Rakyat News
#PRKRompin : Calon BN Tunai Tanggungjawab Sebagai Pengundi
- Title
- #PRKRompin : Calon BN Tunai Tanggungjawab Sebagai Pengundi
- Runtime
- 1:21
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin Menunaikan Tanggungjawab Sebagai Pengundi.Beliau tiba di Sekolah Kebangsaan Leban Chondong kira-kira pukul 8.24 pagi untuk membuang undi.Hasan yang memakai baju batik berwarna biru ditemani isterinya,Datin Rozidah Karim dan anak-anaknya.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/prk-rompin/prkrompin-mula
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Profil #PRKRompin dan #PRKPermatangpauh Berbeza - Muhyiddin
- Runtime
- 1:14
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Barisan Nasional (BN) mengharapkan sekiranya keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin memihak kepada calonnya ia akan memberi reaksi positif kepada keputusan di PRK Permatang Pauh yang bakal berlangsung selang beberapa hari sahaja.Pengarah BN PRK Rompin dan Permatang Pauh,Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaubagaimanapun ada beberapa faktor yang perlu diambil kira dalam meletakkan status kedua-dua PRK ini.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/prk-rompin/situasi-prkrompin-dan-prkpermatangpauh-berbeza
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- #PRKRompin : PAS Nak Selamatkan FELDA Dari Siapa? - Muhyiddin
- Runtime
- 1:56
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoal kempen PAS 'Selamatkan Felda' sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin.Menurut Timbalan Presiden UMNO itu,Felda telah mengecapi pelbagai kejayaan dengan mengubah kehidupan masyarakat Melayu ke taraf lebih baik hasil idea bernas bapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,Allahyarham Tun Abdul Razak.Ujarnya,Felda sebenarnya perlu diselamatkan dari terjerumus dari perangkap PAS yang kini terperangkap dengan pelbagai masalah dalaman disamping tekanan dari rakan pakatannya, DAP dan PKR.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/prk-rompin/selamatkan-felda-dari-siapa-soal-muhyiddin
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- #PRKRompin : Apa Yang Dibuat Oleh UMNO Semuanya Haram Bagi PAS
- Runtime
- 1:56
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Dakyah PAS mengharamkan tindak-tanduk UMNO berlaku sejak sekian lama dan kini tiba giliran pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang turut dilabel haram oleh parti tersebut.Penyelaras Jentera BN Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata,bagi PAS kebanyakan yang dilakukan UMNO sejak dahulu dianggap haram sungguhpun perkara tersebut dilakukan PAS kini.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/prk-rompin/bagi-pas-semua-umno-buat-haram-kata-hishammuddin
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Rumah PR1MA Pahang Serendah RM80,000 - MB Pahang
- Runtime
- 1:35
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata kira-kira 27,000 unit rumah PR1MA Pahang sedang dalam pembinaan di 69 buah lokasi seluruh negeri dan ditawarkan pada harga antara RM125,000 hingga RM150,000.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- #PRKRompin : Majlis Pecah Tanah PR1MA Pontian Jaya
- Runtime
- 0:59
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini telah melakukan gimik pecah tanah sempena Majlis Pecah Tanah bagi Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Tapak Projek PR1MA Pontian Jaya.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- #PRKRompin : Hishammuddin Ramah Mesra Bersama Rakyat
- Runtime
- 1:57
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Penyelaras Jentera BN PRK Rompin,Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut serta menghadiri kenduri rakyat di Felda keratong 8 dan 9.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzhryKhairi
- Title
- #PRKRompin : Suasana Pilihan Raya Semakin Dirasai - Hishammuddin
- Runtime
- 1:06
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Mood Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin yang berbaki dua hari kini semakin membara dengan setiap jentera Barisan Nasional (BN) bekeerja keras bagi memastikan setiap pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka pada 5 Mei ini.
Penyelaras BN PRK Rompin Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, berbanding dari hari pertama mood pengundi untuk keluar mengundi semakin meningkat menjelang hari pengundian.
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/prk-rompin/mood-prkrompin-semakin-membara
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Pengumuman Najib Tentang Rumah Felda Bukan Gula-Gula Pilihan Raya - Hishammuddin
- Runtime
- 1:43
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Penurunan harga rumah bagi kumpulan generasi kedua Felda Rompin bakal diperluaskan ke seluruh negara ekoran komitmen kerajaan untuk membela nasib.
Penyelaras BN PRK Rompin Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pembelaan terhadap generasi kedua Felda merupakan perjuangan berterusan Barisan Nasional (BN) sejak awal penubuhan Felda sewaktu pemerintahan Allahyarham Tun Abdul Razak.
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/prk-rompin/harga-baru-rumah-generasi-kedua-felda-bakal-diperluas-ke-seluruh-negara
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- #PRKRompin : Pemimpin BN Tunai Solat Jumaat Bersama Rakyat
- Runtime
- 1:42
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Pemimpin Barisan Nasional (BN) Menunaikan Solat Jumaat Bersama Rakyat di Masjid Al-Iman,Kampung Leban Condong,Kuala Rompin.Antara Yang Hadir Penyelaras BN PRK Rompin,Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Penyelaras BN PRK Permatang Patuh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Turut Hadir Ahli Dewan Undangan (DUN) Lanchang Yang Juga Exco Negeri Pahang Datuk Mohd Sharkar Shamsudin
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
www.rakyatnews.my
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Mustahil Isu Telco Selesai Esok - Shabery Cheek
- Runtime
- 2:14
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Harga kad tambah nilai prabayar telefon bimbit yang dibeli oleh pengguna akan tidak akan kembali normal seperti sebelum perlaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada esok ekoran ia melibatkan isu teknikal.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Shabery Cheek berkata tempoh tersebut tidak boleh dipercepatkan lagi ekoran ia merupakan tempoh yang amat sukar untuk dilakukan.
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/harga-asal-kad-prabayar-mustahil-dilaksanakan-esok-shabery-cheek
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- #PRKRompin : BN Terima Reaksi Positif Di Pulau Tioman
- Runtime
- 1:32
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- #PRKRompin : 'Tsunami Melayu' Hanya Perang Saraf - Hishammuddin
- Runtime
- 1:51
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yakin tidak akan berlaku tsunami undi Melayu terhadap Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Rompin pada 5 Mei ini.
Penyelaras jentera pilihan raya BN bagi PRK Parlimen Rompin itu menyifatkan andaian itu hanya sekadar 'perang saraf' yang dilakukan pihak pembangkang untuk melemahkan jentera BN selain mahu meraih sokongan pengundi.
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/prk-rompin/prkrompin-tsunami-melayu-hanya-mainan-perang-saraf-pembangkang-hishammuddin
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- #PRKRompin : Hishammuddin Bersama Orang Asli di Kampung Sungai Mok
- Runtime
- 1:41
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Penyelaras Jentera BN PRK Rompin,Datuk Seri Hishammuddin Hussein Bersama Masyarakat Orang Asli di Kampung Mok,Kuala Rompin
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
www.rakyatnews.my
Video / Editing By Romy Irwan Shah
- Title
- #PRKRompin : Jangan Andai BN Boleh Menang
- Runtime
- 1:44
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Pengundi di Parlimen Rompin diingatkan untuk tidak mengandaikan Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dan tidak keluar mengundi pada 5 Mei ini.Timbalan Presiden BN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sungguhpun Rompin menjadi kubu kuat BN Sejak sekian lama namun masyarakat di parlimen ini perlu melaksanakan tanggungjawab dengan memastikan kawasan ini terus diteraju parti.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/prk-rompin/jangan-andaikan-bn-menang-di-rompin
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Bina Pusat Dialisis : YKN Laksana Hasrat Arwah JJ
- Runtime
- 1:22
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Yayasan Kebajikan Negara (YKN) yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mewujudkan pusat rawatan dialisis bagi memastikan masyarakat tempatan mendapat akses rawatan dengan lebih mudah.Pusat Dialisis ini merupakan perjuangan Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis bagi membantu golongan kurang berkemampuan khususnya di Rompin dengan dilengkapi kemudahan serta spesifikasi yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/prk-rompin/ykn-laksana-hasrat-arwah-jj-bina-pusat-dialisis
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- #PRKRompin : Hanya BN Mampu Bawa Kemajuan dan Kestabilan Negara
- Runtime
- 2:18
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Kestabilan dan kemajuan yang dicapai oleh negara kini merupakan hasil usaha kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kesepakatan dan keharmonian sejak awal kemerdekaan negara.Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelbagai dasar dilakukan kerajaan bagi meningkatkan status rakyat ke peringkat lebih baik tanpa mengira faktor soisologi, demografi mahupun fahaman politik.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/prk-rompin/hanya-bn-mampu-bawa-kemajuan-kestabilan-negara-muhyiddin
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Nepal : Kementerian Pertahanan Buka Pusat Pengumpulan Barangan
- Runtime
- 1:22
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Kementerian Pertahanan telah membuka pusat pengumpulan barangan bantuan kemanusiaan ke Nepal di Gudang Kargo Dua di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pusat pengumpulan itu dibuka bagi orang ramai menyampaikan bantuan kepada mangsa gempa bumi kuat di Kathmandu, Sabtu lalu.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- #PRKRompin : Hishammuddin Lawat PDM DUN Tioman
- Runtime
- 2:02
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Penyelaras Jentera BN PRK Rompin,Datuk Seri Hishammuddin Hussein Melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sekitar Sungai Puteri, Kuala Rompin dan Bandar Baru Rompin. Selepas itu beliau melawat Pusat Media di Kolej Komuniti.
Maklumat Lanjut Layari :
www.rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- #PRKRompin : Hishammuddin Lawat PDM FELDA Keratong
- Runtime
- 2:42
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Penyelaras Jentera BN PRK Rompin,Datuk Seri Hishammuddin Hussein Melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sekitar FELDA Keratong.Sebelum Itu,Beliau Yang Juga Naib Presiden UMNO,Menunaikan Solat di Masjid Al Makmuriah,FELDA Keratong 2.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
www.rakyatnews.my
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Penyelarasan Segera Bawa Pulang Warga Malaysia Di Nepal - Hishammuddin
- Runtime
- 2:12
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Pesawat C130 Hercules Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membawa 64 penyelamat dan pasukan perubatan selamat tiba di Pangkalan Operasi Hadapan, Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Kathmandu di Nepal, pagi ini.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pesawat itu berlepas dari Pangkalan Udara Subang, Selangor pada pukul 6 pagi semalam dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Netaji Subbhas Chandrabose, India pada 12.15 tengah hari Isnin, sebelum meneruskan perjalanan ke Kathmandu.
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/hishammuddin-fokus-usaha-bawa-pulang-30-rakyat-malaysia-di-nepal
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- #PRKRompin : Jentera BN Rompin Diminta Pastikan Pengundi Keluar Mengundi
- Runtime
- 1:39
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Jentera Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin perlu memastikan peratusan keluar mengundi kali ini lebih tinggi daripada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Penyelaras Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jentera BN perlu bergerak dan berkempen kepada seluruh masyarakat di Parlimen Rompin untuk keluar mengundi pada 5 Mei ini.
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/prk-rompin/tingkatkan-peratusan-keluar-mengundi-kata-hishammuddin
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Isu GST : Rakyat Diingat Jangan Tertipu Dengan Peniaga dan Pembangkang
- Runtime
- 3:11
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Rakyat khususnya diingatkan untuk tidak menjadi agen kepada peniaga menipu dengan membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).Menteri Pertanian Industri dan Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada sebab untuk pengguna membantah GST ekoran pelaksanaan sistem cukai ini lebih adil berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Jelas Ismail, keberhasilan GST ini digunakan kerajaan dengan menyalurkan kembali kepada rakyat menerusi pembangunan infrastruktur serta lain-lain bantuan termasuk Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), bantuan bencana banjir, dan sebagainya.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/gst-rakyat-diingatkan-jangan-jadi-agen-puak-penipu
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Flashmob Desak KPDNKK Ambil Tindakan Keatas Peniaga Rakus
- Runtime
- 0:56
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- PUTRAJAYA 28 April - Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Gerakan Melayu Bersatu Demi Islam telah menganjurkan Flashmob Bantah Peniaga Rakus (PR) bagi membantah tindakan provokasi beberapa peniaga terhadap Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).Flashmob yang berlangsung di hadapan bangunan KPDNKK,Putrajaya dan kawasan letak kereta di Jabatan Perdana Menreri, Parcel A, di sini telah diketuai Ariffin Abu Bakar.
Beliau mendakwa PR ini mengambil peluang GST untuk menaikkan harga barang.Beliau turut menggesa supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan mengambil tindakan tegas terhadap tindakan terhadap Peniaga Rakus ini.
Pelbagai plakad telah dibawa antaranya BANTAH PR, Peniaga Rakus Tamak, Peniaga Rakus Cekik Darah.Beliau turut menegaskan, beberapa siri flashmob BANTAH PR bakal diadakan lagi terhadap DPMM dan ACCCIN di sekitar Kuala Lumpur.
Ariffin turut menggesa supaya Peniaga Rakus ini menurunkan harga barang kerana ianya terbukti membebank...
- Title
- Isu GST : Saya Tak Takut Berdebat Dengan PAS - Ahmad Maslan
- Runtime
- 2:45
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menafikan dakwaan PAS mengatakan beliau takut untuk berdebat mengenai isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ekoran beliau mempunyai pentas sendiri bagi menjelaskan isu tersebut.
Menurut beliau, Barisan Nasional (BN) tidak perlu megnikut acuan pembangkang di pentas mereka ekoran ianya akan diputar belit media pembangkang sungguhpun me nyampaikan perkara benar.
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/prk-rompin/saya-tak-takut-dengan-pas-kata-ahmad-maslan
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- #PRKRompin : Hishammuddin Nafi Pemuda UMNO Tidak Turun Padang
- Runtime
- 1:49
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menyangkal dakwaan kononnya jentera Pemuda parti itu tidak turun padang untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin kerana merajuk tidak dipilih sebagai calon.
Pemuda UMNO masih dapat dilihat di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM) di kebanyakan kawasan Parlimen Rompin, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 70 anggota Veteran Angkatan Tentera Malaysia cawangan Muadzam Shah di dataran Muadzam Shah dekat sini, hari ini.
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/prk-rompin/prkrompin-hishammuddin-sangkal-dakwaan-pemuda-umno-tidak-turun-padang
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- #PRKRompin : Peneroka FELDA Diingat Jangan Terpengaruh Dakyah Pembangkang
- Runtime
- 3:11
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan peneroka FELDA supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang mendakwa kerajaan gagal mempertahankan hak mereka.Beliau menyifatkan tuduhan pembangkang itu tidak berasas dan hanya bertujuan meraih simpati politik dalam kalangan pengundi masyarakat FELDA kawasan Parlimen Rompin
Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN, memberi jaminan bahawa selagi BN berkuasa, nasib peneroka FELDA akan terus terjamin dan diberi pembelaan sewajarnya dalam soal pembangunan, pendidikan dan ekonomi.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/politik/muhyiddin-ingatkan-peneroka-felda-jangan-terpengaruh-dakyah-pembangkang
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Kritikan Tun M : Kepimpinan Parti Tidak Terjejas - Hishammuddin
- Runtime
- 0:51
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan kritikan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad tidak akan menjejaskan kepimpinan parti Umno.
Hishammuddin berkata, kritikan-kritikan seperti itu adalah perkara biasa di dalam politik dan apa yang penting adalah penyatuan oleh semua ahli pelbagai peringkat di dalam parti.
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/kritikan-tun-m-tidak-jejas-kepimpinan-umno-hishammuddin
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Hishammuddin Serah Pingat Jasa Malaysia Kepada Veteran ATM
- Runtime
- 1:28
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hadir menyempurnakan Majlis Penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Dataran Muadzam Shah di sini hari ini.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Hishammuddin Lahir Rasa Sedih Gempa Bumi Nepal
- Runtime
- 1:46
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein melahirkan rasa sedih terhadap bencana gempa bumi yang melanda Nepal dan kawasan di utara India semalam.
Hishammuddin berkata, rakyat di Malaysia perlu mengambil iktibar dari kejadian bencana tersebut dan bersyukur bencana besar seperti itu tidak melanda negara ini.
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/gempa-bumi-nepal-hishammuddin-rakam-rasa-sedih
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- #PRKRompin : Hishammuddin Turun Padang Dengar Rintihan Rakyat
- Runtime
- 1:52
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Naib Presiden Umno merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melakukan program 'walkabout' ke Kg Aur, Bukit Ibam di sini.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video/ Editing : Azharykhairi
- Title
- 'Recycle' Azizah Bukti Hipokrasi PKR - Hishammuddin
- Runtime
- 1:07
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Sikap hipokrit pembangkang terutama dari PKR yang dinafikan sebelum ini semakin jelas kelihatan apabila mencalonkan semula Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail.
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, rakyat kini boleh menilai sikap sebenar pembangkang terutama diatas dakwaan calon 'recycle' ke atas calon BN di Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin, Datuk Hasan Arifin.
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/politik/pencalonan-wan-azizah-pamer-sikap-hipokrit-pembangkang-kata-hishammuddin
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- #PRKRompin : Kempen Berjalan Seperti Biasa Walaupun 'Low Key'
- Runtime
- 1:26
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob menegaskan kempen Barisan Nasional (BN) di Rompin berjalan seperti biasa tetapi pada kadar sederhana (low key).Menurut Menteri Besar Pahang itu,kempen secara sederhana ini juga tidak bermaksud BN yakin akan menang pada pemilihan pada kali ini.
Kempen PRK Rompin yang masuk hari ketiga kini berlangsung pada kadar perlahan ekoran kekurangan perang bendera, poster serta ceramah di antara kedua-dua belah pihak, BN dan PAS.Jelas Adnan,walaubagaimanapun kempen BN tetap diteruskan dengan gerak kerja kini lebih tertumpu kepada pertemuan bersama penduduk dan ceramah secara kecil-kecilan.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/prk-rompin/kempen-prkrompin-low-key-bukan-tiada-kempen
Video/Edited by Romy Irwan Shah
- Title
- #PRKRompin : Wan Azizah Lebih Kerap 'Recycle' Berbanding Calon BN
- Runtime
- 0:43
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Pembangkang perlu mencerminkan diri mereka terlebih dahulu sebelum menuduh Barisan Nasional (BN) menggunakan calon 'recycle' (kitar semula) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin.Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang,Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pembangkang lebih kerap menggunakan calon recycle berbanding BN.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan pembangkang yang menyelar BN menggunakan calon lamanya untuk bertanding pada PRK Rompin.Hasan yang dicalonkan pada PRK Rompin menentang Nazri Ahmad dari PAS pernah menjadi ADUN Bukit Ibam dan Tioman dibawah parlimen Rompin sebelum ini.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/prk-rompin/wan-azizah-lagi-kerap-recycle-dari-calon-bn-prkrompin
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- #PRKRompin : Isu GST Tidak Jejaskan Kempen BN
- Runtime
- 0:50
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Barisan Nasional (BN) tidak menganggap isu dari pembangkang mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai isu besar yang boleh menjejaskan kempen pada PRK Rompin kali ini.Calon BN,Datuk Hasan Arifin berkata,BN akan menangani isu ini dengan serius dengan mengatur strategi memperjelaskan rasionalisasi pelaksanaan GST.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/prk-rompin/gst-tidak-jejas-kempen-bn-di-prkrompin
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- #PRKRompin : Hishammuddin Kerah Jentera Puteri UMNO Bantu Kemenangan BN
- Runtime
- 2:39
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Penyelaras Operasi Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengerahkan jentera Puteri UMNO menjadi tulang belakang dalam membantu BN meraih undi lebih 33,000 pengundi.Beliau yang juga Naib Presiden UMNO itu berkata, kemenangan di Rompin akan dibawa ke Permatang Pauh sebagai pemangkin bagi calon BN di Permatang Pauh mengikut jejak langkah calon Rompin, Datuk Hasan Ariffin.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/prk-rompin/prkrompin-hishammuddin-kerah-jentera-puteri-umno-bantu-kemenangan-bn
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- #PRKRompin : Hishammuddin Lawat Rumah Veteran Tentera
- Runtime
- 1:26
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Penyelaras Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Hari ini melawat rumah Veteran Tentera.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- #PRKRompin : Sekitar Sesi Penamaan Calon BN
- Runtime
- 1:20
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Sekitar sesi penamaan calon BN, Datuk Hasan Arifin Menentang Calon PAS Nazri Ahmad.
Maklumat lanjut layari:
http://www.rakyatnews.my
Video/Editing: AzharyKhairi
- Title
- #PRKRompin : Pengumuman Penamaan Calon
- Runtime
- 1:06
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Pengumuman Penamaan Calon Bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin.Calon Barisan Nasional (BN) Adalah Datuk Hasan Arifin dan Calon Parti Islam Semalaysia (PAS) Adalah Nazri Ahmad
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari:
http://www.rakyatnews.my
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- #PRKRompin : Sekitar Sesi Penamaan Calon PAS
- Runtime
- 1:32
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Sekitar sesi penamaan calon PAS,Nazri Ahmad Menentang Calon BN,Datuk Hasan Arifin.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari:
http://www.rakyatnews.my
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Festival Belia Putrajaya 2015 Tampil Dengan Pengisian Baru
- Runtime
- 2:45
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sekali lagi akan menganjurkan acara tahunan iaitu sambutan Festival Belia Putrajaya pada 22 hingga 24 Mei ini.Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, serentak dengan festival itu Dasar Belia Malaysia yang baharu akan turut diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Penganjuran kali ini menyaksikan kelainan apabila ianya akan dikendalikan oleh Rakan Muda sesuai dengan kelangsungan dari penjenamaan Rakan Muda Baru yang diumumkan Khairy sebelum ini.Sesuai dengan hala tuju yang baru, tema penganjuran festival pada tahu ini ialah persembahan bakat atau 'Showcase of Talent" di mana pelaksanaan tema ini memberikan peluang kepada golongan belia untuk meneroka potensi dan memaparkan kebolehan mereka.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/festival-belia-2015-bakal-berlangsung-22-24-mei-2015
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Hishammuddin Gesa Ibu Bapa Pantau Anak Dari Pengaruh ISIS
- Runtime
- 1:49
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Ibu-bapa dan ahli keluarga perlu mengawasi anak-anak daripada terlibat secara langsung ataupun tidak langsung daripada kegiatan Negara Islam (ISIS) yang kini menular di ruangan media sosial.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ia berikutan fenomena pengaruh sosial media di eropah boleh menyebabkan masyarakat Malaysia terpengaruh.
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/ibu-bapa-perlu-pantau-anak-anak-elak-kegiatan-isis-hishammuddin
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Puteri UMNO Nyata Sokongan Kepada Presiden Parti
- Runtime
- 1:20
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Kepimpinan Puteri UMNO tetap memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bahagi kepada Presiden parti itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkata semua pihak perlu menggalas tugas bersama-sama presiden dalam menangani cabaran pada hari ini.
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/puteri-umno-beri-sokongan-padu-kepada-presiden-parti
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Pemuda UMNO Mahu PM Cepatkan Siasatan 1MDB
- Runtime
- 1:14
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Pergerakan Pemuda Umno Malaysia meminta Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak mempercepatkan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) supaya mereka yang bertanggungjawab melakukan penyelewengan dapat dibawa ke muka pengadilan.Ketua Pemuda Umno,Khairy Jamaluddin berkata, gesaan oleh Najib yang merupakan presiden Umno dan perdana menteri penting supaya isu itu dapat dapat diselesaikan secepat mungkin.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/politik/pemuda-umno-mahu-najib-gesa-siasatan-1mdb-dipercepatkan
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Pemuda UMNO Nyatakan Sokongan Padu Terhadap Najib
- Runtime
- 2:24
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Pergerakan Pemuda Umno Malaysia hari ini menyatakan sokongan tidak berbelah bagi terhadap Presiden Umno merangkap Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak.Ketua Pemuda Umno,Khairy Jamaluddin berkata,Pemuda Umno telah diberi penjelasan yang jelas daripada Najib dan atas sebab itu Presiden Umno itu menerima sokongan yang padu dari setiap Ketua Pemuda Umno Bahagian seluruh negara.
Khairy menjelaskan,Pemuda UMNO tidak memberikan sokongan membuta tuli kepada kepimpinan parti hanya disebabkan mahu terus memegang jawatan.Katanya, sokongan kepada kepimpinan parti termasuk kepada Presiden disebabkan Pemuda mahukan parti terus berjaya dan bukan tersungkur pada masa akan datang.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/pemuda-umno-nyata-sokongan-padu-buat-najib
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Banyak Projek Dilaksanakan Oleh Kerajaan Demi Manfaat Rakyat
- Runtime
- 3:29
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan telah melaksanakan pelbagai projek yang memberi manfaat kepada rakyat.Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan hos Hamdan Ahmir berkenaan dakwaan kononnya pentadbiran Najib tidak ada projek yang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat,melainkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Najib berkata kerajaan telah mewujudkan lebih 1.5 juta peluang pekerjaan dan memberi peluang kepada rakyat untuk memajukan diri menerusi pelbagai program, termasuk latihan keusahawanan kepada peniaga dan bantuan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana.Najib berkata bekalan air dan elektrik serta jalan asas khususnya di Sabah dan Sarawak turut disediakan untuk manfaat rakyat.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/pm-kerajaan-banyak-laksanakan-projek-demi-kepentingan-rakyat
Untuk Video Penuh Layari :
https://www.youtube.com/watch?v=hsieltlNAnE
...
- Title
- Akta Hasutan : Hasut Rakyat Jatuh Kerajaan Tetap Jadi Satu Kesalahan
- Runtime
- 3:05
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Perbuatan menghasut rakyat untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara tunjuk perasaan masih merupakan satu kesalahan di bawah pindaan Akta Hasutan,kata Datuk Seri Najib Tun Razak.Perdana Menteri berkata walaupun kerajaan sedang meminda akta tersebut untuk memansuhkan peruntukan larangan mengkritik kerajaan,namun,ia tidak bermakna pihak tertentu boleh melakukan tindakan menghasut dan menimbulkan rasa kebencian di kalangan rakyat.
Perdana Menteri berkata, walaupun larangan mengkritik kerajaan sudah dimansuhkan menerusi pindaan itu, namun tidak bererti bahawa peruntukan-peruntukkan yang terkandung di dalamnya yang mentakrifkan kesalahan menghasut dikeluarkan sama.Beliau berkata, dalam negara yang berbilang kaum dan agama, perlu ada undang-undang yang menyekat dan membanteras kenyataan, berita dan tulisan yang boleh disifatkan menghasut dan menimbulkan kebencian di kalangan rakyat.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/...
- Title
- Segala Keputusan Dibuat Demi Kepentingan Rakyat Dan Negara
- Runtime
- 4:32
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Dalam menghadapi kritikan terhadap kepimpinannya,Datuk Seri Najib Tun Razak berkata setiap keputusan yang dibuatnya adalah demi kepentingan rakyat serta negara, dan bukannya atas desakan individu.Menyifatkan kritikan yang diterimanya kini lebih sengit daripada biasa,Perdana Menteri berkata beliau menerimanya sebagai asam garam politik dan akan terus memimpin negara selagi diberikan mandat oleh rakyat.
Dalam pada itu,Najib yang juga Presiden UMNO melahirkan rasa syukur atas sokongan yang diterima daripada anggota Kabinet, parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) serta UMNO sendiri di sebalik pelbagai kritikan yang dilemparkan kepadanya kini.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/setiap-keputusan-dibuat-demi-kepentingan-rakyat-dan-negara-najib
Untuk Video Penuh Layari :
https://www.youtube.com/watch?v=hsieltlNAnE
Video : Ihsan TV3
Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- PM Tiada Kaitan Dengan Kes Altantuya Shaaribuuu
- Runtime
- 2:27
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak sekali lagi mengulangi pendirian bahawa beliau langsung tidak mengenali model Mongolia Altantuya Shaariibuu.Beliau berkata beliau tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan kes pembunuhan berprofil tinggi yang timbul pada tahun 2008 itu.
Menurutnya,Tun Abdullah Ahmad Badawi iaitu Perdana Menteri yang terdahulu juga sudah mengesahkan perkara ini termasuk Ketua Polis Negara (Tan Sri Musa Hassan) pada masa itu juga sudah buat kenyataan bahawa beliau tidak terlibat.Tambahnya, tiada bukti atau saksi untuk mengaitkan beliau telah terlibat dalam kes pembunuhan itu oleh pihak mahkamah.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/saya-sudah-lafaz-sumpah-saya-tidak-kenal-altantuya-najib
Untuk Video Penuh Layari :
https://www.youtube.com/watch?v=hsieltlNAnE
Video : Ihsan TV3
Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Asas Ekonomi Malaysia Kekal Kukuh
- Runtime
- 4:27
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Asas-asas ekonomi Malaysia masih kukuh dan berupaya mencapai kadar pertumbuhan sederhana tinggi meskipun berdepan dengan cabaran kejatuhan harga minyak dunia, kata Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak.Beliau berkata,kejatuhan harga minyak drastik yang bermula dari tahun lepas menyebabkan negara-negara pengeluar minyak dunia termasuk Malaysia membuat pengubahsuaian kepada kedudukan fiskal serta mengambil langkah yang lebih proaktif dalam mendepani cabaran berkenaan.
Mengenai hala tuju Malaysia ke arah menjadi negara maju pada tahun 2020, Najib berkata kerajaan akan memasukkan program kemahiran dan latihan teknikal dalam Rancangan Malaysia Ke-11 untuk meningkatkan pendapatan rakyat yang berada di bawah purata.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/bisnes/asas-ekonomi-malaysia-kekal-kukuh-najib
Untuk Video Penuh Layari :
https://www.youtube.com/watch?v=hsieltlNAnE
Video : Ihsan TV3
...

