Rakyat News
DEIG : Rafizi & Tony Pua Jangan Tutup Mulut
- Title
- DEIG : Rafizi & Tony Pua Jangan Tutup Mulut
- Runtime
- 2:06
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Barisan Nasional Selangor hari ini mencabar Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua untuk membuat sebarang pendedahan mengenai Darul Ehsan Investment Group (DEIG).
Setiausaha Adun Barisan Nasional Selangor, Budiman Mohd Zohdi berkata cabaran itu dikemukan berikutan Rafizi dan Pua merupakan seorang yang pandai melakukan sebarang pendedahan mengenai urus tadbir kerajaan namun sehingga kini berdiam diri tidak membuat perungkaian mengenai DEIG.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Fitnah Media Sosial Harus Dihentikan
- Runtime
- 2:35
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Segala berita buruk terhadap Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden UMNO,Datuk Seri Najib Tun Razak di media sosial boleh mendatangkan fitnah sekiranya tidak dikaji terlebih dahulu.Ketua Menteri Melaka,Datuk Seri Ir. Idris Haron berharap fitnah dilaman media sosial akan dapat diberhentikan selepas menyarankan agar semua pihak dapat mendoakan supaya berita keburukan mengenai Najib merupakan satu fitnah.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/kaji-dahulu-berita-di-media-sosial-sebelum-jadi-fitnah-idris-haron
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Idris Haron Rasmi Mesyuarat Perwakilan Ke 12 UMNO Bahagian Wangsa Maju
- Runtime
- 1:45
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Ahli Majlis Tertinggi UMNO Yang Juga Ketua Menteri Melaka,Datuk Seri Ir. Idris Haron Merasmikan Mesyuarat Perwakilan Ke 12 UMNO Bahagian Wangsa Maju.Turut mengiringi beliau Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Datuk Dr. Mohd Shafei Abdullah
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
www.rakyatnews.my
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- 'Sarawak Report' Putar Belit Fakta Mahu Guling Kerajaan
- Runtime
- 1:58
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Dato' Dr Mohd Shafei Abdullah mendedahkan, portal 'Sarawak Report' sengaja mengubah fakta berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan niat untuk menggulingkan kerajaan Malaysia.
Shafei berkata, perubahan fakta oleh 'Sarawak Report' tersebut turut diakui sendiri oleh pemberi maklumat berkenaan PetroSaudi yang kini ditahan di Thailand, Xavier Andre Justo.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Jangan Kerana Fitnah Pembangkang, UMNO Berpecah - Shafei Abdullah
- Runtime
- 2:31
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Dato Mohd Shafei Abdullah, menggesa ahli-ahli UMNO agar tidak mudah mempercayai segala dakyah pembangkang yang diputar belit melalui laman sosial.
Shafei merujuk kepada fitnah pembangkang mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini sedang hangat diperkatakan di negara ini.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- NGO Melayu : Siasat Dana RM30 Juta BERSIH 4.0
- Runtime
- 1:58
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Sebuah badan bukan kerajaan yang dikenali sebagai Gabungan NGO Melayu Malaysia meminta ketua penganjur BERSIH 4.0, Marina Chin Abdullah untuk menyatakan sumber dana perhimpunan tersebut melibihi RM30 juta.
Pengerusinya, Datuk Jamal Mohd Yunus berkata seorang peserta yang akan menyertai perhimpunan tersebut akan akan diberikan wang sebanyak RM300.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
- Title
- Penerangan Khas Isu DEIG Oleh Budiman Mohd Zohdi
- Runtime
- 45:27
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Video Penuh Penerangan Khas Isu Darul Ehsan Investment Group (DEIG) Disampaikan Oleh Setiausaha Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional Selangor, Budiman Mohd Zohdi.Tujuan Penerangan Khas Ini diadakan berikutan beberapa Adun termasuk bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan kebimbangan mereka terhadap ketelusan penubuhan DEIG yang akan mengambil alih peranan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) dalam menguruskan pelaburan anak-anak syarikat di bawah pemerbadanan itu.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
www.rakyatnews.my
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Penubuhan DEIG Kurangkan Peranan Utama MBI
- Runtime
- 1:33
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Setiausaha Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional Selangor, Budiman Mohd Zohdi berkata, Penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) Mengurangkan Peranan Utama Permerbadanan Menteri Besar (MBI) sekaligus mencetuskan kekeliruan dan sedikit sebanyak pertindihan hak dan tanggungjawab dengan peranan invest selangor berhad (SSIC) dalam usaha mempromosi serta bantuan teknikal melibatkan aktiviti pelaburan di negeri selangor
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
www.rakyatnews.my
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- ADUN PR Bimbang Dengan Kewujudan DEIG
- Runtime
- 3:04
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Penubuhan entiti swasta, Darul Ehsan Investment Group (DEIG) bagi menguruskan anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) turut diragui oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Negeri Selangor.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi berkata, kebimbangan turut dizahirkan oleh ADUN dari Pas, DAP serta PKR sendiri.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/terdapat-adun-pr-tidak-tahu-penubuhan-deig
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Budiman Persoal Tujuan DEIG Diwujudkan Bawah MBI
- Runtime
- 1:57
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Dalam keghairahan pakatan pembangkang menyerang kerajaan pusat khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melibatkan isu 1MDB, akhirnya ianya memakan diri selepas kontroversi sendiri di sebalik penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang cukup meragukan.Setiausaha Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional Selangor, Budiman Mohd Zohdi mendedahkan, kewujudan entiti yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1967 itu menjadikan entiti tersebut bebas dari diaudit oleh mana-mana pihak.
Beliau Juga Menambah sekiranya pemindahan berlaku, DEIG yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat mampu menidakkan hubungan mereka MBI sekaligus menyebabkan aset tersebut berpindah milik dengan mudah.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/deig-kebal-dari-diaudit-oleh-mana-mana-pihak
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- DEIG : Aset BernilaI RM30 Bilion Berdepan Risiko Tinggi Jika Dipindahkan
- Runtime
- 1:41
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Status aset-aset Kerajaan Negeri Selangor bernilai RM30 Bilion yang diurustadbir oleh Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) berdepan dengan risiko yang amat tinggi sekiranya ianya dipindah dan diuruskan oleh Darul Ehsan Investment Group (DEIG).Setiausaha Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional Selangor, Budiman Mohd Zohdi berkata, sekiranya pemindahan berlaku, DEIG yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat mampu menidakkan hubungan mereka MBI sekaligus menyebabkan aset tersebut berpindah milik dengan mudah.
Sebelum ini,beberapa Adun termasuk bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan kebimbangan mereka terhadap ketelusan penubuhan DEIG yang akan mengambil alih peranan MBI dalam menguruskan pelaburan anak-anak syarikat di bawah pemerbadanan itu.
Untuk Maklumat lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/deig-aset-bernilai-rm30-bilion-boleh-berpindah-milik-dengan-mudah
Video/Edited By Romy Ir...
- Title
- Demo Depan Rumah Penganjur Jika Teruskan Himpunan BERSIH 4.0
- Runtime
- 1:19
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Peniaga dan badan bukan kerajaan (NGO) hari ini mendesak supaya Penganjur perhimpunan BERSIH 4.0 supaya melupakan hasrat untuk meneruskan perhimpunan BERSIH 4.0 ekoran ia dilihat menyusahkan peniaga dan warga kota di sini.
Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan Wilayah Persekutuan, Datuk Jamal Mohd Yunus berkata sekiranya penganjur tetap meneruskan perhimpunan tersebut, beliau akan mengumpul seramai 8,000 orang peniaga untuk bersama-sama berniaga di perkarangan rumah penganjur.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
- Title
- NGO Dakwa Peserta BERSIH 4.0 'Dibayar'
- Runtime
- 1:20
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Gabungan Badan Bukan Kerajaan Wilayah Persekutuan hari ini mendakwa penganjur perhimpunan BERSIH 4.0, Marina Chin Abdullah membayar ahlinya sebanyak RM300 sekiranya menyertai perhimpunan itu pada 29 dan 30 Ogos ini di Dataran Merdeka.
Pengerusinya, Datuk Jamal Mohd Yunus berkata pembongkaran bayaran tersebut diketahui selepas 37 orang ahlinya menerima tawaran tersebut.
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/bayaran-rm300-jika-sertai-bersih-40
- Title
- Guling Kerajaan : BNBBC Akan Jumpa TPM
- Runtime
- 0:54
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Dakwaan kononnya 20 ahli parlimen Barisan Nasional (BN) terlibat komplot untuk menggulingkan kerajaan adalah tidak benar sama sekali.
Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional Malaysia (BNBBC), Tan Sri Shahsrir Samad berkata ada perbezaan pendapat berlaku namun bukanlah sehingga mahu menggulingkan kerajaan.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Ahli BNBBC Tidak Terlibat Komplot Guling Kerajaan
- Runtime
- 1:46
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Dakwaan kononnya 20 ahli parlimen Barisan Nasional (BN) terlibat komplot untuk menggulingkan kerajaan adalah tidak benar sama sekali.
Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional Malaysia (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad berkata ada perbezaan pendapat berlaku namun bukanlah sehingga mahu menggulingkan kerajaan.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Komplot Guling Kerajaan : Pihak Tertentu Sengaja Cetuskan Persepsi Negatif
- Runtime
- 1:47
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Pendedahan yang dibuat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung konspirasi menggulingkan kerajaan sedia ada menyebabkan wujud pihak yang tidak bertanggungjawab untuk sengaja mencetuskan persepsi negatif.Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC),Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, bagaimanapun tiada seorang pun anggotanya terlibat dalam komplot seperti yang didedahkan sebuah blog.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/politik/pihak-tertentu-ambil-kesempatan-wujud-persepsi-negatif-bnbbc
Video : AzharyKhairi
Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Shahidan Kassim Rasmi Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Wangsa Maju
- Runtime
- 1:53
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Ahli Majlis Tertinggi UMNO,Datuk Seri Shahidan Kassim Merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Wangsa Maju Tahun 2015.Turut mengiringi beliau Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Datuk Dr. Mohd Shafei Abdullah
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
www.rakyatnews.my
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- 1MDB : Rakyat Diingat Jangan Layan Persepsi
- Runtime
- 1:35
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Menteri Pertahanan yang juga merupakan Naib Presiden UMNO,Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menasihatkan orang ramai untuk bertenang dan tidak bersandarkan kepada persepsi sesetengah isu ekoran persepsi tidak akan mempunyai kesudahan.Beliau berkata jika rakyat Malaysia terlalu mengikuti persepsi ia tidak akan mendatangkan kesudahan sebaliknya ia akan memburukkan keadaan.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/qsaya-tidak-layan-persepsiq-hishammuddin
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Kapal Tangki MT Jaoquim Dijumpai,ATM Siapsiaga Diatur Gerak
- Runtime
- 1:32
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Kapal Tangki MT Jaoquim yang hilang di perairan Port Dickson malam tadi telah dijumpai dan kini dalam perjalanan untuk pulang ke perairan Malaysia.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata aset Angkatan Tentera Diraja Malaysia (ATM) telah bersiap siaga untuk diatur gerak.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/kapal-tangki-mt-jaoquim-dijumpai-anak-kapal-selamat-hishammuddin
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Hishammuddin Rasmi Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pandan
- Runtime
- 2:17
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Naib Presiden UMNO,Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pandan Tahun 2015.Turut mengiringi beliau Ketua UMNO Bahagian Pandan,Datuk Mohd Haniff Koslan
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
www.rakyatnews.my
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Kabir Khan Temui Peminat di MPH Nu Sentral
- Runtime
- 1:21
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Ahli Silap Mata terkenal kelahiran Malaysia,Kabir Khan Mohamad Reaz Bersama Peminat Beliau di MPH Bookstore Nu Sentral.Kabir Khan Juga Merasmikan Buku 'The Success Principles 10th Aniversary Edition' yang ditulis oleh penulis terkenal,Jack Canfield.Nama Kabir dimuatkan dalam empat muka surat yang menceritakan tentang perjuangan hidupnya menjadi ahli silap mata terkemuka dunia.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/ahli-silap-mata-kabir-khan-harumkan-nama-malaysia
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Kabir Khan Harumkan Nama Malaysia
- Runtime
- 3:43
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Ahli Silap Mata terkenal kelahiran Malaysia,Kabir Khan Mohamad Reaz sekali lagi mengharum nama negara apabila namanya turut dimuatkan di dalam buku paling laris 'New York Times'.Nama Kabir dimuatkan dalam empat muka surat yang menceritakan tentang perjuangan hidupnya menjadi ahli silap mata terkemuka dunia di dalam buku 'The Success Principles 10th Aniversary Edition' yang ditulis oleh penulis terkenal,Jack Canfield.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/ahli-silap-mata-kabir-khan-harumkan-nama-malaysia
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Tiada Pelan Ekonomi Jitu Dalam Buku Jingga
- Runtime
- 2:13
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Dakwaaan dan tomahan pembangkang terhadap ekonomi negara tidak relevan dan hanya bersifat politik apabila mereka tidak pernah memberikan sebarang cadangan bernas memulihkan mahupun membangunkan ekonomi negara.
Exco Pemuda UMNO Shahril Hamdan berkata, berbanding kerajaan Barisan Nasional, manifesto pembangkang di dalam 'Buku Jingga' juga tidak menyebut sebarang langkah meningkatkan taraf hidup rakyat dan hanya memberikan janji-janji manis.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Pembangkang Hanya Kritik Tak Pernah Puji
- Runtime
- 0:49
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Sungguhpun negara telah menempa pelbagai kejayaan di merata negara, pembangkang tidak pernah memuji kejayaan tersebut dan hanya mengkritik diatas kesilapan yang ada diantaranya berpunca dari sikap pembangkang sendiri.
Exco Pemuda UMNO shahril Hamdan berkata, pembangkang tidak pernah meraikan kejayaan negara sebaliknya lebih banyak menunding jari diatas segala kepayahan yang dihadapi.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Pembangkang Sabotaj Antara Punca Ekonomi Negara Lembab
- Runtime
- 1:10
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Dakwaan pembangkang terhadap pasaran yang kemudiannya dijaja ke luar negara antara punca kejatuhan ekonomi mengakibatkan kerugian kepada negara sendiri.
Exco Pemuda UMNO Shahril Hamdan berkata, ianya terbukti apabila pembangkang mensabotaj ekonomi negara dengan meramalkan kejatuhan ekonomi kepada pelabur asing dan telah terbukti bahawa ramalan tersebut adalah silap.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Dekati Golongan Muda : Pemuda BN Laung Kesediaan Berdepan PRN Sarawak
- Runtime
- 1:36
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Pemuda Barisan Nasional (BN) telah mencapai kata sepakat agar setiap jentera pemuda dari kesemua parti komponen dalam BN akan turun padang membantu perjalanan kempen semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.Pengerusinya, Khairy Jamaluddin berkata, Pemuda BN juga akan menubuhkan Badan Sukarelawan Pemuda BN (BNYV) di Negeri Sarawak untuk menarik golongan belia menyertai badan sukarelawan itu bagi membantu menjayakan PRN tersebut.
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Tindakan Serang Muhyiddin,Shafie Boleh Pecahkan UMNO - Khairy
- Runtime
- 1:25
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia,Khairy Jamaluddin meminta sesetengah pihak yang merupakan ahli UMNO sendiri agar tidak memburukkan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafei Apdal.Khairy yang juga merupakan Menteri Belia dan Sukan berkata,tindakan seumpama itu hanya akan memecahbelahkan parti dan kedua pemimpin itu perlu terus dihormati memandangkan keduanya merupakan antara pemimpin tertinggi di dalam UMNO.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/tindakan-burukkan-muhyiddin-shafie-hanya-akan-pecahkan-umno-khairy
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- PM Dipanggil Beri Keterangan Bukti SPRM Telus - Khairy
- Runtime
- 1:50
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memanggil Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak memberi keterangan membuktikan agensi tersebut bebas dari sebarang anasir seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata, kredibiliti SPRM amat penting agar segala hasil siasatan dapat diterima oleh rakyat.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/sprm-panggil-najib-beri-keterangan-bukti-siasatan-telus-khairy
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- MH370 : Guna Kaedah Sama Cari Pesawat di Pulau Reunion - Hishammuddin
- Runtime
- 2:39
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Kaedah yang sama seperti sebelum ini boleh dilakukan untuk mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di Pulau Reunion, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau turut melahirkan rasa yakin terhadap jawatankuasa Malaysia yang telah diwujudkan bersama China dan Australia akan menimbangkan cadangan tersebut.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Azlan Man, Khaled Nordin Terima Pangkat Kehormat Wataniah
- Runtime
- 1:07
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyempurnakan Majlis Penerimaan Pangkat Pegawai Kanan Kehormat Askar Wataniah kepada Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.
Majlis turut dihadiri Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Ketua Setiusaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video/Editing: AzharyKhairi
- Title
- Media Diminta Hormati Privasi Keluarga Mangsa MH370 - Hishammuddin
- Runtime
- 2:18
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyeru semua pihak supaya menghormati privasi keluarga mangsa pesawat penerbangan MH370 untuk memberi ruang bagi menghadapi kesedihan.
Beliau berkata beliau juga melahirkan rasa kesedihan terhadap apa yang terjadi terhadap keluarga mangsa MH370.
Maklumat Layari :-
http:// rakyatnews.my
Video/Editing : AzharyKhairi
- Title
- Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bersama Menteri Pertahanan
- Runtime
- 1:50
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Seluruh warga kerja Kementerian Pertahanan hari ini dirai dalam Majlis Aidilfitri Bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Majlis tersebut diadakan di Dewan Seroja, Kem Kementah di sini bermula jam 3.30 petang sehingga jam 11 malam ini.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Sambutan Aidilfitri : Hishammuddin Rai Warga Kerja MINDEF
- Runtime
- 2:37
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Seluruh warga kerja Kementerian Pertahanan hari ini dirai dalam Majlis Aidilfitri Bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.Majlis tersebut diadakan di Dewan Seroja, Kem Kementah.
Dalam majlis itu juga,Hishammuddin turut menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim, kanak-kanak kelainan upaya serta sumbangan kerusi roda kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/hishammuddin-rai-warga-kerja-mindef-pada-sambutan-aidilfitri
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Himpunan #TangkapNajib : Dua Adun PKR Ditahan Polis
- Runtime
- 1:42
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Polis menahan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dari Teja,Chang Lih Kang dan Simpang Pulai,Tan Kar Hing.sebelum itu polis sudah memberikan nasihat agar dua Adun meninggalkan Kompleks Sogo kerana pihak polis tidak membenarkan perhimpunan tiada permit.
Pihak polis juga telah menutup kawasan Jalan Tunku Abdul Rahman dari persimpangan Sogo ke Dataran Merdeka sebagai langkah awal keselamatan.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/himpunan-tangkapnajib-10-peserta-ditahan
- Title
- Himpunan #TangkapNajib : 29 Peserta Ditahan
- Runtime
- 1:58
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Polis menahan kira-kira 29 peserta Himpunan #TangkapNajib yang melakukan provokasi di perkarangan pusat membeli belah Sogo di sini, sebentar tadi.
Antara yang ditahan termasuk Pengarah Eksekutif Lensa Anak Muda, Safwan Anang.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Muhyiddin Tidak Berhasrat Sandang Jawatan Pengerusi PAC
- Runtime
- 1:37
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak berhajat untuk menggalas tugas sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sekiranya beliau dilantik bagi jawatan itu.
Muhyiddin yang juga merupakan Timbalan Presiden UMNO berkata jawatan tersebut perlu digalas oleh individu yang lebih layak untuk diberikan tanggungjawab terutama dalam menyelesaikan prosiding siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- 'Saya Tanya, Najib Hanya Mengangguk' - Muhyiddin
- Runtime
- 1:26
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui telah dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penggugurannya sebagai anggota kabinet, semalam.
Beliau berkata, perkara itu diketahui sejurus pertemuan diadakan bersama Najib sebelum pengumuman barisan kabinet baharu.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Muhyiddin Yakin Jawatan Timbalan Presiden UMNO Selamat
- Runtime
- 1:14
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin beliau tidak akan digugurkan daripada memegang jawatan yang disandang dalam UMNO selepas beliau percaya bahawa semua Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno berfikiran waras.
Beliau berkata beliau akan menjalankan tugas seperti biasa sebagai Timbalan Presiden UMNO.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Penjelasan 1MDB Kepada Kabinet Terlalu Ringkas - Muhyiddin
- Runtime
- 1:03
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Selepas beberapa siri kritikannya terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tan Sri Muhyiddin Yassin kali ini berkata penjelasan mengenai dakwaan skandal syarikat pelaburan itu menerusi 'fact sheet' yang diedarkan kepada jemaah menteri sebelum ini terlalu ringkas dan tidak komprehensif.
Jelas bekas timbalan perdana menteri itu, beliau memerlukan maklumat yang lebih lengkap berhubung dakwaan skandal berkenaan.
Maklumat lanjut layari:_
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Ribuan Hadir Ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Wangsa Maju
- Runtime
- 2:05
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Kira-kira 5000 penduduk di sekitar Parlimen Wangsa Maju hari ini tidak melepaskan peluang untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran UMNO Bahagian Wangsa Maju.Hadir sama, Menteri Wilayah Persekutuan,Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor,Ahli Parlimen Setiawangsa,Datuk Ahmad Fauzi Zahari dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan,Mohd Razlan Muhammad Rafii.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
www.rakyatnews.my
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Hishammuddin Gesa Semua Pihak Lebih Rasional
- Runtime
- 1:40
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Semua pihak perlu bertenang dan tidak cepat melatah dengan keputusan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada rombakan kabinet yang berlaku pada hari ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata semua pihak juga perlu bersikap rasional dalam menerima keputusan yang telah dilakukan.
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/jangan-mudah-melatah-hishammuddin
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Hishammuddin Jangka Prestasi Terbaik DSA2016
- Runtime
- 1:43
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjangkakan pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) tahun hadapan merupakan pameran yang terbaik sama seperti tahun sebelum ini dianjurkan.
Beliau berkata ia ekoran kejayaan yang dilakukan pada Asean dan Mesyuarat Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM).
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/kekalkan-prestasi-terbaik-dsa2016-hishammuddin
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- PAS Cagar Isteri Demi Kepentingan Politik - Hasan Basri
- Runtime
- 2:09
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Baiah yang lafazkan oleh ahli dan wakil rakyat Pas adalah haram berikutan parti itu telah mencagarkan isteri demi kepentingan politik.
Bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohamad, berkata baiah yang memberikan talak ketiga kepada isteri bagi kepentingan politik itu adalah bertentangan dengan ajaran Islam sama ada ia dilakukan secara bermain-main ataupun bersungguh-sungguh.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Hishammuddin Lawat Markas Taktikal 1 Rejimen Sempadan
- Runtime
- 2:46
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam melawat Kem Gubir di Sik dan Markas Taktikal di sini untuk lawatan dan penyampaian sumbangan Hari Raya kepada anggota tentera yang bertugas, sebelum berbuka puasa bersama mereka.
Maklumat lanjut layari:-
http:://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Lima Pangkalan Hadapan Bakal Diwujudkan Di Sempadan Malaysia-Thailand
- Runtime
- 2:04
- Date posted
- 11 years ago
- Description
- Sempadan Malaysia-Thailand diperketatkan dengan kewujudan lima Pangkalan Operasi Hadapan (FOB) yang bakal dibina sekaligus berupaya mengekang masalah penyeludupan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin berkata FOB tersebut akan dibina di negeri-negeri seperti Kedah, Perlis dan Perak yang bersepadanan dengan Thailand.
Maklumat lanjut layari :-
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/hishammuddin-5-fob-bakal-dibina-di-sempadan-malaysia-thailand
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- 1MDB : Kebenaran Akan Terbukti Juga Satu Hari Nanti - Najib
- Runtime
- 2:04
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin dan berikrar kebenaran bakal ditegakkan selepas beliau dilanda pelbagai dakwaan melibatkan dirinya.Najib berkata,segala dakwaan yang dibuat ke atas dirinya tidak benar dan memohon agar rakyat tidak mempercayai segala yang tersebar melalui laman media sosial.]
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Nur Ramadhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur peringkat Parlimen Wangsa Maju di Masjid Salahuddin Al-Ayubi,Taman Melati,di sini hari ini.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/1mdb-najib-yakin-kebenaran-akan-ditegakkan
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Impian Penduduk Miliki Rumah Pangsa Sri Tioman 1 Tercapai
- Runtime
- 2:08
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Hasrat kira-kira 420 keluarga perumahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Sri Tioman 1 yang telah sekian lama mengimpikan untuk memiliki sendiri rumah yang didiami kini akhirnya ditunaikan oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak.Hasrat mereka terdahulu disuarakan oleh Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju,Datuk Dr Mohd Shafei Abdullah dalam ucapannya ketika Program Nur Ramadhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur peringkat Parlimen Wangsa Maju yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/eksklusif/hasrat-penduduk-disuarakan-shafei-abdullah-ditunaikan-pm
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Hishammuddin Ucap Tahniah Kepada LTAT
- Runtime
- 2:33
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini mengucapkan tahniah kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) berikutan lembaga tersebut telah membuat pemulangan aset, caruman, pendapatan, kadar dividen dan bonus-bonus khas kepada pihak yang berkepentingan dengan LTAT.
Beliau berkata LTAT sentiasa boleh diharapkan untuk menjaga kebajikan dan kepentingan anggotanya.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Hishammuddin Gesa 1MDB Beri Kerjasama Penuh
- Runtime
- 1:48
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu memberikan kerjasama dengan mengemukakan segala dokumen yang berkaitan kepada Jabatan Audit Negara bagi membantu siasatan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kesemua dokumen yang diperlukan haruslah diserahkan bagi mengelak sebarang kelemahan dalam proses siasatan terhadap syarikat itu.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakkyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Felo Perdana 2015 Tanam Azam Timba Pengalaman di Kementerian Terpilih
- Runtime
- 2:22
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Kesemua Felo Perdana 2015 daripada universiti dari dalam dan luar negara yang akan menjalani latihan praktikal mahu belajar dan mendalami situasi kerja sebenar di kementerian terpilih.
Felo daripada Ketua Setiausaha Negara, Rajjit Singh Dillion, berkata beliau berharap dapat menyampaikan kepada golongan belia mengenai dasar-dasar kerajaan yang golongan belia perlu tahu ekoran belia pada masa kini kurang memahami apa yang kerajaan mahu sampaikan kepada golongan itu.
Maklumat lanjut layari:-
http:://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi

