Rakyat News
Demonstrasi Tempur Tentera Darat
- Title
- Demonstrasi Tempur Tentera Darat
- Runtime
- 2:17
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Suasana di Lapangan Terbang Tawau gempar seketika hari ini apabila sekumpulan militan bertindak "menawan" kemudahan strategik itu sebelum ia berjaya ditawan semula menerusi pelbagai teknik dan strategi serangan oleh pasukan Tentera Darat.
Itulah senario yang cuba digambarkan dalam 'Demonstrasi Tempur Tentera Darat' yang diadakan di lokasi itu yang menarik perhatian orang ramai.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- PLKN : Hishammuddin Selar Pembangkang
- Runtime
- 1:54
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyelar tindakan pembangkang yang menuduh penangguhan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) selama setahun akan menyebabkan jurulatih serta kakitangan terlibat makan gaji buta.
Tegas beliau, tuduhan tersebut sangat tidak bertanggungjawab kerana biarpun ditangguh, program latihan untuk mempersiapkan staf kejurulatihan serta seluruh tenaga kerja PLKN tetap berjalan sebagai persediaan ke arah transformasi kerana program nasional itu sudah berlangsung 10 tahun.
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/ekslusif/plkn-hishammuddin-kecam-gelaran-makan-gaji-buta
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Anwar Akui Hudud Perkara Terakhir Dalam Penubuhan Negara Islam
- Runtime
- 1:24
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui pelaksanaan hukum hudud adalah perkara terakhir yang perlu dilaksanakan di dalam penubuhan sesebuah negara Islam.
Anwar turut mengakui bahawa terdapat perkara yang lebih penting daripada hukum hudud seperti keamanan sesebuah negara tersebut dan akidah seseorang yang tidak melaksanakannya tidak perlu dipersoalkan.
"Ia dalam urutan keutamaan Fiqh Awlawiyat yang paling akhir maknanya tugas pemerintah adalah keamanan, kefahaman dan keadilan bagi rakyat, itu yang diulas oleh Syeikh Yusuf Al-Qardawi.
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/ekslusif/anwar-akui-hudud-perkara-terakhir-dalam-penubuhan-negara-islam
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Anwar Enggan Campur Desakan Minta Hadi Undur
- Runtime
- 1:25
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil jalan selamat apabila enggan mengulas desakan ahli Pas supaya Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berundur dan tidak bertanding dalam pemilihan parti itu Jun ini.
Bagaimanapun Anwar berkata, tidak wajar baginya dan pimpinan PKR lain untuk mencampuri masalah rakan komponen PR itu kerana ia merupakan urusan dalaman Pas.
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/politik/anwar-enggan-ulas-desakan-untuk-hadi-berundur
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Jawatankuasa Krisis Nasional Perlu Ditubuhkan - Anwar
- Runtime
- 1:54
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan kepada kerajaan pusat di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk mewujudkan sebuah jawatankuasa krisis di peringkat nasional.
Anwar berkata, ianya bertujuan untuk menangani masalah bencana, penyusutan nilai ringgit dan penurunan harga minyak dunia.
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/ekslusif/anwar-cadang-tubuh-jawatankuasa-krisis-nasional
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Najib Hargai Bantuan Banjir Kerajaan China
- Runtime
- 2:08
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Kerajaan Malaysia hari ini menerima pelbagai jenis barangan untuk kemudahan mangsa-mangsa bencana banjir baru-baru hasil sumbangan oleh Kerajaan Republik China.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau mewakili Malaysia, menyampaikan penghargaan atas sumbangan yang diterima dari kerajaan China tersebut selain berharap ia akan meringankan beban mangsa-mangsa banjir.
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/ekslusif/malaysia-terima-pelbagai-bantuan-bencana-banjir-dari-china
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- "Agenda Pembangkang Tak Akan Berhenti Salahkan UMNO" - Hishammuddin
- Runtime
- 0:47
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Pembangkang tidak akan putus asa untuk memburukkan UMNO daripada segala perkara yang negatif berikutan tindakan aktivis peguam, Eric Paulsen yang mengaitkan siasatan berhubung kenyataan kontroversinya dengan Umno.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata bahawa tindakan yang UMNO lakukan pasti tidak akan mendapat kata sepakat daripada segelintir pihak yang sering memberi tanggapan negatif kepada parti itu.
Maklumat lanjut, layari:
http://rakyatnews.my
Video/Editing : Mohd Khushrin Mohd Lani
- Title
- LIMA 2015 Platform Suara Mesej Malaysia
- Runtime
- 2:12
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2015 akan menjadi pameran terbesar berbanding dengan edisi sebelum ini ekoran ada peningkatan 11 peratus penyertaan syarikat pempamer.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata LIMA edisi ke-13 yang telah diadakan itu tidak boleh menggunakan pendekatan lama berikutan dunia sudah berubah.
Maklumat lanjut, klik pada link berikut:
http://www.rakyatnews.my/index.php/ekslusif/lima-2015-akan-jadi-pameran-terbaik-dan-terbesar
Video/Editing : Mohd Khushrin Mohd Lani
- Title
- Misi Bantuan Salute Malaysia Di Temerloh
- Runtime
- 4:19
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Misi Bantuan Banjir Sukarelawan Salute Malaysia dibawah naungan Yayasan Perdana Ummah (YPU) Di Temerloh,Pahang.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
www.rakyatnews.my
Video/Edited By AzharyKhairi
- Title
- YPU Akan Terus Salur Bantuan Ke Daerah Lain
- Runtime
- 0:49
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Yayasan Perdana Ummah (YPU) di bawah inisiatif Salute Malaysia Comrade akan terus melaksanakan misi-misi bantuan kepada mangsa-mangsa yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini pada masa akan datang.
Pengerusi Yayasan Perdana Ummah, Datuk Rizal Mansor berkata, pasukan itu akan mengenal pasti daerah-daerah lain yang turut terlibat dan akan cuba bergerak dengan misi bantuan yang seterusnya ke daerah tersebut.
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/ekslusif/yayasan-perdana-ummah-akan-terus-misi-banjir-ke-daerah-lain
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Salute Malaysia Gerak Misi Ke 9 Tumpu Ops Pasca Banjir
- Runtime
- 1:55
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Pasukan Salute Malaysia Comrade di bawah naungan Yayasan Perdana Ummah (YPU) meneruskan lagi misi ke negeri yang terjejas akibat bencana banjir semalam dengan memfokuskan misi kepada operasi pasca banjir.
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/ekslusif/salute-malaysia-gerak-misi-ke-9-tumpu-ops-pasca-banjir
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Pandu Puteri Malaysia Agih RM7 Juta Bantuan Buat Mangsa Banjir
- Runtime
- 2:47
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Persatuan Pandu Puteri Malaysia hari ini mengumumkan bantuan sebanyak RM 7Juta kepada mangsa-mangsa yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini.Yang DiPertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, persatuan tersebut akan mensasarkan untuk menyerahkan bantuan kepada kanak-kanak yang akan memulakan sesi persekolahan tidak lama lagi.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/ekslusif/pandu-puteri-malaysia-sumbang-rm7-juta-kepada-mangsa-banjir
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Malaysia Siapsiaga Ancaman "Charlie Hebdo"
- Runtime
- 1:48
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa dalam keadaan siapsiaga menghadapi ancaman keganasan luar sepertimana inisden 'Charlie Hebdo' di Perancis baru-baru ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin berkata kawasan tumpuan dalam negara perlu diberi tumpuan khas oleh pihak ATM sebagai langkah mengekang daripada insiden seumpama itu terjadi.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/ekslusif/atm-waspada-ancaman-qcharlie-hebdo-malaysiaq-hishammuddin
Video & Editing : AzharyKhairi
- Title
- 3 Kem Pelatih PLKN Sekitar Kelantan Bakal Dipindahkan - Hishammuddin
- Runtime
- 1:44
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Seramai 1,088 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di tiga kem sekitar Kelantan bakal dipindahkan bagi membolehkan kem berkenaan dijadikan pusat penempatan sementara mangsa banjir di negeri tersebut.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/
Video & Editing : AzharyKhairi
- Title
- Salute Malaysia-TUDM Kerjasama Agih Bantuan Banjir
- Runtime
- 2:25
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Salute Malaysia Comrade dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berjaya mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir disini bagi memastikan segala bantuan yang disumbangkan sampai kepada golongan sasar.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perdana Ummah, Shahrul Nasrun Datuk Kamarudin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang memberikan kepercayaan kepada pasukannya beliau untuk membantu meringankan beban mangsa banjir.
Maklumat lanjut, klik pada link berikut:
http://www.rakyatnews.my/index.php/ekslusif/salute-malaysia-comrade-dan-tudm-berjaya-agihkan-bantuan-di-pekan
Video/Editing : Mohd Khushrin Mohd Lani
- Title
- Salute Malaysia Tubuh Pasukan Pasca Banjir
- Runtime
- 1:25
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Pasukan Salute Malaysia Comrade yang berada di Kelantan sedang menjalankan proses pembersihan pasca banjir bagi meringankan beban mangsa.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perdana Ummah, Shahrul Nasrun Datuk Kamarudin berkata kerjasama rapat bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi memastikan mangsa-mangsa banjir dapat membina kehidupan yang baru.
Maklumat lanjut, klik pada link berikut:
http://rakyatnews.my
Video/Editing : Mohd Khushrin Mohd Lani
- Title
- ATM Laksana 312 Penerbangan Bantuan Banjir
- Runtime
- 1:22
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Sebanyak 312 penerbangan (sortie) menggunakan aset udara Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) telah dibuat bagi menjayakan operasi Ops Murni di seluruh negara sejak 25 Disember lalu.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, melalui penerbangan-penerbangan tersebut sebanyak 748.6 tan bekalan banjir telah disalurkan ke negeri-negeri terlibat banjir.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/ekslusif/312-penerbangan-bagi-penghantaran-bantuan-telah-dilaksana-atm
Video & Editing : AzharyKhairi
- Title
- Proses Pemulihan Pasca Banjir : Kerajaan Pusat dan Negeri Kelantan Perlu Kerjasama Demi Rakyat
- Runtime
- 1:34
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan perlu wujudnya kerjasama di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan dalam menguruskan proses pemulihan pasca banjir.Hishammuddin berkata,ianya perlu bagi memastikan bantuan kerajaan pusat dapat dinikmati oleh mangsa-mangsa banjir selain memudahkan urusan pembaikpulihan rumah-rumah yang terjejas teruk akibat bencana tersebut.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/ekslusif/kerajaan-pusat-dan-negeri-kelantan-perlu-kerjasama-demi-rakyat-hishammuddin
Video : AzharyKhairi
Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- QZ8501 : Operasi SAR Oleh ATM Diteruskan - Hishammuddin
- Runtime
- 1:06
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Kerajaan akan mengekalkan semua aset laut dan udara milik Malaysia yang digerakkan bagi membantu mencari dan menyelamat mangsa serta pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, tanpa ada penambahan baharu dibuat.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, setakat ini, belum ada arahan untuk memanggil balik aset yang ditugaskan membantu Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS) itu.
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/ekslusif/hishammuddin-aset-laut-udara-dikerah-bantu-misi-qz8501
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- UMNO Wangsa Maju Lawat Gelandangan
- Runtime
- 1:43
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- UMNO Wangsa Maju melawat Golongan Gelandangan Warga Emas Di Sekitar Wangsa Melawati.Ketua Umno Bahagiannya,Datuk Dr. Mohamad Shafei Abdullah,Berkata,Umno Bahagian Wangsa Maju akan menguruskan segala urusan bagi menempatkan gelandangan warga emas,Mohamed Dris, 75,yang ditemui dalam keadaan tidak terurus di dalam sebuah hutan di Wangsa Melawati ke pusat jagaan yang lebih sesuai.keputusan untuk menempatkan warga emas terbabit ke pusat jagaan adalah langkah baik bagi memastikan kehidupan gelandangan tersebut lebih terurus.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/ekslusif/gelandangan-dalam-hutan-akan-ditempat-ke-pusat-jagaan-shafei-abdullah
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Salute Malaysia Agih 20 Tan Bantuan Ke Temerloh
- Runtime
- 2:28
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Misi keempat pasukan sukarelawan Salute Malaysia dibawah naungan Yayasan Perdana Ummah (YPU) telah berhasil dilaksanakan selepas berjaya memberikan bantuan seberat 20 tan kepada mangsa banjir di kawasan Temerloh.
Pengerusi Yayasan Perdana Ummah, Datuk Rizal Mansor berkata misi bantuan daripada pasukan Salute Malaysia tidak akan berhenti selepas misi keempat itu berjaya dilaksanakan sebaliknya akan meneruskan misi bantuan ke kawasan banjir di Pekan, Pahang.
Maklumat lanjut, klik pada link berikut:
http://www.rakyatnews.my/index.php/ekslusif/pasukan-salute-malaysia-berjaya-laksanakan-misi-bantuan-banjir-ke-temerloh
Video/Editing : Mohd Khushrin Mohd Lani
- Title
- "Salute Malaysia" Hiburkan Mangsa Banjir Dengan "Ya Hanana"
- Runtime
- 5:09
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Kedatangan pasukan petugas "Salute Malaysia" di bawah Yayasan Perdana Ummah yang hadir bagi memberi sumbangan bantuan keperluan asas banjir di SK Mentakab jaya diserikan lagi dengan nyanyian qasidah "Ya Hanana daripada mereka bersempena sambutan Maulidur Rasul.
Maklumat lanjut, layari:
http://rakyatnews.my
Video/Editing : Mohd Khushrin Mohd Lani
- Title
- Misi Bantuan Salute Malaysia Di Kelantan
- Runtime
- 5:15
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Misi Bantuan Banjir Sukarelawan Salute Malaysia dibawah naungan Yayasan Perdana Ummah (YPU) Di Kelantan.YPU telah terbang ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra,Pengkalan Chepa Dari Lapangan Terbang Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Subang bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Manek Urai,Kelantan.Mangsa banjir,Siti Nurmali Ismad turut menceritakan saat berlakunya banjir di Manek Urai.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
www.rakyatnews.my
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Lebih 90 Peratus Bantuan Telah Diagihkan Kepada Mangsa Banjir - Hishammuddin
- Runtime
- 2:10
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Lebih 2,000 tan bantuan dalam pelbagai bentuk yang dikumpul di Pangkalan Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) Subang telah diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri-negeri yang terjejas.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jumlah agihan itu merupakan 90 peratus dari jumlah bantuan yang dapat dikumpul termasuk sumbangan daripada orang awam.
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/ekslusif/2165-tan-bantuan-dari-pangkalan-tudm-subang-telah-diagihkan-hishammuddin
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- "Misi Sayang" Pikul Amanah Bantu Pantai Timur
- Runtime
- 1:44
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Sebanyak 4 buah van dan satu buah kontena mengandungi bantuan berupa makanan, pakaian dan ubat-ubatan akan diagihkan kepada mangsa banjir bagi meringankan beban mangsa banjir di pantai timur melalui Misi Sayang Wanita UMNO.
Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata Misi Sayang Wanita UMNO pada hari ini merupakan misi ketujuh Skuad Sayang memberikan bantuan kepada mangsa banjir.
Maklumat lanjut, klik pada link berikut:
http://www.rakyatnews.my/index.php/ekslusif/wanita-umno-beri-bantuan-mangsa-banjir
Video/Editing : Mohd Khushrin Mohd Lani
- Title
- Keadaan Kuala Krai Selepas Banjir Surut
- Runtime
- 3:27
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Keadaan Kuala Krai,Kelantan Selepas Banjir Surut Ketika Kumpulan Misi Bantuan Mangsa Banjir Kelantan yang digerakkan oleh Yayasan Perdana Ummah (YPU) Melalui Jalan Tersebut.YPU terbang ke Lapangan Sultan Ismail Petra,Pengkalan Chepa,Kelantan Dari Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),Subang bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di manek urai,kelantan.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
www.rakyatnews.my
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Banjir Kampung Puah : Paras Air Naik Mendadak
- Runtime
- 2:37
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Hujan lebat secara berterusan serta pintu empangan yang tertutup menyebabkan beberapa buah kampung di sini temasuk Kampung Puah mengalami banjir sedalam kira-kira tiga kaki apabila paras air naik secara mendadak.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/ekslusif/banjir-terburuk-sejak-47-tahun
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Pemuda UMNO WP Turun Padang Bantu Mangsa Banjir di Kampung Puah
- Runtime
- 1:26
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Pemuda Umno Wilayah Persekutuan diketuai Mohd Razlan Muhammad Rafli tampil menghulurkan bantuan kepada penduduk yang terlibat dalam kejadian banjir di beberapa buah kampung sekitar Kampung Puah di sini hari ini.Menurutnya,sebanyak 31 buah keluarga dari tiga kampung yang berlainan,termasuk Kampung Puah Asal,Kampung Puah Lembah dan Kampung Puah terlibat dalam bencana itu selepas paras air dikatakan meningkat berikutan hujan lebat, semalam.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/ekslusif/pemuda-umno-wp-prihatin-nasib-mangsa-banjir-di-kg-puah
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Misi Sayang Fokus Salur Bantuan Banjir - Shahrizat
- Runtime
- 2:25
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Pergerakan Wanita Umno Malaysia dengan kerjasama Wanita Barisan Nasional (BN) hari ini melancarkan Misi Sayang bagi mengumpulkan barangan bagi mangsa banjir di Pantai Timur.
Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, misi tersebut akan digerakkan oleh setiap anggota wanita Umno dan BN daripada peringkat cawangan bagi mewujudkan derma kilat berupa wang tunai, makanan dan barangan keperluan harian.
Maklumat lanjut, klik pada link berikut:
http://www.rakyatnews.my/index.php/ekslusif/banjir-pantai-timur-wanita-umno-lancar-misi-sayang
Video/Editing : Mohd Khushrin Mohd Lani
- Title
- Wanita Jangan Gentar Jadi Pemangkin Kemajuan Negara - Rosmah Mansor
- Runtime
- 2:40
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Isteri mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah telah menerima Anugerah Khas Tokoh Srikandi Negara setelah banyak menyumbangkan jasa beliau dalam bidang pendidikan hingga tertubuhnya banyak institusi pendidikan yang menyumbang kepada kelangsungan penyampaian ilmu pengetahuan kepada masyarakat.
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada majlis Malam Anugerah Tokoh Srikandi Negara GPMS dii Hotel Istana, Kuala Lumpur.
Maklumat lanjut, layari:
http://rakyatnews.my
Video/Editing : Mohd Khushrin Mohd Lani
- Title
- Azmin Setuju Istana Tarik Balik Gelaran Anwar - CheguBard
- Runtime
- 2:00
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali antara individu yang terlibat menyokong gelaran Datuk Seri ditarik balik daripada Anwar Ibrahim.
Ahli PKR Cabang Rembau yang digantung, CheGuBard mendakwa, sebagai Menteri Besar (MB), Mohamed Azmin salah seorang ahli mesyuarat Ahli Dewan Diraja Selangor dan mengetahui perkara itu sejak awal lagi.
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Pelajar Pintar Perlu Dipupuk Agar Jadi Insan Berbakat
- Runtime
- 3:11
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Para pelajar pintar perlu dikenalpasti, dipupuk dan digilap agar menjadi insan berbakat malah dalam masa sama berupaya memantau perkembangan mereka.Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkata, sebilangan 10,000 hingga 11,000 orang individu berbakat dalam negara sewajarnya diberi peluang mengikut bidang masing-masing.Beliau berkata demikian dalam ucapan aluan pada Persidangan Antarabangsa Pendidikan Bagi Pelajar Pintar dan Berbakat 2014 (ICGATE), di auditorium Permata Pintar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi hari ini.
Rosmah yang juga merupakan Penaung Program Permata Negara (Permata) juga menyifatkan golongan pelajar pintar akan sentiasa berebut tempat di kaca mata dunia sekalipun kuantiti mereka hanya melibatkan jumlah yang kecil.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/ekslusif/rosmah-mansor-pelajar-pintar-perlu-dipupuk
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Tiada Tindakan ADUN PKR ‘Belot’ Wan Azizah - Chegubard
- Runtime
- 0:59
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat dan dua ADUN DAP yang menandatangani surat akaun bersumpah telah menarik sokongan terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor.
Anggota PKR yang digantung, Badrul Hisham Shahrain ataupun lebih dikenali sebagai Chegubard berkata ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar, ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafie, ADUN Batu Caves, Amirudin Shari, ADUN Kinrara, Ng Sze Han dan ADUN Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran merupakan ADUN yang menarik sokongan tersebut.
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/ekslusif/5-adun-tarik-sokongan-terhadap-wan-azizah-chegubard
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Allahyarham Fuad Hassan Selamat Disemadikan
- Runtime
- 1:32
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- AMPANG 8 Disember - Jenazah Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Fuad Tan Sri Hassan selamat dikebumikan kira-kira jam 12.15 tengahari tadi di Tanah Perkuburan Bukit Permai 2.
Allahyarham meninggalkan dua balu dan 10 anak, masing-masing berusia antara 4 hingga 35 tahun.
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/ekslusif/jenazah-fuad-hassan-selamat-dikebumi
- Title
- Salute Malaysia : Langkah Pertama Rakyat Perlu Hormati Bendera Malaysia
- Runtime
- 2:12
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Kempen berbentuk pertandingan 'Salute Malaysia' yang diadakan pada bulan September lalu merupakan inisiatif Yayasan Perdana Ummah (YPU) untuk menanam semangat kecintaan dan bangga terhadap Jalur Gemilang melalui media sosial.Pengerusi YPU,Datuk Rizal Mansor berkata pertandingan tersebut diadakan melalui media sosial ekoran peratusan rakyat Malaysia kini lebih gemar menggunakan media sosial untuk berhubung.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan hadiah kepada 10 pemenang pertandingan bertemakan Tabik Hormat dan Jalur Gemilang yang diberi nama 'Salute Malaysia'.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/ekslusif/salute-malaysia-langkah-pertama-rakyat-perlu-hormati-bendera-malaysia
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Ketelusan Pengiraan Undi Pemilihan Majlis Peguam Lemah
- Runtime
- 3:12
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Hanya satu daripada lapan kaunter pengiraan undi yang ditunjukkan kepada calon ketika proses pengiraan undi pemilihan Majlis Peguam bagi penggal 2015-2016.Calon Mohd Khairul Azam Abdul Aziz juga berkata, proses pengiraan undi yang ditunjukkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) itu turut terganggu dengan sistem yang buruk.
Selanjutnya Layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/ekslusif/daripada-8-hanya-1-kaunter-kiraan-undi-mereka-tunjuk
Video/Editing: Syafiq Yaacob
- Title
- Najib Kekal Akta Hasutan Demi Kepentingan Sendiri - Mahfuz Omar
- Runtime
- 1:06
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Pengumuman Datuk Seri Najib Razak mengekalkan Akta Hasutan 1948 bukanlah untuk melindungi orang Melayu dan Islam tetapi mengukuhkan kedudukannya sebagai presiden Umno, kata Datuk Mahfuz Omar.
Ketua penerangan PAS itu berkata, kedudukan Islam dan hak istimewa orang Melayu sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sementara isu seperti tanah rizab Melayu tidak perlu dikukuhkan melalui Akta Hasutan.
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/ekslusif/akta-hasutan-benteng-najib-terus-berkuasa-mahfuz-omar
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Tiada Keperluan Wujud Jawatan Timbalan Speaker Kedua DUN Selangor
- Runtime
- 1:39
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Ketua Penerangan PAS,Datuk Mahfuz Omar Berkata,Tiada sebarang keperluan untuk mewujudkan jawatan timbalan speaker kedua untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor seperti didesak DAP.Beliau Menambah,dengan tempoh sidang DUN yang singkat,memadai dengan hanya seorang timbalan speaker sahaja dipilih selain langkah itu disifatkan lebih menjimatkan perbelanjaan kerajaan negeri,berbeza dengan sidang Dewan Rakyat yang sering kali berlanjutan hingga ke lewat malam dan diadakan dalam tempoh yang panjang.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
www.rakyatnews.msia
Video : AzharyKhairy
Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Blogger UMNO : Adakah PM dan Kadir Jasin Juga Dianggap Bangang?
- Runtime
- 0:48
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Pas hari ini mengesa UMNO perlu menjelaskan berapa jumlah blogger yang telah diupah untuk mencari sesuap nasi bersama parti itu.Ketua Penerangan Pas,Datuk Mahfuz Omar berkata UMNO turut perlu menjelaskan berapa jumlah blogger yang dianggap bangang ketika Presiden UMNO,Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan pergulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 (PAU2014) lalu.beliau berkata demikian ketika membuat sidang media di Ibu Pejabat PAS, disini, hari ini
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/ekslusif/pm-dan-kadir-jasin-juga-dianggap-bangang-mahfuz-omar
Video : AzharyKhairy
Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Mahfuz Minta Najib Letak Jawatan Sebagai Menteri Kewangan
- Runtime
- 1:15
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar meminta Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatannya itu berikutan jawatan Menteri Kewangan dilihat perlu dimiliki oleh seorang individu sahaja.
Beliau berkata negara dapat menjimatkan perbelanjaan sekiranya negara dilanda darurat ekonomi yang akan berlaku pada masa akan datang sekiranya perlepasan jawatan tersebut dilakukan.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- #PAU2014 : Blogger Pro UMNO Bangang, Tembak Kita Balik
- Runtime
- 1:08
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak mengecam sikap sebilangan blogger pro UMNO yang bertindak menyerang pemimpin parti atas dasar 'friendly fire'.
Perdana Menteri itu berkata, blogger yang menyatakan prinsip menyokong parti UMNO sewajarnya lebih fokus menyerang pemimpin pembangkang jika benar mahu parti teras Barisan Nasional (BN) itu terus kekal sebagai pemerintah kerajaan.
Untuk Maklumat Lanjut :-
http://www.rakyatnews.my/index.php/perhimpunan-agung-umno-2014/najib-blogger-pro-umno-bangang-tembak-kita-balik
- Title
- #PAU2014 : Tawaran RM100 Juta Sertai Anwar
- Runtime
- 3:03
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Tawaran RM100 juta rakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti didakwa Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman sebagai 'ibu segala rasuah'.
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak berkata, ianya membuktikan rasuah menjadi budaya pembangkang walaupun menyerang UMNO sebagai parti yang mengamalkan gejala negatif itu.
Untuk Maklumat Lanjut :-
http://www.rakyatnews.my/index.php/perhimpunan-agung-umno-2014/tawaran-rm100-juta-sertai-anwar-ibu-segala-rasuah-najib
- Title
- #PAU2014 : UMNO Tidak Bela Pemimpin Kantoi Macam Pembangkang
- Runtime
- 2:42
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak mengaskan bahawa UMNO tidak membela pemimpin 'rosak' demi menjaga masa depan parti yang lebih mapan.
Jelas Najib, ahli UMNO perlu bersama pemimpin menjaga imej parti dan tidak sama sekali membela pemimpin 'kantoi' seperti pembangkang.
Untuk Maklumat Lanjut :-
http://www.rakyatnews.my/index.php/perhimpunan-agung-umno-2014/pau2014-umno-tidak-bela-pemimpin-kantoi-macam-pembangkang-presiden
- Title
- #PAU2014 : Jangan Hina Islam, Cabar Hak Melayu
- Runtime
- 2:01
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Perhimpunan Agung UMNO 2014, berakhir dengan mesej tegas dan lantang Presiden parti bahawa hak keistimewaan orang Melayu, Raja dan agama Islam yang termaktub dalam perlembagaan negara, tidak boleh dipertikaikan lagi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata seluruh rakyat Malaysia perlu berhenti berbalah mengenai perkara berkenaan, sebaliknya memberi tumpuan penuh kepada usaha memajukan negara.
Untuk Maklumat Lanjut :-
http://www.rakyatnews.my/index.php/perhimpunan-agung-umno-2014/najib-jangan-hina-islam-cabar-hak-melayu
- Title
- #PAU2014 : Pertahan Kekuatan, Semangat Antara Kaum Dalam BN
- Runtime
- 4:09
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu ahli parti merenung kembali ramuan kekuatan antara kaum di dalam Perikatan yang membawa kepada kejayaan kemerdekaan negara.
Tegasnya, semangat itu harus terus dipertahan dan dipertingkat di dalam Barisan Nasional (BN) untuk menang besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kelak.
Untuk Maklumat Lanjut :-
http://www.rakyatnews.my/index.php/perhimpunan-agung-umno-2014/pertahan-kekuatan-semangat-antara-kaum-dalam-bn-najib
- Title
- #PAU2014 : Pertahankan Tanah Rizab Melayu
- Runtime
- 2:16
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mahu semua kerajaan negeri yang ditadbir Barisan Nasional (BN) mempertahankan dan membangunkan Tanah Rizab Melayu untuk memberi pulangan kepada rakyat.
Presiden UMNO itu berkata, mana-mana kawasan Tanah Rizab Melayu yang dibangunkan juga perlu diganti.
Untuk Maklumat Lanjut :-
http://www.rakyatnews.my/index.php/perhimpunan-agung-umno-2014/najib-pertahankan-tanah-rizab-melayu
- Title
- #PAU2014 : Indeks Syariah Malaysia Dibentang Februari ini
- Runtime
- 3:33
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Rakyat,News,United Malays National Organisation (Political Party),UMNO,Ketua Pemuda UMNO,Khairy Jamaluddin,solidariti,Lima jari senior,Perhimpunan Agung UMNO,Pusat Dagangan Dunia,PWTC,PAU,PAU2014,Pilihan Raya Umum ke-14,Pilihan Raya,BN,PAS,DAP,PKR,PR,Najib Razak (Politician),KJ
Untuk Maklumat Lanjut :-
http://www.rakyatnews.my/index.php/perhimpunan-agung-umno-2014/najib-indeks-syariah-malaysia-dibentang-februari-ini
- Title
- #PAU2014 : GST Bertujuan Membela Rakyat Bukannya Mebebankan Rakyat
- Runtime
- 2:30
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menegaskan sistem percukaian baharu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan diperkenalkan April depan bertujuan membela rakyat, bukannya membebankan rakyat.
Presiden UMNO berkata, GST bertujuan berlaku adil kepada semua rakyat Malaysia dengan memastikan semua pihak terutama sektor perniagaan di negara ini tidak terlepas daripada membayar cukai yang digunakan untuk pembangunan negara.
Untuk Maklumat Lanjut :-
http://www.rakyatnews.my/index.php/perhimpunan-agung-umno-2014/najib-gst-dijamin-bela-rakyat
- Title
- #PAU2014 : Wanita Mahu Jadi Jentera Politik
- Runtime
- 2:33
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Ketua Pergerakan Wanita UMNO,Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil Berkata,Selain Dari Jentera Pilihanraya,Wanita Juga mahu menjadi jentera politik dalam parti.oleh sebab itu,beliau menambah wanita tidak berkompromi dalam isu keluhuran Perlembagaan,kontrak sosial,agama Islam sebagai agama rasmi,hak keistimewaan Melayu, Sabah dan Sarawak,bahasa kebangsaan dan Raja-Raja Melayu
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
www.rakyatnews.my
Video : Amirul
Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- #PAU2014 : Pembangkang Selalu Tidak Puas Hati
- Runtime
- 2:17
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Para perwakilan dan ahli UMNO perlu memberitahu kepada rakyat sebab-sebab utama Akta Hasutan dikekalkan sebagaimana ucapan Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak pada 27 November baru-baru ini sekaligus berupaya mengenepikan tohmahan pembangkang.Pembahas Usul Agama dan Pendidikan Mohd Kamal Saidin berkata, keputusan Presiden yang juga Perdana Menteri itu adalah bertujuan memelihara keharmonian negara.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/perhimpunan-agung-umno-2014/pau2014-perwakilan-kedah-ajak-hayati-kisah-beruk
Video : Al Mahadi Mukmim
Edited By Romy Irwan Shah

