Media Selangor
Kategori penerima vaksin fasa kedua akan ditambah
- Title
- Kategori penerima vaksin fasa kedua akan ditambah
- Runtime
- 1:07
- Date posted
- 6 years ago
- Description
- Kategori penerima vaksin untuk fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan ditambah, kata Menteri Penyelaras program itu. Langkah itu dibuat kerana pendaftaran golongan sasar masih belum diterima sepenuhnya.
- Title
- Invest Selangor tubuh pelan antirasuah
- Runtime
- 2:04
- Date posted
- 6 years ago
- Description
- Invest Selangor Berhad menjadi anak syarikat Kerajaan Negeri pertama menubuhkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) bagi menangani permasalahan rasuah dalam kalangan warga kerja. Pelan OACP itu bertujuan memastikan warga kerja Invest Selangor mendukung aspirasi dan agenda nasional dalam memerangi perilaku gejala rasuah dan pelanggaran integriti.
- Title
- Selangor tinggi kesedaran daftar vaksin - Khairy
- Runtime
- 1:49
- Date posted
- 6 years ago
- Description
- Selangor mencatatkan pendaftaran vaksin tertinggi di negara ini sekali gus membuktikan bahawa kesedaran rakyat juga tinggi mengenai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. Dalam pada itu, Kerajaan Negeri akan meningkatkan strategi pendaftaran melalui rumah ke rumah selain membuka kaunter di kawasan tumpuan orang ramai.
- Title
- Kerajaan Negeri sedang kenal pasti jenis vaksin sebelum pembelian
- Runtime
- 1:11
- Date posted
- 6 years ago
- Description
- Kerajaan Negeri sedang mengenal pasti jenis vaksin yang ditempah Kerajaan Persekutuan sebelum membuat pembelian untuk kegunaan dalam usaha mempercepatkan proses pemberian vaksin.
- Title
- 63 Orang Asli Selangor terima bantuan persiapan Ramadan
- Runtime
- 1:22
- Date posted
- 6 years ago
- Description
- EXCO Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal, Zawawi Ahmad Mughni menyampaikan bantuan persiapan bulan Ramadan kepada 63 keluarga islam Kampung Orang Asli Sungai Buloh, pagi tadi.
- Title
- MAIS fail rayuan pertahan kalimah Allah
- Runtime
- 1:25
- Date posted
- 6 years ago
- Description
- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyokong penuh tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan Malaysia merayu keputusan kepada Mahkamah Tinggi terhadap penggunaan kalimah Allah dalam terjemahan Bible bagi tujuan pendidikan. MAIS juga menjunjung kasih titah Sultan Selangor dan akan memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan sebagai pencelah (intervener) dalam rayuan tersebut demi menjaga kesucian kalimah Allah.
- Title
- 83 peratus fasa pertama vaksin selesai
- Runtime
- 1:11
- Date posted
- 6 years ago
- Description
- Sebanyak 83 peratus warga Selangor yang tergolong dalam fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan telah selesai mendapat suntikan dos pertama. Dalam pada itu, Kerajaan Negeri akan terus memberi tumpuan bagi persediaan fasa kedua.
- Title
- MB galak mohon bantuan AnIS, pelajar asnaf terima selimut kalis api
- Runtime
- 5:39
- Date posted
- 6 years ago
- Description
- 1. MB galak institusi pendidikan anak istimewa mohon bantuan AnIS.
2. Lebih 40,000 dapat manfaat dana wakil rakyat.
3. LZS terima 200 selimut kalis api untuk pelajar asnaf.
4. PKNS lancar PKNS PLUS, pelbagai pakej istimewa ditawarkan.
- Title
- Mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn terima pek makanan
- Runtime
- 0:38
- Date posted
- 6 years ago
- Description
- Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga, Rodziah Ismail menyumbangkan pek makanan kepada semua mahasiswa yang akan kembali ke Universiti Tun Hussein Onn. Mahasiswa itu menerima sumbangan tersebut sebelum menaiki bas sumbangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pagi tadi.
- Title
- Selangor sokong ECRL, kekal pilih jajaran selatan
- Runtime
- 2:20
- Date posted
- 6 years ago
- Description
- Kerajaan Negeri tetap menyokong Projek Rel Pantai Timur (ECRL) dengan mengekalkan pendirian memilih jajaran selatan Selangor sebagai langkah terbaik, mengambil kira faktor ekonomi, warisan dan alam sekitar. Jajaran selatan Selangor akan melalui daerah Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat hingga ke Pelabuhan Klang (Westport).
- Title
- Kes Covid-19 Selangor kembali bawah 500
- Runtime
- 1:39
- Date posted
- 6 years ago
- Description
- Daripada 1,268 kes Covid-19 yang dilaporkan di Malaysia hari ini, Selangor merekodkan kes tertinggi sebanyak 490 kes. Kes di Selangor merekodkan penurunan berbanding semalam dan kembali berada di bawah paras 500 kes.
- Title
- Junjung titah Sultan, 'Allah' bukan kata umum - EXCO
- Runtime
- 1:52
- Date posted
- 6 years ago
- Description
- EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal, Mohd Zawawi Ahmad Mughni menyeru semua supaya menghormati titah Sultan Selangor yang melarang penggunaan kalimah 'Allah' dalam terjemahan kitab Bible dan dalam penulisan agama Kristian. Jelasnya, Kerajaan Negeri mengambil pendirian bahawa kalimah Allah bukan kata nama am yang boleh digunakan sewenang-wenangnya.
- Title
- Covid-19: 1,083 sembuh, 1,268 positif, dua kematian
- Runtime
- 1:21
- Date posted
- 6 years ago
- Description
- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat 1,083 kes sembuh daripada Covid-19 pada hari ini. Sementara itu, 1,268 kes positif baharu dilaporkan membabitkan lima kes import dengan pertambahan dua kes kematian.
- Title
- Kes Sepang cecah tiga angka, hampiri Petaling
- Runtime
- 1:11
- Date posted
- 6 years ago
- Description
- Daripada 490 kes harian Covid-19 yang dilaporkan di Selangor, daerah Petaling kekal merekodkan kes tertinggi mencecah tiga angka iaitu 120 kes. Pada masa sama, Sepang turut merekodkan kes tiga angka iaitu 115 kes.
- Title
- Helikopter terhempas di Subang, SMG sasar jana RM1 bilion
- Runtime
- 4:27
- Date posted
- 6 years ago
- Description
- 1. SMG jana pelaburan RM1 bilion menjelang 2030.
2. Saringan percuma di Seri Kembangan Sabtu ini.
3. Helikopter terhempas di Subang, lima individu terselamat
4. MPKj sita lima lori terlibat buang sampah haram.
5. Pusat Khidmat DUN Dusun Tua buka kaunter pendaftaran vaksin Covid-19.
- Title
- SPAN ganti paip cukup tempoh
- Runtime
- 0:55
- Date posted
- 6 years ago
- Description
- Suruhanjaya Perkhidmatan Air Selangor (SPAN) akan menjalankan tugas pengalihan serta penyambungan paip baharu di kawasan Seksyen 15, Shah Alam bermula 30 Mac ini dari pukul 9 pagi hingga 9 malam dan akan berterusan sehingga 1 April 2021.
- Title
- Hanya 54 individu ditahan ingkar SOP
- Runtime
- 1:23
- Date posted
- 6 years ago
- Description
- Menerusi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) semalam (23 Mac 2021), seramai 54 individu ditahan kerana gagal mematuhi SOP. Kegagalan menyediakan peralatan merekod diri pelanggan antara kesalahan yang tertinggi dilaporkan. Manakala, 18 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditangkap dalam operasi benteng.
- Title
- Mahasiswa Selangor pulang ke kampus naik bas MBSA
- Runtime
- 1:02
- Date posted
- 6 years ago
- Description
- Ahli Dewan Negeri Batu Tiga bersama Pemangku Datuk Bandar Shah Alam menghantar mahasiswa Selangor yang menuntut di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pulang ke kampus dengan menaiki bas yang disumbangkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Bungkusan makanan sarapan pagi turut diagihkan kepada mereka sebagai bekalan.
- Title
- Program masakan perkenal kebun komuniti MPAJ
- Runtime
- 1:31
- Date posted
- 6 years ago
- Description
- Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menganjurkan program masakan bagi memperkenalkan kebun komunitinya. Program yang berlangsung pagi tadi disiarkan secara langsung melalui Facebook Program Masyarakat MPAJ serta menampilkan dua cef profesional iaitu Hisyam Yussuf Mansur dan Iskandar Ishak. Bahan-bahan masakan yang digunakan diambil segar dari Kebun Komuniti Pandan Jaya Fasa 2.
- Title
- Saringan percuma Taman Bukit Belimbing Sabtu ini
- Runtime
- 1:07
- Date posted
- 6 years ago
- Description
- Kerajaan Negeri melalui Pasukan Petugas Operasi Selangor (STFO) dengan kerjasama Pejabat Parlimen P102 Bangi, Dr. Ong Kian Ming dan Pejabat ADN N27 Balakong, Wong Siew Ki, akan menjalankan ujian saringan bersasar Covid-19 pada 27 Mac 2021 (Sabtu), bertempat di Tapak Parkir, Jalan Medan Belimbing, Taman Bukit Belimbing.
- Title
- MB galak institusi pendidikan anak istimewa mohon bantuan AnIS
- Runtime
- 1:09
- Date posted
- 6 years ago
- Description
- Institusi pendidikan anak istimewa yang menjalankan Program Intervensi Awal (EIP) digalakkan memohon bantuan Didik Anak Istimewa Selangor (AnIS). Mana-mana institusi pendidikan anak istimewa yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Kementerian Pendidikan Malaysia layak menerima bantuan sekali bayar untuk menaik taraf keperluan pusat mereka selain melaksanakan program dengan lebih berkesan dan sistematik.
- Title
- JAIS tubuh jawatankuasa khas siasat ajaran sesat
- Runtime
- 4:33
- Date posted
- 6 years ago
- Description
- 1. NaDI sedia peluang usahawan berniaga kecil-kecilan
2. Restoran miliki tandas terbersih di Selayang berpeluang menang RM1,000
3. MPK seru warga Klang sertai kaji selidik, pantau SOP pasar
4. JAIS tubuh jawatankuasa khas siasat ajaran sesat
- Title
- Tarikan pelancongan Taman Pengkalan Batu bakal dibuka
- Runtime
- 2:16
- Date posted
- 6 years ago
- Description
- Pelbagai aktiviti pelancongan akan dibangunkan bagi menarik kedatangan pelancong ke Taman Pengkalan Batu, Klang seiring projek pembangunan Gerbang Maritim Selangor (SMG). Ia meliputi perkhidmatan teksi air, rumah bot serta aktiviti sukan ‘flying fox’. Selain itu, SMG juga akan memperkenalkan ladang urban organik di persisir sungai sebagai projek rintis membantu usahawan agro Selangor dalam kalangan isi rumah berpendapatan rendah (B40).
- Title
- Pembersihan kualiti air Sungai Klang capai 50 peratus
- Runtime
- 1:51
- Date posted
- 6 years ago
- Description
- Jumlah kutipan sampah di Sungai Klang berkurang kepada 30 hingga 35 tan sehari sejak akhir tahun lalu berbanding 40 hingga 45 tan sebelum ini. Dalam pada itu, pembersihan kualiti air juga mencapai 50 peratus iaitu meningkat dari tahap empat ke tiga.
- Title
- SMG jana pelaburan RM1 bilion menjelang 2030
- Runtime
- 2:11
- Date posted
- 6 years ago
- Description
- Kerajaan Negeri menjangkakan projek pembangunan Gerbang Maritim Selangor (SMG) di Sungai Klang mampu memperoleh pelaburan berjumlah RM1 bilion menjelang 2030. Kawasan berpotensi untuk dibangunkan telah dikenal pasti di Sungai Klang sepanjang 56 kilometer dari hulu iaitu Mid Valley hingga ke muara sungai di Pelabuhan Klang.
- Title
- Kes Covid-19 Selangor meningkat lebih 50 peratus
- Runtime
- 1:36
- Date posted
- 6 years ago
- Description
- Selangor merekodkan peningkatan 55 peratus kes harian Covid-19 pada hari ini berbanding semalam. Sebanyak 625 kes baharu dilaporkan hari ini berbanding semalam, 403 kes.
- Title
- Kes Petaling & Hulu Langat tiga angka
- Runtime
- 1:16
- Date posted
- 6 years ago
- Description
- Daerah Petaling dan Hulu Langat merekodkan kes Covid-19 mencecah tiga angka iaitu masing-masing 273 kes dan 107 kes. Sementara itu, Sabak Bernam masih merekodkan kes sifar pada hari ini.
- Title
- Sultan Selangor larang guna kalimah Allah dalam Bible
- Runtime
- 5:19
- Date posted
- 6 years ago
- Description
- 1. "Kalimah Allah hanya untuk umat Islam," - Sultan Selangor
2. 80 penduduk Bagan Sekinchan terima geran hak milik tanah
3. MBSJ anjur Kursus Platform e-Bazar Ramadan
4. LZS, TERAS bimbing usahawan asnaf
5. JKDM gagalkan cubaan seludup dadah RM5.2 bilion
- Title
- Ingkar SOP, 38 ditahan, 30 dikompaun
- Runtime
- 1:16
- Date posted
- 6 years ago
- Description
- Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 38 individu atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Daripada jumlah itu, 30 individu dikompaun manakala lapan individu lagi direman.
- Title
- Covid-19: 1,058 sembuh, 1,384 positif, enam kematian
- Runtime
- 1:25
- Date posted
- 6 years ago
- Description
- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat 1,058 kes sembuh daripada Covid-19 pada hari ini. Sementara itu, terdapat 1,384 kes positif baharu melibatkan sembilan kes import dengan pertambahan enam kes kematian.
- Title
- Tiga e-sukan baharu di Selangor Xtiv Virtual 2021
- Runtime
- 1:29
- Date posted
- 6 years ago
- Description
- EXCO Pembangunan Generasi Muda dan Sukan dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Khairuddin Othman menjelaskan, sebanyak tujuh program 'e-sukan' dan tiga program baru iaitu Virtual Chess, Virtual Ride dan Virtual Jump Rope Challenge yang akan dipertandingkan dalam Selangor Xtiv Virtual tahun ini. Beliau berkata demikian selepas merasmikan pelancaran program tersebut yang telah bermula Mac sehingga Disember 2021. Program itu menyasarkan sebanyak 450,000 penyertaan. dengan hadiah terkumpul berjumlah RM 411,680.
- Title
- Sultan larang penggunaan kalimah Allah untuk bukan Islam
- Runtime
- 1:31
- Date posted
- 6 years ago
- Description
- Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menegaskan kalimah Allah dalam kitab Bible (terjemahan bahasa Melayu) atau percetakan apa-apa buku dan tulisan agama Kristian di dalam apa-apa bentuk yang mengandungi kalimah Allah dilarang penggunaannya di Selangor. Baginda mengulangi pendirian bahawa kalimah Allah merupakan kalimah suci umat Islam dan hanya boleh digunakan untuk merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa yang mempunyai sifat kesempurnaan.
- Title
- Kesedaran ambilan vaksin, Ahli Majlis bantu
- Runtime
- 1:23
- Date posted
- 6 years ago
- Description
- Seramai 288 Ahli Majlis akan berkempen untuk pendaftaran vaksin melibatkan 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor bagi meningkatkan kesedaran ambilan vaksin untuk mengekang penularan wabak Covid-19
- Title
- Selangor ingin bangunkan pusat pembangunan e-sukan pertama di Malaysia
- Runtime
- 1:26
- Date posted
- 6 years ago
- Description
- Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk menjadikan bekas bangunan Hotel Carlton Holiday, Seksyen 13, Shah Alam sebagai pusat pembangunan e-sukan yang pertama di Malaysia dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Selangor (MSN), Persatuan E-Sports Selangor (ESS), Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).
- Title
- Penerima terharu, hargai usaha Selangor dapatkan hak milikan tanah
- Runtime
- 1:36
- Date posted
- 6 years ago
- Description
- Penduduk Kampung Bagan Sekinchan yang menerima geran pemilikan tanah menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas usaha mendapatkan hak tanah mereka setelah penantian lebih 50 tahun.
- Title
- Hak pemberian tanah diteruskan secara berperingkat - ADN Sekinchan
- Runtime
- 2:12
- Date posted
- 6 years ago
- Description
- Kerajaan Selangor akan meneruskan hak pemberian tanah secara berperingkat kepada penduduk Bagan Sekinchan. Seramai 80 penduduk sudah menerima geran manakala 170 lagi dalam proses mendapatkan hak tersebut.
- Title
- 80 penduduk Bagan Sekinchan terima geran pemilikan tanah
- Runtime
- 1:45
- Date posted
- 6 years ago
- Description
- Kerajaan Negeri menyerahkan geran pemilikan tanah kepada 80 penduduk Kampung Bagan Sekinchan selepas penantian lebih 50 tahun. Kerajaan Negeri giat membantu dan pemberian hak milik itu dilakukan secara telus tanpa melibatkan orang tengah.
- Title
- CSR MBI RM5 juta, Bantuan kewangan Didik Anis dibuka
- Runtime
- 3:36
- Date posted
- 6 years ago
- Description
- 1. MBI peruntuk RM5 juta laksana tanggungjawab sosial korporat
2. Permohonan bantuan didik ANIS dibuka sehingga 30 April
3. Makluman perubahan nombor telefon CAC Klang
4. Selangor catat 403 kes Covid-19 baharu
- Title
- Op Benteng: 59 PATI berjaya ditahan
- Runtime
- 0:57
- Date posted
- 6 years ago
- Description
- Operasi BENTENG yang dijalankan semalam telah berjaya menahan seramai 59 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Dalam operasi sama, sebanyak empat buah bot dan lima kenderaan darat turut dirampas.
- Title
- Tandas bersih, MPS tawar RM1,000
- Runtime
- 1:06
- Date posted
- 6 years ago
- Description
- Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bakal mengadakan Pertandingan Tandas Bersih Kategori Premis Makanan Restoran Peringkat MPS 2021. Pertandingan itu bagi membudayakan penjagaan tandas yang bersih, selamat dan selesa di premis-premis perniagaan di Selayang.
- Title
- 181 individu ditahan ingkar SOP
- Runtime
- 0:54
- Date posted
- 6 years ago
- Description
- Seramai 181 individu ditahan semalam atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Daripada jumlah itu, 93 telah dikenakan kompaun, 80 direman manakala lapan lagi dijamin.
- Title
- MAQIS gagalkan cubaan seludup kurma 25 tan
- Runtime
- 5:07
- Date posted
- 6 years ago
- Description
- 1. Selangor adil perihal kebajikan rakyat, orang asli tidak diabai
2. Operasi industri aeroangkasa di Selangor capai 70 peratus
3. MAQIS Selangor gagalkan cubaan bawa masuk 25 tan kurma
4. Penduduk di kawasan MBSJ disaran tanam pokok di kediaman sendiri
5. Kejuaraan Zii Jia kebanggaan negara
- Title
- Selangor catat 403 kes baharu, Hulu Langat tertinggi
- Runtime
- 1:21
- Date posted
- 6 years ago
- Description
- Selangor kekal melaporkan kes harian tertinggi di Malaysia setakat 12 tengah hari pada 22 Mac 2021 iaitu sebanyak 403 yang membabitkan 345 tempatan, satu dari luar negara dan 57 di penjara/lokap. Hulu Langat menjadi daerah tertinggi dengan 150 kes.
- Title
- Covid-19: 1,116 kes baharu, 1,495 pulih
- Runtime
- 1:18
- Date posted
- 6 years ago
- Description
- Kes jangkitan baharu Covid-19 dalam negara setakat 12 tengah hari, 22 Mac 2021 ialah 1,116 kes. Sementara itu, kes yang telah sembuh pula mengatasi kes baharu iaitu sebanyak 1,495 kes menjadikan kumulatif pulih daripada jangkitan ini sebanyak 318,784. Terdapat penambahan lima kes kematian sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kepada 1,238 kematian.
- Title
- DUN Sentosa bangga anak tempatan sertai Petronas Cup Prix Malaysia
- Runtime
- 1:01
- Date posted
- 6 years ago
- Description
- Ahli Dewan Negeri (ADN) Sentosa, Gunaraj George menzahirkan rasa bangga dengan penyertaan anak kelahiran Taman Sentosa Klang, Mathan Kumaran yang berjaya menduduki tempat ke-6 pada pusingan kelayakan Kejuaraan Petronas Cup Prix Malaysia Pusingan 1 di litar Sepang baru-baru ini.
- Title
- Operasi industri aeroangkasa capai 70 peratus pasca Covid-19
- Runtime
- 1:37
- Date posted
- 6 years ago
- Description
- Pengoperasian industri aeroangkasa yang melibatkan sekurang-kurangnya 170 syarikat berkaitan di Selangor dijangka mencapai sehingga 70 peratus menjelang hujung tahun ini. Ia mengambil kira pemulihan ekonomi negara pasca pandemik Covid-19.
- Title
- SAS 2021 mampu rangsang ekonomi negara pasca Covid-19
- Runtime
- 2:05
- Date posted
- 6 years ago
- Description
- Penganjuran Pameran Penerbangan Selangor (Selangor Aviation Show) 2021 yang dijadual berlangsung pada 12 hingga 14 Ogos 2021 di Skypark Subang dilihat sebagai permulaan untuk merangsang kembali ekonomi negara yang merudum sejak pandemik Covid-19 melanda. Dijangka lebih banyak pelabur asing akan datang berikutan pemberian suntikan vaksin Covid-19 telah mula dilaksanakan di seluruh dunia.
- Title
- Selangor julung kali anjur pameran penerbangan, Ogos ini
- Runtime
- 1:41
- Date posted
- 6 years ago
- Description
- Selangor sekali lagi membuktikan ia negeri di hadapan kerana bakal menganjurkan Pameran Penerbangan Selangor (Selangor Aviation Show) 2021 buat julung kalinya pada Ogos ini. pameran itu adalah hasil kerjasama beberapa agensi pelabur langsung asing dan domestik dan dianggarkan seramai 5,000 pelawat serta 30 pempamer dari dalam dan luar negara akan menyertai acara ini.
- Title
- Sampah haram industri cemar Kampung Bukit Cherakah Jaya, Meru
- Runtime
- 2:04
- Date posted
- 6 years ago
- Description
- Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar turun padang bagi melihat sendiri sebuah tapak yang dijadikan tempat pelupusan sampah haram industri. Berikutan penemuan tapak tersebut, pihak Pejabat Daerah/Tanah Petaling dan Jabatan Alam Sekitar Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah bertindak membuka kertas siasatan bagi tujuan tindakan undang-undang ke atas mereka yang terlibat. Siasatan tersebut dijalankan atas aduan penduduk Kampung Bukit Cherakah Jaya berkaitan bau busuk air parit yang berwarna hitam di kawasan sekitar.
- Title
- MPKj: Kenderaan berat dikompaun, parkir di taman perumahan
- Runtime
- 0:58
- Date posted
- 6 years ago
- Description
- Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mengeluarkan sebanyak 18 kompaun terhadap kenderaan berat yang diparkir di kawasan taman perumahan sekitar Kajang. Hal itu berikutan ia menyebabkan kesesakan lalu lintas selain mengundang kemalangan.

