Harakah Daily
ADAKAH HIMPUNAN PARTI KOMUNIS MALAYA JEJASKAN PANDANGAN PELABUR LUAR?
- Title
- ADAKAH HIMPUNAN PARTI KOMUNIS MALAYA JEJASKAN PANDANGAN PELABUR LUAR?
- Runtime
- 2:10
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Sebelum ini seorang pemimpin negara pernah mengeluarkan kenyataan bahawa jika PAS memerintah negara, maka Malaysia akan menjadi negara Taliban lalu menjejaskan pandangan pelabur luar.
Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, YB Datuk Ahmad Marzuk Shaary bertanya kepada kerajaan adakah situasi yang sama berlaku apabila seorang telah terbukti seorang pemimpin negara hadir ke satu perhimpunan Parti Komunis Malaya pada Disember 2019?
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- MITI MESTI SERIUS PERKASA AGENDA EKONOMI BUMIPUTERA
- Runtime
- 7:29
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sebelum ini telah mewujudkan Unit Bumiputera bagi melaksanakan agenda memperkasa ekonomi bumiputera.
Ahli Parlimen Tanah Merah, YB Dato' Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz menyatakan bahawa kini unit ini telah tiada yang menyebabkan warga bumiputera terkial-kial dalam membina ekonomi yang lebih baik.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- KERAJAAN UMUM PELABURAN BESAR, BILA SEBENARNYA IA AKAN MASUK DAN BERI KESAN KEPADA EKONOMI NEGARA?
- Runtime
- 8:26
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Ahli Parlimen Arau, YB Dato' Seri Shahidan Kassim bertanya perkembangan terkini pelaburan besar yang telah diumumkan oleh kerajaan.
Beliau turut bertanya, bilakah sebenarnya pelaburan tersebut akan masuk ke negara ini seterusnya memberi kesan kepada ekonomi seperti mewujudkan peluang pekerjaan yang dinanti-nantikan oleh rakyat.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- APAKAH PERKEMBANGAN AKTA SEWAAN KEDIAMAN?
- Runtime
- 6:18
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Ahli Parlimen Alor Setar, YB Ustaz Afnan Hamimi menyentuh isu Akta Sewaan Kediaman yang pembentangannya telah tertangguh selama beberapa tahun.
Beliau bertanya perkembangan terkini akta tersebut kerana ia penting dalam mengawal kadar sewa bagi rakyat yang masih belum mampu memiliki rumah sendiri.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- CADANG DAFTARKAN ASNAF FAKIR MISKIN SECARA AUTOMATIK DALAM e-KASIH
- Runtime
- 3:07
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Lebih daripada 5 ribu asnaf fakir miskin Kapar tercatat dalam data Lembaga Zakat Selangor.
Ahli Parlimennya, YB Dr. Hajah Halimah Ali berpendapat, semua nama ini layak didaftarkan secara automatik ke dalam sistem e-Kasih.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- KERAJAAN PERLU BINA EKOSISTEM SESUATU INDUSTRI
- Runtime
- 5:45
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Ahli Parlimen Kuala Terengganu bertanya, apakah perancangan pihak kementerian dalam usaha untuk mempercepatkan rangkaian infrastruktur stesen pengecasan EV dalam negara.
Hal ini kerana isu yang bakal menjadi kerisauan pengguna adalah 'charging station' di mana kerajaan menyasarkan 10,000 unit stesen pengecasan di seluruh negara sedangkan di Terengganu diperuntukkan 16 stesen sahaja.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- WUJUDKAN PELUANG KERJA BERKUALITI MELALUI NIMP 2023
- Runtime
- 6:18
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- YB Mohd Syahir Che Sulaiman (PN-Bachok) berkata kerajaan perlu mengambil kira kemampuan mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti, peningkatan daya inovasi anak tempatan serta mengurangkan kebergantungan pekerja asing.
Selain itu, pengagihan lokasi pelaburan yang seimbang perlu diaplikasi antara negeri membangun dan negeri kurang membangun yang menjadi pemangkin utama kejayaan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2023 (NIMP2023).
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- DATUK ‘BOTAK’, PROFESIONAL PUJUK AHLI PARLIMEN PN
- Runtime
- 9:40
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Usaha memujuk Ahli Parlimen PERIKATAN NASIONAL (PN) untuk menyokong kerajaan dan PMX dilakukan secara profesional oleh seorang ejen yang berkeliaran di Parlimen.
Ahli Parlimen Machang, YB Wan Ahmad Fayhsal yang mendedahkan perkara ini berkata, ini dikesan menerusi bukti rakaman video yang dimiliki pihaknya.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- APAKAH PERINTAH TETAP KETUA POLIS NEGARA TERMASUK TANGKAP SUSPEK JAM 3 PAGI?
- Runtime
- 4:57
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Ahli Parlimen Kota Bharu, YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan menimbulkan persoalan adakah kerajaan sudah mempunyai 'Perintah Tetap Ketua Polis Negara' yang sedang diguna untuk mengendalikan kes-kes berunsurkan 3R.
Selain itu, dikatakan sebanyak 104 kes yang melibatkan 3R telah dibuka melibatkan ahli politik kerajaan dan pembangkang, beliau bertanya apakah status terkini bagi kes-kes tersebut.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- APA PERANCANGAN UNTUK GALAKKAN PELAJAR IKUTI ALIRAN SAINS TULEN?
- Runtime
- 2:35
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- “Negara masih kekurangan jurutera, saintis komputer dan data bagi menyokong pertumbuhan sekarang, lebih-lebih lagi menjelang tahun 2030, negara perlu memilik infrastruktur yang baik dan ekosistem kukuh.
Bagi melahirkan tenaga kerja berkelayakan, sekolah di negara kita perlu fokus kepada pendidikan sains dan teknologi kejuruteraan dan matematik, manakala pelajar tingkat empat dan lima digalakan memilih subjek sains tulen.”
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- APA USAHA KERAJAAN SELESAIKAN MASALAH SEKOLAH-SEKOLAH DHAIF?
- Runtime
- 2:04
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Ahli Parlimen Jerlun, YB Dr. Abd Ghani Ahmad menyatakan kecaknaan beliau berkenaan isu sekolah-sekolah dhaif di seluruh Malaysia.
Apakah kerajaan mempunyai perancangan supaya sekolah-sekolah ini terkeluar daripada status 'dhaif' serta apakah kerajaan akan menunaikan janji peruntukan segera sebanyak RM300 ribu pembaikan sekolah dhaif dalam negeri Kedah?
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- MANFAATKAN VETERAN & INSTITUSI PONDOK UNTUK PAWE
- Runtime
- 2:17
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Ahli Parlimen Tumpat, YB Dato' Mumtaz Md Nawi mengangkat isu Sukarelawan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di mana kerajaan boleh memanfaatkan veteran yang masih sihat serta warga pondok tradisional untuk berkhidmat di negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- APAKAH USAHA UNTUK INDUSTRI TEKSI KEKAL RELEVAN?
- Runtime
- 2:55
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Ahli Parlimen Jerantut, YB Ir. Ts. Khairil Nizam Khirudin dalam soalan tambahannya bertanyakan apakah pembaharuan oleh kerajaan untuk pengusaha teksi tempatan yang tidak begitu terbabit dalam fenomena baharu yang berkonsep perkongsian ekonomi.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- "Al-Quran Petunjuk Umat Akhir Zaman" | YB Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
- Runtime
- 39:16
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- [ Video ] Syarahan Perdana bertajuk "Al-Quran Petunjuk Umat Akhir Zaman" oleh YB Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merangkap Penaung Yayasan Permata Ummah.
(Majlis Makan Malam Amal & Pelancaran Dana Tafsir Al-Tibyan pada 13 November 2023 di Cyberjaya)
#HarakahDaily
- Title
- HIMPUNAN SELAMATKAN SYARIAH, 20 NOVEMBER 2023
- Runtime
- 0:16
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Himpunan Selamatkan Syariah, 20 November 2023. Bermula jam 8.00 pagi di perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya.
Ini adalah soal memartabatkan undang-undang buat seluruh umat Islam di Malaysia.
Jangan kita culas, jangan kita ambil tidak peduli!
Jangan biarkan nasib umat Islam ditentukan oleh mereka yang jahil mahupun mereka yang tidak sepatutnya mencampuri urusan umat Islam!
#HarakahDaily #SelamatkanSyariah
#HimpunanSelamatkanSyariah
#SavePalestine #FreePalestine #DoaUntukPalestin
- Title
- DOA WEHDAH BERGEMA DI STADIUM DARUL AMAN, KEDAH!
- Runtime
- 3:16
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Doa wehdah bergema di Stadium Darul Aman, Kedah!
Bacaan diketuai oleh Ustaz Tarmizi Maarof dan disambut seluruh rakyat Kedah yang memenuhi stadium, tanda solidariti umat Islam demi P4l3stin.
Semoga Allah SWT memberi kemenangan buatmu bumi G4z4 🤲🏻!
#HarakahDaily #TaufanAlAqsa #savepalestine #IsraelCuak
- Title
- YAB Dato' Seri Muhamad Sanusi Md Nor | Himpunan Solidariti Untukmu P4l3stin Negeri Kedah
- Runtime
- 21:03
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- [ Video ] Pidato oleh YAB Dato' Seri Muhamad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah dalam Himpunan Solidariti Untukmu P4l3stin Negeri Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 12 November 2023.
#HarakahDaily #savepalestine #TaufanAlAqsa #IsraelCuak
- Title
- DEEPAVALI 2023: KEDAH PERUNTUKKAN RM100,000
- Runtime
- 1:18
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- MB Kedah serah 1,200 kotak hamper kepada rakyat bangsa India sempena Deepavali.
#HarakahDaily #KedahSejahteraNikmatUntukSemua
- Title
- Tan Sri Annuar Musa | Ceramah Perdana Pelancaran Jentera P.040 Kemaman | 10 November 2023
- Runtime
- 34:09
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- [ Video ] Ucapan penuh Tan Sri Annuar Musa, AJK PAS Pusat, dalam Ceramah Perdana Pelancaran Jentera Pilihan Raya Perikatan Nasional P.040 Kemaman di Padang Astaka Cukai, Terengganu pada 10 November 2023.
#HarakahDaily #PRKKemaman #PerikatanNasional
- Title
- YAB Dato' Seri Muhamad Sanusi Md Nor | Ceramah Perdana Pelancaran Jentera Kemaman | 10 November 2023
- Runtime
- 42:40
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- [ Video ] Ucapan penuh YAB Dato' Seri Muhamad Sanusi Md Nor, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, dalam Ceramah Perdana Pelancaran Jentera Pilihan Raya Perikatan Nasional P.040 Kemaman di Padang Astaka Cukai, Terengganu pada 10 November 2023.
#HarakahDaily #PRKKemaman #PerikatanNasional
- Title
- KERAJAAN USAH JADIKAN PERUNTUKAN SEBAGAI BAHAN POLITIK
- Runtime
- 3:12
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Amalan membeli sokongan tidak sepatutnya berlaku dalam arena politik negara kita. Fungsi pembangkang sebagai 'check-and-balance' bukan alasan untuk menidakkan peruntukan rakyat di kawasan ahli parlimen parti pembangkang.
Paksaan untuk membuat aku janji menyokong kerajaan juga adalah satu penghinaan kepada pilihan raya khususnya rakyat.
#HarakahDaily
- Title
- KAJI KESAHIHAN KISAH LAGENDA DAN MITOS
- Runtime
- 3:12
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- YB Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) mencadangkan kerajaan berusaha mengkaji kesahihan kisah lagenda dan mitos yang diceritakan dalam kalangan masyarakat negara ini.
Menurutnya, ini berikutan terdapat maklumat yang tidak tepat dalam kisah lagenda dan mitos berkenaan.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- PINDAAN PERLEMBAGAAN PERLU DIBUAT UNTUK LINDUNGI ENAKMEN JENAYAH SYARIAH
- Runtime
- 3:09
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Memorandum 'Selamatkan Syariah' yang diserahkan kepada semua ahli parlimen adalah untuk memohon supaya sama ada ahli parlimen pihak kerajaan mahupun pembangkang beri perhatian dan bincangkan isu ini secara serius di parlimen.
Hal ini kerana, pindaan perlembagaan perlu dibuat supaya Undang-undang Enakmen Jenayah Syariah di negeri-negeri dapat dilindungi dan terus berjalan demi kebebasan hak beragama umat Islam di Malaysia.
#HarakahDaily #SelamatkanSyariah
- Title
- USAH GUNAKAN MCMC UNTUK KEPENTINGAN TERTENTU
- Runtime
- 5:34
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- YB Ustaz Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) meminta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan apakah jaminan kerajaan tidak menyalahgunakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam menyekat kebebasan media dan kebebasan bersuara.
Katanya, ini terutama kandungan media sosial yang menegur kerajaan kerana ia bercanggah dengan prinsip demokrasi dan janji manifesto Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-15.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- BUKAN ISLAM PERLU FAHAM UNDANG-UNDANG SYARIAH TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN MEREKA
- Runtime
- 5:04
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Meminda perlembagaan adalah cara terakhir untuk menangani isu Undang-undang Syariah yang kini sedang dicabar. Oleh itu, PEMBELA berusaha untuk memberi penerangan kepada semua ahli parlimen termasuk ahli parlimen bukan Islam.
Jelas beliau, Undang-undang Syariah yang telah terpakai sejak dahulu dan sedang dipertahankan ini tidak akan mengganggu hak-hak masyarakat bukan Islam.
Mesejnya jelas, iaitu mengembalikan hak yang membolehkan negeri-negeri menggubal undang-undang syariah, sepertimana sebelum berlakunya kes Iki Putra.
#HarakahDaily #SelamatkanSyariah
- Title
- APA RASIONAL KURANGKAN PERUNTUKAN KEMENTERIAN EKONOMI DAN KEWANGAN?
- Runtime
- 5:12
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Peruntukan bagi Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan dilihat semakin berkurang berbanding Belanjawan 2023.
Ahli Parlimen Pasir Mas, YB Ustaz Ahmad Fadhli Shaari bertanya kepada pihak kerajaan apakah rasional di sebalik pengurangan besar yang berlaku ini serta di manakah tumpuan yang dikurangkan.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- APA LANGKAH BENDUNG PEKERJA HIJRAH KE SINGAPURA?
- Runtime
- 1:08
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Antara faktor pekerja memilih berkhidmat di Singapura adalah kadar pertukaran wang yang tinggi serta nilai upah yang diberi lebih banyak berbanding Malaysia.
Ahli Parlimen Kubang Kerian, YB Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man mencelah untuk mendapatkan jawapan berkenaan langkah kerajaan bagi mengatasi dua faktor tersebut supaya pekerja tidak berhijrah ke Singapura.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- PENDEKATAN BAHARU KURANGKAN KEMISKINAN TEGAR
- Runtime
- 6:56
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- YB Mohd Syahir Sulaiman (PN-Bachok) menyambut baik pendekatan baharu kerajaan bagi mengurangkan kemiskinan tegar secara holistik.
Menurutnya, Ahli Parlimen yang mempunyai jumlah ketua isi rumah miskin dan miskin tegar yang tinggi pasti menyambut baik segala inisiatif yang dijalankan oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Baitulmal, badan korporat dan NGO.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- APA USAHA KERAJAAN KURANGKAN SEHINGGA 15% KEBERGANTUNGAN PEKERJA ASING
- Runtime
- 7:43
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Ahli Parlimen Pendang, YB Datuk Haji Awang Hashim membahaskan Perbelanjaan 2024 dengan menyentuh beberapa isu, antaranya pengukuhan perancangan ekonomi melalui subsidi bersasar, projek perintis Dasar Gaji Progresif, pembangunan wilayah koridor ekonomi serta kemajuan guna tenaga tempatan.
Beliau bertanya apakah perancangan pihak kerajaan untuk memastikan negara mencapai peratusan kebergantungan terhadap pekerja warga asing iaitu sebanyak 15% berbanding keseluruhan tenaga kerja dalam negara.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- AHLI PARLIMEN MELAYU-ISLAM PERLU BANGKIT SELAMATKAN MAHKAMAH SYARIAH
- Runtime
- 2:32
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Syed Hassan Syed Ali, Presiden PERKASA bersama Gerakan Selamatkan Syariah telah menghantar Memorandum Isu Undang-undang Syariah dan bidang kuasa Mahkamah Syariah yang sedang dicabar.
Gerakan ini merayu semua ahli parlimen Melayu-Islam bangkit bersuara dalam isu ini kerana ia memberi impak terhadap bidang kuasa Raja-raja Melayu, iaitu hal ehwal agama Islam di peringkat negeri-negeri.
#HarakahDaily #SelamatkanSyariah
- Title
- HAJI 2024: APA USAHA KERAJAAN IKAT PERJANJIAN KONTRAK DENGAN ARAB SAUDI?
- Runtime
- 3:25
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Menyentuh perkara pelaksanaan ibadat Haji bagi tahun 2024, perbelanjaan dijangka meningkat sebanyak 19%.
Oleh itu, Ahli Parlimen Jerlun, YB Dr. Abd Ghani Ahmad bertanya kepada pihak kerajaan berkenaan usaha untuk mengikat perjanjian kontrak dengan pihak kerajaan Arab Saudi serta apakah cara yang sedang dipertimbangkan oleh Tabung Haji untuk menambah baik proses pemilihan jemaah yang layak menerima bantuan kewangan bersasar.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- PERKENAL SEMULA KHIDMAT WAJIB PERKHIDMATAN ATAU WUJUD DOKTOR KONTRAK TANPA SERTAI SISTEM ATM
- Runtime
- 2:39
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Ahli Parlimen Tanah Merah, YB Dato' Sri Ikmal Hisham membangkitkan isu unjuran keperluan perjawatan bagi hospital baharu.
Beliau memohon kerajaan untuk mengamati pengurusan perjawatan supaya lebih optimum serta memberi cadangan untuk memperkenalkan semula khidmat wajib perkhidmatan atau mewujudkan doktor kontrak tanpa perlu sertai sistem ATM di mana doktor wajib mengikuti latihan selama sebulan.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- PERBAHASAN BELANJAWAN KEMENTERIAN LUAR NEGERI OLEH RANTAU PANJANG
- Runtime
- 4:05
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Ahli Parlimen Rantau Panjang, YB Dato' Hajah Siti Zailah Yusoff bertanya beberapa kepada pihak kerajaan berkenaan Perbelanjaan Kementerian Luar Negeri, antaranya;
-Apakah usaha Malaysia agar negara-negara dalam OIC berperanan dalam menangani pencerobohan Isr43l terhadap P4l3stin?
-Apakah perancangan strategik Malaysia terhadap hubungan dua hala, terhadap limpahan pembangunan susulan pemindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan Timur?
-Apakah usaha kementerian untuk menangkis fitnah, ugutan antarabangsa terhadap pemimpin negara kita?
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- PERUNDANGAN SYARIAH BERISIKO TERBATAL DI SEMUA 14 NEGERI
- Runtime
- 6:44
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Sidang Media Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional berkenaan penerimaan Memorandum Isu Undang-undang Syariah dan bidang kuasa Mahkamah Syariah yang sedang dicabar.
YB Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan kes yang bakal dibicarakan ini adalah sangat serius dan bakal memberi impak besar terhadap undang-undang Mahkamah Syariah seluruh negara.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- FROM THE RIVER TO THE SEA, P4L3STINE WILL BE FREE
- Runtime
- 3:52
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Ahli Parlimen Kangar memberi penegasan berkenaan isu pembersihan bangsa di Palestin dalam Dewan Rakyat bahawa ianya adalah isu sejagat yang perlu diambil berat.
Beliau bertanya kepada pihak kerajaan apakah tindakan akan diambil terhadap Isr43l yang enggan mematuhi gencatan senjata seperti mana telah diputuskan PBB.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- KEAHLIAN PKR DALAM LIBERAL INTERNATIONAL PERLU DIPERJELASKAN
- Runtime
- 3:59
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Ahli Parlimen Pasir Mas, YB Ustaz Ahmad Fadhli Shaari ketika mencelah mengakui bahawa Anwar dikenali dengan ketegasannya dalam isu Palestin, namun penyataan Saifuddin memerlukan penjelasan kerana dilihat tidak selari dengan pendirian dinyatakan Perdana Menteri.
Turut ditanya adalah berkenaan penglibatan PKR dalam Liberal International (LI) yang diragui setelah merujuk kenyataan oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sebelum ini.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- SUMBANGAN PASRELIEF FASA KE-7 UNTUK P4L3STIN
- Runtime
- 1:07
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Sudah lebih sebulan P4l3stin berjuang mempertahankan tanah air mereka.
Sehingga ke saat ini, bekalan air, elektrik dan gas masih tiada.
Alhamdulillah, hasil sumbangan rakyat Malaysia, PASRelief telah menyalurkan sumbangan makanan untuk diagihkan kepada pelarian yang tinggal di sekolah dan yang berada rumah mereka sendiri.
Terima kasih rakyat Malaysia!
#HarakahDaily #SavePalestine #TaufanAlAqsa #IsraelCuak #PASRelief
- Title
- PROGRAM PERINTIS PrEP: SEJAUH MANA STATUSNYA SEHINGGA KINI?
- Runtime
- 5:23
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Ahli Parlimen Kuala Langat, YB Dato' Dr Ahmad Yunus Hairi meminta Menteri Kesihatan untuk menyatakan apakah status terkini program perintis PrEP (Preexposure Prophylaxis) serta bilakah program ini akan dilanjutkan ke pusat kesihatan yang lain.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- KENYATAAN POKOK SENA BUKAN TUDUHAN TETAPI PERSOALAN
- Runtime
- 2:15
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Ahli Parlimen Pokok Sena merangkap Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, YB Dato' Haji Ahmad Yahaya memberi penjelasan tentang artikel yang bertajuk Malaysia di bawah Anwar ragu-ragu sokong Palestin?'.
Beliau juga meminta Ahli Parlimen Tambun untuk menarik balik kenyataan bahawa Dewan Ulamak sebagai biadap serta kurang ajar.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- AHLI PARLIMEN PASIR MAS POHON PENJELASAN ISU KAD MEDIA HARAKAH
- Runtime
- 6:41
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Ahli Parlimen Pasir Mas, YB Ustaz Ahmad Fadhli Shaari membangkitkan isu akhbar tertentu yang seakan-akan menyindir umat Islam serta memberi persepsi yang negatif terhadap agama Islam.
Sebaliknya, beliau turut membangkitkan bagaimana pada petang hari ini, tindakan menarik balik kad media telah dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia terhadap semua wartawan akhbar Harakah.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- PERBAHASAN BELANJAWAN 2024, AHLI PARLIMEN RANTAU PANJANG
- Runtime
- 4:58
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Ahli Parlimen Rantau Panjang, YB Dato' Hajah Siti Zailah Yusoff bertanya beberapa soalan kepada pihak kerajaan berkenaan Perbelanjaan 2024, antaranya;
- Apakah mekanisme pembahagian bajet supaya ianya seimbang terutama kepada negeri-negeri yang kurang maju
-Berapakah jumlah royalti yang ditukar menjadi wang ehsan?
-Apakah justifikasi kerajaan apabila mengambil alih Litar F1 Sepang yang berjumlah RM 46 juta? Adakah kerajaan menggunakan wang rakyat?
-Subsidi dan bantuan wang tunai telah dikurangkan, siapakah golongan yang terkesan dengan pengurangan ini?
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- AMBIL TINDAKAN, MEDIA SALAH LAPOR H4M4S SEBAGAI PENGGANAS
- Runtime
- 2:39
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Banyak media yang berbahasa Inggeris dan Mandarin di negara kita masih menggunakan terma 'pengganas' apabila merujuk kepada pejuang pembebasan Hamas.
Ahli Parlimen Machang, YB Wan Ahmad Fayhsal meminta pihak kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap media-media tersebut serta memberi maklum balas mengenai situasi ini.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- SPEAKER PARLIMEN TIDAK SEPATUTNYA BERPIHAK
- Runtime
- 2:08
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Ulasan YB Datuk Ahmad Amzad Hashim, Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkenaan insiden dua ahli parlimen Perikatan Nasional yang diarah keluar.
Dakwa beliau, keputusan yang dibuat Yang Dipertua Dewan dan Timbalannya adalah tidak adil apabila akur dengan kehendak serta provokasi oleh ahli-ahli parlimen kerajaan, seterusnya menutup peluang untuk Ahli Parlimen Pengkalan Chepa dan Parit Buntar untuk membuat penjelasan.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- SPEAKER DAN TIMBALAN KURANG TELITI, HALAU MP PN KELUAR
- Runtime
- 5:07
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan Timbalan Yang Dipertua 2 Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng disifatkan tidak adil apabila bertindak menghalau dua wakil pembangkang dari persidangan petang ini.
Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) sehubungan itu turut keluar beramai-ramai sebagai solidariti kepada dua Ahli Parlimen tersebut dan bantahan kepada keputusan pengendalian itu.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- TABUNG HAJI: KERAJAAN USAH JADI IBARAT 'TIKUS MEMBAIKI LABU'
- Runtime
- 5:20
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Pelan Pemulihan Tabung Haji (TH) yang dimulakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Menteri Kewangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini terbukti telah gagal.
Datuk Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) berkata aset TH yang asalnya bernilai RM10 bilion dipindahkan ke Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB), kononnya bagi tujuan pemulihan namun apa yang berlaku, nilainya semakin jatuh.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- SEGERA GUBAL AKTA KAWAL SEBAR AGAMA BUKAN ISLAM
- Runtime
- 6:17
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Tuan Guru Zulkifli Ismail (PN-Jasin) menggesa Kerajaan Persekutuan menyegerakan penggubalan Akta Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam Wilayah Persekutuan.
Menurutnya, Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan dan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kepada kerajaan negeri dan Persekutuan dalam konteks Wilayah Persekutuan untuk melindungi kesucian agama Islam, iaitu dengan melarang penyebaran agama lain ke atas orang Islam.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- PAPAR NAMA MP PONTENG: APAKAH MENTERI DIKECUALIKAN?
- Runtime
- 7:09
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul telah dipersoalkan terhadap kenyataannya di luar dewan berhubung tindakan kepada isu ketidakhadiran Ahli-ahli Parlimen ke sesi persidangan.
Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) bertanya kehendak sebenar Parlimen dalam isu yang hangat dikenali umum dengan sindiran ‘MP Ponteng’ itu ketika sesi Perbahasan Bajet 2024 Peringkat Jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- SYARAT KEMASUKAN KURSUS PENDIDIKAN PERLU DIKAJI
- Runtime
- 1:43
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- YB Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) meminta kerajaan menyatakan sama ada mempunyai perancangan untuk mengkaji semula syarat kemasukan mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.
Katanya, ini bertujuan untuk memartabatkan tahap kerjaya perguruan di negara ini.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- INDUSTRY 4.0: SEJAUH MANA KEBERSEDIAAN PENGAJAR DAN SILIBUS TVET?
- Runtime
- 2:11
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Standard dan kokurikulum latihan TVET perlu sepadan dengan keperluan teknologi terkini supaya kekal relevan dan dapat mengelakkan isu ketidakpadanan.
Justeru, YB Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi, Ahli Parlimen Kuala Langat bertanya sejauh manakah tahap kesediaan kementerian dari sudut tenaga pengajar serta silibus, terutama untuk program-program baharu yang melibatkan elemen-elemen seperti data analitik, teknologi robotik, digitalisasi dan `internet of thing’ yang menjadi teras utama dalam Industri 4.0.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- SENARAIKAN JENIS PEKERJAAN BAHARU
- Runtime
- 3:11
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Kerajaan perlu perincikan jenis pekerjaan baharu di pasaran supaya ibu bapa dan pelajar mendapat maklumat terkini.
Dato’ Sri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) berkata, ini kerana data jenis pekerjaan yang ada seperti di laman sesawang Kementerian Sumber Manusia masih tidak berubah sejak 40 tahun lalu.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia

