Rakyat News
Kematian Pekerja Asing Sektor Pembinaan : RM10.75 Juta Nilai Pampasan Telah Dibayar
- Title
- Kematian Pekerja Asing Sektor Pembinaan : RM10.75 Juta Nilai Pampasan Telah Dibayar
- Runtime
- 4:30
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Sejumlah RM10.75 juta nilai pampasan telah dilunaskan untuk 518 kes kematian pekerja warga asing di tempat kerja dalam sektor pembinaan sejak tahun 2006 hingga 30 September lepas.Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib, berkata daripada jumlah itu, pekerja asing dari Indonesia merekodkan kematian yang tertinggi dalam sektor pembinaan iaitu seramai 216 orang manakala Bangladesh di tempat kedua dengan 64 orang.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://rakyatnews.my/index.php/headlines/dari-parlimen/item/343885-rm10-75-juta-pampasan-kematian-518-pekerja-binaan-asing
Video/Edited : Romy Irwan Shah
- Title
- Lebih 20.1 Juta Pengguna Internet Aktif Di Malaysia
- Runtime
- 2:59
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Bilangan pengguna internet yang aktif di negara kini melebihi 20.1 juta dengan 16.8 juta daripadanya aktif dalam media sosial, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia,Datuk Jailani Johari, berkata perkembangan itu yang berdasar kadar penembusan jalur lebar yang mencapai 72.2 peratus, menunjukkan masyarakat di negara ini telah menuju ke arah gaya hidup digital.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://rakyatnews.my/index.php/headlines/dari-parlimen/item/343872-20-1-juta-rakyat-malaysia-aktif-guna-internet
Video/Edited : Romy Irwan Shah
- Title
- Kerajaan Tambah Aset Hadapi Bencana Banjir
- Runtime
- 1:42
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang menjalankan proses penambahan aset-aset bencana sebagai persediaan awal sebelum bencana banjir melanda negara.Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, antara aset-aset yang akan ditambah melibatkan trak berkupayaan tinggi, bot penyelamat pelbagai saiz dan enjin mengikut situasi kawasan berisiko.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://rakyatnews.my/index.php/headlines/dari-parlimen/item/343871-kerajaan-tambah-aset-hadapi-bencana-banjir
Video/Edited : Romy Irwan Shah
- Title
- Kerajaan Sedia 486 Klinik Rawatan Untuk Perokok
- Runtime
- 1:36
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini kerajaan menyediakan 486 klinik khas bagi membantu perokok berhenti merokok.Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata bagaimanapun, hanya 18 peratus sahaja daripada golongan perokok tampil mendapatkan rawatan.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://rakyatnews.my/index.php/headlines/dari-parlimen/item/343869-kerajaan-sediakan-486-klinik-rawatan-merokok
Video/Edited : Romy Irwan Shah
- Title
- Nazri Aziz Nafi Wujud Komplot Guling Muhyiddin
- Runtime
- 1:07
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz menegaskan yang beliau tidak tahu menahu mengenai usaha menyingkirkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Mohd Yunus yang mendakwa terdapat lebih 100 ketua bahagian Umno seluruh negara mengadakan perbincangan tertutup bagi menyingkirkan Muhyiddin daripada jawatannya kini.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://rakyatnews.my/index.php/headlines/dari-parlimen/item/343870-nazri-aziz-nafi-wujud-komplot-guling-muhyiddin
Video/Edited : Romy irwan Shah
- Title
- Bajet 2016 : Mensejahtera Kehidupan Rakyat
- Runtime
- 1:36:27
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Video Penuh Ucapan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung Bajet 2016 "Mensejahtera Kehidupan Rakyat" yang dibentang di Dewan Rakyat
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://rakyatnews.my/index.php/liputan-khas/bajet-2016/item/343727-bajet-2016-teks-ucapan-penuh-pm
Video/Edited : Romy Irwan Shah
- Title
- Bajet 2016 : Malaysia Masih Stabil,Tidak Bankrap
- Runtime
- 1:39
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa Malaysia bukan sebuah negara yang gagal atau bankrap walaupun nilai Ringgit jatuh.Perkara ditegaskan oleh beliau ketika membentangkan Bajet 2016 di Parlimen pada Jumaat yang bertemakan ‘Mensejahterakan Kehidupan Rakyat’.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, Malaysia bukan negara bankrap kerana rizab antarabangsa kekal tinggi iaitu sebanyak RM418 billion.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://rakyatnews.my/index.php/liputan-khas/bajet-2016/item/343743-realitinya-malaysia-tidak-bankrap-najib
Video/Edited : Romy Irwan Shah
- Title
- Bajet 2016 : Peruntukan RM5.3 Bilion Rancakkan Industri Pertanian
- Runtime
- 2:02
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Dalam usaha meningkatkan sumber bekalan makanan negara, kerajaan memperuntukkan RM5.3 bilion kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi menggerakkan aktiviti ekonomi dalam sektor pertanian.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata usaha berkenaan akan dikelola menerusi empat program utama meliputi penanaman, menaik taraf infrastruktur, pembukaan pasar tani baharu dan program agroprenur muda.
Sejumlah RM180 juta pula diperuntukkan untuk menaik taraf infrastuktur saliran di kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu di seluruh negara.Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), yang bertanggungjawab dalam pemasaran produk pertanian, menerima peruntukan RM190 juta bagi menjayakan Program Penurunan Harga dengan menambah 50 lagi pasar tani dan mewujudkan 150 Agrobazaar Rakyat 1 Malaysia (ABR1M) yang baharu
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://rakyatnews.my/index.php/liputan-khas/bajet-2016/item/343740-bajet-2016-peruntukan-...
- Title
- Najib Sifatkan Serangan Musuh Ibarat 'Api Dalam Sekam'
- Runtime
- 4:02
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kesal dengan tindakan "musuh dari dalam, mahupun luar" yang katanya cuba merosakkan imej negara termasuk dalam kalangan mereka yang disifatkan sebagai api dalam sekam atau gunting dalam lipatan.Najib bagaimanapun menyifatkan cabaran itu tidak akan mematahkan usaha kerajaan pimpinannya untuk terus berusaha melakukan apa yang sepatutnya dilakukan
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://rakyatnews.my/index.php/liputan-khas/bajet-2016/item/343738-najib-sifatkan-serangan-musuh-ibarat-api-dalam-sekam
Video/Edited : Romy Irwan Shah
- Title
- Bajet 2016 : 9 Projek Bakal Dilaksanakan Sumbang KDNK 26.7%
- Runtime
- 3:21
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Kerajaan bakal melaksanakan sembilan projek dan inisiatif dalam Bajet 2016 bagi merancakkan pelaburan domestik dengan jangkaan sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar sebanyak 26.7 peratus tahun depan.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan membangunkan Malaysian Vision Valley meliputi keluasan 108,000 hektar di Negeri Smebilan, dengan unjuran pelaburan permulaan sebanyak RM5 bilion.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan juga akan membangunkan Bandar Lapangan Terbang atau Aeropolis KLIA di kawasan seluas 526.09 hektar, yang dijangka menarik pelaburan sebanyak RM7 bilion.Sembilan projek domestik berimpak tinggi bernilai RM6.7 bilion oleh Khazanah Nasional Bhd juga akan dilaksanakan pada tahun depan, di samping memperuntukkan RM500 juta untuk modal teroka dan dana ekuiti persendirian termasuk dana teroka modal pelancongan sebanyak RM50 juta.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://rakyatnews.my/index.php/liputan...
- Title
- Bajet 2016 : Anak Sara Ibu Bapa Diberi Pelepasan Cukai RM1,500
- Runtime
- 3:59
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Mulai tahun depan,buat julung kalinya,anak-anak yang menyara ibu bapa walaupun tidak tinggal bersama akan diberi pelepasan cukai terkumpul sebanyak RM1,500 masing-masing untuk ibu dan bapa."Tapi dengan syarat,ibu dan bapa masing-masing tidak berpendapatan melebihi RM2,000 sebulan dan berumur 60 tahun ke atas," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Selain itu, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata had pelepasan cukai bagi setiap anak berumur di bawah 18 tahun digandakan daripada RM1,000 kepada RM2,000 pada tahun depan.Perdana Menteri turut mengumumkan, pelepasan cukai bagi pembayar individu yang pasangannya tidak mempunyai pendapatan, dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM4,000.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://rakyatnews.my/index.php/liputan-khas/bajet-2016/item/343732-anak-sara-ibu-bapa-diberi-pelepasan-cukai-rm1-500
Video/Edited : Romy Irwan Shah
- Title
- Tiada GST Semua Jenis Ubat Tidak Berjangkit
- Runtime
- 4:39
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Tiada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikenakan ke atas semua jenis ubat penyakit tidak berjangkit, adalah antara tujuh langkah penambahbaikan layanan GST berkuat kuasa menjelang 1 Januari depan.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata penambahbaikan itu membabitkan semua jenis ubat terkawal di bawah senarai Racun Kumpulan A,B,C,D serta tambahan sebanyak 95 jenama ubat 'boleh dibeli kaunter'.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://rakyatnews.my/index.php/liputan-khas/bajet-2016/item/343731-tiada-gst-semua-jenis-ubat-tidak-berjangkit
VideoEdited : Romy Irwan Shah
- Title
- Bajet 2016 : Pemberian Khas RM500 Kepada 1.6 Juta Penjawat Awam Januari Ini
- Runtime
- 2:41
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Kerajaan akan memberikan pemberian khas sebanyak RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam.Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata seramai 700,000 pesara kerajaan pula akan menerima bayaran khas RM250. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata,kedua-dua bayaran ini yang berjumlah hampir RM1 bilion akan dibuat pada bulan Januari 2016.
Beliau berkata kerajaan bersetuju menambah baik beberapa perkara bagi menghargai sumbangan dan khidmat bakti kakitangan perkhidmatan awam termasuk menetapkan skim gaji minimum dalam perkhidmatan awam kepada RM1,200 sebulan yang akan memanfaatkan 60,000 penjawat awam.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://rakyatnews.my/index.php/liputan-khas/bajet-2016/item/343730-bajet-2016-pemberian-khas-rm500-kepada-1-6-juta-penjawat-awam
Video/Edited : Romy Irwan Shah
- Title
- Bajet 2016 : Kerajaan Peruntuk RM31.2b Tingkat Ketenteraan Dan Pertahanan Awam
- Runtime
- 3:45
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Sebanyak RM31.2 bilion diperuntukkan bagi meningkatkan tahap keselamatan dan pertahanan negara,termasuk melengkapkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan penggunaan 'Unmanned Airborne System'.Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak,berkata penggunaan teknologi terkini itu adalah bagi meningkatkan keupayaan risikan, pemantauan dan peninjauan agensi di bawah Kementerian Pertahanan.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://rakyatnews.my/index.php/liputan-khas/bajet-2016/item/343729-bajet-2016-rm31-2b-tingkat-ketenteraan-dan-pertahanan-awam
Video/Edited : Romy Irwan shah
- Title
- Bajet 2016 : Pemerkasaan Bumiputera Terus Jadi Agenda Kerajaan
- Runtime
- 1:50
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Pemerkasaan Bumiputera dalam beberapa sektor meliputi bidang keusahawanan dan pendidikan terus menjadi keutamaan agenda nasional kerajaan menerusi Bajet 2016.Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2016 bertemakan 'Mensejahtera Kehidupan Rakyat' di Dewan Rakyat hari ini berkata, pemerkasaan itu turut merangkumi pembangunan masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://rakyatnews.my/index.php/liputan-khas/bajet-2016/item/343728-pemerkasaan-bumiputera-terus-jadi-agenda-kerajaan
Video/Edited : Romy Irwan Shah
- Title
- Bajet 2016 : Bantuan BR1M Dinaikkan
- Runtime
- 2:36
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia bermula tahun hadapan
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://rakyatnews.my/index.php/liputan-khas/bajet-2016/item/343724-bantuan-br1m-dinaikkan
Video/Edited : Romy Irwan Shah
- Title
- Kerajaan Sasar 30.5 Juta Pelancong Pada 2016
- Runtime
- 1:35
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Malaysia menyasarkan kehadiran 30.5 juta pelancong pada 2016 yang akan menyumbang RM103 bilion kepada pendapatan negara.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata,RM1.2 bilion diperuntukkan kerajaan kepada Kementerian Pelancongan dalam usaha meningkatkan kualiti fasiliti pelancongan negara.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://rakyatnews.my/index.php/liputan-khas/bajet-2016/item/343722-jangkaan-rm103b-sumbangan-dari-sektor-pelancongan-2016
Video/Edited : Romy Irwan shah
- Title
- P.Kamalanathan Sambut Baik Pengumuman Bajet 2016
- Runtime
- 1:19
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Timbalan Pendidikan,P.Kamalanathan Menyambut Baik Pengumuman Bajet 2016 yang diumumkan oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Bagi meringankan tanggungan ibubapa untuk perbelanjaan persekolahan anak-anak, seperti bantuan 100 ringgit yang diteruskan oleh kerajaan mulai Januari 2016 dan hanya dikhususkan kepada pelajar sekolah dari kalangan isi rumah berpendapatan 3 ribu ringgit ke bawah.Ini memanfaatkan 3.5 juta pelajar dengan peruntukan 350 juta ringgit.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
- Title
- Bajet 2016 : Kerajaan Masih Gagal Tangani Krisis Ekonomi Negara
- Runtime
- 1:19
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Ahli Palimen Gombak, Mohamed Azmin Ali berkata Bajet 2016 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Tidak Mampu menangani krisis ekonomi negara.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
- Title
- Bajet 2016 Hanya Gula-Gula Untuk Rakyat - Guan Eng
- Runtime
- 1:12
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan Bajet 2016 sebagai bajet ‘tutup skandal’.
Ketua Menteri Pulau Pinang membuat dakwaan itu berikutan tiada langsung langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah skandal 1MDB.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
- Title
- Bajet 2016 : Tumpuan Utama MINDEF Tidak Terjejas - Hishammuddin
- Runtime
- 0:43
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Menteri Kabinet menyifatkan Bajet 2016 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak petang ini sebagai belanjawan inklusif, menyeluruh dan memenuhi segenap aspek keperluan rakyat dan negara.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata walaupun ekonomi negara berdepan tekanan dan cabaran yang besar, namun kebajikan kakitangan awam masih menjadi keutamaan kerajaan.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
- Title
- Khairy Jamaluddin Sambut Baik Pengumuman Bajet 2016
- Runtime
- 0:49
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Menteri Belia Dan Sukan Khairy Jamaluddin menyambut baik pengumuman Bajet 2016 yang diperuntukkan untuk sukan,seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak pada siang tadi.
Najib mengumumkan peruntukan sebanyak RM145 juta untuk mempersiapkan atlet negara bagi menghadapi cabaran Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 pada 2017 di Kuala Lumpur.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
- Title
- Bajet 2016 Ikut Kehendak Rakyat
- Runtime
- 0:54
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
- Title
- GST : Hasil Negara Akan Bertambah Sebanyak RM21 Bilion
- Runtime
- 1:39
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 2016 dijangka dapat menambah hasil negara sebanyak RM21 bilion berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak, berkata sekiranya kerajaan kekal dengan sistem SST,hasil kutipan pada 2016 dianggarkan sebanyak RM18 bilion berbanding GST sebanyak RM39 bilion.Perdana Menteri berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat di sini hari ini
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://rakyatnews.my/index.php/liputan-khas/bajet-2016/item/343721-gst-akan-tambah-hasil-negara-sebanyak-rm21-bilion
Video/Edited : Romy Irwan Shah
- Title
- Bajet 2016 : RM1.4b Diperuntukkan Naik Taraf Luar Bandar
- Runtime
- 2:05
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Dana sebanyak RM1.4 bilion diperuntukkan bagi pambangunan luar bandar dengan RM200 juta daripada jumlah tersebut digunakan bagi tujuan menaik taraf jalan di kawasan penempatan FELDA.Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2016 hari ini berkata, RM878 juta lagi digunakan bagi Projek Bekalan Elektrik memanfaatkan lebih 10,000 rumah.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://rakyatnews.my/index.php/liputan-khas/bajet-2016/item/343720-peruntukan-rm1-4b-naik-taraf-luar-bandar
Video/Edited : Romy Irwan Shah
- Title
- Bajet 2016 : Pengguna Prepaid Peroleh Rebat Nilai GST
- Runtime
- 0:58
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar kini akan memperolehi kembali nilai penuh termasuk amaun cukai Barangan dan Perkhidmatan yang dibayar sebelum ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perkara tersebut akan dilaksanakan bermula 1 Januari 2016 sehingga 31 Disember 2016.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://rakyatnews.my/index.php/liputan-khas/bajet-2016/item/343718-pengguna-prepaid-peroleh-rebat-nilai-gst
Video/Edited : Romy Irwan Shah
- Title
- 6 Kejayaan Utama Kerajaan Telah Dicapai Sejak 2009
- Runtime
- 3:53
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Malaysia terus menongkah arus ekonomi negara sungguhpun pelbagai rintangan yang dihadapi dari pelbagai peringkat termasuk domestik dan antarabangsa.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dunia kini mengalami kelembapan ekonomi ekoran kejatuhan harga minyak namun ekonomi Malaysia tetap berkembang 5.3% pada setengah tahun pertama 2015.Ujarnya, pencapaian itu antara enam kejayaan Malaysia menghadapi cabaran ekonomi dunia.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://rakyatnews.my/index.php/liputan-khas/bajet-2016/item/343714-6-pencapaian-utama-malaysia-menempuhi-kelembapan-ekonomi-dunia-najib
Video/Edited : Romy Irwan Shah
- Title
- Najib Tiba di Parlimen Bentang Bajet 2016
- Runtime
- 0:41
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di lobi Bangunan Parlimen pada pukul 3.48 petang tadi untuk membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Ramkarpal Panggil MP BN Binatang
- Runtime
- 2:29
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Berang dengan usul penggantungan Ahli Parlimen Lim Kit Siang (DAP- Gelang Patah) digantung, Ram Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) menggelarkan ahli Dewan Rakyat Barisan Nasional (BN) sebagai binatang.
Kenyataan itu mengakibatkan sidang Dewan Rakyat tegang bagi mendesak anak kepada mendiang Karpal Sigh itu menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Tragedi Kren Runtuh : Mangsa Kongsi Detik Cemas
- Runtime
- 3:14
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Mangsa Tragedi Kren Runtuh,Dr. Mohd Nor Azman Hassan Menceritakan Kejadian Yang Berlaku
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/headlines/eksklusif/item/343682-th-fokus-urusan-kepulangan-semua-jemaah-haji
Video/Edited : Romy irwan Shah
- Title
- MARA Tidak Akan Kompromi Skandal Hartanah Australia - Annuar
- Runtime
- 1:56
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Majlis Amanah Rakyat (MARA) tidak akan berkompromi berhubung isu integriti terhadap mana-mana individu yang didapati bersalah dalam isu pembelian hartanah MARA di Australia.
Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa turut menegaskan, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang didapati bersalah.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Hina Speaker : Lim Kit Siang Digantung 6 Bulan
- Runtime
- 3:11
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang digantung selama enam bulan daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat berkuatkuasa hari ini.
Keputusan penggantungan terhadap pemimpin veteran DAP itu dipersetujui selepas usul itu dicadangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said pada jam 11.30 pagi tadi untuk dibahaskan.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiande, membuat keputusan itu selepas majoriti Ahli Parlimen menerima usul berkenaan.
Makluma lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- TH Fokus Urusan Kepulangan Semua Jemaah Haji
- Runtime
- 1:20
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Tabung Haji (TH) kini sedang fokus menguruskan proses kepulangan kesemua jemaah haji Malaysia serta petugas-petugas dari Mekah kata Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.Namun Azeez menjelaskan, terdapat empat orang jemaah haji Malaysia yang masih belum diketahui status kepulangan mereka menjelang penerbangan terakhir pada 28 Oktober ini.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/headlines/eksklusif/item/343682-th-fokus-urusan-kepulangan-semua-jemaah-haji
Video/Edited : Romy Irwan Shah
- Title
- Azeez Rahim Lawat Mangsa Kren Tumbang Mekah
- Runtime
- 1:13
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Azeez Rahim mengadakan lawatan ke rumah Haji Zainul Arifin Zulkifli iaitu jemaah haji yang merupakan salah satu mangsa tregedi kren tumbang.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Pampasan : Tabung Haji Akan Berbincang Dengan Kerajaan Arab Saudi
- Runtime
- 1:47
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Tabung Haji (TH) akan berbincang bersama dengan pihak berwajib di Arab Saudi untuk mendapatkan maklumat mengenai takrifan pampasan yang diterima oleh mangsa ataupun waris dalam tragedi kren tumbang di Makkah, 9 September lalu
Pengerusinya, Datuk Seri Azeez Rahim berkata, takrifan pampasan itu perlu diketahui supaya tidak ada sebarang kekeliruan.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- 1MDB : PAC Tiada Kuasa Pecat Tony Pua
- Runtime
- 2:02
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tiada kuasa untuk memecat Ahli Parlimen (DAP-Petaling Jaya Utara), Tony Pua.Pengerusinya PAC yang baharu,Datuk Hasan Arifin berkata hanya Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen yang turut dianggotai Penasihat DAP,Lim Kit Siang boleh memecat Pua daripada jawatankuasa itu.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://rakyatnews.my/index.php/headlines/dari-parlimen/item/343586-saya-tiada-kuasa-pecat-tony-pua-pengerusi-pac
Video/Edited : Romy Irwan Shah
- Title
- 1MDB : Lim Kit Siang Tempelak Pengerusi PAC Baharu
- Runtime
- 2:29
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang baharu dilantik Datuk Hasan Ariffin tidak harus mengambil sikap ‘duduk dan tunggu’ untuk menyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang berkata, sebaik sahaja menerima tanggungjawab yang diberikan, Hasan perlu meneruskan siasatan terhadap 1MDB dalam kadar segera kerana kes ini melibatkan kepentingan negara.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://rakyatnews.my/index.php/headlines/dari-parlimen/item/343566-pengerusi-pac-baru-tidak-boleh-berlengah-tempelak-kit-siang
Video/Edited : Romy Irwan Shah
- Title
- Industri Pelancongan Malaysia Tidak Terjejas Berikutan Perhimpunan BERSIH
- Runtime
- 2:45
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Penganjuran beberapa perhimpunan aman baru-baru ini Termasuk BERSIH 4.0 tidak menjejaskan sektor pelancongan negara,sidang Dewan Rakyat diberitahu pada Selasa.Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata sebaliknya dengan membenarkan perhimpunan berkenaan, ia secara tidak langsung telah menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia adalah negara yang benar-benar berpegang kepada prinsip demokrasi.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://rakyatnews.my/index.php/headlines/dari-parlimen/item/343571-bersih-tidak-jejas-industri-pelancongan-malaysia-nazri-aziz
Video/Edited : Romy Irwan Shah
- Title
- TPPA Buka Peluang Negara Bebas Cukai Termasuk Malaysia
- Runtime
- 2:51
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) memberi peluang negara bebas cukai dalam produk tertentu dengan Amerika Syarikat (AS),Peru,Kanada dan Mexico.Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ia bakal direalisasikan dengan perjanjian perdagangan selain negara lain yang sudah mempunyai perjanjian sama dengan Malaysia.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://rakyatnews.my/index.php/headlines/dari-parlimen/item/343557-tppa-buka-peluang-malaysia-ke-arah-bebas-cukai-mustapa
Video/Edited : Romy Irwan Shah
- Title
- Hasan Ariffin Komited Teruskan Siasatan 1MDB
- Runtime
- 2:11
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang baharu dilantik,Datuk Hasan Arifin,berjanji akan melaksana tugasnya dengan penuh tanggungjawab termasuk meneruskan siasatan terhadap isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).Ketika ditemui media di Bangunan Parlimen hari ini,Ahli Parlimen Rompin itu juga menyatakan kesediaannya untuk menggalas amanah itu, berbekalkan pengalamannya sebagai Ahli Jawatankuasa Persatuan Parlimen Komanwel (CPA) selama dua penggal sebelum ini.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/headlines/dari-parlimen/item/343546-hasan-ariffin-fokus-teruskan-siasatan-1mdb
Video/Edited : Romy Irwan Shah
- Title
- GST : Kerajaan Bayar Semula Cukai Input RM4.5 Bilion
- Runtime
- 1:56
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Kerajaan sudah membuat bayaran balik atau cukai input sebanyak RM4.5 bilion sejak pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) April lalu.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong, berkata dakwaan kononnya kerajaan tiada wang untuk membayar balik cukai input itu adalah tidak benar.
"Jika kerajaan tiada wang mereka tidak akan dapat bayar 'refund' sebanyak RM4.5 bilion. Dari segi pelaksanaan GST kita semua sedia maklum ia adalah secara permulaan.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Tempoh Setahun JKNMPP Kemuka Cadangan Pembiayaan Politik
- Runtime
- 2:05
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) mempunyai tempoh setahun untuk menyelesai dan mengemukakan sebarang cadangan dan penemuan kepada jemaah menteri mengenai pembiayaan politik, persidangan Dewan Rakyat diberitahu Isnin.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata jawatankuasa itu bertindak sebagai platform dalam proses konsultatif untuk meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti dalam cara memperoleh dana politik.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Ahli Parlimen DAP Bikin Dewan Rakyat Kecoh
- Runtime
- 2:50
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Sesi perbahasan Dewan Rakyat bagi penggal baru bermula hari ini kecoh apabila Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook (DAP) mempertikaikan jawapan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong.
Pertikaian itu wujud selepas soalan yang dikemukakan oleh Anthony kepada Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak, dijawab oleh Tee Yong.
“Saya tak faham. Soalan saya ditujukan kepada menteri kewangan dan beliau ada di sini.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Wan Azizah Akan Ketuai Usul Tidak Percaya Terhadap PM
- Runtime
- 1:09
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Selepas berlaku pertengkaran di antara DAP dan PKR berhubung siapa yang seharusnya mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,Pakatan Harapan hari ini memutuskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk membawanya Selepas Mesyuarat Yang Pertama berlangsung hari ini.Dr Wan Azizah berkata usul itu akan difailkan di bawah Seksyen 26 Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
www.rakyatnews.my
Video/Edited : Romy Irwan Shah
- Title
- Tony Pua Digesa Tarik Balik Kenyataan 'Gangster'
- Runtime
- 2:31
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Pengarah Biro Kemasyarakatan Aduan Rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) S.Manikavasagam melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Ahli Petaling Jaya Utara Tony Pua yang melabelkan Saminathan sebagai ‘Gangster’.Katanya,Tony Pua perlu menarik balik dalam kenyataannya sebelum ini dan menggesa supaya Menteri Besar Selangor,Azmin Ali supaya masuk campur tangan dalam hal tersebut.
Sebelum ini,Tony Pua mendakwa didatangi samseng semasa mengadakan lawatan ke tapak bazar Deepavali baru di Kuil Sri Sakthi Easwari bersama-sama dengan wakil rakyat negeri,Lau Weng San dan exco kerajaan negeri,V Ganabathirao.Beliau mendakwa Saminathan Kitchan dan Murali Subramaniam merupakan individu samseng yang meyerang beliau dengan membantah penempatan semula bazar Deepavali dari tapak bazaar yang lama iaitu di Jalan SS9A / 13 SS9A / 12.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/headlines/eksklusif/item/343506-tony-pua-jangan-main-main-dengan-kaum-india...
- Title
- Tony Pua Disaran Jangan Campur Urusan Peniaga India
- Runtime
- 1:39
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Timbalan Ketua Cabang PKR Kelana Jaya,Saminathan Kitchan berkata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua tidak perlu campur tangan urusan Peniaga India kerana Ahli Majlis Perbandaran Petaling Jaya sudah menghantar memorandum.Katanya, memorandum tersebut turut mendapat sokongan daripada 12 Ahli Majlis
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/headlines/eksklusif/item/343506-tony-pua-jangan-main-main-dengan-kaum-india-pkr
Video/Edited : Romy Irwan Shah
- Title
- Orang Tengah Peras Ugut Penjaja : Tony Pua Didesak Buat Laporan Polis
- Runtime
- 2:50
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelana Jaya,S.Murali Subramaniam berkata Ahli Parlimen Petaling Jaya Tony Pua Didesak Untuk memuat Laporan Polis Berhubung kenyataan baru-baru ini yang mengatakan Orang Tengah Peras Ugut Penjaja.
Sementara Itu,Peniaga kaum India yang sudah meniaga melebihi 15 tahun di Bazaar Hari Deepavali di Sungai Way menolak pemimpin daripada DAP iaitu Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara,Tony Pua ekoran pemimpin mengusir peniaga di sini.Bantahan tersebut disuarakan kerana Tony Pua menukar tapak bazaar yang baru iaitu di perkarangan Sungai Way Kuil Sri Sakthi Easwari.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/headlines/eksklusif/item/343506-tony-pua-jangan-main-main-dengan-kaum-india-pkr
Video/Edited : Romy Irwan Shah
- Title
- PAS Tolak DAP : PERKASA Ucap Tahniah
- Runtime
- 0:47
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- PERKASA mengucapkan tahniah kepada Pas ekoran kini sudah memutuskan hubungan politik bersama DAP.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, tidak ada sebarang kerugian perjuangan politik PAS setelah memutuskan hubungan politik bersama DAP.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- PAS-PERKASA Jalin Kerjasama Bersama
- Runtime
- 1:38
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Dalam perkembangan yang boleh dianggap 'sejarah', Pas dan Perkasa hari ini berada di pentas sama untuk menzahirkan kebersamaan dalam tiga perkara utama yang menjadi tumpuan hari ini.
Tiga perkara itu ialah dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tindakan ke atas bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Mattias Chang serta isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Pemimpin UMNO Tidak Sepatutnya Hadir Sidang Media Tun Mahathir
- Runtime
- 1:11
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Presiden Gerakan Martabat Pejuang Negara (GMPN) Mejar (B) Razali Zakaria berkata, tindakan Timbalan Presiden UMNO,Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden UMNO,Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang hadir ke sidang media bersama Mahathir semalam adalah tindakan yang tidak sepatutnya dibuat.Katanya,ini kerana Muhyiddin dan Shafie masih Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan keduanya sepatutnya bersama dengan kepimpinan Presiden yang diterajui Datuk Seri Najib Tun Razak.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/headlines/eksklusif/item/343325-ngo-desak-tun-m-bersikap-rasional-henti-serang-najib
Video/Edited : Romy Irwan Shah

