Rakyat News
RMK-11 : BN Pragmatik,Sistematik Susun Keperluan Rakyat
- Title
- RMK-11 : BN Pragmatik,Sistematik Susun Keperluan Rakyat
- Runtime
- 2:37
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Barisan Nasional (BN) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam menyediakan infrastruktir terbaik bagi memenuhi keperluan rakyat dalam setiap rancangannya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, BN juga kekal pragmatik dan sistematik dalam susun aturnya pada Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) yang dibentangkan hari ini.
"Saya dan kerajaan memilih hanya SATU jalan, iaitu terus melangkah ke hadapan dan sekali-kali tidak akan berbalik haluan," katanya ketika membentangkan RMK11 di Dewan Rakyat hari ini.
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/rmk11-bn-pragmatik-dan-sistematik-susun-keperluan-rakyat
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- RMK-11 : Kerajaan Pastikan Hasil GST Akan Kembali Kepada Rakyat
- Runtime
- 1:17
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak berkata,Kerajaan akan mempastikan hasil GST akan diperuntukkan kembali kepada manfaat dan keperluan rakyat keseluruhannya.
Maklumat lanjut layari:-
www.rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- RMK-11 : Projek Loji Rawatan Langat 2 Perlu Disegerakan
- Runtime
- 1:28
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak Berkata,Loji Rawatan Langat 2 Perlu Disegerakan.Kelewatan Perlaksaan Projek Loji Langat 2 Akan Menyebabkan Kesejahteraan Rakyat Selangor Akan Terjejas
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
www.rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- RMK-11 & Mindef Selari Bela Anggota dan Veteran Tentera
- Runtime
- 1:19
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Perancangan Kementerian Pertahanan sejajar dengan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) berikutan anggota dan vateran tentera akan mendapat pembelaan dan kebajikan .
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin berkata perancangan untuk masa hadapan perlu dilakukan jika mahu melihat kepada pembelaan daripada jumlah anggota dan ahli vateran yang begitu besar.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Kepakaran Veteran Tentera Bantu Hadapi Ancaman Keselamatan
- Runtime
- 2:43
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Kepakaran veteran tentera yang mempunyai kemahiran khusus seperti risikan amat diperlukan bagi membantu kerajaan mendepani pelbagai ancaman baharu keselamatan pada masa kini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kementerian perlu bersikap terbuka berhubung penglibatan anggota veteran yang mempunyai kemahiran-kemahiran khusus bagi memastikan kepakaran mereka dapat dimanfaatkan untuk kepentingan negara.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- RMK-11: Kerajaan Perluas Liputan Jalur Lebar
- Runtime
- 1:11
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Sebanyak 95 peratus kawasan berpenduduk di Malaysia disasar menikmati liputan infrastruktur jalur lebar melalui inisiatif di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).
Menurut rancangan lima tahun dari 2016 hingga 2020 itu, infrastruktur digital bukan saja penting dalam menghubungkan orang ramai melalui saluran komunikasi, tetapi juga menjadi asas pembangunan ekonomi menerusi industri berinsentifkan pengetahuan.
RMK11 bertemakan 'Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat' itu yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat, menyentuh inisiatif infrastruktur utama seperti Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi 2 (HSBB 2), Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB) dan Televisyen Terestrial Digital (DTT) di samping menambah baik dasar berkaitan rangka kerja harga capaian dan perlindungan pengguna.
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/rmk-11-95-peratus-kawasan-nikmati-liputan-jalur-lebar
Video / Edii...
- Title
- RMK-11 : 653 Ribu Unit Kediaman bagi Isi Rumah Berpendapatan Rendah, Sederhana
- Runtime
- 2:28
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Sebanyak 653 Ribu Unit buah rumah akan dibina untuk isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) sebagai usaha meningkatkan akses rakyat kepada perumahan mampu milik yang berkualiti.
Selain itu, kerajaan juga menyasarkan untuk membina atau membaiki 47,000 rumah untuk isi rumah miskin yang akan dilaksanakan bagi tempoh 2016 hingga 2020.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- RMK-11 : Malaysia Vision Valley Lengkapi Pembangunan Lembah Klang
- Runtime
- 2:02
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Malaysia Vision Valley yang akan diwujudkan melalui Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), bakal menjadi satu lagi projek pembangunan bersepadu meliputi beberapa kluster strategik bagi melengkapi pembangunan di Lembah Klang, khususnya di Putrajaya dan Kuala Lumpur.Dalam pembentangan RMK11 di Dewan Rakyat hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia Vision Valley akan dibangunkan di bahagian barat Negeri Sembilan meliputi Nilai, Seremban dan Port Dickson dengan cadangan kawasan seluas 108,000 hektar.
Mengenai pembangunan ekonomi wilayah pula, Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata dalam tempoh 2011 hingga 2014, lima koridor iaitu Iskandar Malaysia, Koridor Pembangunan Sabah,Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Koridor Utara dan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak telah diwujudkan.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/rmk11-malaysia-vision-valley-lengkapi-pembangunan-lembah-klang-najib
...
- Title
- RMK-11 : Video Penuh Ucapan Perdana Menteri
- Runtime
- 1:12:16
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Ucapan Penuh Pembentangan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat.
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/rmk-11-ucapan-penuh-perdana-menteri
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Najib Gembira Pandikar Kekal Speaker Dewan Rakyat
- Runtime
- 0:37
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Kontroversi berhubung kedudukan Tan Sri Pandikar Amin Mulia menarik perhatian Datuk Seri Najib Tun Razak apabila beliau melahirkan kelegaannya melihat Speaker Dewan Rakyat itu menjalankan tugas seperti biasa.
Sambil tersenyum dan mengurut dada, Najib ‘mengusik’ Pandikar Amin yang ketika itu mempengerusikan sesi pembentangan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).
"Tuan Yang Dipertua…yang masih lagi tuan Yang Dipertua.
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/dari-parlimen/najib-gembira-pandikar-kekal-speaker-dewan-rakyat
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- RMK-11 : Pencarum KWSP Dibenar Guna Wang Untuk Pelaburan ASB2
- Runtime
- 0:31
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Pengeluaran wang dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk melabur dalam Amanah Saham Bumiputera 2 akan dilancarkan sejajar dengan hasrat kerajaan untuk meningkat pemilikan ekuiti korporat Bumiputera, umum Perdana Menteri Datuk, Seri Najib Tun Razak.Berucap pada pembentangan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) di Dewan Rakyat hari ini Najib berkata,pengeluaran tersebut yang merupakan sebahagian inisiatif bagi pemerkasaan ekonomi Bumiputera, bagaimanapun tertakluk kepada syarat penabungan minimum.
Video : AzharyKhairi
Edited By Romy Irwan Shah
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/dari-parlimen/pencarum-dibenar-guna-wang-kwsp-untuk-pelaburan-asb2
- Title
- RMK-11 : Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera Akan Terus Jadi Agenda Nasional
- Runtime
- 1:13
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Berkata pemerkasaan ekonomi Bumiputera akan terus menjadi agenda nasional dengan peratus Bumiputera kepada populasi negara kini pada 68 peratus berbanding 62 peratus 25 tahun lepas.Jelas Najib, bersandarkan ucapannya pada Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dilancarkan pada 2013 lepas, kerajaan terus komited dan berazam sepenuhnya untuk menyasarkan kadar 30 peratus pemilikan ekuiti Bumiputera berjaya dicapai menjelang 2020.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/dari-parlimen/pencarum-dibenar-guna-wang-kwsp-untuk-pelaburan-asb2
Video : AzharyKhairi
Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- RMK-11 : Nisbah Doktor Penduduk Ditambah Baik
- Runtime
- 3:31
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Menjelang tahun 2020, Malaysia bakal mempunyai nisbah seorang doktor bagi 400 penduduk apabila sistem kesihatan ditambah baik menerusi pelbagai strategi yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).Tempoh lima tahun akan datang juga akan menyaksikan jurang agihan katil di hospital dikecilkan kepada 2.3 katil bagi setiap 1,000 penduduk untuk membolehkan lebih ramai rakyat mendapat akses kesihatan yang berkualiti sama ada di fasiliti awam mahupun swasta di seluruh negara.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Enam Strategi Tumpuan RMK-11
- Runtime
- 1:54
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Kerajaan menggariskan enam strategi dalam merealisasikan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) sebagai langkah meningkatkan taraf ekonomi menuju wawasan negara maju.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, strategi tersebut adalah inklusiviti, kesejahteraan rakyat, modal insan, pertumbuhan hijau, infrastruktur, inovasi dan produktiviti.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Hishammuddin Luang Masa Bertemu Speaker Dewan Rakyat
- Runtime
- 0:42
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Menteri Pertahanan,Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini meluangkan masa untuk bertemu Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.Pertemuan secara tertutup itu diadakan di pejabat Speaker itu di bangunan Parlimen di sini.
Hishammuddin tiba kira-kira jam 11.15 pagi.Pertemuan tersebut dijangka membincangkan tentang beberapa isu semasa termasuk isu yang melibatkan Pandikar dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/hishammuddin-luang-masa-bertemu-pandikar-amin-mulia
- Title
- RMK-11 : Perancangan Perlu Ikut Kemampuan Dana
- Runtime
- 1:41
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Menteri Pertahanan,Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini berkata perbelanjaan untuk Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) perlulah bersandarkan kepada kemampuan dan keperluan yang sedia ada.Menurutnya,tiada guna pihak kerajaan membincangkan sesuatu perkara, sekiranya tidak mampu membiayainya kerana tindakan itu hanya akan menimbulkan masalah.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/dari-parlimen/perancangan-rmk-11-perlu-berlandaskan-kemampuan-dana
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Kerajaan Cari Formula Terbaik Selesai Isu GST Kad Prabayar
- Runtime
- 2:58
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Pengguna talian telefon mudah alih di negara ini tidak seharusnya terus mengharapkan Syarikat-Syarikat Telekomunikasi (Telco) untuk menyerap cukai jualan barangan dan perkhidmatan (GST) kerana ianya bertentangan dengan prinsip cukai itu sendiri.Menteri Komunikasi dan Multimedia,Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata,kaedah tersebut juga akan menghantar isyarat yang tidak baik tentang sistem percukaian di Malaysia terhadap pelabur dari luar negara.
Shabery menjelaskan,kerajaan hari ini akan sentiasa mencari jalan untuk melaksanakan kaedah terbaik dalam penggunaan sistem GST seperti di negara-negara lain.Katanya, kerajaan juga sedang cuba menangani masalah seperti rungutan masyarakat yang menyatakan nilai prabayar yang dibeli cepat habis.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/dari-parlimen/jangan-terlalu-berharap-syarikat-telco-serap-gst-kata-shabery
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- GST : Kerajaan Kutip RM1.69 Bilion Ke Atas Barang Import
- Runtime
- 1:53
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Sejak pelaksaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April lalu, kerajaan telah mengutip sebanyak RM1.69 bilion cukai ke atas barangan import.Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata, jumlah tersebut adalah hasil kutipan sehingga hujung bulan lalu.Beliau berkata demikian sebagai menjawab pestanyaan Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye yang meminta jumlah terkini hasil kutipan GST.Ahmad berkata tarikh akhir bagi syarikat yang memperoleh pendapatan tahunan lebih RM5 juta untuk mengemukakan hasil GST mereka ialah hari terakhir bulan berikutnya.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/dari-parlimen/rm169-bilion-kutipan-gst-ke-atas-barang-import
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Pinjaman TEKUN Bukan Suapan Politik - Tajuddin
- Runtime
- 1:30
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Fitnah pembangkang mengaitkan kerajaan dengan ketirisan sekali lagi tidak menjadi apabila Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali dibidas ekoran memberikan fakta salah mengenai tabung bantuan Tekun.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, dakwaan Azmin menuduh kerajaan bersikap tidak adil dalam pembahagian pinjaman Tekun kepada masyarakat orang asli adalah salah sama sekali.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Kabinet Bayangan PR Agenda Utama Wan Azizah
- Runtime
- 1:42
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Selepas dilantik sebagai Ketua Pembangkang baru, menggantikan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Wan Azizah hari ini mengumumkan ingin melaksanakan kabinet bayangan dari kalangan Ahli Parlimen (PR).
Menurut Azizah, kewujudan kabinet bayangan ini sebagai alternatif daripada pihak PR kepada barisan menteri kabinet Barisan Nasional (BN) kini.
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/politik/azizah-mahu-laksana-kabinat-bayangan
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Malaysia Tidak Terima Kemasukan Pelarian Dengan Mudah
- Runtime
- 3:03
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Malaysia tidak akan menerima kemasukan pelarian dengan mudah namun bersedia memberi bantuan kemanusiaan dalam keadaan kecemasan,persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, adalah tidak benar jika dikatakan Malaysia menerima orang luar dengan begitu mudah kerana itu bukan dasar kerajaan.
Beliau menegaskan sekiranya ditahan, setiap pelarian berkenaan akan ditempatkan di kem tahanan sebelum dibicara dan dihantar pulang ke negara asal mereka.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/dari-parlimen/malaysia-tidak-mudah-terima-pelarian
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Pandikar Amin Terus Galas Tugas Speaker Dewan Rakyat
- Runtime
- 1:21
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini meneruskan tugasnya sebagai Speaker Dewan Rakyat seperti biasa walaupun terdapat khabar angin beliau akan meletak jawatan.
Malah, isu tersebut turut dijadikan bahan jenaka dalam sidang Dewan Rakyat oleh ahli parlimen.
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Tiada Keperluan Bina Zon Keselamatan di Sempadan Malaysia-Thailand
- Runtime
- 2:13
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Langkah membina zon keselamatan di Sempadan Malaysia-Thailand seperti yang dilakukan di timur Sabar setakat ini tidak diperlukan.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata kerjasama yang mantap diantara kedua-dua negara dilihat positif dalam pengawalan sempadan negara.Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan yang dikemukakan ahli parlimen Kuala Selangor,Datuk Irmohizam Ibrahim di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Menurut Shahidan, perkara penting yang perlu diberi ketamaan yang tinggi adalah aspek kedaulatan dan keselamatan negara.Mengulas lanjut, tindakan tersebut diambil bagi membuat perkiraan yang membezakan di antara timur Sabah dan Sempadan Malaysia Thailand.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/dari-parlimen/zon-keselamatan-malaysia-thailand-bukan-keperluan-shahidan-kassim
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Kerajaan Sedia Kaji Kecualikan GST Kepada Golongan Tertentu
- Runtime
- 2:35
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Kerajaan bersedia mengkaji cadangan untuk mengecualikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada golongan tertentu seperti Orang Kurang Upaya, mahasiswa dan golongan termiskin, yang berdaftar dengan E-Kasih.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata, sejak dilaksanakan, cukai itu telah membantu mengurangkan impak ke atas golongan berpendapatan rendah, dengan tidak mengenakan GST terhadap semua barangan mentah dan makanan asas.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing: AzharyKhairi
- Title
- Perbelanjaan Ekonomi Negara : Nga Kor Ming Dibidas Di Dewan Rakyat
- Runtime
- 1:41
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dari parti DAP hari ini dibidas apabila mengeluarkan kenyataan tanpa merujuk fakta yang betul di Dewan Rakyat .Beliau ditempelak oleh Timbalan Menteri Kewangan,Datuk Chua Tee Yong selepas mengemukakan soalan tambahan mengenai usaha kerajaan mengawal perbelanjaan dan hutang negara sedangkan bersikap boros termasuk berhubung pembelian jet peribadi.
Tee Young turut menegur Kor Ming yang bersikap tidak adil dengan hanya menggunakan rujukan yang memihak kepada agenda pembangkang untuk menghentam kerajaan.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/dari-parlimen/guna-fakta-tidak-betul-nga-kor-ming-dibidas-di-dewan-rakyat
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Wan Azizah Dilantik Sebagai Ketua Pembangkang
- Runtime
- 1:04
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini secara rasmi dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.Upacara angkat sumpah sebagai Ketua Pembangkang dan juga Ahli Parlimen Permatang Pauh diadakan di hadapan Speaker Dewan Rakyat,Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
www.rakyatnews.my
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Hasan Arifin Angkat Sumpah Sebagai MP
- Runtime
- 1:16
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Datuk Hasan Arifin hari ini mengangkat sumpah secara rasmi sebagai ahli parlimen di Dewan Rakyat.Hasan mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Beliau mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Rompin selepas memenangi PRK kawasan itu pada 5 Mei lalu.Hasan menewaskan calon Pas,Nazri Ahmad dengan majoriti 8,895 undi.PRK Rompin diadakan selepas kematian penyandangnya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, 4 April lalu.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/politik/hasan-arifin-wan-azizah-angkat-sumpah-ahli-parlimen
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Wan Azizah Angkat Sumpah Sebagai MP
- Runtime
- 1:04
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.hari ini mengangkat sumpah secara rasmi sebagai ahli parlimen di Dewan Rakyat.Wan Azizah mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Wan Azizah mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh selepas menang dalam PRK pada 7 Mei lalu.Beliau yang memperolehi 30,316 undi menewaskan calon BN, Suhaimi Shabudin (21,475 undi), calon Bebas, Salleh Isahak (367) dan calon Parti Rakyat Malaysia,Azman Shah Othman (101).
PRK Permatang Pauh diadakan berikutan penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas mahkamah Persekutuan mendapati beliau bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya,Saiful Bukhari Azlan.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/politik/hasan-arifin-wan-azizah-angkat-sumpah-ahli-parlimen
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Pembangkang Pandai Putar Belit Isu Tabung Haji - Shafei Abdullah
- Runtime
- 1:36
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Rakyat digesa supaya tidak mempercayai segala tipu helah pembangkang dalam memutar belitkan fakta sebenar berhubung isu Tabung Haji (TH) baru-baru ini.Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Wangsa Maju,Datuk Dr. Mohd Shafei Abdullah berkata tindakan pembangkang tersebut ternyata menyebabkan TH kini hampir tidak mendapat kepercayaan rakyat.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/tabung-haji-pembangkang-pandai-pusing-fakta-shafei-abdullah
Video/Edited by Romy Irwan Shah
- Title
- GST Sistem Cukai Terbaik Dunia - Shafei Abdullah
- Runtime
- 2:12
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Masyarakat di negara ini dinasihatkan agar tidak cepat untuk menilai perlaksanaan sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dibuat kerajaan sebagai sesuatu yang negatif.
Penyelaras Barisan Nasional (BN) Wangsa Maju, Dato' Dr Mohd Shafei Abdullah berkata, orang ramai perlu melihat perlaksanaan tersebut secara meluas kerana ianya adalah demi kemajuan negara Malaysia.
"Saya percaya GST ini tiada siapa pun yang suka, tetapi kita kena berfikir secara luas kerana kita tidak boleh fikir diri kita sahaja, kita kena bergerak ke hadapan.
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/gst-fikir-secara-meluas-jangan-cepat-berprasangka-buruk-shafei-abdullah
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Perak dan Johor Anjur Temasya SUKMA Pada 2018 dan 2020
- Runtime
- 1:55
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Negeri Perak diumumkan sebagai tuan rumah bagi Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-19 pada tahun 2018.Perkara itu diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang mempengerusikan Mesyuarat Tertinggi SUKMA di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil sebentar tadi.
Negeri Johor akan turut mengendalikan temasya sukan peringkat kebangsaan tersebut bagi edisi yang ke-20 yang dijadualkan berlangsung pada tahun 2020.Sementara itu, SUKMA Ke-18 dijadualkan akan berlangsung di Negeri Sarawak pada 22 hingga 31 Julai 2016.
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- SUKMA : Peraturan Am Dipinda,Kekalkan Pembangunan Sukan Negara
- Runtime
- 2:21
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Beberapa pindaan telah dibuat ke atas Peraturan Am Sukan Malaysia (SUKMA) bagi memastikan acara sukan peringkat kebangsaan itu kekal sebagai sebuah platform pembangunan sukan di Malaysia.Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, antara pindaan yang dibuat adalah penyelarasan semula jumlah atlet-atlet kebangsaan yang dibenarkan untuk turut bertanding di SUKMA.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/peraturan-am-sukma-dipinda-fokus-pembangunan-atlet-pelapis
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Tiada Ahli MT UMNO Minta Najib Berundur – Khairy
- Runtime
- 0:42
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menafikan wujud gesaan supaya Presiden Umno merangkap Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatan beliau ketika mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu berlangsung hari ini.Khairy berkata perbincangan dalam kalangan anggota MT hanya menyentuh mengenai isu-isu semasa,bukannya kedudukan mana-mana pemimpin di dalam parti.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
www.rakyatnews.my
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Najib Laung Komitmen Terus Berkhidmat Untuk Rakyat
- Runtime
- 2:46
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Datuk Seri Najib Tun Razak melaungkan komitmen untuk terus berkhidmat kepada rakyat yang menjadi dorongan kepadanya selama 40 tahun mengabdikan diri dalam politik.Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO itu berkata beliau akan meneruskan semua dasar yang dilaksana bagi membantu rakyat walaupun ada antaranya disifatkan tidak popular.Namun beliau yakin ia akan memberi kesan positif kepada rakyat dan negara pada jangka panjang.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/najib-komited-terus-berkhidmat-untuk-negara
Video : AzharyKhairi
Edited by Romy Irwan Shah
- Title
- ‘Orang Luar’ Cuba Adu Domba Pecahkan Umno - Najib
- Runtime
- 2:26
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata "orang luar" Umno cuba mengadu domba dan memecah-belahkan parti Melayu itu dan ingin melihat pemimpin dan ahli mereka rasa "gelisah".
Berucap merasmikan ulang tahun Umno ke-69 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, malam tadi, perdana menteri berkata mereka yang terbabit dalam usaha memecah belahkan parti itu bukanlah individu yang mempunyai rasa kasih dan sayang terhadap Umno.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Kesepaduan Dalam UMNO Akan Dapat Dicapai - Najib
- Runtime
- 3:29
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Datuk Seri Najib Razak menzahirkan kepercayaan tinggi bahawa kesepaduan dalam UMNO akan dapat dicapai jika kepemimpinan tertingginya seiring dalam perjuangan dan bersatu padu.
Presiden UMNO berkata, biarpun pelbagai onak duri serta dugaan dilalui parti keramat Melayu ini, apabila pemimpinnya mempunyai sokongan yang kuat, sudah pasti di akhirnya parti itu mampu mencipta kejayaan.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Tiada Sengketa Antara Saya dan Muhyiddin - Najib
- Runtime
- 1:22
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Presiden Umno,Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan bahawa wujud perselisihan faham antaranya dan Timbalan Presiden Umno,Tan Sri Muhyiddin Yassin.Najib berkata,beliau juga telah mengadakan pertemuan secara dua hala bersama Muhyiddin selain turut menyatakan penghargaan terhadap sumbangan idea bernas yang diberikan Muhyiddin.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/najib-nafi-selisih-faham-dengan-muhyiddin
Video : AzharyKhairi
Edited by Romy Irwan Shah
- Title
- Video Penuh Ucapan Presiden Sempena Ulang Tahun UMNO Ke-69
- Runtime
- 19:31
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Video Penuh Ucapan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Ulang Tahun UMNO ke-69 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/najib-komited-terus-berkhidmat-untuk-negara
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- 1MDB : MT UMNO Mahu Keputusan Siasatan Ketua Audit Negara Dipercepatkan
- Runtime
- 1:42
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO mahu keputusan siasatan Ketua Audit Negara terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu dipercepatkan,kata presiden UMNO,Datuk Seri Najib Tun Razak.Najib berkata MT UMNO membuat gesaan tersebut supaya rakyat tahu hasil siasatan Ketua Audit Negara terhadap 1MDB.Katanya, MT UMNO juga memberi sokongan untuk menyelesaikan masalah 1MDB dan menawarkan kepakaran mereka untuk menambah baik firma pelaburan tersebut.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
www.rakyatnews.my
Video : AzharyKhairi
Edited by Romy Irwan Shah
- Title
- Simpanan Pendeposit TH Dijamin Kerajaan
- Runtime
- 0:48
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pendeposit Lembaga Tabung Haji tidak perlu bimbang dengan simpanan mereka di institusi itu kerana ia dijamin kerajaan.Beliau menegaskan pendeposit tidak perlu terpengaruh dengan sebarang hasutan mana-mana pihak yang menyarankan mereka supaya mengeluarkan deposit mereka dari Tabung Haji.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/simpanan-pendeposit-tabung-haji-dijamin-kerajaan-najib
Video : AzharyKhairi
Edited by Romy Irwan Shah
- Title
- MT Beri Sokongan Padu Pada Presiden dan Timbalan Presiden UMNO
- Runtime
- 1:31
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Kesemua Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini melahirkan sokongan padu terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai presiden dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden parti itu.Najib berkata barisan MT UMNO mahu supaya presiden dan timbalan presiden serta pimpinan tertinggi parti bersatu dalam satu pasukan dan mengambil tindakan positif untuk kukuhkan lagi kedudukan parti itu dan Barisan Nasional (BN) di sisi rakyat.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Isnin.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/mt-umno-nyata-sokongan-padu-buat-najib-dan-muhyiddin
Video : AzharyKhairi
Edited by Romy Irwan Shah
- Title
- Caruman Pendeposit Tidak Terusik : Pengerusi TH
- Runtime
- 1:13
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Tabung Haji (TH) memberi jaminan wang pendeposit tidak akan terjejas atau hilang dengan pembelian satu plot tanah di Tun Razak Exchange (TRX) daripada 1MDB, sebelum ini.
Sehubungan itu, Pengerusi Datuk Abdul Azeez Rahim minta semua pendeposit supaya tidak risau dengan provokasi politik yang kini tersebar meluas di media sosial.
Maklumat lanjut layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/caruman-pendeposit-tidak-terjejas-azeez-rahim
Video Edited By Al Mahadi mukmim
- Title
- Jual Beli Tanah 1MDB, CEO TH Tidak Terlibat : Azeez
- Runtime
- 0:55
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Datuk Ismee Ismail tidak menghadiri mesyuarat ketika badan pengendali ibadah haji itu membuat keputusan berhubung sebarang urusan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), hari ini.
Maklumat lanjut layari:
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/ceo-tabung-haji-tak-terlibat-urusan-beli-tanah-kata-azeez
Video Edited By Al Mahadi MUkmim
- Title
- Tabung Haji Jual Tanah Milik 1MDB Elak Fitnah Berterusan
- Runtime
- 1:36
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Tabung Haji (TH) memutuskan untuk menjual semula satu plot tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang dibeli daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada pertimbangan RM188.5 juta sebelum ini.
TH dijangka meraih keuntungan lebih RM5 juta daripada penjualan plot tanah itu seluas 1.56 ekar.
Maklumat lanjut layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/tabung-haji-jual-semula-tanah-di-tun-razak-exchange
Video Edited By Almahadi Mukmim
- Title
- #PRKRompin : Rakyat Beri Isyarat Kepada BN
- Runtime
- 2:10
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Kemerosotan majoriti undi yang diperolehi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin disifatkan sebagai satu mesej daripada rakyat kepada kerajaan.Menteri Besar Pahang,Datuk Seri Adnan Yaakob,berkata selepas memperolehi majoriti 8,895 undi,penurunan itu perlu dilihat dan ditangani.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
www.rakyatnews.my
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- #PRKRompin : Hasan Arifin Janji Fokus Isu Pembangunan Rakyat
- Runtime
- 1:29
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Barisan Nasional (BN) terus mengekalkan kedudukannya di parlimen Rompin diatas kemenangan calonnya Datuk Hasan Arifin pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan ini.
Hasan yang memungut 23,796 undi berbanding lawannya Nazri Ahmad dari PAS dengan kutipan undi sebanyak 14,901
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/prk-rompin/rasmi-prkrompin-milik-bn
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- #PRKRompin : BN Menang Majoriti 8,895 Undi
- Runtime
- 1:23
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Barisan Nasional (BN) terus mengekalkan kedudukannya di parlimen Rompin diatas kemenangan calonnya Datuk Hasan Arifin pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan ini.
Hasan yang memungut 23,796 undi berbanding lawannya Nazri Ahmad dari PAS dengan kutipan undi sebanyak 14,901
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/prk-rompin/rasmi-prkrompin-milik-bn
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- #PRKRompin : Kemenangan Calon BN Boleh Dibanggakan - Hishammuddin
- Runtime
- 1:11
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin disifatkan sebagai satu keputusan yang boleh dibanggakan.Penyelaras Jentera BN PRK itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata walaupun jumlah majoriti diraih BN tidak mencapai sasaran ditetapkan, ia bukan satu jumlah yang kecil berdasarkan pelbagai isu dibangkitkan oleh pembangkang.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/prk-rompin/hishammuddin-puas-hati-prestasi-kemenangan-bn
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Tak Salah Beri Tambang Pulang Mengundi - Pengerusi SPR
- Runtime
- 2:23
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan tidak menjadi kesalahan kepada mana-mana pihak untuk memberi elaun perjalanan kepada pengundi luar untuk pulang ke kampung halaman bagi menunaikan tanggungjawab mengundi.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, selagi mana pihak yang memberi elaun perjalanan tidak mengarahkan untuk mengundi pihak tertentu, pemberian elaun tidak menjadi kesalahan dalam pilihan raya.
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/prk-rompin/tiada-kesalahan-beri-elaun-perjalanan-pulang-mengundi-kata-spr
Video / Editng : AzharyKhairi
- Title
- #PRKRompin : Calon PAS Tunai Tanggungjawab Sebagai Pengundi
- Runtime
- 1:37
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Calon PAS,Nazri Ahmad Menunaikan Tanggungjawab Sebagai Pengundi.Beliau Tiba di Sekolah Agama Rakyat LKTP Keratong 5.Nazri yang memakai Baju Melayu berwarna Merah ditemani isterinya,Yusmariza Yusof.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi

