Rakyat News
Noh Omar Ingatkan Azmin Ali Tidak Politik Isu Air Selangor
- Title
- Noh Omar Ingatkan Azmin Ali Tidak Politik Isu Air Selangor
- Runtime
- 3:12
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Pengerusi BN Selangor,Datuk Seri Noh Omar mengingatkan menteri besar, Azmin Ali agar tidak bermain dengan politik dalam perkara yang melibatkan kepentingan rakyat khususnya perjanjian penstrukturan semula air di negeri ini.Tegas Noh Omar, tindakan Azmin ini bukan sahaja akan menyusahkan rakyat malah akan memberi kesan kepada ekonomi di Selangor di mana akan menyekat pelabur dari terus melabur di Selangor.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/dari-parlimen/jangan-politikkan-isu-air-noh-omar
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Cadangan Wajib Pakaian Istiadat Pada Sesi Pembukaan Parlimen
- Runtime
- 1:48
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar, berkata pemakaian itu perlu diwajibkan sebagai menunjukkan rasa hormat Ahli Parlimen terutama kepada Yang di-Pertuan Agong yang merasmikan majlis pembukaan berkenaan.
Katanya, tindakan Ahli Parlimen pembangkang yang enggan mengenakan pakaian terbabit semalam disifatkan sebagai kurang rasa sensitif dan tidak hormat terhadap kemuliaan Dewan Rakyat.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Azmin Minta Pandikar Kaji Larangan Anwar ke Parlimen
- Runtime
- 1:43
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Menteri Besar Selangor Azmin Ali hari ini mengesahkan Dewan Rakyat akan menyemak semula larangan ke Parlimen ke atasa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, perkara tersebut disahkan sendiri oleh Speaker Dewan Tan Sri Pandikar Amin.
Maklumat lanjut, klik pada link berikut:
http://www.rakyatnews.my/index.php/dari-parlimen/larangan-anwar-ke-parlimen-disemak-semula
Video/Editing : Mohd Khushrin Mohd Lani
- Title
- Kerajaan Selangor Gagal Selesai Krisis Air
- Runtime
- 2:31
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Kerajaan Selangor masih belum menyelesaikan urusan pindah milik aset air kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), kata Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
Beliau berkata urusan pindah milik itu membolehkan PAAB menyediakan peruntukan bernilai RM1.68 billion bagi membantu air Selangor membiayai kos pengambilan syarikat konsesi.
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/dari-parlimen/pembatalan-perjanjian-air-kegagalan-pakatan-selangor-kata-menteri
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Pembangkang "Botak" Demi Anwar
- Runtime
- 1:39
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) dan seorang Adun Pulau Pinang secara sukarela membotakkan kepala mereka sebagai tanda protes terhadap pemenjaraan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di depan bangunan Parlimen.
Tiga pemimpin yang memulakan acara itu adalah Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Wong Sze Phin; Ahli Parlimen Pasir Putih, Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad dan Adun Machang Bubuk, Lee Kai Loon.
Maklumat lanjut, layari:
http://rakyatnews.my
Video/Editing : Mohd Khushrin Mohd Lani
- Title
- Penyokong Anwar Sertai Himpunan #Kitalawan
- Runtime
- 1:09
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Para peserta yang menyertai protes itu hari ini berarak dari Pasar Seni, Masjid Jamek dan ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, menuju ke Sogo.Perhimpunan #KitaLawan menuntut agar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
- Title
- Penyokong Anwar Cetus Provokasi
- Runtime
- 1:10
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Penyokong Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim Mencetuskan Provokasi Apabila Menunjukkan Isyarat Lucah Kepada Penyokong Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali yang mengelarkan diri mereka "kelab akar umbi PKR.Berlaku Sedikit Kekecohan Selepas Penyokong Azmin Ali Tidak Puas Hati Atas Tindakan Penyokong Anwar ibrahim
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
www.rakyatnews.my
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- PAC Akan Jawab Semua Dakwaan Ke Atas 1MDB - Hishammuddin
- Runtime
- 2:10
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Malaysia (PAC) menerusi satu jawatankuasa dwipartisan akan menjawab semua tuduhan yang dilemparkan berhubung 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bagi memastikan hasil siasatan lebih telus.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, semua pihak perlu menghentikan sebarang tuduhan tidak berasas dan memberikan kepercayaan kepada PAC.
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/ekslusif/hishammuddin-pac-jawab-semua-tuduhan-terhadap-1mdb
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Sektor Komersial Sertai LIMA'15 Perkukuh Industri Pertahanan
- Runtime
- 1:46
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Penglibatan lebih banyak pemain sektor komersial pada Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2015 (LIMA'15) mampu meningkatkan lagi kedudukan industri pertahanan sebagai aspek penting ekonomi negara, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata penglibatan secara langsung buat kali pertamanya Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kementerian Pengangkutan pada LIMA kali ini telah menarik lebih ramai pemain sektor komersial.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Media Pembangkang Tokok Tambah, Dorong Pecah Belah Rakyat
- Runtime
- 2:32
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Rakyat kini semakin bijak berfikir mengenai permainan media pembangkang yang gemar memutarbelitkan fakta sebenar ekoran baru-baru ini media pembangkang memutarbelitkan fakta berhubung penggunaan RM1,200 untuk mendandan rambut oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Tinjauan wartawan Rakyat News di sekitar ibu kota mendapati golongan muda sekitar 20an tidak mempercayai apa yang diperkatakan oleh media pembangkang disebabkan media tersebut sering menokok tambah fakta.
Maklumat lanjut, klik pada link berikut:
http://www.rakyatnews.my/index.php/ekslusif/media-pembangkang-tidak-boleh-dipercayai-golongan-muda
Video/Editing : Mohd Khushrin Mohd Lani
- Title
- Isu Rambut Rosmah : Pembangkang Ketandusan Idea Sebar Fitnah
- Runtime
- 1:51
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Tindakan media pembangkang yang sengaja memutarbelitkan isu perbandingan harga dandanan rambut oleh Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor disifatkan kerana pembangkang sudah ketandusan isu.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Fitnah Dandanan Rambut Rosmah : Pembangkang Sengaja Putar Belit Fakta Sebenar
- Runtime
- 1:58
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Tindakan media pembangkang yang sengaja memutarbelitkan isu perbandingan harga dandanan rambut oleh Isteri Perdana Menteri,Datin Seri Rosmah Mansor disifatkan kerana pembangkang sudah ketandusan isu.selain ketiadaan isu,media pembangkang sengaja memutar belit fakta yang sebenar hanya kerana mereka bersifat pentingkan diri sendiri.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/ekslusif/fitnah-rambut-rosmah-bukti-pembangkang-ketandusan-idea
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Mazlan Tahir Ketuai Lafaz Waad Misi Melayu
- Runtime
- 1:57
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Pensyarah Fakulti Filem,Teater dan Animasi Universiti Teknologi Mara (UiTM),Mazlan Tahir Mengetuai Lafaz Waad (Janji) Misi Melayu Abad Ke-21.Hadirin juga diberi peluang untuk menyampaikan Lafaz Tersebut dengan Secara Spontan dan diikuti dengan upacara menandatangani waad tersebut yang disempurnakan oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Najib serta pemimpin-pemimpin Melayu yang Lain serta para hadirin yang hadir pada Malam Perhimpunan Perpaduan Melayu Di Stadium Putra,Bukit Jalil
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
www.rakyatnews.my
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Orang Melayu Tidak Semestinya Dapat Kontrak Kerajaan – Najib
- Runtime
- 1:04
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menegaskan orang Melayu tidak semestinya mendapat kontrak kerajaan hanya disebabkan mereka kaum majoriti di negara ini.Najib berkata,hanya orang Melayu yang mempunyai kebolehan dan merit sahaja yang akan berjaya.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
www.rakyatnews.my
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Kerajaan Akan Terus Bantu Kaum Melayu,Bumiputera - Najib
- Runtime
- 2:10
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak memberikan jaminan bahawa kerajaan sedia ada di bawah pimpinannya akan terus membantu orang melayu serta kaum bumiputera di Malaysia.Najib berkata, agenda memartabatkan bumiputera akan terus menjadi agenda terpenting negara lantas kerajaan akan terus menggubal dasar serta langkah yang bersesuaian dalam memartabatkan melayu.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
www.rakyatnews.my
Video/Edited by Romy Irwan Shah
- Title
- Najib Garis Tujuh Amanat Untuk Bangsa Melayu
- Runtime
- 3:56
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi telah menyampaikan 7 amanat utama kepada bangsa Melayu untuk dijadikan panduan bagi melangkah maju pada abad ke 21 dan menjadi kuat,hebat dan bermaruah.Beliau menegaskan keperluan melatih orang melayu menjadi bangsa pengetahuan dan mengukuhkan ekonomi merupakan yang terkandung didalam amanat beliau itu.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/ekslusif/najib-sampaikan-7-amanat-buat-bangsa-melayu
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Mahfuz Omar 'Kelentong' Wartawan
- Runtime
- 1:12
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Penggiat media hari ini 'dipermainkan' oleh Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar apabila beliau membatalkan sidang media yang dijadualkan berlangsung bersama ibu Sirul Azhar Umar hari ini.Ketua Sekuriti PAS,Sarifuddin Mohd Yatim yang ditemui pemberita menjelaskan,Mahfuz yang kini berada di Alor Star menafikan menjemput para wartawan menghadiri sidang media.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/politik/mahfuz-kencing-wartawan-lagi
- Title
- Pembangkang Guna NFC, Mahu Bunuh Karier Politik Shahrizat - Rosni Zahari
- Runtime
- 1:36
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Tuduhan terhadap Ketua Pegawai Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail disifatkan sebagai satu kaedah serangan politik.
Ketua Penerangan Wanita Umno Malaysia, Datuk Rosni Zahari berkata, oleh kerana Mohamad Salleh adalah suami kepada Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia, Datuk Shahrizat Abdul Jalil, pembangkang sengaja mengambil kesempatan untuk memperbesarkan isu tersebut.
Maklumat lanjut, layari:
http://rakyatnews.my
Video/Editing : Mohd Khushrin Mohd Lani
- Title
- Kes NFC : Keluarga Shahrizat Akur, Terima Keputusan Mahkamah
- Runtime
- 1:40
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menerima keputusan Mahkamah Tinggi terhadap suaminya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail hari ini yang menolak permohonan bagi membatalkan dua pertuduhan pecah amanah.
Shahrizat menegaskan, pertuduhan ke atas suaminya itu adalah berkaitan dengan urusniaga di bawah National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) dan langsung tiada kena mengena dengannya.
Maklumat lanjut, layari:
http://rakyatnews.my
Video/Editing : Mohd Khushrin Mohd Lani
- Title
- Ancaman IS Tetap Jadi Keutamaan ASEAN - Hishammuddin
- Runtime
- 1:23
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan tetap memberikan fokus dengan menyatakan pendirian terhadap ancaman Negara Islam (IS) di negara-negara ASEAN pada Mesyuarat Menteri Pertahanan Asean akan datang.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin berkata mesyuarat Asean tersebut juga diharap dapat menunjukkan kepada dunia bahawa 10 buah negara Asean dapat bersama untuk keamanan.
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/ekslusif/ancaman-is-tetap-jadi-keutamaan-asean-hishammuddin
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Blogger Sakmongkol Hasut Rakyat Tumbangkan Kerajaan - NGO
- Runtime
- 2:03
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Satu laporan polis dibuat oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pemantau Media Sosial Pasukan 'Sensible,Ethical Malaysian United Team' (SEMUT) Malaysia ke atas pengendali blog pro-pembangkang sakmongkol.blogspot.com.Pengerusinya,Zaparudin Abdul Rahim berkata,laporan polis tersebut dibuat berhubung satu artikel yang disiarkan di laman blog itu yang disifatkan berbaur hasutan.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/ekslusif/ngo-buat-laporan-polis-terhadap-blogger-pembangkang-sakmongkol-ak47
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Elizabeth Tan Kini Duta Magic Red
- Runtime
- 0:53
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Duta Magic Red, Elizabeth Tan berkata Magic Red telah membantu beliau untuk terus memiliki wajah yang sempurna setelah menggunakan produk tersebut.
"Produk ini sangat sesuai dengan kulit saya yang sensitif dan amat membantu saya untuk terus menjaga kecantikan wajah.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Elizabeth Tan & Zarra Sinar Puteri Punyai Kelebihan Sama
- Runtime
- 1:03
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Pengarah Urusan Harmony Mall Sdn. Bhd, Datin Zamzarina Zambri berkata pengambilan penyanyi yang kini meningkat naik, Elizabeth Tan sebagai duta produk tersebut merupakan satu kelainan berbanding produk lain.
"Jika kita ambil artis yang sudah meningkat naik namanya sudah semestinya ia menjadi kebiasaan dengan jinama produk yang lain.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
- Title
- Magic Red Produk Terbaru Zarra Sinar Puteri
- Runtime
- 1:01
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Bagi golongan remaja yang mahu menjaga kulit muka boleh menggunakan produk Magic Red keluaran Zarra Sinar Puteri ekoran produk tempatan itu mempunyai empat kelebihan untuk merawat muka.
Pengarah Urusan Harmony Mall Sdn. Bhd, Datin Zamzarina Zambri berkata 4 kelebihan produk Magic Red adalah membersih, menyegar, melembab dan juga mencerahkan kulit wajah.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- "Tarik Balik Kenyataan Atau Letak Jawatan" - NGO Islam
- Runtime
- 1:23
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Beberapa gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini mendesak Presiden Majlis Peguam Christopher Leong agar menarik balik kenyataan kontroversi beliau yang mempertikaikan keputusan mahkamah persekutuan yang telah mensabitkan kesalahan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.
Pengerusi Majlis Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tengku Azwil Tengku Abdul Razak berkata, kenyataan yang dibuat Christopher tidak mencerminkan integriti beliau sebagai seorang profesional di dalam sistem perundangan negara.
Maklumat lanjut, klik pada link berikut:
http://www.rakyatnews.my/index.php/ekslusif/ngo-islam-desak-christopher-leong-tarik-balik-kenyataan
Video/Editing : Mohd Khushrin Mohd Lani
- Title
- Telesidang Mahfuz - Sirul Gagal
- Runtime
- 1:32
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Ketua Penerangan PAS,Datuk Mahfuz Omar hari ini gagal menghubungi bekas komando Unit Tndakan Khas (UTK) polis,Sirul Azhar Umar bagi menjelaskan motif pembunuhan model Mongolia,Altantuya Shariibuu kepada pihak media.Sidang media yang sepatutnya berlangsung pada jam 11.30 pagi di Ibu Pejabat PAS itu ditangguhkan ekoran Mahfuz gagal menghubungi Sirul selepas beliau telah membuat sebanyak 15 kali panggilan.
Mahfuz yang juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena berkata beliau sudah memberikan mesej kepada Sirul untuk menyatakan akan menghubungi beliau melalui nombor berbeza sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.Dalam persidangan itu, Mahfuz turut memberikan teks perbualan sebelum ini bersama Sirul kepada pihak media sebagai bukti beliau dan Sirul pernah berhubung sebelum ini.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/ekslusif/mahfuz-gagal-hubungi-sirul
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Makmal Transformasi PLKN Bermula 23 Feb Ini
- Runtime
- 1:16
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Makmal Transformasi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan diadakan selama lima minggu bermula 23 Feb ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata makmal itu bertujuan membahas dan merancang pemerkasaan program ini ke tahap yang lebih tinggi.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- BN Kongsi Survival Politik
- Runtime
- 1:00
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, krisis dalaman yang berlaku dalam MIC bukanlah sesuatu yang baharu dalam mana-mana parti politik. UMNO pernah melaluinya, MCA juga pernah melaluinya sekarang mungkin giliran MIC pula.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- MINDEF Jamin Komitmen Tahap Keselamatan Sabah
- Runtime
- 1:55
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Kementerian Pertahanan akan menumpukan keselamatan di pantai timur Sabah selepas ia menjadi salah satu daripada lima bidang utama kementerian itu.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kawalan keselamatan di sepanjang 1,400 km dari perairan pantai timur Sabah akan ditingkatkan.
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Lebih 500 Syarikat Dari 36 Negara Sertai LIMA'15 - Hishammuddin
- Runtime
- 1:15
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2015 (LIMA'15) akan menyaksikan penglibatan 36 buah negara merangkumi 502 syarikat yang telah mengesahkan penyertaan tahun ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata perbezaan dapat dilihat selepas penambahan penyertaan sebanyak 69 syarikat berbanding edisi sebelum ini.
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/ekslusif/hishammuddin-lebih-500-syarikat-antarabangsa-sertai-lima15
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- UMNO Tidak Pernah Campur Tangan Keputusan Kes Liwat II Anwar - Hishammuddin
- Runtime
- 1:17
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak menggunakan UMNO untuk mendedahkan isu Liwat ii kepada umum pada 'Dialog Bersama Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah' anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein, di sini, malam tadi.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata sesi dialog tersebut merupakan pendedahan perjalanan yang dihadapi Shafee semasa mengendali kes itu.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- ABPBH 2014 Platform Promosi Jenama Zarra Sinar Puteri
- Runtime
- 1:36
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Produk Kecantikan Zarra Sinar Puteri kini merupakan penaja platinum bagi acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2014.
Dutanya, Adrianna Adnan berkata penajaan ABPBH kali ini diharap dapat memperkenalkan produk tersebut kepada orang ramai samaada daripada dalam mahupun luar negara.
- Title
- KPDNKK Perlu Pantau Kenaikan Harga Gas Masak
- Runtime
- 1:31
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu memantau dan memberi penjelasan bagaimana pembekal boleh menaikkan harga gas petroleum cecair (LPG) bagi siinder 14 kilogram sedangkan harga minyak telah diturunkan.
Setiausaha Agung Persatuan Pemborong dan Peruncit Muslim Malaysia (Mawar),Kamal Mustaffa berkata pembekal bertindak sesuka hati dengan menaikkan harga LPG sedangkan pihaknya tidak boleh menjualnya melebihi harga siling yang telah ditetapkan kerajaan iaitu RM26.60 bagi silinder 14 kg.
Tambah Kamal,KPDNKK juga selama ini membuat kesilapan apabila berlakunya isu melibatkan kenaikan harga barangan di seluruh negara.Jelasnya, kementerian selalunya bermula dari peringkat bawah iaitu peruncit sebelum naik ke atas untuk melihat kenaikan harga.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/ekslusif/pemborong-dan-peruncit-bukan-punca-harga-tidak-turun
Video/Edited By Romy I...
- Title
- Harga Barang Tidak Turun Berpunca Dari Pembekal
- Runtime
- 3:01
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Para pemborong dan peruncit hari ini menyatakan kegusarannya diatas desakan pengguna untuk menurunkan harga ekoran penurunan harga minyak kebelakangan ini.Pengarah Urusan Mydin Holdings Berhad Datuk Ameer Ali Mydin berkata, masalah tersebut berpunca dari kartel pembekal yang masih mengekalkan harga sama sebelum penurunan harga minyak.
Sementara itu,Setiausaha Agung Persatuan Pemborong Dan Peruncit Muslim Malaysia (Mawar) Kamal Mustaffa menegaskan mekanisme penurunan harga barang kerajaan perlu bermula dari punca barangan tersebut dikeluarkan bukannya pada peruncit yang menjual kepada pengguna akhir.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/ekslusif/pemborong-dan-peruncit-bukan-punca-harga-tidak-turun
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Anwar Masih Kecewa - Shafee Abdullah
- Runtime
- 0:31
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan masih tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan hukuman penjara 5 tahun atas kesalahan meliwat minggu lalu.
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, Anwar perlu fokus terhadap soalan yang dikemukakan kerana ia dibuat mengikut prosedur kehakiman.
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/ekslusif/shafee-abdullah-anwar-masih-tidak-puas-hati
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Ratusan Nyamuk Serang Anwar, Kata Azizah
- Runtime
- 0:47
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan meliwat, mengadu tidak mampu tidur di sel penjara akibat gangguan nyamuk pada waktu malam.
Presiden PKR yang juga merupakan isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, walaubagaimanapun semangat Anwar masih kuat dan bersyukur kerana dapat melepaskan rindu bertemu suaminya di Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/ekslusif/anwar-mengadu-diserang-nyamuk
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- UKM & AGA Zone Jalin Kerjasama Majukan Pembangunan ICT
- Runtime
- 2:51
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- AGA Zone Sdn Bhd dan Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) sebagai langkah menambah baik penyampaian sistem penyimpanan data dan pembangunan teknologi maklumat (ICT).
Kerjasama ini merupakan yang kedua antara UKM dan AGA Zone menyelesaikan masalah digital serta membangunkannya sebagai pemangkin ekonomi negara.
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/ekslusif/ukm-aga-zone-tandatangan-mou-pembangunan-ict
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- 400 Penyokong Anwar Berarak Ke Pudu
- Runtime
- 2:12
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Seramai 400 penyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhimpun di perkarangan pusat membeli belah Sogo petang ini sebagai tanda protes menentang keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan kes liwat II.
Perhimpunan yang disertai beberapa NGO itu bermula sekitar jam 4.30 petang ini turut dihadiri anak sulung Anwar, Nurul Izzah, ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad, Adam Adli, Safuan Anang dan Fahmi Zainol.
Makluma tlanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/ekslusif/400-penyokong-anwar-berdemo-di-hadapan-sogo
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Nik Nazmi Perli Ketua Polis Negara
- Runtime
- 0:36
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad memerli Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dengan mengatakan bahawa beliau dilihat lebih banyak berada dalam "Twitter" untuk menyatakan ugutan-ugutan kepada aktivis-aktivis politik.
Tambah beliau, anak muda tidak gentar dengan ugutan tersebut dan memberi komitmen bahawa mereka akan terus berjuang menentang kezaliman.
Maklumat lanjut, layari:
http://rakyatnews.my
- Title
- You Can't Never Run Away Najib Tun Razak - Nurul Izzah
- Runtime
- 1:01
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mempertikaikan justifikasi kenyataan keputusan kes liwat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat begitu cepat dikeluarkan sambil menyatakan "You can't never run away Najib Tun Razak".
Ulasnya lagi, pihaknya akan menghantar petisyen kepada Perdana Menteri bagi menjawab berkenaan isu tersebut.
Maklumat lanjut, layari:
http://rakyatnews.my
Video/Editing : Mohd Khushrin Mohd Lani
- Title
- Fanatik Anwar Cetus Vandalisme
- Runtime
- 0:46
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Restoran Mcdonalds Jalan Tun Perak dan Bas Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini telah diserang oleh para pendemo selepas melakukan vandalisme dengan menyembur semburan dengan perkataan kesat.
Seramai 400 penyokong Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim berhimpun di perkarangan pusat membeli belah Sogo menuju pusuraya sebagai tanda protes menentang keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan kes liwat II
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
www.rakyatnews.my
Video/Edited by Romy Irwan Shah
- Title
- Mahasiswa UM Ugut Najib
- Runtime
- 0:47
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Wakil Mahasiswa Universiti Malaya (UM) Danny Sim Yong Seng hari ini seakan melancarkan provokasi dan ugutan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan ucapan bahawa beliau akan menerima balasan diatas pemenjaraan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Maklumat lanjut, layari:
http://rakyatnews.my
Video/Editing : Mohd Khushrin Mohd Lani
- Title
- Transformasi PLKN Tepat Pada Masanya - Hishammuddin
- Runtime
- 1:46
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dilihat mampu melihat situasi sebenar dunia luar ketika berada di program tersebut ekoran program tersebut mengajar pelatih untuk tidak berada didalam dunia sendiri.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata PLKN merupakan wadah yang boleh melibatkan seramai anak muda di negara ini tanpa mengira agama mahupun bangsa untuk menyertai program tersebut.
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/ekslusif/plkn-didik-pelatih-tidak-duduk-dalam-tempurung-hishammuddin
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Asean Mampu Tangani Ancaman Kumpulan IS - Hishammuddin
- Runtime
- 1:26
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata semua 10 negara anggota ASEAN dijangka menyatakan pendirian bersama berhubung ancaman kumpulan militan itu pada pertemuan menteri-menteri pertahanan sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2015 pada 15 Mac depan.
Maklumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Pemergian Nik Aziz Satu Kehilangan Besar - Khairy
- Runtime
- 0:54
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata pemergian Nik Aziz merupakan satu kehilangan yang besar kepada negara ini meskipun mempunyai perbezaan politik.
Takziah kepada keluarga Allahyarham.. Sudah pasti pemergiannya merupakan satu kehilangan yang besar kepada negara kita walaupun mempunyai perbezaan politik.
Maklumat lanjut layari:-
http://www.rakyatnews.my/index.php/ekslusif/hishammuddin-dan-kj-hormati-nik-aziz-walaupun-beza-politik
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Nik Aziz Banyak Mencorakkan Politik Negara - Hishammuddin
- Runtime
- 1:04
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin tetap menghormati Mursyidul Am PAS , Datuk Nik Aziz Nik Mat walaupun mempunyai perbezaan politik diantara UMNO dan Pas.
Hishammuddin berkata beliau melahirkan rasa sedih apabila kehilangan Nik Aziz pada jam 9.45 malam semalam di rumahnya di Pulau Melaka, Kelantan.
"Saya cukup hormat kepada Allahyarham sebagai seorang pemimpin yang ada nilai-nilai kita boleh kongsi bersama tetapi tidak boleh lari daripada rialiti daripada perbezaan politik.
Maklyumat lanjut layari:-
http://rakyatnews.my
Video / Editing : AzharyKhairi
- Title
- Amerika Tidak Layak Bercakap Soal Hak Asasi - Zulkifli Noordin
- Runtime
- 1:35
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Amerika Syarikat tidak perlu campur tangan didalam hal ehwal negara ini ekoran negara tersebut mempunyai rekod yang terlalu lemah berhubung hak asasi manusia.Bekas peguam Anwar Ibrahim,Datuk Zulkifli Noordin berkata Amerika Syarikat merupakan sebuah negara terakhir terakhir yang akan membuat keputusan untuk berbicara mengenai hak asasi manusia.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/ekslusif/qas-perlu-cermin-diriq-zulkifli-nordin
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- Pemimpin PKR Sedang Berlakon Sedih Atas Kehilangan Anwar
- Runtime
- 1:28
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai), Muhammad Zahid Md Arip menyifatkan pemimpin Pembangkang Terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang berlakon bersedih kehilangan Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas dipenjara semalam ekoran didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadi, Mohd Saiful Bukhari Azlan semalam.Beliau berkata ia berikutan kedudukan Anwar akan naik dan pemimpin PKR yakin bahawa Pakatan Rakyat (PR) memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
www.rakyatnews.my
Video/Edited By Romy Irwan Shah
- Title
- PRK Permatang Pauh : Keburukan Pembangkang Akan Disebar - Zulkifli Noordin
- Runtime
- 0:57
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- Pendedahan keburukan mengundi pembangkang akan dilakukan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh bagi rakyat disana lebih mengenal keburukan pembangkang.Bekas Peguam Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim,Datuk Zulkifli Noordin berkata setiap individu yang mahu mendedahkan keburukan mengenai pembangkang tidak perlu takut selagi ianya benar.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/ekslusif/keburukan-pembangkang-akan-disebar-pada-prk-permatang-pauh
Video/Edited by Romy Irwan Shah
- Title
- Anwar Dipenjara,TIBAI Dibubarkan Hari Ini
- Runtime
- 2:10
- Date posted
- 12 years ago
- Description
- NGO yang menggelarkan diri,Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) hari ini mengumumkan pembubarannya hari ini setelah Ketua Umum Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara lima tahun,semalam.Mursyidul Amnya,Muhammad Zahid Md Arip berkata, perjuangan mereka telah selesai apabila Anwar dipenjara.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/politik/anwar-masuk-penjara-tibai-tutup-operasi
Video/Editor By Romy Irwan Shah

