Rakyat News
Kabinet Mahu PM Tidak 'Direhatkan' - Khairy
- Title
- Kabinet Mahu PM Tidak 'Direhatkan' - Khairy
- Runtime
- 1:31
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Menteri-menteri kabinet sebulat suara bersetuju untuk terus memberi mandat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri, ketika pelbagai isu melanda Najib termasuk artikel daripada Wall Street Journal (WSJ).Menteri Belia dan Sukan,Khairy Jamaluddin berkata,kabinet turut telah diberi penjelasan sendiri oleh Najib yang akan mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/kabinet-setuju-najib-terus-diberi-mandat-sebagai-perdana-menteri
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Kerajaan Perlu Mantapkan Hubungan Komunikasi Terhadap Rakyat
- Runtime
- 3:14
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Kerajaan perlu memantapkan lagi hubungan komunikasi terhadap rakyat agar segala penjelasan tentang sesuatu isu tidak disalah tafsir serta difahami dengan baik.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ianya dapat memastikan niat murni kerajaan dalam membuat sesuatu keputusan mengenai negara diberi pertimbangan untuk kejayaan di kemudian hari.
Beliau berkata demikian semasa berucap sebelum menyempurnakan Majlis Penyerahan Felo Perdana Kepada barisan Menteri Kabinet di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.Sebanyak 83 Felo Perdana dari 50 universiti dalam dan luar negara terpilih untuk mengikuti program latihan industri yang merupakan inisiatif daripada Kementerian Belia dan Sukan.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/kerajaan-perlu-mantapkan-komunikasi-jelas-isu-kepada-rakyat-najib
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Tunku Aziz Dakwa Tun M Bocor Maklumat kepada WSJ
- Runtime
- 2:45
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah melakukan tindakan yang telah memburukkan imej negara sekaligus dilihat mensabotag ekonomi negara ekoran telah menghebahkan isu-isu 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) ke peringkat antarabangsa.
Presiden Pengasas Transparency International Malaysia, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata wartawan Wall Street Journal, Ken Brown telah menerima maklumat palsu mengenai salah laku Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada Dr. Mahathir.
Maklumat lanjut layari:-
http::/rakyatnews.my
- Title
- Persatuan Penduduk Seksyen 1 Wangsa Maju Serah Sumbangan Ramadhan
- Runtime
- 2:25
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Kira-kira 800 penduduk di Parlimen Wangsa Maju hari ini menerima Bantuan Ramadhan.Majlis tersebut diadakan di Pusat Khidmat Aktiviti Masyarakat Blok E dan F Seksyen 1 Wangsa Maju.
Majlis sumbangan tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 1 Wangsa Maju, Mustapa Mohd Arif.Hadir sama ke program tahunan tersebut Ketua Polis Balai Wangsa Maju, ASP Cleda F. Among dan Timbalan Ketua Polis Balai,Sarjan Jasman Aris.
Sementara itu, Pergerakan Pemuda UMNO Seksyen 1 Wangsa Maju turut mengagihkan sumbangan beg sekolah pelajar-pelajar sekolah pada majlis yang sama.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
www.rakyatnews.my
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Penangguhan Pemilihan UMNO Beri Ruang Penambahbaikan Parti - Hishammuddin
- Runtime
- 3:43
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, keputusan Majlis Tertinggi UMNO untuk menangguhkan pemilihan UMNO selepas PRU-14 merupakan langkah yang tepat di mana kepimpinan serta ahli akar umbi dapat memberikan tumpuan terhadap gerak kerja parti serta memberikan fokus terhadap pengukuhan parti bagi menghadapi PRU yang akan datang.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
- Title
- UMNO Akan Terus Konsisten Perkukuh Parti - Hishammuddin
- Runtime
- 1:02
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- UMNO sentiasa konsisten untuk membawa perkara-perkara yang boleh membangunkan parti itu sejak ditubuhkan lagi.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussien merangkap Pengerusi Biro Perlembagaan dan Perundangan UMNO berkata perkara demikian selalunya tidak diiktiraf ekoran ada sifat kebencian didalam politik pada masa ini.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Kerajaan Setuju Tambah 15 Ribu Kediaman Untuk PDRM
- Runtime
- 0:47
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Kerajaan bersetuju menambah 15,000 unit kediaman untuk warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara sebagai langkah memberikan keselesaan kepada pasukan keselamatan itu.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
- Title
- "Islam Itu Sederhana, Jangan Jadi Gay Atau Isis" - PM
- Runtime
- 3:11
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menyeru umat Islam negara agar mengamalkan konsep kesederhanaan dalam Islam dan tidak menjadi terlalu ekstrem atau longgar.
Berucap pada program majlis penerapan nilai murni di bulan Ramadan anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kuala Lumpur hari ini, Najib berkata, nilai-nilai Islam seharusnya menjadi amalan kerana Islam adalah agama yang menjurus kepada kedamaian.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
- Title
- Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni Bulan Ramadhan Bersama PM
- Runtime
- 1:45
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri Majlis penerapan nilai murni di bulan Ramadan anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kuala Lumpur hari ini.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Majlis Iftar Bersama DS Hishammuddin Hussein
- Runtime
- 2:05
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Majlis berbuka puasa bersama Menteri Pertahanan yang juga merupakan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang bertempat di Hotel Istana di sini hari ini.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
- Title
- AGA Touch & GMB Jalin Kerjasama Kembang Platform Perniagaan Bumiputera
- Runtime
- 1:08
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- AGA Touch Sdn Bhd hari ini memeterai perjanjian persefahaman (MoU) bersama Pertubuhan Usahawan Generasi Muda Berjaya Malaysia (GMB) dalam mengembangkan platform perniagaan bumiputera ke arah inisiatif konsep 'Data Analytics'.
Majlis pemeteraian MoU tersebut disempurnakan sendiri oleh Pengerusi Eksekutif AGA Group, Datuk Khan Mohd Akram Khan.
Ianya turut disaksikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Makluamat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/aga-touch-gmb-jalin-kerjasama-kembang-platform-perniagaan-bumiputera
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Majlis Berbuka Puasa Bersama Ahli MT UMNO
- Runtime
- 1:56
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini sempat meluangkan masa untuk memberikan sumbangan kepada anak-anak yatim pada Majlis Berbuka Puasa 2015.
Sumbangan berbentuk duit raya telah diberikan kepada anak-anak yatim dibawah asuhan Darul Kifayah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Rumah Anak-Anak Yatim Norhikmah Kajang yang telah diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- 1MDB : NGO Gesa Polis Siasat The Edge dan The Malaysian Insider
- Runtime
- 2:12
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Jaringan Cina Malaysia (JCM) membuat laporan polis mengenai sebuah portal media tempatan iaitu The Malaysian Insider dan The Edge berikutan telah menyebarkan maklumat palsu mengenai 1Malaysia Delopment Berhad (1MDB) baru-baru ini.Presidennya Ng Lum Yong berkata,tindakan kedua-dua portal tersebut telah menimbulkan fitnah terhadap 1MDB.
Menurutnya, pihak polis mesti membuka kertas siasatan terhadap kedua-dua portal tersebut.Katanya,ia bukan pertama kali penyebaran fakta yang salah oleh kedua-dua portal menyebarkannya namun ia banyak kali berlaku.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
www.rakyatnews.my
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Ibrahim Ali Dakwa PAS Tidak Akan Bergabung Dengan UMNO
- Runtime
- 2:45
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Pas dilihat tidak akan berkerjasama bersama Umno meskipun parti tersebut telah memutuskan untuk berkerjasama bersama Dap baru-baru ini.Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali berkata Presiden Pas,Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan seorang yang sudah lama berkecimpung dalam dunia politik.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/pas-tidak-akan-bergabung-bersama-umno-ibrahim-ali
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- 6,298 Masjid Bakal Terima Sumbangan Biro Kebajikan UMNO
- Runtime
- 3:07
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan Program Ramadhan Mubarak peringkat Nasional di bawah Biro Kebajikan UMNO Malaysia di Masjid Negara.Dalam program tersebut,Najib mengumumkan sumbangan buah kurma,air zam zam,serta kain baju melayu diberi lebih kepada 6,298 masjid di seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak.Katanya,sumbangan tersebut akan diagihkan melalui Ketua-Ketua bahagian setiap kawasan.
Beliau yang hadir bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor terlebih dahulu menunaikan solat zohor berjamaah sebelum memulakan program tersebut.Turut hadir,Setiausaha Agung UMNO,Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor,Ketua Wanita UMNO,Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia,Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim..
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/malaysia-dipandang-tinggi-oleh-negara-luar
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Rakyat Perlu Jaga Imej Negara - Najib
- Runtime
- 2:45
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Negara antarabangsa kini memandang tinggi Malaysia dan selaku rakyat negara ini perlu menjaga imej negara.Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kepimpinan umno yang menyebabkan imej negara kini dipandang tinggi di serata dunia.Beliau berkata demikian sewaktu berucap melancarkan pada Majlis Pelancaran Program Ramadan Al-Mubarak Peringkat Nasional di Masjid Negara di sini, hari ini
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/malaysia-dipandang-tinggi-oleh-negara-luar
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Biro Kebajikan UMNO Agih 5 Ribu Bungkusan Bubur Lambuk Setiap Hari
- Runtime
- 1:00
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Pengerusi Biro Kebajikan Umno Malaysia Datuk Seri Abdul Azeez Rahim hari ini telah mengagihkan sebanyak 5,000 bungkusan bubur lambuk buat penduduk di sekitar Petaling Jaya Selatan.
Program tersebut merupakan program tahunan yang dilakukan oleh Biro Kebajikan Umno di mana sebanyak 5,000 bungkusan bubur lambuk akan diagihkan setiap hari di seluruh Malaysia sempena Bulan Ramadhan
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/biro-kebajikan-umno-ke-kawasan-gempa-sabah-minggu-hadapan
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Biro Kebajikan UMNO Ke Kawasan Gempa Sabah Minggu Hadapan
- Runtime
- 1:45
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Biro Kebajikan Umno Malaysia dan Kelab Putera 1 Malaysia (KP1M) akan bergerak ke kawasan bencana gempa bumi Sabah pada minggu hadapan.
Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berkata, kumpulan tersebut akan terdiri daripada pakar-pakar kaunseling untuk membantu mengatasi trauma mangsa-mangsa yang terlibat.
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/biro-kebajikan-umno-ke-kawasan-gempa-sabah-minggu-hadapan
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- UMNO Wangsa Maju Serah Sumbangan Sempena Kedatangan Bulan Ramadhan
- Runtime
- 2:31
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Umno Wangsa Maju hari ini telah menyerahkan Sumbangan Ramadhan kepada Lima buah Masjid, serta 46 buah Madrasah dan Surau yang terletak di dalam Parlimen Wangsa Maju.Sumbangan tersebut diagihkan oleh Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju,Datuk Dr Mohd Shafei Abdullah.
Sumbangan yang diserahkan berbentuk wang tunai dan Kit Pengurusan Jenazah.Program yang diadakan di Madrasah Islahiah Addiniah, Taman Ibu Kota tersebut turut disertakan dengan program tazkirah sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan bagi tahun 1436H.Umat Islam di Malaysia bakal menyambut kedatangan Ramadhan yang bermula pada 18 Jun ini.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
www.rakyatnews.my
Video/Edited by Romy Irwan Shah
- Title
- Anggota Parlimen Sokong Tabung Haji Tidak Jual Tanah TRX
- Runtime
- 6:05
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- "Dulu lain, sekarang lain"...itulah nada anggota Parlimen terhadap polemik tanah milik Lembaga Tabung Haji (TH) di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) apabila rata-rata menyokong agar tanah seluas 0.63 hektar itu tidak dijual semula.Beberapa wakil rakyat yang menyentuh isu itu, termasuk bukan Islam berpendapat TH wajar menimbang semula cadangan untuk menjual tanah berkenaan kerana disifatkan sebagai pelaburan yang menguntungkan.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
www.rakyatnews.my
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Tol Batu Tiga & Sungai Rasau Kutip RM378,486 Sehari
- Runtime
- 3:37
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau telah mengutip sebanyak RM378,486 dalam masa sehari.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata Plaza Tol Batu Tiga telah mengutip sebanyak RM228,650 manakala RM149,836 di Plaza Tol Sungai Rasau.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- 1MDB : Laporan Interim Dijangka Siap Hujung Bulan ini
- Runtime
- 0:45
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Laporan interim 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dijangka akan siap sepenuhnya pada hujung bulan ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata laporan mengenai penemual awal itu kini sedang dilakukan dan dijangka akan siap pada hujung bulan ini.
"Ketua Audit Negara memaklumkan beliau sudah bersedia untuk membentangkan laporan interim 1MDB seperti diarahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Rakyat Malaysia Perlu Patuhi Kod Etika Berpakaian di Jabatan Kerajaan
- Runtime
- 1:47
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Kod etika pemakaian perlu dipatuhi dan bersesuaian oleh rakyat negara ini khususnya di bangunan kerajaan bagi mengelakkan kejadian sama berulang seperti di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Wangsa Maju baru-baru ini.
Baru-baru ini, seorang wanita yang menggunakan akaun Facebook Suzanne G. L. Tan telah dipaksa memakain kain batik setelah memakai pakaian yang tidak bersesuaian sebelum dibenarkan berurusan di pejabat kerajaan berkenaan.
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/insiden-kain-batik-tan-perlu-patuhi-kod-etika-pemakaian
- Title
- GST : Lebih RM3 Bilion Telah Dikutip Sejak 1 April Lalu
- Runtime
- 2:28
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- RM3.37 bilion kutipan Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) telah berjaya direkodkan kerajaan sehingga 10 Jun 2015 sejak dilaksanakan 1 April lalu.Manakala kutipan bersih adalah RM2.9 bilion dan ia adalah hasil daripada kutipan dari syarikat yang mendaftar GST dengan kerajaan.
Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Ahmad Maslan, memaklumkan ia melebihi daripada sasaran yang dijangka oleh kerajaan sebelum GST dilaksanakan.Tambahnya 500 program penerangan GST telah dilaksanakan bagi memenuhi keperluan peniaga menguruskan perlaksanaan GST.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/bisnes/gst-catat-kutipan-lebih-rm3-bilion
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Kerajaan Laksana Pelbagai Inisiatif Tangani Kekurangan Pelancong
- Runtime
- 2:38
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Kerajaan tetap komited bagi menangani masalah kekurangan pelancong ke negara ini susulan kejadian kehilangan pesawat MH370, tragedi MH17 serta krisis penculikan di Sabah.Menteri Pelancongan dan Kebudayaan,Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah dan inisiatif bagi mengekalkan momentum pembangunan industri pelancongan negara ini.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/dari-parlimen/kerajaan-komited-tangani-kekurangan-pelancong-selepas-tragedi-mh370
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- AGA Group Jalin Kerjasama Bersama UKM & KTM Berhad
- Runtime
- 1:59
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- AGA Group hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan KTM Berhad.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Nothing2Hide : Penyokong Yang Timbulkan Kekecohan Adalah Golongan Tidak Cerdik
- Runtime
- 1:20
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Kumpulan penyokong yang mencetuskan kekecohan sehingga menyebabkan Program Dialog 'Nothing2Hide' terpaksa dibatalkan atas arahan pihak polis boleh disifatkan sebagai golongan 'kurang cerdik'.Ahli Parlimen Belia, Aizat Azam,berkata, penyokong yang hadir mendengar ceramah sepatutnya menghormati pihak penganjur serta tidak sengaja mencetuskan kekecohan yang akhirnya mensabotaj program tersebut.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/nothing2hide-penyokong-timbul-kekecohan-golongan-tidak-cerdik
Video : AzharyKhairi
Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Nothing2Hide : Penyokong Sepatutnya Hormat Antara Satu Sama Lain
- Runtime
- 1:30
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM),Prof. Dr.Zahalan Man,Berkata Penyokong Sepatutnya Menghormati Antara Satu Sama Lain.beliau menyifatkan kekecohan yang berlaku Jumaat lalu tidak melambangkan peribadi luhur serta tatasusila bangsa Melayu.Katanya,kejadian seperti itu tidak menguntungkan mana-mana pihak dan penyokong-penyokong yang hadir pada majlis tersebut perlu menyemai sifat menghormati satu sama yang lain.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/nothing2hide-hormati-keputusan-polis-jangan-terlalu-emosional
Video : AzharyKhairi
Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Jangan Salahkan PM Atas Pembatalan Program Dialog Nothing2Hide
- Runtime
- 2:08
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Penyokong-penyokong mantan Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad tidak ada hak untuk menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila pihak polis mengarahkan Program Dialog 'Nothing2Hide' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dibatalkan Jumaat lalu.Ahli Majlis Peneraju Majlis Perundingan Melayu,Shahbudin Embun berkata, penyokong Mahathir sepatutnya lebih beradab dan tidak perlu untuk membangkitkan sebarang polimik untuk mengganggu program tersebut.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/nothing2hide-batal-penyokong-tun-m-tiada-hak-salahkan-najib
Video : AzharyKhairi
Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Nothing2Hide : Semua Pihak Perlu Hormati Keputusan Polis,Jangan Terlalu Emosional
- Runtime
- 1:14
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) menggesa kesemua pihak agar menghormati keputusan Ketua Polis Negara,Tan Sri Khalid Abu Bakar yang membatalkan program Dialog antara Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bersama Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak.Pengerusi GPRS, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, penganjur program, Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam) sepatutnya bersedia untuk situasi tersebut serta mengelakkan kekecohan tersebut terjadi.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/nothing2hide-hormati-keputusan-polis-jangan-terlalu-emosional
Video : AzharyKhairi
Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- PM Berangkat ke Arab Saudi Tambah Kuota Haji
- Runtime
- 1:46
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini telah berangkat ke Arab Saudi mengadakan lawatan ke negara itu.
Najib juga akan menunaikan umrah dan berjumpa dengan kerajaan Arab Saudi untuk berbincang bagi menambah kuota haji rakyat negara ini.
Seramai 27 NGO merangkumi 300 orang telah mengiringi Perdana Menteri pada jam 4.45 petang tadi di Kompleks Bunga Raya sebelum beliau berangkat ke negara tersebut.
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/najib-tunai-ibadah-umrah-bersama-isteri
- Title
- Penyokong Tun M Kecoh Punca Nothing2hide Dibatalkan
- Runtime
- 1:40
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Kehadiran penyokong-penyokong yang terlalu agresif dilihat sebagai punca utama pembatalan Program 'Nothing2Hide' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini,Sekaligus Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mengambil Alih Pentas Program Tersebut.
Kekecohan mula tercetus apabila penyokong-penyokong mantan Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad cuba merempuh masuk ke dalam dewan yang telah sesak dengan aktivis-aktivis NGO yang telah mengesahkan kehadiran mereka ke program tersebut.Mereka turut berarak bersama mantan perdana menteri itu sehingga timbul suasana tegang antara penyokong dan jurugambar bertugas apabila mereka seolah-olah tidak membenarkan media bertugas untuk mengambil gambar Mahathir.
Untuk maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/penyokong-terlalu-agresif-punca-nothing2hide-dibatalkan
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Tentera Sedia Jaga Seluruh Sempadan - Hishammuddin
- Runtime
- 0:46
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Kementerian Pertahanan bersedia menyekat aktiviti pemerdagan manusia termasuk isu pendatang Rohingnya dengan menghantar askar di sempadan negara.Menterinya, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, berkata cadangan Kementerian Dalam Negeri sebelum ini yang mahu menempatkan askar di sempadaan negara di sambut baik oleh pihaknya.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
ww.rakyatnews.my
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Isu 1MDB : Hishammuddin Nafi Khabar Angin Letak Jawatan
- Runtime
- 1:50
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini mengulangi pendiriannya bahawa tidak melepaskan jawatannya dalam barisan menteri kabinet.Beliau berkata isu yang dikatakan beliau mahu meletakkan jawatan timbul ekoran ada pihak yang sengaja memutar belitkan kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau sebelum ini.Hishammuddin sebelum ini meletakkan tiga syarat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendapatkan sokongan berkenaan isu 1MDB yang kini semakin menjadi kontroversi dalam arena politik.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/isu-letak-jawatan-qsaya-masih-di-siniq-hishammuddin
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Perkasa Mahu RM-K11 Dikaji Semula
- Runtime
- 1:15
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen baru-baru ini perlu dikaji semula oleh Putrajaya supaya Agenda Ekonomi Bumiputra menjadi paksi kepada keseluruhan RMK-11.Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa),Datuk Ibrahim Ali berkata tidak sampai 5 peratus kandungan dokumen RMK-11 menyentuh strategi ekonomi kepada Bumiputera.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/rmk-11-perlu-dikaji-semula-ibrahim-ali
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Semakan Semula Pelan Tindakan OKU di Peringkat Akhir
- Runtime
- 2:50
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berkata proses semakan semula Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya (OKU) kini diperingkat akhir untuk memperkemas strategi pelaksanaannya bagi tempoh 2015 hingga 2022.
Timbalan Menterinya Datuk Azizah Mohd Dun berkata semakan semula itu merupakan satu daripada strategi kerajaan untuk memperkukuh kerangka dasar sedia ada dalam usaha mengurus perdana OKU serta memastikan penyertaan efektif mereka dalam masyarakat.
Maklumat lanjut layaei:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/dari-parlimen/semakan-semula-pelan-tindakan-oku-di-peringkat-akhir
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- UMNO Punca Saya Kutip Derma Cara Salah - Rafizi
- Runtime
- 2:06
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menyalahkan Umno berhubung isu laporan polis ke atas beliau yang dibuat oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Minda Sosial dan Prihatin (PSMP) atas dakwaan penipuan kutipan dana.
Rafizi berkata, kutipan tersebut disalurkan ke atas syarikat beliau kerana Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) tidak mudah untuk meluluskan penubuhan sesebuah NGO.
"Undang-undang pertubuhan di Malaysia ini ditentukan oleh Umno, hanya pertubuhan tertentu yang dapat kelulusan.
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/dakwaan-kutip-dana-secara-haram-rafizi-salahkan-umno
- Title
- Isu Penemuan Kubur : Siasatan Akan Dibuat Secara Menyeluruh
- Runtime
- 4:15
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Penyiasatan akan dibuat secara menyeluruh tanpa mengira pangkat individu yang disyaki terlibat dalam isu penemuan kubur dan kem pemerdagangan manusia di Perlis baru-baru ini.Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata bukan sahaja anggota polis dan renjer hutan akan disiasat namun penyiasatan itu akan dilakukan secara menyeluruh.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/dari-parlimen/isu-penemuan-kubur-kdn-jamin-siasatan-dibuat-secara-telus
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Outlet Halal : Hanya 15 di KLIA,12 di KLIA2
- Runtime
- 2:00
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menjelaskan bahawa hanya terdapat 15 outlet halal di KLIA dan 12 di KLIA2.Namun begitu,jelas Jamil lagi hampir keseluruhan restoran berangkai di KLIA dan KLIA2 mempunyai sijil halal yang diiktiraf Jakim.Oleh itu, Jamil berkata beliau berharap pengguna Muslim agar bijak memilih kafe dan restoran yang mempunyai sijil pengesahan halal Jakim.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/dari-parlimen/hanya-15-kedai-halal-di-klia-12-di-klia2
- Title
- Pembangkang Tiada Hala Tuju,Berbalah Sesama Sendiri
- Runtime
- 3:38
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Ahli Parlimen Kinabatangan,Datuk Bung Moktar Radin membidas pembangkang kerana dalam perbahasan RMK11,mereka seolah-olah menolak enam teras utama bagi menjayakan rancangan berkenaan yang dibentang Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak
Beliau juga ‘hairan’ kerana pembangkang di negara ini sentiasa membangkang perancangan kerajaan walaupun ia baik untuk rakyat dan negara.pembangkang Seolah Tiada Hala Tuju.Menurut Bung Moktar,beliau membangkitkan perkara ini supaya rakyat tahu bahawa jika parti pembangkang diberi amanah mentadbir negara, mereka memang tidak amanah.
Mokhtar juga menambah pembangkang berbalah sesama sendiri.beliau memberi contoh seperti PAS dan DAP.kelantangan Setiausaha DAP itu mengkritik Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuktikan parti itu sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan utama PAS.Malah, beliau menyangkal dakwaan tersebut dengan mengatakan Barisan Nasional (BN) tidak seperti pembangkang yang saling menuding jari terhadap satu sam...
- Title
- Pembatalan Sijil Halal Secret Recipe Atas Sebab Standard Keselamatan
- Runtime
- 3:05
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Kesalahan tidak mengikuti Amalan Pengilangan yang Baik (GMP) menyebabkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menarik sijil pengesahan halal Syarikat Secret Recipe Manufacturing Sdn Bhd.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata setiap syarikat yang memiliki sijil halal perlu memiliki amalan pengilangan yang bagus.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/dari-parlimen/tarik-sijil-halal-secret-recipe-langgar-gmp-jamil-khir
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- KWSP Kaji Skim Simpanan Berlandaskan Syariah
- Runtime
- 3:08
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang menimbang untuk memberi pilihan kepada pencarum bagi memilih skim simpanan persaraan patuh Syariah atau kekal dengan skim konvensional sedia ada.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, berkata inisiatif itu disasar untuk dilaksanakan pada 2017.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- 'Mana Guan Eng Tahu Hati Saya' - Hadi Awang
- Runtime
- 1:46
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Pas hari ini menyatakan bersedia untuk bergerak sendiri sekiranya tidak lagi bersama dengan Pakatan Rakyat (PR) kerana parti tersebut telah mempunyai pengalaman sebelum ini.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, bagaimanapun beliau yakin bahawa Pas tidak akan bersendirian kerana dasar Parti itu kini adalah bersama masyarakat berbilang kaum.
"Semua kita (Pas) pernah, kita pernah bersendiri, pernah dalam kerajaan, pernah luar kerajaan, biasanya peristiwa lama mungkin tidak akan berulang.
Makluma lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/politik/pas-bersedia-gerak-sendiri-jika-keluar-pakatan-hadi
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- JPA Bertanggungjawab Urus Tekanan Penjawat Awam
- Runtime
- 2:13
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Kerajaan menyediakan pelbagai program mengurus tekanan kepada sebahagian besar penjawat awam yang mengalami stress atau tekanan kerja tinggi.Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim,sebahagian besar penjawat awam yang mengalami tekanan di tempat kerja akan diberi program kerohanian dan kursus tangani tekanan serta psikologi.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
www.rakyatnews.my
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Prosiding Syarikat 1MDB Ditangguhkan
- Runtime
- 2:13
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Prosiding syarikat pelaburan kontroversi,1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dijadualkan berlangsung esok terpaksa ditangguhkan susulan kedua-dua orang pentingnya mempunyai urusan di luar negara.Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC),Datuk Nur Jazlan Mohamed memaklumkan penangguhan itu pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di Parlimen.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/politik/1mdb-prosiding-ditangguh-arul-kanda-tidak-dapat-hadir
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Anak Muda Pahang Yakin Atas Kepimpinan PM Terajui Negara
- Runtime
- 1:57
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Seramai 12,000 ahli UMNO Pahang menyatakan pendirian untuk menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ekoran yakin dengan pentadbiran yang dipimpin oleh Perdana Menteri.Ketua Pemuda UMNO Pahang, Mohd Shahar Abdullah berkata anak muda di negeri tersebut tidak suka akan kenyataan individu yang lebih dilihat kearah mengadu domba dan fitnah atas kepentingan peribadi.
Beliau berkata demikian kepada wartawan Rakyat News selepas menghadiri Perhimpunan Himpunan Solidariti 14 di perkarangan Pengkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, hari ini.Perhimpunan tersebut dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda Umno Pahang dan disokong oleh Badan Perhubungan UMNO Pahang dan dipengerusikan Menteri Besar,Datuk Seri Adnan Yaakob.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/12000-ahli-umno-pahang-nyata-sokong-pm
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- PM Tidak Akan Berundur Selagi Dapat Mandat Dari Rakyat
- Runtime
- 2:18
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dengan lantang menyatakan tidak akan berundur daripada kepimpinan selaku pemimpin nombor satu negara.Najib berkata, beliau telah dipilih oleh rakyat serta ahli-ahli Umno dan tidak akan sewenang-wenangnya meletakkan jawatan hanya kerana desakan seorang individu.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/saya-tidak-akan-berundur-najib
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- 12 Ribu Hadir Zahirkan Sokongan Padu Buat PM
- Runtime
- 1:23
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Seramai 12,000 ahli UMNO Pahang menyatakan pendirian untuk menyokong Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak ekoran yakin dengan pentadbiran yang dipimpin oleh Perdana Menteri di Perhimpunan Himpunan Solidariti 14 bertempat di Pangkalan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Kuantan.Perhimpunan tersebut dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda Umno Pahang dan disokong oleh Badan Perhubungan UMNO Pahang dan dipengerusikan Menteri Besar,Datuk Seri Adnan Yaakob.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/12000-ahli-umno-pahang-nyata-sokong-pm
Video/Edited By Romy Irwan shah
- Title
- RMK-11 Akan Capai Objektif - TPM
- Runtime
- 2:46
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Perpaduan rakyat, kestabilan politik dan pengukuhan ekonomi menjadi petunjuk paling penting dalam memastikan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) yang dibentang hari ini mencapai objektifnya.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata biarpun akan ada kekangan tertentu dalam tempoh perjalanannya, adalah menjadi keutamaan supaya segala perancangan yang telah disusun dalam RMK11 ini, perlu dipastikan ia tidak lari dari landasan utamanya.
Maklumat lanjut layari:-
http;//rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Kenyataan Berhubung Isu 1MDB Adalah Pandangan Peribadi - Muhyiddin
- Runtime
- 1:07
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa kenyataannya yang meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memecat Ahli Lembaga Pengarah syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Deveopment Berhad (1MDB), adalah pandangan peribadinya.
Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, apa yang diucapkannya dalam satu kursus dianjurkan UMNO hanya berniat memberi kefahaman kepada pimpinan politik parti. "Itu hanya pandangan peribadi saya dalam pertemuan tertutup dalam kursus politik yang telah dibuat oleh biro latihan parti (UMNO).
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / EdIting : AzharyKhairi

