Media Selangor
Selangor terus subur budaya membaca, perkasa bahasa dan sastera
- Title
- Selangor terus subur budaya membaca, perkasa bahasa dan sastera
- Runtime
- 1:18
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Kerajaan Negeri komited terus memberi ruang dan sokongan terhadap perkembangan bahasa dan sastera bagi memperkukuh jati diri, budaya serta pemikiran masyarakat.
EXCO Kebudayaan, Dato’ Borhan Aman Shah berkata, usaha itu penting bagi memastikan kemajuan Selangor tidak hanya diukur melalui pembangunan fizikal, sebaliknya turut disertai pengukuhan nilai ilmu dan budaya.
#BorhanAmanShah #KebudayaanSelangor #MediaSelangor #kliksemasa
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Pulut Semangat 640 meter cipta rekod pertama, terpanjang di Asia
- Runtime
- 3:18
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Pulut Semangat sepanjang 640 meter dihasilkan penggiat kulinari wanita Malaysia menerima pengiktirafan ASEAN Records dan ASIA Records hari ini, sekali gus diiktiraf sebagai Jejak Warisan Pulut Semangat pertama dan terpanjang di Asia.
Presiden Persatuan Chef Wanita Malaysia, R. Renukadevi berkata, pengiktirafan ‘Jejak Warisan Pulut Semangat Pertama dan Terpanjang dengan Hiasan Bunga Sayuran Ukiran Tangan’ itu membabitkan kira-kira 120 peserta wanita dari seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak, Johor, Perlis, Kelantan dan Terengganu.
#mediaselangor #kliksemasa #pulutsemangat #ASEANRecords #ASIARecords #JejakWarisanPulutSemangat
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Penternak ayam Kuala Langat diberi tempoh dua tahun setengah selesai pemutihan
- Runtime
- 1:39
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Pengusaha penternakan ayam di tanah Perhutanan di Kuala Langat diberikan tempoh peralihan kira-kira dua tahun setengah untuk melengkapkan proses pemutihan, permohonan lesen serta memenuhi syarat ditetapkan agensi berkaitan.
Ahli Dewan Negeri (ADN) Banting, V. Papparaidu berkata, keputusan itu dicapai menerusi dua mesyuarat penyelarasan yang dipengerusikannya bagi mencari penyelesaian terhadap isu membabitkan penternak ayam dan pengusaha kebun sayur di kawasan berkenaan.
#PenternakAyam #PapparaiduVeraman #KualaLangat #MediaSelangor
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- RM1 bilion digital kesihatan bantu pendekkan masa menunggu pesakit
- Runtime
- 1:13
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Inisiatif kecekapan digital bagi sektor kesihatan awam yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, berupaya mempercepatkan proses menunggu di premis kesihatan kerajaan.
EXCO Kesihatan Jamaliah Jamaluddin berkata usaha itu disifatkan amat penting bagi mengurangkan kesesakan di klinik dan hospital awam yang berlaku di hampir kebanyakan tempat, khususnya di Selangor.
#mediaselangor #kliksemasa #digital #kesihatan #anwaribrahim
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Pakar Ekonomi: Enam ikhtiar segera bukti kerajaan dengar suara rakyat
- Runtime
- 1:59
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Enam ikhtiar segera yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Amanat Perdana Hari Kebangsaan, disifatkan sebagai langkah langsung bagi menangani tekanan kos sara hidup yang diterima hasil maklum balas rakyat.
Pakar Ekonomi, Prof Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, langkah tersebut dilihat bermotifkan kepentingan rakyat untuk jangka panjang dan kestabilan ekonomi, bukannya sekadar strategi politik atau untuk meraih populariti semata-mata.
#mediaselangor #kliksemasa #pakarekonomi #anwaribrahim
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Lebih 100,000 pengunjung hadir Sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya
- Runtime
- 1:58
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Lebih 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 yang berlangsung di Dataran Putrajaya.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kejayaan penganjuran skala besar itu berpaksi kepada kesiapsiagaan berterusan pelbagai agensi termasuk langkah proaktif mengurus faktor cuaca bagi keselesaan rakyat yang hadir.
#mediaselangor #kliksemsa #HariKebangsaan #Putrajaya
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Aksi payung terjun 4,500 kaki curi tumpuan pengunjung Stadium Kajang
- Runtime
- 1:40
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Aksi enam anggota elit VAT 69 Komando terjun dari ketinggian kira-kira 4,500 kaki menjadi antara tarikan utama Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Selangor Ke-69 di Stadium Kajang.
Asisten Superintendan (ASP) Cawangan Latihan Para 69 Komando, Mohd Yusrezal Mohd Yusof berkata, aksi berkenaan mencatat pengalaman pertama pasukannya membuat persembahan terjunan sempena sambutan Hari Kebangsaan di Selangor.
#mediaselangor #kliksemasa #payungterjun
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Karya seni zahir semangat merdeka
- Runtime
- 2:08
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Semangat Hari Kebangsaan Ke-69 diterjemahkan menerusi sebuah karya seni pereka grafik Media Selangor, Zam Kamarudin, yang menghimpunkan wajah kepimpinan, rakyat berbilang kaum serta mercu tanda ikonik Selangor.
Lukisan berkenaan membawa mesej perpaduan, identiti dan kecintaan kepada negara, sekali gus mencerminkan semangat Merdeka yang terus subur dalam jiwa rakyat Selangor.
#mediaselangor #kliksemasa #karyaseni
- Title
- U-PLATS Halal jadi titik kebangkitan, buka peluang perniagaan baharu
- Runtime
- 1:50
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Inisiatif U-PLATS Halal menjadi pemangkin kepada usahawan tempatan dalam mendapatkan pengiktirafan halal, sekali gus membuka peluang untuk meneroka pasaran lebih luas.
Usahawan tempatan, Norhaidah Ahmad, 48, yang mewakili Million Rich Empire menerusi jenama WanCu Food berkata inisiatif berkenaan banyak membantu dan mengubah operasi syarikatnya, selain memberi nafas baharu kepada perniagaan.
#PLATSHalal #Usahawan #kliksemasa #MediaSelangor
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Spektrum | Bekas Ahli GISB Bebas Dari 'Kurungan' 25 Tahun
- Runtime
- 6:55
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Selama 25 tahun, hidupnya terikat dengan organisasi Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) sebelum mengambil keputusan meninggalkan kumpulan itu pada 2009. Keputusan tersebut bukan mudah apabila beliau mendakwa kehilangan simpanan, tempat bergantung, malah terpisah daripada isteri dan anak-anak.
Kini, selepas membina semula kehidupan dari bawah, bekas ahli GISB itu berkongsi pengalaman pahitnya serta makna kebebasan apabila akhirnya mampu menentukan sendiri jalan hidupnya.
#GISB #BekasAhliGISB #KebebasanDiri #BangkitSemula #KisahKehidupan #PengalamanHidup #DiriMerdeka #mediaselangor
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Pelbagai acara meriahkan Hari Kebangsaan peringkat Selangor
- Runtime
- 5:46
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 peringkat Negeri Selangor yang berlangsung di Stadium Kajang pada 30 Ogos 2026 menyajikan pelbagai acara kepada para pengunjung.
Antara yang menarik termasuk persembahan artis tempatan, persembahan gimik payung terjun serta perbarisan dan perarakan kontinjen, selain pertunjukan bunga api sebagai acara kemuncak.
#mediaselangor #kliksemasa #ambangmerdeka #kajang
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Ilmu, fakta penting perkukuh keyakinan rakyat depani cabaran baharu - MB
- Runtime
- 2:53
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Penguasaan ilmu dan kefahaman berasaskan fakta penting bagi memperkukuh keyakinan rakyat mendepani cabaran baharu, khususnya dalam era perkembangan teknologi dan kecerdasan buatan (AI).
#MediaSelangor #KecerdasanBuatan #Ilmu #AI #AmbangMerdeka
- Title
- Tujuh seksyen berkaitan mahasiswa diberi keutamaan dalam proses pemansuhan AUKU
- Runtime
- 1:52
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Tujuh seksyen berkaitan mahasiswa termasuk aspek kebebasan yang diperuntukkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) akan diberikan keutamaan dalam proses pemansuhan akta itu.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata daripada keseluruhan 44 seksyen dalam AUKU, tujuh daripadanya berkaitan mahasiswa, manakala selebihnya meliputi pelbagai aspek termasuk penubuhan, pentadbiran dan tadbir urus universiti.
#mediaselangor #auku
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Cabaran baharu bukan lagi di dunia nyata, tetapi dalam talian - MB
- Runtime
- 1:27
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Cabaran mempertahankan keyakinan masyarakat kini semakin kompleks apabila ancaman bukan lagi hanya berlaku di dunia nyata, sebaliknya turut berlaku dalam ruang dalam talian.
#MediaSelangor #MaklumatSahih #EraDigital #AmbangMerdeka
- Title
- (Langsung) Sambutan Hari Kebangsaan Ke 69 Peringkat Negeri Selangor Tahun 2026
- Runtime
- 5:36:56
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Siaran langsung Sambutan Hari Kebangsaan Ke 69 Peringkat Negeri Selangor Tahun 2026 bertempat di Stadium Kajang, Selangor.
#SambutanhariKebangsaanke69 #AmbangMerdeka #StadiumKajang #MPKJ #MediaSelangor
SUBSCRIBE kami di
YOUTUBE : https://www.youtube.com/@Media_Selangor
WEB MEDIA SELANGOR : https://mediaselangor.com/livetv
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Lebih 20,000 banjiri Stadium Kajang, sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Selangor meriah
- Runtime
- 2:03
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Stadium Kajang meriah dengan kehadiran lebih 20,000 pengunjung bagi menyertai Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 peringkat Negeri Selangor.
Pelbagai acara disusun bagi memeriahkan sambutan berkenaan termasuk persembahan artis tempatan, perbarisan dan perarakan kontinjen, selain pertunjukan bunga api sebagai acara kemuncak.
#HariKebangsaan2026 #Merdeka69 #StadiumKajang #Selangor #SambutanHariKebangsaan #SemangatPatriotisme #SelangorMaju #mediaselangor #klik
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Selangor perkasa pembangunan e-sukan sekolah, berpotensi jana impak ekonomi
- Runtime
- 1:36
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Pembangunan bidang e-sukan dalam kalangan pelajar sekolah akan terus diberi perhatian berikutan potensinya memberi impak kepada sektor ekonomi.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pendekatan itu juga selari dengan gaya hidup semasa memandangkan e-sukan menjadi satu keperluan dalam kehidupan generasi muda.
#mediaselangor #amirudinshari #esports
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Lepak Sini | Teroka Sekinchan
- Runtime
- 1:33
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Cuti sekolah dah tiba! 🌴☀️
Tak perlu pergi jauh, kali ini Lepak Sini bawa anda meneroka Sekinchan, Sabak Bernam, Selangor.
🚂 Naik kereta api🥥 Air kelapa segar🍧 Cendol, laksa & ABC serendah RM2
Satu hari, macam-macam boleh buat!
Jom luangkan masa bersama keluarga dan terokai tarikan menarik di Sekinchan. Lepak Sini, jalan-jalan Selangor! ✨
#MediaSelangor #LepakSini #Sekinchan
- Title
- SMK Saujana Utama rangkul kejuaraan sulung SES 2026, 100 pelajar sertai program
- Runtime
- 2:19
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Utama muncul juara SRG e-Sports School (SES) 2026 selepas menewaskan SMK Hillcrest dalam pertandingan akhir hari ini.
Anugerah kejohanan yang julung kali dianjurkan Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau Yayasan MBI itu disampaikan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari.
#amirudinshari #srg
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- RANGKUMAN SEMASA | Kerajaan kembalikan kelayakan BUDI95 kepada 300 liter sebulan
- Runtime
- 9:04
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Berikut merupakan rangkuman Klik Semasa 30 Ogos 2026:
1. Kerajaan kembalikan kelayakan BUDI95 kepada 300 liter sebulan
2. Program Mesra Rakyat Parlimen Gombak diperluas ke DUN lain
3. Projek Kompleks Islam Wira Damai capai kemajuan 50 peratus, dijangka siap tahun depan
4. Selangor perkasa pembangunan e-sukan sekolah, berpotensi jana impak ekonomis
5. SMK Saujana Utama rangkul kejuaraan sulung SES 2026, 100 pelajar sertai program
#mediaselangor #BUDI95 #amirudinshari #esport
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Program Mesra Rakyat Parlimen Gombak diperluas ke DUN lain
- Runtime
- 2:22
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Program Mesra Rakyat Parlimen Gombak akan diperluaskan ke DUN lain di kawasan itu bagi membolehkan lebih ramai penduduk mendapat akses terus kepada maklumat dan perkhidmatan pelbagai agensi kerajaan.
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata program yang menghimpunkan pelbagai agensi Kerajaan Negeri, Persekutuan dan pihak swasta itu memberi peluang kepada masyarakat mengetahui pelbagai inisiatif disediakan.
#mediaselangor #amirudinshari #eksklusif
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Pasukan SMART akan ke Nepal, kesan dan bawa pulang rakyat Malaysia
- Runtime
- 2:00
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Malaysia akan menghantar pasukan mencari dan menyelamat bagi membantu operasi di Nepal susulan bencana banjir lumpur di sempadan negara itu dengan China pada Rabu lalu, umum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri (KLN), dipertanggungjawabkan untuk menyelaras dengan Kerajaan Nepal bagi membolehkan pasukan ini digerakkan sesegera mungkin.
#BanjirLumpurNepal #Nepal #AnwarIbrahim #NADMA #MKN #MisiKemanusiaan #PasukanSAR #mediaselangor #klik
- Title
- Kerajaan kembalikan kelayakan BUDI95 kepada 300 liter sebulan
- Runtime
- 1:31
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan bersetuju mengembalikan kelayakan BUDI95 kepada 300 liter sebulan.
Beliau berkata, lebih 16 juta pengguna akan menikmati RON95 bersubsidi sehingga 300 liter sebulan, sementara lebih setengah juta pemilik kenderaan diesel layak menerima BUDI Diesel sehingga 400 liter sebulan.
#BUDI95 #BUDIDiesel #AnwarIbrahim #RON95 #SubsidiBersasar #SubsidiPetrol #KosSaraHidup #mediaselangor #klik
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- MB: Isu pendatang, pelarian perlu seimbang penguatkuasaan, kemanusiaan
- Runtime
- 1:52
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Tindakan menangani isu pendatang dan pelarian perlu diseimbangkan antara penguatkuasaan undang-undang dengan aspek kemanusiaan serta berlandaskan dasar yang jelas, kata Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata negara tidak boleh bertindak mengikut perasaan atau sentimen sehingga mengabaikan nilai kemanusiaan dalam menangani golongan berkenaan.
#mediaselangor #amirudinshari #pendatang #pelarian
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 rancakkan ekonomi Kajang
- Runtime
- 3:12
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Kehadiran puluhan ribu pengunjung sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Selangor dijangka memberi limpahan ekonomi kepada peniaga dan sektor pengangkutan tempatan.
Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Chua Yee Ling berkata penganjuran berskala besar itu turut membuka peluang mempromosikan produk ekopelancongan dan agropelancongan di Hulu Langat, sekali gus memberi manfaat kepada pemain industri pelancongan setempat.
#MediaSelangor #BicaraSemasa #TourismSelangor #Merdeka69 #StadiumKajang
- Title
- Projek Kompleks Islam Wira Damai capai kemajuan 50 peratus, dijangka siap tahun depan
- Runtime
- 1:33
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Pembinaan Kompleks Islam Wira Damai, Gombak kini mencapai kemajuan keseluruhan 50 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada suku kedua tahun depan.
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata beberapa komponen projek berkenaan menunjukkan kemajuan lebih baik berbanding jadual ditetapkan.
#mediaselangor #amirudinshari #eksklusif
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- PRN Melaka: Masih ada masa bincang kemungkinan kerjasama HARAPAN-BN
- Runtime
- 0:49
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Pakatan Harapan (HARAPAN) masih mempunyai ruang untuk membincangkan kemungkinan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari.
Pengarah Pilihan Raya HARAPAN itu berkata masih ada masa untuk melihat perkembangan politik sebelum sebarang keputusan dibuat berhubung kerjasama berkenaan.
#eksklusif #mediaselangor #amirudinshari #harapan #barisannasional
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Hari Kebangsaan: Agong mahu semua pihak beri usaha terbaik jayakan sambutan
- Runtime
- 1:35
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan harapan agar sambutan Hari Kebangsaan esok berlangsung lancar dengan semua pihak terlibat memberikan usaha terbaik bagi menjayakannya.
Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Seri Paduka Baginda bertitah demikian selepas berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur.
#YangdiPertuanAgong #SultanIbrahim #HariKebangsaan2026 #AnwarIbrahim #SambutanHariKebangsaan #Merdeka2026 #Malaysia #mediaselangor #klik
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- PLATS bantu usahawan atasi cabaran pemasaran digital, penjenamaan
- Runtime
- 1:34
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Kekurangan pengetahuan dalam pemasaran digital antara cabaran yang dihadapi usahawan tempatan untuk mengembangkan perniagaan dan menembusi pasaran lebih luas.
Justeru, inisiatif Platform Selangor (PLATS) yang diperkenalkan Kerajaan Negeri menjadi antara medium membantu usahawan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran pemasaran moden secara lebih praktikal.
#PLATS #Usahawan #MediaSelangor
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Media sosial medium semai patriotisme, dekatkan sejarah kepada generasi muda
- Runtime
- 3:13
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Generasi muda diseru memanfaatkan media sosial sebagai medium yang membina untuk menterjemahkan makna kemerdekaan menerusi kandungan yang dekat dengan kehidupan mereka.
Pakar Sosiologi Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dato' Dr. Sivamurugan Pandian berkata generasi hari ini perlu memastikan kemerdekaan terus bermakna dengan menghormati kepelbagaian, memelihara perpaduan serta menggunakan media sosial secara bijak.
#GenerasiMuda #MaknaKemerdekaan #MediaSosial #SemangatPatriotisme #Perpaduan #Kepelbagaian #Merdeka2026 #mediaselangor #klik
- Title
- Lebih 80,000 dijangka hadir Sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya
- Runtime
- 2:24
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Lebih 80,000 pengunjung dijangka menghadiri sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos ini.
Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata jumlah itu berpotensi meningkat berikutan cuti sekolah dan kemudahan pengangkutan awam yang disediakan.
#HariKebangsaan2026 #DataranPutrajaya #FahmiFadzil #Merdeka2026 #SambutanHariKebangsaan #Malaysia #SemangatPatriotisme #mediaselangor #klik
- Title
- Semangat patriotisme anak muda terus utuh, cara penghayatan berubah
- Runtime
- 2:43
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda terus berkembang seiring perubahan zaman, termasuk melalui media sosial dan aktiviti yang lebih dekat dengan gaya hidup mereka.
#SemangatPatriotisme #GenerasiMuda #HariKebangsaan #AnakMuda #MediaSosial #MalaysiaMADANI #CintaNegara #mediaselangor #klik
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Banjir di Nepal: Wakil waris dakwa maklumat peribadi mangsa dijual, cetus keresahan
- Runtime
- 1:21
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Malaysia Solidarity: Families in Hope (MASFIH) mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang didakwa mengambil kesempatan terhadap tragedi banjir kilat Nepal-Tibet dengan menyebarkan maklumat palsu berkaitan mangsa.
Wakil keluarga mangsa, Ts Dr Manivannan Rethinam berkata pihaknya menerima maklumat daripada ejen di Nepal bahawa terdapat pihak didakwa cuba mendapatkan maklumat peribadi mangsa untuk dijual kepada media selain menyebarkan maklumat tidak tepat kepada keluarga.
#nepal #banjirkilat #keluarga #maklumatpalsu #berjagajaga #sebar #jual #masfih #tvselangor #mediaselangor
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- TAJUK: Farres Putra meninggal dunia kemalangan perlumbaan Cub Prix
- Runtime
- 1:41
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Pelumba Malaysian Cub Prix Farres Putra Mohd Fadhill meninggal dunia selepas terlibat kemalangan ketika perlumbaan akhir CP150 pusingan kelima Kejuaraan Malaysian Cub Prix di Litar Permotoran Terengganu hari ini.
Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) dalam kenyataan memaklumkan kemalangan membabitkan pelumba CKJ Racing itu berlaku di Selekoh 3 pada pusingan pembukaan perlumbaan.
#mediaselangor #kliksemasa #FarresPutra #CubPrix
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- 24 individu terima sumbangan Yayasan MBI hampir RM20,000
- Runtime
- 2:45
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Seramai 24 individu menerima sumbangan Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau Yayasan MBI bernilai hampir RM20,000 bagi membantu mereka yang berdepan musibah dan keperluan kebajikan.
Ketua Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor berkata bantuan itu membabitkan 17 mangsa banjir yang masing-masing menerima RM500, lima individu menerima kerusi roda, selain seorang mangsa letupan gas menerima sumbangan ehsan RM5,000 dan seorang nelayan menerima RM3,000 bagi kelengkapan.
#mediaselangor #kliksemasa #YayasanMBI #musibah #bantuan
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Waris mahu jawapan, Wisma Putra digesa kemas kini berkala SAR di Nepal
- Runtime
- 3:51
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Kumpulan sokongan keluarga mangsa banjir kilat di sempadan Nepal-Tibet, Malaysia Solidarity: Families in Hope (MASFIH) menggesa Wisma Putra menyediakan kemas kini berkala mengenai operasi mencari dan menyelamat (SAR) 49 rakyat Malaysia yang masih hilang susulan bencana itu.
Wakil MASFIH, Ts Dr. Manivannan Rethinam turut meminta seorang pegawai perhubungan khas dilantik bagi menyalurkan maklumat rasmi secara terus dan konsisten kepada waris.
#nepal #banjir #rakyat #malaysia #keluarga #salur #maklumat #tepat #cepat #wismaputra #tvselangor #mediaselangor
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- RANGKUMAN SEMASA | HARAPAN sedia kerjasama dengan BN, tapi...
- Runtime
- 7:41
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Berikut merupakan rangkuman Klik Semasa 29 Ogos 2026:
1. Sambutan acara besar peringkat negeri dianjur bergilir setiap daerah, semarak semangat kekitaan
2. HARAPAN sedia runding kerjasama dengan BN, tapi jangan letak syarat - Amirudin
3. 24 individu terima sumbangan Yayasan MBI hampir RM20,000
4. Festival Sastera Kanak-Kanak Selangor pupuk fokus, imaginasi dan pemikiran kritis
#mediaselangor #rangkumansemasa #HARAPAN #AmirudinShari #FestivalSasteraKanakkanakSelangor
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Orang ramai dipelawa meriahkan Majlis Penutupan SRG e-Sports School 2026 esok
- Runtime
- 1:30
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Ibu bapa dipelawa membawa anak-anak memeriahkan Majlis Penutupan SRG e-Sports School (SES) 2026 yang berlangsung esok di ESI Spacerubix, Puchong.
Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI (Yayasan MBI) Ahmad Azri Zainal Nor berkata program bersama SRG Esports itu menjadi acara kemuncak selepas pelaksanaan program e-sukan membabitkan 10 sekolah di Selangor.
Menurutnya, berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 6 petang, pelbagai hadiah menarik, cenderahati serta aktiviti berkaitan e-sukan disediakan kepada pengunjung termasuk peluang bertemu pemain SRG menerusi SRG Fan Day.
#mediaselangor #yayasanmbi #srg #esport
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Awie, Ramli Sarip gegarkan pentas Ambang Merdeka
- Runtime
- 1:03
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Dato' Awie dan Datuk Ramli Sarip antara barisan artis yang bakal menghiburkan lebih 30,000 pengunjung sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Selangor di Dataran MPKj @ Stadium Kajang pada 30 Ogos 2026.
Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Chua Yee Ling berkata pentas sambutan turut dimeriahkan Wany Kayrie, Ukays dan Gerhana Skacinta, selain persembahan tarian tradisional oleh Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) serta perarakan membabitkan 44 kontinjen.
#MediaSelangor #BicaraSemasa #Merdeka69 #MPKj #StadiumKajang
- Title
- Sambutan acara besar peringkat negeri dianjur bergilir setiap daerah, semarak semangat kekitaan
- Runtime
- 1:47
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Sambutan acara besar peringkat negeri seperti Hari Kemerdekaan serta perayaan utama akan dianjur secara bergilir di setiap daerah untuk menyemarakkan rasa kekitaan dalam kalangan rakyat.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pentadbiran negeri tidak lagi hanya menumpukan kawasan sekitar ibu negeri, Shah Alam, sebaliknya memastikan setiap rakyat terus didekati sekali gus mengukuhkan semangat perpaduan.
#MediaSelangor #kliksemasa #merdeka #AmirudinShari
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- HARAPAN sedia runding kerjasama dengan BN, tapi jangan letak syarat - Amirudin
- Runtime
- 1:09
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Mana-mana parti politik yang mahu bekerjasama perlu ikhlas dan tidak meletakkan syarat pembahagian kerusi sebelum berunding.
Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (HARAPAN), Dato' Seri Amirudin Shari menegaskan rundingan akan terjejas jika mana-mana parti terus menuntut kerusi tanpa memikirkan pengorbanan rakan kongsi lain.
#mediaselangor #amirudinshari #prnmelaka
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Rutin bercerita sebelum tidur pupuk minat membaca kanak-kanak, kembang imaginasi
- Runtime
- 2:16
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Amalan bercerita sebelum tidur dilihat mampu membantu mengembangkan imaginasi kanak-kanak selain memupuk minat membaca sejak usia kecil.
Seorang ibu, Ellyz Alaidin berkata beliau mengamalkan rutin berkenaan bersama anak-anak sejak kecil dengan memilih bahan bacaan yang bersesuaian mengikut usia.
#mediaselangor #kliksemasa #voxpop
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- MBSA lelong 136 barangan rampasan dan sitaan
- Runtime
- 0:46
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Sebanyak 136 jenis barangan rampasan dan sitaan dilupuskan menerusi lelongan awam di stor Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 27 Ogos lalu.
MBSA memaklumkan program dengan kerjasama pelbagai jabatan berkaitan itu berjalan lancar dan urusan pengendalian mengikut piawaian yang ditetapkan.
#MediaSelangor #KlikSemasa #MBSA
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- MBDK sita premis jual arak tanpa lesen, 14 peniaga dikompaun
- Runtime
- 1:16
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap sebuah premis di Jalan Meru Setia 1, Taman Meru Indah, Klang semalam selepas didapati menjalankan perniagaan tanpa lesen sah.
Tindakan itu dilaksanakan Jabatan Pelesenan bersama Jabatan Penguatkuasa MBDK menerusi pemeriksaan di premis berkenaan.
#MediaSelangor #KlikSemasa #MBDK
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Raptai penuh Hari Kebangsaan tarik ribuan pengunjung
- Runtime
- 1:34
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Ribuan rakyat mengambil kesempatan menyaksikan raptai penuh Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 di Dataran Putrajaya.
#mediaselangor #Broll #putrajaya
- Title
- Festival Sastera Kanak-Kanak Selangor pupuk fokus, imaginasi dan pemikiran kritis
- Runtime
- 2:16
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Festival Sastera Kanak-Kanak Selangor (FSKS) 2026 menjadi antara usaha Kerajaan Negeri memperkukuh perkembangan kanak-kanak menerusi pembacaan yang dapat memupuk fokus, imaginasi dan pemikiran kritis sejak usia muda.
EXCO Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari berkata buku sastera kanak-kanak bukan sekadar bahan bacaan, sebaliknya berperanan membantu membentuk ketenangan emosi serta merangsang daya pemikiran kritis.
#festivalsasterakanakkanakselangor #fsks2026 #MediaSelangor #kliksemasa
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Kontrak tamat bukan noktah, Bakeri Yana bangkit dengan donat
- Runtime
- 1:51
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Penamatan kontrak membekalkan makanan bukan noktah buat pemilik Bakeri Yana, Nurliyana Habul Abas, sebaliknya membuka peluang kepadanya membina lembaran baharu dalam perniagaan.
Nurliyana pada awalnya menjadi pembekal roti kepada 13 sekolah selain stesen minyak dan mencatat jualan memberangsangkan sepanjang 2025.
Namun, perniagaannya diuji pada awal tahun ini susulan ketetapan Kementerian Pendidikan yang mengurangkan makanan berproses di kantin sehingga menjejaskan jumlah sekolah yang menerima bekalan rotinya.
#PLATS #Usahawan #MediaSelangor #kliksemasa
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- Silambam bukan sekadar sukan, mampu bentuk jati diri generasi muda
- Runtime
- 2:02
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Sukan silambam bukan sekadar medan memburu pingat, malah mampu membentuk disiplin, ketahanan diri dan jati diri generasi muda.
EXCO Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan, Papparaidu Veraman berkata kejayaan atlet silambam pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 turut membuktikan potensi seni mempertahankan diri tradisional itu untuk terus diperkasa.
#MediaSelangor #KlikSemasa #PapparaiduVeraman #SUKMA2026
SUBSCRIBE kami di
https://www.youtube.com/@Media_Selangor
MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : t.me/MediaSelangor
- Title
- SPEKTRUM | Ilmu hutan bantu kanak-kanak bina keyakinan, kemahiran ikhtiar hidup
- Runtime
- 6:12
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Mengenal arah, mengetahui tindakan ketika tersesat hingga menghidupkan api antara kemahiran asas yang boleh didedahkan kepada kanak-kanak seawal usia lima tahun menerusi pembelajaran ilmu hutan.
Pendedahan itu turut membantu kanak-kanak membina keberanian, keyakinan dan kemahiran berdikari.
#mediaselangor #spektrum #survivalhutan
- Title
- 100,000 cucuk sate meriahkan ambang merdeka 30 Ogos
- Runtime
- 1:16
- Date posted
- 1 month ago
- Description
- Sebanyak 100,000 cucuk sate Kajang bakal disediakan kepada pengunjung sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Selangor di Dataran MPKj @ Stadium Kajang pada 30 Ogos.
Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Chua Yee Ling berkata sajian ikonik Kajang itu menjadi antara tarikan istimewa sambutan tahun ini yang menyasarkan kehadiran lebih 30,000 pengunjung.
#MediaSelangor #KlikSemasa #SateKajang #MPKj #StadiumKajang

