Harakah Daily
CADANG JADIKAN PENGENDALIAN NRREE SEUMPAMA MINYAK & GAS
- Title
- CADANG JADIKAN PENGENDALIAN NRREE SEUMPAMA MINYAK & GAS
- Runtime
- 3:39
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) meminta kerajaan menyatakan sama ada mempunyai cadangan untuk mewujudkan perbadanan di peringkat Persekutuan bagi mengendalikan industri perlombongan nadir bumi bukan radioaktif (NRREE).
Katanya, ini berikutan rizab NRREE terdapat di negeri seperti Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perak.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- USAHA MELESTARI INDUSTRI PELANCONGAN DI TANJONG KARANG
- Runtime
- 2:34
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Kerajaan diminta menyatakan usaha membangunkan kegiatan agropelancongan di kawasan Tanjong Karang.
YB Kapten (B) Dato’ Dr Zulkafperi Hanapi (PN-Tanjong Karang) berkata, program agropelancongan mendapat tempat yang berharga bukan sahaja di hati masyarakat tempatan tetapi antarabangsa.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- PERLUKAN PENDEKATAN LEBIH HOLISTIK ATASI MASALAH NRW
- Runtime
- 2:31
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Ahli Parlimen Kubang Kerian, YB Ustaz Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man memberi ulasan berkenaan isu Kadar Air Tidak Berhasil (NRW) yang perlu ditambah baik.
Beliau bertanya apakah kerajaan mempunyai pendekatan baharu yang lebih mesra dan holistik kepada operator air berbanding Pendekatan 2 yang diguna pakai sekarang dalam program Pengurangan NRW Kebangsaan yang hanya dapat memberi manfaat kepada beberapa buah negeri sahaja.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- PERINCIKAN PELAN MASA JAWATANKUASA KHAS PERTAHAN MAHKAMAH SYARIAH
- Runtime
- 5:38
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- YB Dato’ Ahmad Yahaya (PN-Pokok Sena) bertanya kepada pihak kerajaan berkenaan pelan masa yang akan diambil oleh jawatankuasa khas bagi mengembalikan semula legitimasi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menggubal undang-undang jenayah syariah terutama selepas berlakunya kes Iki Putra.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- #DRSAM4KEMAMAN
- Runtime
- 4:04
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Video sorotan suasana hari penamaan calon baru-baru ini yang menampilkan YAB Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon bagi P.040 Kemaman.
Para penyokong Parti Perikatan Nasional khususnya PAS menyokong penuh calon teknokrat berintegriti yang ditampilkan pada pilihan raya kecil kali ini.
Semoga kemenangan bakal menjadi milik Dr Sam.
#HarakahDaily #DrSam4Kemaman
- Title
- 'TWO-STATE SOLUTION' HANYA BERI PELUANG PADA YAHUDI BERKUASA
- Runtime
- 3:39
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- ‘Two-State Solution’ adalah kesinambungan daripada perlaksanaan penjajah Inggeris terhadap perjanjian antara Balfour dengan Theodor Herzl, pemimpin Zionis terkenal yang mahu menubuhkan negara Yahudi di Palestin.
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, berlakunya perjanjian yang terkenal itu di mana negeri-negeri Arab telah dibahagikan dalam kalangan pemimpin yang menyokong Perancis dan kuasa besar untuk menjatuhkan kerajaan Uthmaniyah.
#HarakahDaily #Aid4Palestine
- Title
- RAKYAT PELANGAI GOLONGAN MEMILIH PAS DAN DR SAMSURI
- Runtime
- 2:02
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Sokongan yang padu terhadap calon P.040 Kemaman, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dalam pilihan raya kecil kali ini terbukti apabila rata-rata rakyat yang ditemui yakin sekali gus mengajak rakyat Kemaman untuk mengundi Dr. Sam sebagai Ahli Parlimen Kemaman.
#HarakahDaily #PRKKemaman
- Title
- GENERASI MUDA PERLU CAKNA ISU KESELAMATAN UMAT ISLAM
- Runtime
- 2:10
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Besar harapan kita semua supaya negara dan umat Islam membangun dengan pesat serta mampu pertahankan agama.
Oleh itu, generasi akan datang perlu mengambil perhatian terhadap desakan agama supaya kita berkebolehan dalam mempertahankan dan melindungi umat Islam.
#HarakahDaily #Aid4Palestine
- Title
- FELO PERDANA PERLU DIPERLUASKAN KE PERINGKAT NEGERI & PBT
- Runtime
- 5:51
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Ahli Parlimen Alor Setar, YB Ustaz Afnan Hamimi membangkitkan berkenaan pelaksanaan Felo Perdana sebagai program berbentuk ‘mentoring and internship’ bagi melahirkan golongan belia yang dinamik.
Beliau mencadangkan kerajaan khususnya Kementerian Belia dan Sukan (KBS) agar melaksanakan program tersebut di peringat pentadbiran kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh negara.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- PELAKSANAAN TAHFIZ- TVET PERLUKAN PENJELASAN
- Runtime
- 6:40
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man meminta kerajaan menjelaskan perancangan Program Tahfiz Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) atau Tahfiz-TVET.
"Namun, perancangan TVET Tahfiz ini mungkin masih tidak difahami bagaimana proses pelaksanaannya. Justeru, bolehkah kementerian menjelaskan proses tersebut dan bagaimana para pemegang taruh boleh menyumbang untuk turut sama menjayakan program ini?"
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- AMERIKA LATIN PUTUS HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN ISR43L
- Runtime
- 2:18
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Isu P4l3stin telah menarik perhatian masyarakat seluruh dunia termasuk negara-negara bukan Islam.
Bahkan negara bukan Islam turut dilihat cakna dan tegas terhadap jenayah pembasmian kaum oleh zionis Isr43l sehingga membuat keputusan untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan mereka.
#HarakahDaily #Aid4Palestine
- Title
- SEJAUH MANA KEBAJIKAN PEKERJA SEKTOR EKONOMI GIG DIJAGA?
- Runtime
- 1:49
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, YB Datuk Dr. Marzuk Shaary menyentuh isu kebajikan pekerja ekonomi gig.
Beliau bertanya apakah inisiatif kerajaan bagi menggalakkan lebih banyak golongan ini untuk mendaftar dalam Program Dana Padanan Caruman Ekonomi Gig Platform (PenjanaGig)?
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- BOIKOT PRODUK ISR43L SUPAYA MEREKA FAHAM KEKUATAN ISLAM
- Runtime
- 3:08
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Boikot terhadap produk keluaran negara haram Isr4el tetap perlu diteruskan bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia.
Jika paling kurang suku sahaja daripada 1.7 bilion umat Muslim bersama-sama dengan gerakan boikot ini, maka Israel akan faham akan kekuatan sebenar orang Islam.
#HarakahDaily #Aid4Palestine
- Title
- ADAKAH KAJIAN INI AKAN MEMBAWA KEPADA PENINGKATAN BIDANG KUASA SYARIAH?
- Runtime
- 3:48
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Ahli Parlimen Pasir Mas, YB Ustaz Ahmad Fadhli Shaari menyentuh isu penubuhan jawatankuasa bagi menyemak kesesuaian Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk gubal undang-undang Islam.
Beliau bertanya adakah kajian oleh jawatankuasa ini akan membawa kepada tujuan untuk tingkatkan bidang kuasa mahkamah syariah.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- OIC JADI 'OH I SEE', TIDAK BERI SOLUSI YANG BERKESAN
- Runtime
- 2:24
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) hanyalah bersifat ‘Oh I See’ (‘Oh begitu’) semata-semata dalam melihat dan menangani isu Palestin khususnya konflik Hamas-Israel yang tercetus sejak 7 Okt lalu itu.
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, OIC masih tidak dapat membuat apa-apa solusi dalam menghadapi isu konflik antara Palestin dengan Israel buat masa ini.
#HarakahDaily #Aid4Palestine
- Title
- ADAKAH KERAJAAN BERMINAT UNTUK CADANGKAN PENCELAHAN DALAM KES NIK ELIN?
- Runtime
- 8:23
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Ahli Parlimen Kota Bharu, YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan bertanya kepada kerajaan adakah kerajaan masih berminat untuk mencadangkan pencelahan bagi kes undang-undang syariah yang sedang dicabar.
Kata beliau, hal ini kerana setakat ini masih belum ada wakil kerajaan yang terlibat sepanjang 'prosiding' kes ini berlangsung.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- SELESAI SEGERA ISU KEKURANGAN ANGGOTA BOMBA
- Runtime
- 2:36
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Masalah kekurangan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang kini kira-kira 15,000 anggota berbanding 33 juta penduduk negara ini dibangkitkan di Dewan Rakyat, hari ini.
YB Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) berkata, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sendiri menyatakan masalah itu yang dilaporkan oleh media massa.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- PEMBANGKANG SOKONG RUU KAWALAN PRODUK MEROKOK
- Runtime
- 2:34
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Kerajaan diminta menyatakan hala tuju Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 serta generasi penamat (GEG) produk tembakau dan merokok.
Menolak kepentingan politik, YB Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) berkata, barisan pembangkang bakal memberi sokongan tanpa berbelah bagi jika kerajaan berhasrat meneruskan RUU tersebut.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- PEMBUDAYAAN PEMAKANAN SIHAT PERLU PENGLIBATAN SEMUA PIHAK
- Runtime
- 0:46
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilihat tidak mempunyai tindakan yang tegas untuk memastikan iklan gaya pemakanan tidak sihat tidak menular dalam media massa.
YB Dr Halimah Ali (PN-Kapar) berkata, nasihat dan pendidikan semata-mata tidak memberi kesan yang menyeluruh malah budaya pemakanan yang tidak sihat terus memusnahkan aspek kesihatan rakyat pada hari ini.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- KAJI SEMULA PENGAMBILAN JURURAWAT ASING
- Runtime
- 1:19
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) disaran mengkaji semula keputusan membenarkan pengambilan jururawat terlatih warga asing.
YB Dato’ Dr Alias Razak (PN-Kuala Nerus) turut meminta kerajaan memperincikan jumlah pelajar bidang itu di institusi pendidikan awam dan swasta serta bilangan graduan setiap tahun.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- ADAKAH KERAJAAN TIADA HASRAT UNTUK TERUSKAN RUU KAWALAN PRODUK ROKOK?
- Runtime
- 1:55
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- YB Dato’ Dr Zulkafperi Hanapi (PN-Tanjong Karang) meminta kerajaan menyatakan kewajaran usaha Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 tidak diteruskan.
Beliau juga mempersoalkan tindakan kerajaan serta mengariskan kemungkinan termasuk wujud golongan bekepentingan.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- DUA GESAAN MAHASISWA KEPADA AHLI PARLIMEN
- Runtime
- 1:52
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), mewakili mahasiswa seluruh negara menyatakan sokongan dan solidariti untuk terus mempertahankan undang-undang syariah dengan menggariskan dua gesaan kepada ahli-ahli parlimen kerajaan mahupun pembangkang.
#HarakahDaily #himpunanselamatkansyariah
- Title
- ISU PONTENG GAMATKAN PARLIMEN
- Runtime
- 1:08
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Ahli Parlimen Bukit Gantang, YB Datuk Syed Abu Hussin Hafiz secara berseloroh berkata, “Kemungkinan ketidakhadiran menteri, disebabkan kekangan kerja. Menteri mungkin sibuk untuk agih peruntukan.”
Beliau sebelum itu menafikan Ahli Parlimen PN ‘ponteng’ dan memaklumkan mereka memberikan sokongan kepada Himpunan Selamatkan Syariah di perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- UNDANG-UNDANG SYARIAH DICABAR, SATU LAGI BENTUK PENJAJAHAN
- Runtime
- 2:00
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Penyelidik Tamadun Alam Melayu, Zaharah Sulaiman menyifatkan situasi berlaku ketika ini adalah satu lagi bentuk penjajahan apabila perundangan Syariah cuba dicabar sedangkan ianya adalah undang-undang milik umat Nabi Muhammad SAW.
Beliau mengingatkan undang-undang negeri yang berteraskan Syariah tidak patut diganggu gugat.
#HarakahDaily #himpunanselamatkansyariah
- Title
- SEJAUH MANA SISTEM REKOD PERUBATAN ELEKTRONIK PASTIKAN PERKHIDMATAN KESIHATAN YANG LEBIH CEKAP?
- Runtime
- 3:41
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- "Sejauh mana perluasan sistem EMR telah dilaksanakan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seluruh negara sehingga kini?
Bagaimana EMR bantu percepatkan proses perkongsian maklumat kesihatan termasuk temu janji pesakit bagi memastikan perkhidmatan kesihatan yang cekap? " - YB Dato’ Ahmad Yahaya (PN-Pokok Sena)
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- HAKIM KES NIK ELIN AKAN BERI KEPUTUSAN ENAM BULAN LAGI
- Runtime
- 5:03
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Title
- CABAR PERUNDANGAN SYARIAH, CIRI-CIRI PENJAJAH
- Runtime
- 6:14
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Cikgu Mohd Zai Mustafa menyifatkan penjajah telah berjaya meninggalkan benih untuk mencabar perundangan syariah di negara ini.
#HarakahDaily #himpunanselamatkansyariah
- Title
- PENYAKIT MENTAL SEMAKIN MENINGKAT
- Runtime
- 1:15
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- YB Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) ketika sesi perbahasan peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kesihatan berkata, tinjauan kesihatan dan mobiliti 2022 mendapati seorang daripada empat remaja mengalami perasaan kemurungan.
Beliau bertanya apakah intervensi segera kementerian dalam menangani masalah kesihatan mental, khususnya dalam kalangan kanak-kanak berikutan laporan terkini Myminda dalam aplikasi MySejahtera.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- BERI HAK GUBAL UNDANG-UNDANG SYARIAH KEPADA NEGERI
- Runtime
- 5:02
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin, Setiausaha Agung BERSATU menggesa kerajaan mempercepatkan pindaan Perlembagaan untuk memberikan hak kepada negeri menggubal perundangan syariah masing-masing.
#HarakahDaily #himpunanselamatkansyariah
- Title
- PERUNDANGAN ISLAM DI MALAYSIA SEDANG DISERANG!
- Runtime
- 4:29
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Wakil NGO Muafakat Nasional, Tun Faisal Ismail Aziz berkata tindakan mencabar perundangan Islam disifatkan sebagai satu serangan.
Tetapi ia bukan daripada Yahudi mahupun Zionis, tetapi oleh orang Islam yang mempunyai banyak persamaan dengan orang Islam lain.
#HarakahDaily #himpunanselamatkansyariah
- Title
- DOA DI HIMPUNAN SELAMATKAN SYARIAH
- Runtime
- 6:17
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Merinding tubuh ketika doa dibacakan oleh Tuan Guru Zulkifli Ismail, Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Jasin sekaligus mengakhiri Himpunan Selamatkan Syariah yang berlangsung di perkarangan Istana Kehakiman pada hari ini, 20 November 2023.
#HarakahDaily #himpunanselamatkansyariah
- Title
- UNDANG-UNDANG MUHAMMAD SAW ADALAH UNDANG-UNDANG TANAH MELAYU
- Runtime
- 8:13
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang memperkenalkan diri sebagai peguam sivil dan bekas Menteri Undang-undang dalam pidato penuh semangat beliau menjelaskan enakmen Kanun Jenayah Syariah diluluskan DUN Kelantan adalah selaras maqasid syariah, namun ianya sedang dicabar.
#HarakahDaily #himpunanselamatkansyariah
- Title
- SYARIAH DICABAR: KERAJAAN DIGESA PINDA PERLEMBAGAAN
- Runtime
- 6:22
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- YB Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menyatakan peringatan bahawa jutaan umat akan berhimpun jika perundangan Syariah terus dicabar.
Beliau juga menegaskan bahawa semua pihak bertanggungjawab terhadap sistem perundangan Islam.
#HarakahDaily #SelamatkanSyariah
- Title
- IPT PERLU PATUH GARIS PANDUAN AKTIVITI HIBURAN
- Runtime
- 3:50
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- YB Mohd Misbahul Munir Masduki (PN-Parit Buntar) berkata, Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) perlu mematuhi garis panduan berhubung aktiviti hiburan.
Menurutnya, ini bagi mengawal aktiviti dan aksi keterlaluan yang dilakukan oleh artis dan juga penonton ketika penganjuran konsert.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- APA STATUS KURANGKAN 18 PERATUS BAYARAN TOL?
- Runtime
- 2:37
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Kajian semula semua perjanjian konsesi lebuh raya dan rundingan untuk mendapatkan harga terbaik dengan pencapaian pengurangan 18 peratus kadar tol bagi Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) termasuk Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2) dibangkitkan di Dewan Rakyat, hari ini.
YB Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) meminta penjelasan perkara itu yang membabitkan 19 syarikat konsesi lebuh raya di negara ini.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- KERAJAAN TIDAK SERIUS PERKASA UNDANG-UNDANG SYARIAH
- Runtime
- 5:37
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berhubung penubuhan jawatankuasa khas bagi mengkaji usaha meminda Perlembagaan Persekutuan untuk memberi lebih kuasa lebih kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) sangat mengecewakan. -Ahli Parlimen Pasir Mas, YB Ahmad Fadhli Shaari
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- SOKONG SKIM CARUMAN UNTUK ISTERI
- Runtime
- 3:23
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- YB Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) meminta kerajaan menyatakan pencapaian program dan pendekatan terkini bagi meningkatkan pencarum Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) dan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
Bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia juga meminta semua menteri, timbalan menteri dan ahli parlimen memberi sokongan kepada program mencarum kepada isteri bagi menunjukkan tanda kasih sayang.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- TEKNOLOGI TERKINI PATUT DIGUNA UNTUK BAIK PULIH JALAN RAYA SUPAYA LEBIH KUKUH
- Runtime
- 5:56
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Ahli Parlimen Rantau Panjang, YB Dato' Siti Zailah Mohd Yusoff menyentuh isu memperelok dan membaiki jalan. Beliau bertanya kepada kerajaan berapakah jalan yang sudah dikenal pasti rosak dan berapa kos yang diperlukan di seluruh negara.
Beliau juga mencadangkan kerajaan untuk menggunakan teknologi yang terkini dalam membaik pulih jalan raya supaya lebih tahan lama.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- PERKAITAN DAP DAN PKM BUKAN DITIMBULKAN PN
- Runtime
- 6:01
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- YB Datuk Wan Saiful Wan Jan, Ahli Parlimen Tasek Gelugor ingin menegaskan kenyataan bahawa beberapa pemimpin DAP dikatakan mempunyai hubungan dengan Parti Komunis Malaya bukan ditimbulkan oleh pemimpin Perikatan Nasional.
Sedangkan ianya dikeluarkan oleh sebuah buku yang bertajuk 'Bahan Kempen Komunikasi Barisan Nasional'.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- TANGANI SEGERA MASALAH BENIH PADI
- Runtime
- 2:24
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) diminta menyatakan langkah bagi menyelesaikan masalah penjualan Benih Padi Sah (BPS) kepada pesawah.
YB Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi (PN-Kuala Kedah) berkata, tanpa kawalan pihak berkuasa golongan itu terpaksa mendapatkan harga BPS lebih mahal berbanding nilai ditetapkan kerajaan.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- JADUALKAN SEMULA WAKTU PENERBANGAN DOMESTIK
- Runtime
- 2:59
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- YB Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) meminta Kementerian Pengangkutan menyelesaikan masalah perubahan waktu jadual penerbangan domestik yang menimbulkan masalah kepada pengguna.
Sebagai contoh, katanya penerbangan domestik dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur sebelum ini bermula seawal jam 6:45 pagi, manakala penerbangan balik dari Kuala Lumpur berakhir pada jam 10:35 malam.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- 10 FAKTA TENTANG H4M4S
- Runtime
- 2:26
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Bermula 7 Oktober 2023, H4m4s menjadi buah mulut penduduk di seluruh dunia. Mereka yang berpihak kepada negara haram Isr43l akan menggelar H4m4s sebagai pengganas, tetapi sebaliknya bagi mereka yang inginkan kebebasan P4l3stin, H4m4s adalah wira ummah.
Kenali siapa H4m4s serta sejarah penubuhannya melalui perkongsian fakta-fakta H4m4s oleh Ustaz Mohd Harun Esa, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu.
#HarakahDaily #savepalestine #IsraelCuak
- Title
- DATA MISKIN TEGAR KEMENTERIAN BERCANGGAH
- Runtime
- 3:09
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Data berkaitan golongan miskin tegar yang bercanggah antara kementerian menyebabkan YB Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) meminta Kementerian Ekonomi memberi penjelasan berhubung perkara itu.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- KOPERASI PERLU TUNGGU LEBIH SETAHUN SEBELUM BOLEH POHON GERAN SKM
- Runtime
- 5:06
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Ahli Parlimen Kuala Krau, YB Ustaz Kamal Ashaari berkata, sesebuah koperasi perlu menunggu tempoh selama 18 bulan sebelum boleh mohon pembiayaan dan geran bantuan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Perkara ini menjejaskan koperasi yang ingin menjalankan aktiviti perniagaan tanpa mendapatkan modal yang mencukupi.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- KERAJAAN PERLU GALAK BELIA, GRADUAN CEBURI BIDANG PERTANIAN
- Runtime
- 2:34
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Ahli Parlimen Kuala Langat, Dr Ahmad Yunus berkata, kerajaan perlu membuat perancangan bagi menggalakkan golongan belia dan lepasan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terlibat dengan PMKS.
Kata beliau, Model Pertanian Pintar dapat membantu agenda transformasi sektor pertanian negara sesuai dengan agenda Revolusi Industri Ke-4 (IR4.0) yang merangkumi dron, robotik dan sebagainya.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- SEJAUH MANA SISTEM SOKONGAN ELEKTRONIK PERLESENAN PERNIAGAAN TELAH DITAMBAH BAIK
- Runtime
- 3:40
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Ahli Parlimen Padang Besar, YB Rushdan Rusmi bertanya kepada pihak kerajaan sejauh mana sistem sokongan elektronik perlesenan perniagaan telah ditambah baik sebagai pusat sehenti automatif perlesenan.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- TEKNOLOGI TERKINI PATUT DIGUNA UNTUK BAIK PULIH JALAN RAYA
- Runtime
- 5:49
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Ahli Parlimen Temerloh, YB Salamiah Mohd Nor mendedahkan aduan rakyat yang terlibat dengan pelaburan wang dalam koperasi, namun akhirnya tidak membuahkan hasil seperti diharapkan.
Katanya mereka menjadi tempat pengumpulan modal oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan melantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah (ALP) sesuatu koperasi.
Dan akhirnya ALP mengambil manfaat duit modal yang dikumpulkan dari ahli koperasi.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- SEJAUH MANA SKIM SEWA BELI BANTU B40 UNTUK MEMILIKI RUMAH
- Runtime
- 2:42
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Ahli Parlimen Padang Besar bertanya kepada pihak kerajaan berkenaan Skim Sewa Beli, sejauh manakah skim ini telah berjaya membantu golongan B40 untuk memiliki rumah.
Hal ini kerana, sehingga kini sebanyak 4,690 buah keluarga di seluruh negara yang dilaporkan telah ditawarkan skim sewa beli.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- KERAJAAN TIDAK SERIUS TANGANI ISU KOS SARA HIDUP, BELUM LANTIK PENGGANTI MENTERI
- Runtime
- 8:00
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Ahli Parlimen Pendang, YB Datuk Awang Hashim memberi konklusi bahawa kerajaan Madani tidak serius menangani isu kos sara hidup yang dihadapi rakyat.
Hal ini kerana, setelah hampir empat bulan, kerajaan masih belum melantik pengganti bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia
- Title
- PERUNTUKAN IKMA, TEKUN DAN INSKEN PERLU DITAMBAH SELARAS DENGAN KEPERLUAN
- Runtime
- 4:10
- Date posted
- 3 years ago
- Description
- Ahli Parlimen Sungai Besar, YB Datuk Muslimin Yahaya menyentuh tiga perkara di Dewan Rakyat pada hari ini.
Salah satunya adalah mengenai peruntukan INSKEN yang berjumlah RM11 juta di mana ia adalah nilai yang terlalu kecil untuk melatih seramai lebih daripada dua juta usahawan mikro dan usahawan 'informal'.
#HarakahDaily #ParlimenMalaysia

