago
- Description
- Polis mengeluarkan 98 saman dan menyita enam motosikal dalam Op Pematuhan dan Op Motosikal di kawasan PRMM, Klang Selatan, pada Sabtu.
Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Klang Selatan memaklumkan operasi itu membabitkan 11 pegawai dan anggota dengan pemeriksaan terhadap 101 individu serta 88 kenderaan.
#MediaSelangor #KlikSemasa #KlangSelatan
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- RANGKUMAN SEMASA | Selangor mahu teraju khazanah ilmu turath Nusantara
- Runtime
- 11:15
- Date posted
- 20 days ago
- Description
- Berikut merupakan rangkuman KLIK Semasa 19 September 2026:
1. Kerajaan sedia bantu sekolah pondok teroka teknologi AI
2. Festival Turath Islami Malaysia hidupkan semula warisan keilmuan Islam
3. Selangor mahu teraju khazanah ilmu turath Nusantara
4. Media Selangor raih lima anugerah pada Malam Gala Sinergi MBSA dan Media 2025
5. Fun & Freshen Up! 2.0 GM Klang pupuk kesedaran jaga alam sekitar
#mediaselangor #rangkumansemasa #turath #FTIM #MBSA #GMKlang
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Pembelajaran sepanjang hayat perlu jadi budaya rakyat Malaysia
- Runtime
- 2:26
- Date posted
- 20 days ago
- Description
- Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) perlu dijadikan budaya bagi memastikan masyarakat sentiasa memiliki kemahiran relevan seiring perubahan teknologi, bentuk pekerjaan dan keperluan industri.
Timbalan Ketua Pengarah (Governan), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Ts Abdul Razak Sabtu berkata masyarakat tidak seharusnya cepat berpuas hati dengan taraf pendidikan sedia ada.
#PembelajaranSepanjangHayat #PSH #PendidikanTVET #KemahiranMasaDepan #PendidikanMalaysia #Teknologi #TenagaMahir #Kebolehpasaran #mediaselangor #klik
- Title
- Kerajaan sedia bantu sekolah pondok teroka teknologi AI
- Runtime
- 2:05
- Date posted
- 20 days ago
- Description
- Kerajaan bersedia membantu sekolah pondok di seluruh negara meneroka teknologi kecerdasan buatan (AI), termasuk mempertimbangkan peruntukan tambahan kepada institusi berkenaan dalam Belanjawan 2027.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu penting bagi memastikan pelajar institusi pondok tidak ketinggalan dalam perkembangan teknologi, di samping terus menjadi benteng dalam mempertahankan akidah dan sahsiah umat Islam.
#Belanjawan2027 #SekolahPondok #KecerdasanBuatan #AI #AnwarIbrahim #PendidikanIslam #TeknologiPendidikan #PendidikanMalaysia #mediaselangor #klik
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Muzakarah Ulama Turath Kebangsaan himpunkan tokoh ilmuwan
- Runtime
- 1:22
- Date posted
- 20 days ago
- Description
- Muzakarah Ulama Turath Kebangsaan bertemakan 'Mengerah Kekuatan Turath Menghadapi Cabaran Dunia Moden' berlangsung di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya sempena Festival Turath Islami Malaysia (FTIM) 2026. Program itu menghimpunkan ulama serta ilmuwan dari dalam dan luar negara.
Selain merasmikan majlis, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut melancarkan karya agung Imam al-Ghazali, Ihya’ Ulumuddin edisi 20 jilid terbitan Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE).
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan; Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari; serta tokoh ulama antarabangsa termasuk Al-Imam Al-‘Allamah Syeikh Prof. Dr. Ali Jum’ah dan Syeikh Prof. Dr. Sayyid Idris al-Fasi al-Fihri.
#FTIM2026 #MuzakarahUlamaTurath #AnwarIbrahim #AmirudinShari #IhyaUlumuddin #ImamAlGhazali #IlmuTurath #KhazanahIslam #mediaselangor
- Title
- Selangor mahu teraju khazanah ilmu turath Nusantara
- Runtime
- 2:02
- Date posted
- 20 days ago
- Description
- Selangor berhasrat menjadi antara peneraju dalam mengangkat khazanah turath, sekali gus menjadi jambatan yang menghubungkan kekuatan tradisi keilmuan Islam di rantau Nusantara.
Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata, usaha itu penting bagi mengetengahkan kekayaan sejarah intelektual Islam di rantau ini serta menghidupkan kembali tradisi keilmuan yang pernah berkembang pesat.
#IlmuTurath #KhazanahIslam #AmirudinShari #TradisiKeilmuanIslam #Nusantara #WarisanIslam #Selangor #mediaselangor #klik
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- YANIS teroka pendekatan intervensi kanak-kanak OKU dari Jepun
- Runtime
- 1:13
- Date posted
- 20 days ago
- Description
- Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) meneroka pendekatan intervensi kanak-kanak dari Jepun menerusi Modul Chinotore yang diperkenalkan pada program Hari Terbuka Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Saujana Utama.
Menurut YANIS, Modul Chinotore merupakan pendekatan pembelajaran dan intervensi awal kognitif berstruktur yang memberi penekanan terhadap perkembangan minda kanak-kanak berkeperluan khas.
#YANIS #ModulChinotore #PPDKSaujanaUtama #KanakKanakIstimewa #IntervensiAwal #PendidikanKhas #SelangorPenyayang #mediaselangor #klik
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- MPSepang tutup lima premis makanan di Southville City
- Runtime
- 1:25
- Date posted
- 20 days ago
- Description
- Lima premis makanan di Southville City dikenakan Notis Perintah Tutup susulan pemeriksaan kebersihan oleh Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) pada 11 September lalu.
Operasi Bersepadu Pemeriksaan Kebersihan Premis Makanan itu melibatkan pemeriksaan terhadap 22 daripada 43 premis yang disenaraikan, dengan 15 kompaun serta 21 Notis Arahan Pembersihan dikeluarkan.
#MediaSelangor #KlikSemasa #MPSEPANG
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- 26 peniaga Seksyen U3 terima Permit Penjaja Sementara MBSA
- Runtime
- 1:06
- Date posted
- 20 days ago
- Description
- Seramai 26 peniaga di Tapak Penjaja Sementara Seksyen U3 menerima Permit Penjaja Sementara daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 17 September lalu.
Permit berkenaan disampaikan Ahli Majlis MBSA merangkap Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 17, Ooi Haw Voon.
#MediaSelangor #KlikSemasa #MBSA
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Hijrah Selangor tawar Dana Pantas, Dana Niaga Tani hingga RM10,000, lulus sepantas 48 jam
- Runtime
- 1:40
- Date posted
- 20 days ago
- Description
- Usahawan pelbagai sektor serta pengusaha pertanian di Selangor boleh memohon Dana Pantas dan Dana Niaga Tani dengan kelulusan penuh sepantas 48 jam.
Yayasan Hijrah Selangor atau (Hijrah Selangor) memaklumkan permohonan boleh dibuat secara digital melalui aplikasi DANA PLUS, tertakluk kepada syarat, kelayakan dan kelengkapan dokumen.
#mediaselangor #hijrahselangor #DanaPlus #DanaPantas #DanaNiagaTani
- Title
- Festival Turath Islami Malaysia hidupkan semula warisan keilmuan Islam
- Runtime
- 1:43
- Date posted
- 20 days ago
- Description
- Penganjuran Festival Turath Islami Malaysia (FTIM) bukan sekadar menghimpunkan program keilmuan, malah menjadi wadah memperkukuh pengetahuan agama serta meningkatkan kualiti kehidupan beragama dalam kalangan masyarakat.
Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari berkata, ia turut berperanan memperkenalkan semula khazanah turath atau warisan keilmuan Islam yang mungkin semakin dilupakan.
#FTIM2026 #FestivalTurathIslamiMalaysia #AmirudinShari #IlmuTurath #KhazanahIslam #WarisanKeilmuanIslam #PengajianIslam #mediaselangor #klik
- Title
- Media Selangor raih lima anugerah pada Malam Gala Sinergi MBSA dan Media 2025
- Runtime
- 1:14
- Date posted
- 20 days ago
- Description
- Media Selangor merangkul lima anugerah pada Malam Gala Sinergi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Media 2025, sekali gus mengiktiraf usaha pengamal media menghasilkan liputan berkualiti berkaitan pembangunan dan isu masyarakat.
Kejayaan itu disumbangkan wartawan, Siti Sofia Md Nasir dan Siti Nadiah Ahmad Zamlus serta jurugambar, Mohammad Raheemie Arifin, yang masing-masing memenangi kategori berbeza menerusi hasil liputan dan karya yang diketengahkan.
#MediaSelangor #MBSA #MalamGalaSinergi #AnugerahMedia #PengamalMedia #Kewartawanan #ShahAlam #mediaselangor #klik
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Lesen tamat tempoh, kilang tauhu kering kotor di Tanjung Sepat diarah tutup - MPKL
- Runtime
- 1:45
- Date posted
- 20 days ago
- Description
- Sebuah kilang memproses tauhu kering di Tanjung Sepat diarahkan tutup selepas pemeriksaan bersepadu oleh beberapa agensi penguat kuasa mendapati premis berkenaan melakukan pelbagai ketidakpatuhan, pada Khamis.
Pemeriksaan oleh Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) turut mendapati lesen premis berkenaan telah tamat tempoh.
#mediaselangor #kliksemasa #kilangtauhukering #MPKL
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Media jambatan PBT dan rakyat, perkasa penyampaian maklumat
- Runtime
- 1:38
- Date posted
- 20 days ago
- Description
- Peranan media sebagai penghubung antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dan masyarakat penting dalam memastikan maklumat pembangunan, perkhidmatan serta isu semasa disampaikan dengan tepat.
Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Zabidah Safar berkata media membantu masyarakat memahami pelbagai perkembangan serta usaha yang dilaksanakan PBT untuk kepentingan penduduk.
#MBSA #ShahAlam #ZabidahSafar #PerananMedia #PihakBerkuasaTempatan #Komuniti #PembangunanShahAlam #mediaselangor #klik
- Title
- Pemuda Cina minat kumpul seragam tentera Melayu
- Runtime
- 3:38
- Date posted
- 20 days ago
- Description
- Bermula daripada minat sejarah sejak kecil, Ian Wong Kin Meng mengumpul pelbagai barang antik ketenteraan tempatan termasuk pakaian Rejimen Askar Melayu.
Beliau menjadikan koleksinya sebagai medium mendidik masyarakat tentang pengorbanan pejuang tanah air, bukannya sekadar bahan kandungan media sosial.
Ikuti laporan wartawan Nadiah Zamlus sempena sambutan Hari Malaysia.
#HariMalaysia #SejarahMalaysia #TenteraDaratMalaysia #AskarMelayu #PerpaduanKaum #AnakMalaysia #MediaSelangor #KoleksiAntik #VeteranATM
- Title
- Belanjawan Selangor 2027: Penduduk bertambah, peruntukan masih sama?
- Runtime
- 0:26
- Date posted
- 20 days ago
- Description
- Penduduk semakin ramai, tetapi adakah peruntukan yang diterima masih mencukupi? Bagaimana pula cabaran mengurus kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi?
Sempena pembentangan Belanjawan Selangor 2027, SKOP membawakan Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga, Danial Al-Rashid Haron yang berkongsi pandangannya mengenai agihan peruntukan, keutamaan pembangunan serta harapan beliau terhadap belanjawan yang mampu memenuhi keperluan rakyat.
Tarikh: 20 September 2026 (Ahad)
Masa: 9.00 malam
Eksklusif di mediaselangor.com
SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor
- Title
- RANGKUMAN SEMASA | Agong perkenan Najib jalani baki hukuman secara tahanan di rumah
- Runtime
- 8:39
- Date posted
- 21 days ago
- Description
- Berikut merupakan rangkuman KLIK Semasa 17 September 2026:
1. Najib dapat pengampunan bersyarat, jalani tahanan rumah hingga Ogos 2028
2. Jerebu Selangor: Kerajaan kaji beri pelitup muka boleh guna semula kepada pelajar
3. Talian Belia SEHAT dimanfaatkan remaja, 234 panggilan diterima hingga Ogos
4. Hijrah Selangor tawar Dana Pantas, Dana Niaga Tani hingga RM10,000, lulus sepantas 48 jam
#mediaselangor #rangkumansemasa #najib #talianbeliasehat #hijrahselangor
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Pelajar digesa cari bantuan, jangan rakam atau tular video
- Runtime
- 1:29
- Date posted
- 21 days ago
- Description
- Pelajar yang menyaksikan kejadian buli digesa segera mendapatkan bantuan dan tidak merakam atau menularkan insiden berkenaan di media sosial.
Pegawai Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak, Natalie Alin berkata mangsa perlu dibawa kepada individu yang dipercayai seperti guru disiplin atau kaunselor supaya tindakan segera dapat diambil.
#MediaSelangor #KlikSemasa #KempenSifarBuli
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor

